Kesian saya tengok dengan sesetengah orang ni. Silap pada orang lain, pandai dia “listkan”. Setiap inci silap orang, dia nampak. Hebat woo!!! Bila mengata orang laju je itu ini.
“Eh, budak ni seksi nya dia. Tengok budak perempuan tu, pakai baju apa entah.Baik tak payah apa-apa kalau nak pakai seksi macam tu”
Ok, ini contoh dialog yang klise jelah ok. Siapa yang rasa-rasa baru je guna dialog ni siapa-siapa, nasib badan lah. Saya buat dialog ni berdasarkan pengalaman telinga saya yang mendengar mulut-mulut orang keliling or mata yang terbaca dialog sindiran dekat Facebook or Twitter saya je. If terasa, sorry. Saya sengaja kali ni.
Tak baik ok. Ok, saya tahu. Saya bukan perfect mana pun. Even saya dah bertudung (sumpah,baru sangat sebenarnya) tapi saya tetap sedar diri sendiri. Saya bertudung tapi baju saya bukan jenis labuh. Ok,memang berdosa. Saya tahu sebab still nampak bentuk badan. Saya angguk kepala ni. Hahahaha!
Saya bukan tak pernah cuba, dah. Tapi, belum nak biasa. Jadi, daripada saya berubah 100% tapi tak ikhlas..baik saya buat pelan-pelan tapi saya tahu apa yang saya buat. Macam biasa, saya tak kisah people nak cakap apa. Suka hati korang lah. Iye dak.
Berbalik cerita asal. Pasal orang yang suka aka hobi kot mengutuk orang. Orang seksi, terbukak sana sini laju je attack orang. Saya bukan nak kata seksi tu bagus. Tak lah. Tapi, yang saya agak meluat sikit ni..bila orang yang rasa diri tak seksi aka baik ni.. ada mulut dia yang seksi celupar mengata orang.
Wah wah wah. Tak baik ok. Jangan sesekali judge orang daripada luaran je. Kalau orang tu seksi sekalipun, itu hak dia. Ada ke dia kacau hidup kita kan? Ada ke dia mengata hal kita kan? Ada ke dia tak pasal-pasal mengumpat kita? Ada? Ada??? Eh, sebenarnya...korang yang mengata ni lagi berdosa tau.hahahaha!!
Tak pasal-pasal mengata orang. Padahal, orang yang jadi mangsa korang tu..sikit pun tak ada perasaan buruk dengan korang. Alahai. So kesian. Pakai baju labuh mana pun, tudung litup sekalipun tapi mulut tu tak reti jaga…dosa sama je dapat macam orang yang seksi tu.
Cuma cara dapat dosa tu je lain sikit. Sikit lah. Korang je tak perasan. Sebab dok rasa diri tu dah sempurna sangat. So sadis lah macam ni.
Ada baiknya, kita jaga diri sendiri. If rasa diri tu belum sempurna, kita berusaha jadi lebih sempurna hari demi hari. Tak banyak, sikit pun jadilah. If tetap nak poyo rasa diri tu dah sempurna sangat-sangat…ok fine. Tapi, janganlah pulak mengata orang. Tak baik woo.
Agak-agak dah konpiden betul diri dah boleh jadi syurga, nasihat orang baik-baik ok. Jangan perli sana sini. Orang tu seksi je, tapi otak still ada. Agama pun dia masih tahu. So, tak perlu nak hina-hina. Lagi korang hina, lagi teruk jadinya. Oh, sila terasa beramai-ramai siapa yang terkena. Sekian.
p/s: Dah lama sangat dok perhati ayat perli-perli hal ni. So, no choice. Kena jugak buat entry. Siapa terasa, sorry tapi just nak ingat sesama kita termasuk diri sendiri. bahahaha!!! Peace uolsss
p/s/s: Dari mengata orang, baik baca yasin.hahahaha!








rasanya den dah komen entri yang berkenaan, yupp setuju dgn entri ni
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2011 at 1:16 am
ko memang rajin komen sini wei.maceh!!!! if tak setuju pun xper.hehehehe
[Reply]
betol bencik jugakk.
neway sis, pe cer yang dorng dok heboh2 nihhh.
nak tau jugakk.
gimme link orng yang bising pasal tudung tuhh. please…..
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2011 at 1:20 am
eh,bukan pasal tudung…tudung tu cite lame. hehehehe! no, ini cite org tak suka orang pakai seksi2 n perli2. not nice lah.bukan seksi tu bagus tapi xelok nak perli2.buat orang tambah benci kat kite je if buat camtu. kan??
[Reply]
Tak baik mengata orang..
Kalo nak nasihatkan., pergi depan²..
Bkn ke lebih mudah..
P/s: Berani ke nak nasihatkan orang depan²??
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2011 at 1:24 am
hahahahaha! depan2 tu bukan maksudnyer datang depan muke orang tu and bersyarah tak pasal2.hehhe. cume,dengan cara yg betol lah. kan xbaik perli2..tunjuk bagus sangat. last2,dapat dosa sama je -..- for me lah..
[Reply]
pakaian blom gambarkan hatinya…
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2011 at 1:32 am
betul.yang tahu hati kita is Allah je. orang lain tak layak nak judge
[Reply]
Botul! Botul! Sy sokong. Apa dapat klu duk hina org? Dh elok pkai tudung labuh jubah semua, tapi mulut mengata org, hina org, tak ada beza dgn org len yg x bertutup sempurna. 2 2 dapat dosa.
Yg penting, muhasabah diri sndiri. Dah cukup baik ke kita ni? Kan? Huhu.. Teremosi pulak pepagi.
BTW, Hi lizz! Lama x tegur kn? Hee..
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2011 at 8:29 pm
hehehhe!! hi Thiha!!! tak pe,boleh tegur now -..-
thanks sebab sokong.wat susah2 aje.hahahaha!! tapi, betul apa thiha sebut tu..yg penting muhasabah diri sendiri.lebih bak kot..
[Reply]
haah kn…knp nak sebok hal orang lain yer tak? tapi kan kalo bende tak baik rsnyer tak salah kalau kita bersuara yer tak hee..tp jgn arr melampau2…kita pon tak suke kalo org dok mengata kita kan.macambagus jek kan kan..Aku paling xleh blah kalo lelaki jenis yg suke mengata org ni.hahhahampes..pantang tgk yg pelik2 skit mula mulot dok potpet2 eeee geram jek aku huhuhu..
betul cakap ko g bc yassin nun dr sebok dok megata org hee
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2011 at 8:54 pm
sebenarnye memang tak salah langsung if nak tegur. bagus sebenarnye..tapi,kene sedar diri lah kan..kite dengan orang tu siapa? if family, memang 100%berhak nk tegur ape pun. tapi, kalau takat kawan2 dlm dunia maya ni..ada yg jumpe pun tak..tup2 nak tegur itu ini… tak fair kot. hehehe.
[Reply]
kehehehe.. teguran dari orang laen memang takkan pernah sedap didengar.. so watpe nak komplen ke atas komplen orang lain kan? yg penting isi teguran tue, kalo dah bernasihatkan benda baik.. kenalaa ikot.. tak kisah samada ikot secara slow2 ke secara drastik..
kalo angin tak bertiop, pokok tak bergoyang, unless ade orang goncang pokok tu…
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2011 at 9:11 pm
ok.macam ni.aku bagi contoh eh. kau ngan aku. kite tak pernah jumpa kan? kenal dalam alam maya je kan? gitu2 aje.then, 1 day aku slumber je perli dalam status twitter/facebook “poyolah kau. tak malu agaknya dengan perangai kau macam tu.tak reti malu betol”.
kau nak rasa ape?
tp,kalau aku tibe2 PM/DM kau tulis “eh.aku bukan nak bajet bagus tapi kalau kau tak buat ………bla bla…better kot.if kau oklah aku cakap macam ni..”
mane yg better? the 1st one or 2nd? nak nasihatkan orang boleh tapi buat sebaik boleh lah. jangan sampai orang lain tahu.kot lah.for me
hehehehe.opss sorry terpanjanggggggg
[Reply]
erm, memang budaya org kita untuk hina org dijadikan bahan sembang2…
arp2 dijauhkanlah sikap cenggitu…
[Reply]
Lizz Reply:
January 7th, 2011 at 10:09 pm
biasalah tu kan.hehehe. jaga diri sendiri dulu before sibukkan hal orang lain is better kot
[Reply]
org seperti nie (yg suka mengata) mmg takkan sempurna hidupnya kalau sehari tak mengata orang…klu mengata perkara yg baik2 ada jugak faedahnya & org yg dikata pon syiok jgk mendengarnya…
seeloknya sblm mengata org lain, baik tengok dulu diri sendiri adakah kita sempurna @ sebaliknya…
[Reply]
Lizz Reply:
January 9th, 2011 at 2:39 pm
setuju sangat2 dengan komen ni!!!! lagi better tak payah sibukkan sangat hal orang kot. kalau nak, boleh. itupun kalau betul niatnya nak betulkan orang dan make sure bukan nak memalukan orang…
[Reply]
kadang mcm tuh la. Aku mmg tak faham kenapa masih ada org yg suka memerli ni. Suka sgt x cermin diri sendiri sblm memerli org. Aku pernah nampak seorg yg suka perli ditumbuk oleh org yg kena perli. Yg ni baru betul, “kerana mulut badan binasa” haha~
[Reply]
Lizz Reply:
January 9th, 2011 at 2:42 pm
wakakakakaka!!! nak gelakkan balik ar kat hamba Allah tu.hehehe. sape suruh memerli orang kan….nak tegur biarlah cara sebaik mungkin
[Reply]
aslmualaikum….
apa yg sahabat baca n kak liza tulis ni ada pro n kontranye…ade yang komen mengikut situasi n tahap ilmu masing2, jd sy mntk izin sahabat2 smua n kak liza utk menilai dari sudut agama yg mana sy sukarela utk trg kt sahabat semua n kak liza dr sudut agama psl hal ni melalui entry yg akan sy hntr kt kak liza 6t…blh ke x kak liza?
[Reply]
Lizz Reply:
January 9th, 2011 at 2:50 pm
walaikumsalam…as usual..boleh, tak ada masalah
tak kisah kalau nak kongsi ilmu yang ada. hehehehe
[Reply]
tak elok kutuk atau perli org lain.Cermin diri sendiri sebelum mengata org lain.
[Reply]