Sinopsis Mantera Anjasmoro – Slot Seram TV3

Mantera Anjasmoro merupakan drama yang bakal menggantikan Saka Jentayu mulai 3 Mac ini.  Mantera Anjasmoro yang akan mengisi slow seram di TV3 ini menampilkan pelakon-pelakon hebat. Antara pelakon Mantera Anjasmoro ialah Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous, Raja Norbaizura, Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.

Tajuk Mantera Anjasmoro ni macam pelik kan bunyinya? Dengar pun dah seram kot. Hahahaha!!! Harap drama Mantera Anjasmoro ni dapat berikan kepuasan yang maksima kepada penonton TV3. Saya teruja sebab pertama my friend, Fouziah Gous yang sekarang ni sedang popular dalam telenovela Trilogi Cinta pun berlakon dalam Mantera Anjasmoro ni and keduanya, tidak lain dan tidak bukan sebab ada Ady putra.hahahahaha!!!!

Makin hebat drama-drama dekat TV3 ni. Dulu, terlayan drama Chinta. Even tak berapa nak suka dengan pelakon dia tapi if jalan cerita tu dah best, tak dapek den nak nolong.hahahaha!!! Baca review saya untuk drama Chinta di sini dan baru-baru ni saya dok falling in love dengan drama Gemilang pulak!!! Terbaik setakat ni.

Sinopsis Mantera Anjasmoro

Drama ini menampilkan banyak adegan suspens dan permainan emosi. Mantera Anjasmoro mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).

Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

Menurut Aidilfitri Mohamad Yunos (Pengarah), drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan ‘pendamping’ untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya. Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.

Nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton yang mengamalkan ilmu jahat menggunakan serapah dan makhluk halus. Drama 13 episod ini akan disiarkan mulai 3 Mac 2011, setiap Khamis jam 9.30 malam di tv3.

Credit to: Azilas dan Kepala Bergetar

UPDATED:

DOWNLOAD MANTERA ANJASMORO

Ep 01 ~ http://hotfile.com/dl/108576226/9dcc9d9/Ep01.Mantera.Anjasmoro.avi.html
Ep 02 ~ http://hotfile.com/dl/109717122/1a88ffc/Ep02.Mantera.Anjasmoro.avi.html
Ep 03 ~ http://hotfile.com/dl/110686761/4de702f/Ep03.Mantera.Anjasmoro.avi.html
Ep 04 ~ http://hotfile.com/dl/111748957/b5aefc9/Ep04.Mantera.Anjasmoro.avi.html
Ep 05 ~ http://hotfile.com/dl/112819170/688284f/Ep05.Mantera.Anjasmoro.avi.html
Ep 06 ~ http://hotfile.com/dl/113734264/3779ef4/Ep06.Mantera.Anjasmoro.avi.html
Ep 07 ~ http://hotfile.com/dl/114505387/57cfe62/Ep07.Mantera.Anjasmoro.avi.html

Ep 08 ~ later

Ep 09 ~ http://hotfile.com/dl/116923272/c5de8be/Ep09.Mantera.Anjasmoro.avi.html

Ep 10 ~ http://hotfile.com/dl/116923263/d43fca1/Ep10.Mantera.Anjasmoro.avi.html

Credit to: Share-central

Artikel Berkaitan

13 responses to “Sinopsis Mantera Anjasmoro – Slot Seram TV3

  1. Ku seru kau wahai Liza Razak, ratu segala ponti yang ada di Malaysia. Ku persembahkan pulut kuning dan sedikit taik idung Nuwul Makjah… Jemput makan ye..

    ——————————————-

    Thanks kak untuk sinopsis.. Tak sabar nak layan setiap MALAM JUMAAT.. Nak copy sinopsis ni boleh???!!!!

    • tak payah seru, aku datang malam ni bawah katil kau dengan wig baru aku.tungggguuuuu!!!!!! nak copy??silekan!!! tapi bagi kredit dekat azilas tu skali.yang link atas tu cuz copy dari die!!! glemer kan name aku skali hokey.maceh!!

  2. umi aku kn salu marah kalo hr khamis mlm tgk slot seram ni hahahaha..
    dia cakap pe ni, malam2 jumaat tgk citer2 hantu…xelok..wikiki…
    tp yg ni cam takut gak kn…anjasmoro…dah macam anjasmara heee

  3. wajahrahsiahati

    haii..i mst layan citer nie sb minat lakonan eja…best!

  4. Pingback: Lirik OST Mantera Anjasmoro | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  5. Pingback: Mantera AnJasmoro Tv3 | RaeHaaN RaFaeLLe

  6. Pingback: Drama Juvana Ada Tujuan Bukan Drama Kosong!! - Review | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  7. Pingback: Ampunkan Dosaku Mak di TV9 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  8. Seharusnya kepada sesiapa yg berminat utk menjadi artis, pelajari bidang kecantikan sebaiknya:

    Bidang Kecantikan di Penghujung

    Ya lah. Semua kalau boleh mau kelihatan menawan. Semoga berjaya sih. Trimas.

  9. dlm takut nak jugak tengok ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge