seo

Rosyam Nor dan Fouziah Gous Berganding Dalam Telenovela Trilogi Cinta

2 Jan

 Banner
  • Sharebar

Trilogi Cinta merupakan telenovela melayu terbaru yang akan ditayangkan di RTM 1 mulai 2 Januari 2011 setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Trilogi Cinta diadaptasikan daripada kombinasi 3 novel popular daripada penulis yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Abu Salem – novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Jam tayangan telenovela Trilogi Cinta ini bermula jam 10.00 malam di TV1.


Drama Trilogi Cinta sebanyak 40 episod ini menggandingkan Fouziah Gous dan Rosyam Nor sebagai pelakon utama dan turut dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal yang lainnya seperti Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman.

Dekat bawah ni, saya sertakan sinopsis untuk telenovela Trilogi Cinta ni ok. So, sesiapa yang free tu..boleh lah tengok telenovela ni ok!!! Saya sah-sah tengok sebab my friend ada berlakon. muahahaha!!! Lagipun, memang kaki tv. Confirm tengok punyalah. Support drama melayu babe.

Sinopsis Telenovela Trilogi Cinta


Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

Full Credit to : Budiey


*updated:

Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Dalam Diamku

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*
Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari…
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah… lepaskanlah…

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

OST TRILOGI CINTA – MELAKAR RINDU (JULFEKAR & The Stringers)

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya

Senarai Lagu OST Drama TRILOGI CINTA

Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Dalam Diam
Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Tanpamu
Julfekar – Melakar Rindu
Rahayudeen – Lafazkanlah
Rifhan – Langkahku
Niskala – Terbiasa
Niskala – Wanita
Han – Mungkin ada lagi
Nora – Gelisah


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

33 Responses to “Rosyam Nor dan Fouziah Gous Berganding Dalam Telenovela Trilogi Cinta”

  1. Fatehah A. 02. Jan, 2011 at 2:35 am #

    penah baca novel ni! ingt lagi nama norjinah, razif dan norseha tu! waaa harap2 best la

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pernah gak baca tapi bukan semua lah novel2 ni.itu yang ingat2 lupa.tp,bila dah tengok maybe ingat balik.hahahahaha

    [Reply]

  2. suffer8zine 02. Jan, 2011 at 5:44 am #

    heheh cerita ni ke yg dok perli2 fauziah kat twit smlm? keh3 :P

    Terkini : Faizal Yusof Meninggal Dunia (Update)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaha.perli ape ek??ntah,lupe dah wei -..- anyway, maceh comment here.hehehe

    [Reply]

  3. eiyda 02. Jan, 2011 at 1:51 pm #

    wow..wow..tiga2 novel tu aku da baca la…mesti best kan drama ni…fauziah ghous ni dulu die macam keras skit berlakon but now macam da ok kan heee hah..kim salam kat die tahu….xD

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku tak baca semue tapi ada baca 2 je. memang best pun novel ni..so,nak tengok kat tv lak. fg?a’ah.dulu baru2 now dah ok dah.hehehe.

    [Reply]

  4. meo 02. Jan, 2011 at 10:06 pm #

    oh… aweks2 mesti layan cite nie…

    tau sikit nie bleh jd bhn nk mengurat

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaha. meh lah tengok sekali

    [Reply]

  5. Zqah 03. Jan, 2011 at 11:28 am #

    tak sabar tunggu sambungannya ^^

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tonight!!!!hehehehehe.emo je tgk cite tu smlm.hahaha!!! jahat pak badar -..-

    [Reply]

  6. ANIS 05. Jan, 2011 at 12:44 pm #

    Drama ni sangat best..lakonan Rosyam Nor Dan Fauziah sangat berkesan dan nampak mcm real..x lupa gak Pak Badar,Mak Nah dan Ameza Adnan.
    kalau drama2 Melayu semua digarap dan dilakonkan macam nie,syabas pendrama2 mELAYU..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehehehe. kan? mula2 tengok cite ni cuz fouziah gous. support kengkawan.tapi,bila dah follow..ternyata ar pelakon memang hebat2. nampak real acting diorang. emo btol tengok cite ni.hahahaha

    [Reply]

  7. sue 28. Jan, 2011 at 6:41 pm #

    cita nie bestt..tpi bnyk episod yg x tgk…
    nak dowmload tpi x jumpa..x mcm cita adam maya dlu..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    owh, boleh tengok dekat website RTM…hehehehe.

    http://www.rtm.gov.my/new/eng/sub_tv1.php?pg_ID=158

    tu link trilogi cinta

    [Reply]

  8. rynehanekoma 02. Feb, 2011 at 10:23 pm #

    Best sesangat cite ni, ada miss 2x je kot tapi ada je tukang update. Dah baca gak novel2 dia..rosyam noor terbaik!!

    [Reply]

    Lizz Reply:

    cite ni sesuai kan untuk layan 1 family.best!!!

    [Reply]

  9. Dinie Jul Brunei 16. Feb, 2011 at 4:00 pm #

    BEST Gila!!! Gandingan Rosyam Nor & Fouziah Gous untuk Drama ni BEST sangat-sangat!!!

    Ada tak cd or website nak tengok sampai episod 40 lebih awal? hehehe…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    nak tengokm lebih awal mana aci kot!!!!hahahahaha.

    [Reply]

  10. lina 16. Mar, 2011 at 8:53 am #

    saya cuba nk d/load citer ni tp perlukn password.. camner yek.. apa password dia.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    password – TC

    [Reply]

    lina Reply:

    thanks lizz.. appreciated.
    gi kt vod rtm tu ada episod yg x bole nk bukak pn.
    nasib gaklh awak ada .. dpt gak tgk drama ni wlw jauh beribu batu.. thanks again

    [Reply]

  11. lina 16. Mar, 2011 at 8:54 am #

    saya cuba nk dload drama ni.. dpt d/load satu .. lps tu nk dload yg lelain mintak password.
    bole tau apa password dia tak
    tima kasih

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Anugerah Juara Lagu Ke 25 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 09. Jan, 2011

    [...] dah buat pun review.hehehe! Masalahnya, Anugerah Juara Lagu ke 25 ni bertimpa pulak dengan cerita Trilogi Cinta lakonan Fouziah Gous dan Rosyam nor. [...]

  2. Sinopsis Mantera Anjasmoro - Slot Seram TV3 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 28. Feb, 2011

    [...] TV3. Saya teruja sebab pertama my friend, Fouziah Gous yang sekarang ni sedang popular dalam telenovela Trilogi Cinta pun berlakon dalam Mantera Anjasmoro ni and keduanya, tidak lain dan tidak bukan sebab ada Ady [...]

  3. Drama Gemilang TV3 (Review) | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 20. Apr, 2011

    [...] Jangan lupa menonton Telenovela Trilogi Cinta lakonan Fouziah Gous dan Rosyam Nor yang mendapat rating lebih daripada 1 juta penonton uolss!!!! [...]

  4. Telemovie Istimewa Sempena Hari Ibu – Ampunkan Dosaku Mak di TV9 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 04. May, 2011

    [...] istimewa khas sempena Hari Ibu “Ampunkan Dosaku Mak” lakonan mantap Elly Suriati, Fouziah Gous, Ridzuan Hashim dan ramai [...]

  5. Drama Nora Elena Slot Akasia di TV3 – Sinopsis | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 10. May, 2011

    [...] Novel karya Meen Zulaikha. Hah, makin menjadi trend pulak kan drama yang diadaptasi daripada novel. Drama Trilogi Cinta lakonan Fouziah Gous dan Rosyam Nor pun diadaptasi daripada novel [...]

  6. Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 24. May, 2011

    [...] ek saya tak mention hubungan apa. Jadi, terpulanglan pada korang nak kaitkan dengan hubungan cinta, hubungan dengan ibu bapa, hubungan adik beradik atau persahabatan, Suka hati [...]

  7. Sinetron Cinta Melodi - Sinopsis dan Video Trailer | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 25. May, 2011

    [...] saya buat sebelum ni untuk drama Chinta, Isteriku Zulaikha, Juvana , Gemilang, Mantera Anjasmoro, Trilogi Cinta, novel Ramlee Awang Mursyid dan Diari Mat [...]

  8. Drama Juvana Ada Tujuan Bukan Drama Kosong!! - Review | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 30. May, 2011

    [...] p/s: Sekarang ni tengah layan Mantera Anjasmoro lakonan mantap Adi Putra, Eja dan Fouziah Gous [...]

  9. Episod Akhir Nora Elena. Saya Dah Tahu! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 15. Jun, 2011

    [...] Erk. Hero Iqram Dinzly tu saya ok je. Lagipun, filem baru Iqram iaitu RASUK ada Fouziah Gous jugak. Makin lama makin bagus lakonan Fouziah Gous ni. yuhuu!!! var addthis_config = {"data_track_clickback":}; /* [...]

  10. Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 : Sinopsis dan Teaser | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 05. Jul, 2011

    [...] Ok, tengok saja barisan pelakon Drama Tahajjud Cinta ni. Kita ada Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan [...]

  11. Cipta Logo Untuk Produk Sarang Burung Walit | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 20. Oct, 2011

    [...] kali ni, saya sekadar menolong kawan saya yang terlibat dengan bisnes Bird Nest atau Sarang Burung. Fouziah Gous, pelakon, model dan sekarang dah menceburkan diri dalam bidang perniagaan pula. Phew!! Bisnes ni [...]

Leave a Reply