Mati Itu Pasti

Salam Takziah buat salah seorang sahabat saya sejak dari sekolah menengah lagi. Pagi tadi, masa saya tengah sibuk berhurray-hurray denga korang semua di Twitter. Saya dapat 1 sms berbunyi macam ni “ayah saya dah tak ada”.

Ringkas kan?

Sangat ringkas. Saya terkedu dalam 1 minit. Berkerut dahi saya. Betul atau tidak sms yang saya dapat. Dalam hati, dah berdup dap dup dap. Kasihan bila teringat muka sahabat saya tu. Macam mana agaknya dia waktu tu. Sumpah risau sangat.

Saya pernah lalui saat sedih ni, jadi saya tahu perasaan bila terpaksa terima kenyataan yang ayah kandung kita, orang yang bawa kita ke dunia ni sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Sakit sangat rasanya nak terima kenyataan tu.

(Flashback)

A:  Liza, jom keluar jalan-jalan ngan kitaorang har ni.

Me:  Tak naklah. bapak aku sakit. Tak sihat.

A:  Alah, kalau kau keluar jalan-jalan ngan kitaorang 1 hari je tak adalah bapak kau tu nak apa-apa. Tak kan kau nak tengok dia 24 jam.

Me:  Aku cakap tak nak, tak naklah.

(Now)

Saya bukan nak mengungkit, tapi rasanya perlu jugak saya share cerita ni. Mana tahu ada antara korang yang boleh amik ikhtibar. Tak banyak pun, sedikit.

Sahabat saya ni, happy go lucky orangnya. Dia baik, dia alim kalau nak dibandingkan dengan saya dan kawan-kawan yang lain. Cuma, 1 je kurangnya. Apa yang saya perasan sepanjang kami berkawan. Dia terlalu amik mudah soal kedua ibu-bapa.

Dialog dekat atas tu, dia yang beri 7 tahun lepas. Waktu tu, memang rasanya life saya cuma mengadap muka ayah saya je. Entahlah, saya bukan boleh buat apa-apa pun tapi rasanya nak tinggalkan ayah lama-lama and pergi bersuka ria dengan kengkawan waktu dia tengah sakit…macam tak elok sangat. Tapi, kawan saya tu cara pemikirannya lain. Sangat lain.

Dulu, pernah dia suruh saya kahwin. Jadi macam dia. Dah ada suami, anak. Saya kata, nantilah. Nak bagi mak saya merasa duit saya puas-puas sikit before kahwin. Dia kata “takkan kau nak tunggu mak kau mati baru nak kahwin? Kahwinlah,best tau.”

Dalam hati saya mengucap je. Pelik kan? Nampak luaran macam sempurna. Alim tapi bab ibu bapa dia sangat teruk rasanya. Pada saya lah. Dia selalu kata, mak ayah boleh jaga diri sendiri kalau kita dah kahwin pun. Diorang suka kalau kita kahwin.

Malas nak cerita bab kahwin tu. Kang ada pulak yang bergaduh dalam blog saya ni kan. hahahaha!

Dipendekkan cerita. Kawan saya ni macam selalu rasa, mak ayah dia akan “hidup lama”. Selalu sambil lewa. Mungkin dia rasa, mak ayah dia lambat lagi nak tinggalkan dia..tapi hakikatnya..mati tu bila-bila masa saja. Kalau Tuhan dah kata, kun fa ya kun….terpisahlah roh dengan jasad kita. *takut*

Takziah buat kawan saya tu. Mati tu pasti. Cepat atau lambat saja. Jangan sia-siakan masa yang ada dengan berbakti pada kedua ibu-bapa kita. Berkorban lah semampu yang boleh untuk bahagiakan diorang. Kawan, kita boleh cari lain tapi mak ayah tak boleh. kan?

Maceh!!!! Sorry, entry ni terpanjang.bahahahahah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

16 responses to “Mati Itu Pasti

  1. This is good. Eye opener for me too. I’m sorry for your friends lost. Sedekah Alfatihah k.

  2. Al-fatihah…aduh..tersangat la tak elok sikap rakan liza tu… 🙁

  3. semoga kt dapat iktibar dr cerita ini. mak pak kite mmg tak akan hdup selamanya. dan kita pun. mana tau tup2 satgi.. seminit.. sejam lagi.. kt pun tiada di alam ini… nice sharing dik.. 🙂

    • 🙂 thanks sebab sudi bace..huhuhu. sebenarnya tak suka nak share hal peribadi tapi if perlu terpaksa gak share. hope kita sama2 dapat ingatkan sesama kita…

  4. al-fatihah…kadang-kadang memang susah nak jadi anak yang baik bukan…kita dah cuba sedaya mungkin untuk jadi yang terbaik..persepsi orang memang berbeda2…don’t judge people by the book…sebabnya kita tidak berhak untuk menghakimi orang lain melainkan Allah SWT….setiap manusia akan diuji…YA!! Pasti diuji…mungkin apa yang berlaku ujian buat kawan tu tapi ujian kita nanti tak pasti lagi…..mungkin maha hebat lagi..so, salam takziah juga buat keluarga yang meninggal tu…

    • terima kasih untuk komen ni. suka sangat baca!!! yep, nasib dan ujian yang Allah akan beri kat kita nanti tak tahu macam mana kan?? terima kasih 1 more time untuk al-fatihah tu..

  5. takziah buat kawan kau…setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, sama2 kita renungkan bersama amalam kita cukup ke tak sebelum menghadapNya *note utk diri sendiri*

  6. Kebetulan tengah driving tiba2 anak yang no 2 menjerit..Amin takutlah..masa tu siang hari…jadi saye tanya ler dia balik..takut kenapa? Terkedu gak saye dgn jawapan dia…Dia bagitau dia takut kena cabut nyawa…sebabnya sakit..nak tau umur budak tu brape? Baru masuk 4 tahun…jadi kepada kengkawan dan muslimin sekalian marilah kita mengambil iktibar akan adanya kiamat kecil ini….budak umur 4 tahun pun tahu sakitnya waktu meninggal..jadi kita beringat2 lah selalu….serta perbanyakkanlah amalan2 kita…

  7. Pingback: Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge