
Trilogi Cinta merupakan telenovela melayu terbaru yang akan ditayangkan di RTM 1 mulai 2 Januari 2011 setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Trilogi Cinta diadaptasikan daripada kombinasi 3 novel popular daripada penulis yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Abu Salem – novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Jam tayangan telenovela Trilogi Cinta ini bermula jam 10.00 malam di TV1.

Drama Trilogi Cinta sebanyak 40 episod ini menggandingkan Fouziah Gous dan Rosyam Nor sebagai pelakon utama dan turut dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal yang lainnya seperti Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman.

Dekat bawah ni, saya sertakan sinopsis untuk telenovela Trilogi Cinta ni ok. So, sesiapa yang free tu..boleh lah tengok telenovela ni ok!!! Saya sah-sah tengok sebab my friend ada berlakon. muahahaha!!! Lagipun, memang kaki tv. Confirm tengok punyalah. Support drama melayu babe.

Sinopsis Telenovela Trilogi Cinta
Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.
Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.
Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.
Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?
Full Credit to : Budiey
*updated:
Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Dalam Diamku
Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
*
Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada
Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari…
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah… lepaskanlah…
Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi
OST TRILOGI CINTA – MELAKAR RINDU (JULFEKAR & The Stringers)
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya
Senarai Lagu OST Drama TRILOGI CINTA
Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Dalam Diam
Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Tanpamu
Julfekar – Melakar Rindu
Rahayudeen – Lafazkanlah
Rifhan – Langkahku
Niskala – Terbiasa
Niskala – Wanita
Han – Mungkin ada lagi
Nora – Gelisah








penah baca novel ni! ingt lagi nama norjinah, razif dan norseha tu! waaa harap2 best la
[Reply]
Lizz Reply:
January 2nd, 2011 at 10:30 am
pernah gak baca tapi bukan semua lah novel2 ni.itu yang ingat2 lupa.tp,bila dah tengok maybe ingat balik.hahahahaha
[Reply]
heheh cerita ni ke yg dok perli2 fauziah kat twit smlm? keh3
Terkini : Faizal Yusof Meninggal Dunia (Update)
[Reply]
Lizz Reply:
January 2nd, 2011 at 10:33 am
hahahaha.perli ape ek??ntah,lupe dah wei -..- anyway, maceh comment here.hehehe
[Reply]
wow..wow..tiga2 novel tu aku da baca la…mesti best kan drama ni…fauziah ghous ni dulu die macam keras skit berlakon but now macam da ok kan heee hah..kim salam kat die tahu….xD
[Reply]
Lizz Reply:
January 2nd, 2011 at 6:53 pm
aku tak baca semue tapi ada baca 2 je. memang best pun novel ni..so,nak tengok kat tv lak. fg?a’ah.dulu baru2 now dah ok dah.hehehe.
[Reply]
oh… aweks2 mesti layan cite nie…
tau sikit nie bleh jd bhn nk mengurat
[Reply]
Lizz Reply:
January 2nd, 2011 at 11:17 pm
hahahahaha. meh lah tengok sekali
[Reply]
tak sabar tunggu sambungannya ^^
[Reply]
Lizz Reply:
January 3rd, 2011 at 12:11 pm
tonight!!!!hehehehehe.emo je tgk cite tu smlm.hahaha!!! jahat pak badar -..-
[Reply]
Drama ni sangat best..lakonan Rosyam Nor Dan Fauziah sangat berkesan dan nampak mcm real..x lupa gak Pak Badar,Mak Nah dan Ameza Adnan.
kalau drama2 Melayu semua digarap dan dilakonkan macam nie,syabas pendrama2 mELAYU..
[Reply]
Lizz Reply:
January 28th, 2011 at 7:46 pm
hehehehehe. kan? mula2 tengok cite ni cuz fouziah gous. support kengkawan.tapi,bila dah follow..ternyata ar pelakon memang hebat2. nampak real acting diorang. emo btol tengok cite ni.hahahaha
[Reply]
cita nie bestt..tpi bnyk episod yg x tgk…
nak dowmload tpi x jumpa..x mcm cita adam maya dlu..
[Reply]
Lizz Reply:
January 28th, 2011 at 7:48 pm
owh, boleh tengok dekat website RTM…hehehehe.
http://www.rtm.gov.my/new/eng/sub_tv1.php?pg_ID=158
tu link trilogi cinta
[Reply]
Best sesangat cite ni, ada miss 2x je kot tapi ada je tukang update. Dah baca gak novel2 dia..rosyam noor terbaik!!
[Reply]
Lizz Reply:
March 16th, 2011 at 12:12 pm
cite ni sesuai kan untuk layan 1 family.best!!!
[Reply]
BEST Gila!!! Gandingan Rosyam Nor & Fouziah Gous untuk Drama ni BEST sangat-sangat!!!
Ada tak cd or website nak tengok sampai episod 40 lebih awal? hehehe…
[Reply]
Lizz Reply:
March 16th, 2011 at 12:14 pm
nak tengokm lebih awal mana aci kot!!!!hahahahaha.
[Reply]
saya cuba nk d/load citer ni tp perlukn password.. camner yek.. apa password dia.
[Reply]
Lizz Reply:
March 16th, 2011 at 12:11 pm
password – TC
[Reply]
lina Reply:
March 17th, 2011 at 12:04 am
thanks lizz.. appreciated.
gi kt vod rtm tu ada episod yg x bole nk bukak pn.
nasib gaklh awak ada .. dpt gak tgk drama ni wlw jauh beribu batu.. thanks again
[Reply]
saya cuba nk dload drama ni.. dpt d/load satu .. lps tu nk dload yg lelain mintak password.
bole tau apa password dia tak
tima kasih
[Reply]