Dia Bukan Milik Saya Kan?

Dia bukan milik saya. Oklah, kalau dah bukan jodoh…tak ada apa yang boleh kita katakan. Hidup mati, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Dah ini kesudahannya. Dia bukan milik saya. Saya redha dan akan ikhlaskan saja. Mungkin bukan hari ini, tapi pastinya saya akan ok terima berita ini. Dia bukan milik saya tapi dia milik orang lain.

Tak apa. Jodoh saya mungkin dengan orang lain. Entry ni, sebenarnya saya kuatkan saja jari untuk menaip. hahaha!! Tengah dalam keadaan sedih, stress tapi ok jek. Masih boleh bergelak sakan dalam laman beburung biru. Mereka yang jadi followers saya tu semua baik-baik and lucu ok!!! Ohsem woo. Macam ada kuasa magik. Hilang gundah gulana layan diorang tu.hehehehe! Thanks!!

Cerita tadi. Hal Dia bukan milik saya. Selamat pengantin baru untuk kekasih gelap saya yang paling lama dalam abad ni. bahahaha!! Woi, how come lah sampai hati mengecewakan hatiku ini wahai kekasih gelap tapi cerah sebenarnya??? wakakakaka!!!

Sampai hati. Inilah yang dikatakan kalau tiada jodoh kan? Buatlah apa pun, Usaha lah macam mana pun, memang tak akan ada kesudahan yang menarik pun. Tapi, tak apa. As manusia yang waras and normal. Hoi, saya waras lagi hoi!!! hehehehe. Saya kuatkan semangat.

Selamat pengantin baru buat kekasih gelap. Semoga berbahagia dengan isteri tercinta. Moga kekal perkahwinan korang sampai ke anak cucu. Ada rezeki, kita bermadu ok. kahkahkahkahkah!!!!

Sakit hati tu biasa. Cemburu tu pun biasa. Tapi, kalau ini takdirnya…tak apa. Pulangkan saja urusan ini pada Allah. Takkan nak pertikaikan pulak kan?? Haiyo. Berdosa as orang Islam ada terfikir macam tu kan??? So, konklusinya…hari ini marilah kita belajar erti TAKDIR, JODOH dan IKHLAS!!!! hahahaha. Sekian.

Entry ni personal tapi tak apa. Izinkan lah korang baca. Tapi,jangan emo ok. Tuan blog ni sedih tapi makan tetap makan. bahahahaha!!! Chill babe.

Artikel Berkaitan

9 responses to “Dia Bukan Milik Saya Kan?

  1. salm..Mesti ada dia punye hikmah..

  2. baguslah kalau lizz dapat kuatkan semangat 🙂

  3. pasti ada hikmatnya
    ramai lagi lelaki yg lebih baik kat Malaysia ni
    lelaki baik utk perempuan yg baik, begitu juga sebaliknya

  4. dah takda jodoh eh…
    takpe…cari yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge