Jadi Blogger, Jangan Sombong Please!

Orang ada blog, dia nak ada blog. Ok, fine. Silakan. Tarahal. Hak masing-masinglah kan. Orang guna blog as platform untuk cari duit poket lebih, dia pun nak join sekaki payung. Eh, suka hati. Itu hak masing-masing. Dunia blogging ni bukan sesiapa yang punya. Free!!!! hahahaha.

Cuma, 1 je. Kalau dah ada niat nak jadi blogger tu. Sila-silalah berlatih jangan jadi sombong diri sangat. Belajar jadi humble tu pulak 1 bonus. Bukan susah pun setakat melayan orang. Kalau susah pun, cubalah sedaya mungkin tunjuk rasa appreciate kita dekat pembaca blog kita. Tak susah kalau KITA MAHU. Unless,memang tak nak tu…lain cerita lah yek.

Ada orang kata, cakap memanglah senang. Nak suruh layan orang, bukan senang. Uiks, kalau korang rasa something tu susah, so jadi susahlah perkara tu wei. Cuba, korang anggap melayan pembaca blog tu 1 perkara yang fun…sure best punya!!!! Kan??? Tak try,mana tahu!!!!lalalalala.

Pembaca blog ni macam-macam ragam. Β Memang. Ada yang baik, ada yang manis mulut puji entry kita tapi dengan blogger lain habis kita dia kutuknya, ada pulak yang type yang suka beri komen pedas-pedas, ada pulak pembaca yang taksub sangat sampai “overlah”pulak nak mintak macam-macam.

Hmm.. Semua type pembaca blog yang saya sebut dekat atas ni saya dah pernah jumpa dalam blog saya ni. Sabar dengan tidak jelah kan. Tapi, so far ok je kot. Sampailah jugak merasa 4 tahun dalam dunia blogging ni.

Sebenarnya, konsep beramah mesra dengan pembaca blog kita ni sama je dengan real life. Kalau in real life korang tak sombong, insyaAllah korang boleh bawak sifat humble, friendly korang tu dalam dunia blog ni. Tapi, kalau in real life pun korang dah selalu bajet bagus aka perasan bagus…hmm, susahlah wwakk!!!!!

Tapi, ada juga sesetengah blogger tu yang saya tengok (setakat entry ini dimerepek.hahaha!) masa mula-mula dia jadi blogger. Masa dia bukan siapa-siapa lagi dalam dunia blogging ni kemain peramah. Pembaca blog dia diutamakan ar kiranya. Dijaga. Tapi, yang sedihnya bila dah “glamour” sikit. Hilang dah sifat friendly and humble dia. Oh,sad lah!!!

Saya tak kata saya bagus sangat bab-bab ni. Hello, tak kuasa nak puji diri sendiri ok. Geli gelaman woo.hahahaha! Cuma, dah 4 tahun berblogging ni tahulah sikit-sikit asam garam dalam dunia blogging ni. For me, if betul nak jadi blogger biarlah betulkan niat tu dulu. Terpulanglah nak have fun menulis or maybe nak cari duit sampingan ke apa. Up to you. Ok. Itu niat!

Next, once dah ada niat tu pandai-pandailah pulak bawa diri as blogger yang beretika. Jangan sakitkan hati kawan-kawan blogger lain. Berblogging cara sihatlah. Janganlah sebabkan is trafik blog kita ciput and trafik blog bloggers lain tu berdesup masuk..kita nak dengki-dengki pulak. Itu tak elok ok!!! Tak bak busuk hati woo.

Lagi, cuba sedaya boleh happykan pembaca blog. Maksudnya, bila readers tinggalkan komen…say thanks dan replylah. Kalau boleh biar panjang sikit. Elakkan jawab “maceh tinggal komen” unless diorang beri komen macam tu.hahahaha!!! Jawab tu biar betul-betul. Buat readers blog kita rasa dihargailah. Bukan susah pun!!!!

Then, jangan lupa konsep “balas budi”. Kalau orang sudi singgah blog kita, komen entry kita..apa salahnya kita pulak jenguk blog diorang balik. Tinggalkan komen. Macam saya, kalau saya lawat blog pembaca tu and belum ada entry baru..biasanya saya akan tinggalkan message dekat shoutbox. Buat orang tu rasa happy!!! Tak susah kan???

Honestly, sekarang ni memang saya busy sikit waktu siang. Memang tak ada masa nak berblogwalking. So,apa yang saya buat is LUPAKAN BLOGWALKING Β kalau belum habis reply komen dekat blog sendiri. hahahaha!!! Sebab, for me better selesaikan tanggungjawab pada pembaca blog kita dulu. For me lah. Maceh!

P/S: Same concepts dalam Twitter. Bukan susah pun nak jawab mention kat kita tuh. Susah ke? Kalau artis, memanglah susah. Beratus sekali masuk. Kita??? hmm…sendiri mahu ingat. huhuhu. Sesekali tak jawab mention, maybe biasa and orang pun boleh faham maybe ada hal. Tapi,kalau dah selalu sangat…heh!!!

Artikel Berkaitan

44 responses to “Jadi Blogger, Jangan Sombong Please!

  1. haih..terasa2..tadi baru lepas makan cili kot..hehe..

  2. haha aku sendiri kadang2 tak ada masa nak jalan2 ke blog orang. tapi waktu2 macam ni boleh la πŸ˜€ sapa keluarkan entri waktu orang dah nak tidur ni baru aku boleh masuk πŸ˜€

  3. Terbaek kot entri ni. bukan nak memuja or apa, tp sy mmg suka your style, takde pn nk ikut2an cara org n do wateva dgn cara sendiri. Tengok dari tweet pn tahu sgt peramah. Haha. πŸ™‚

    • *nak duit saidina* hahahahaha!!! maceh ek. tak reti kot nak tiru2 style orang. macam susah je.hohohoho. jadi diri sendiri lagi senang. orang suka, sukalah.tak suka redha!!!wakakaka

  4. kami suka tgk blog org dari date mula2 diaorg tulis blog dgn skang mmg berlainan nampak perubahannya, samalah juga mcm kami dulu ntah apa2 ntah..
    yang penting kita happy dgn apa yg kita buat jgn sbab terpaksa..:)

  5. mesti risau kalau nak komen blog ni sebab ada soalan math..hahaha

    woow..terasa weh..haha..lepas ni reply komen dulu la..ngeee..

    kat twitter tu masih bnyk yg sombong..entahla T_T

    • wakakakaka! nanti aku buat soklan add math pulak.ke kimia ke.susahnyer,aku sendiri tak reti jawab 0_0

      hehehe. sori buat kau terase.memang sengaje.bahahaha!!! taklah,ni general.aku tengok kat diri sendiri.hehe. twitter?yep,setuju.

  6. buat apa la nak sombong2.
    takkan kemana sombong tuh.
    rugi jer kalo jadi blogger~

    • sapa sombong, kena campak dalam lombong.kan?kan?hahahahaha!! entah lah, manusia ni macam-macam. aku pun kadang2 sombong gak. tapi, kalau bab makanan ar!!!! takmo share ngan orang.hahahahahahah

  7. hahah tgk2 entry ko mang pedass HOT!! ok hee.tp aku suke sebb berani bersuara kan kan..aku sombong tak? so far la kan..aku akan reply semua komen kt blog aku tu(walopon xbanyak yg komen) heee.sebab? itu tandanya kita menghargai.Ada jugak blogger yang suke pilih2 komen yg nk di reply….huhuhu…entah arr blogger jek kot..

    • a’ah.aku perasan gak. ade blogger yang pilih komen2 yang die rase mencabar die nak jawap je.heheheh. tapi,aku rase macam hanis zalikha tu aku boleh faham if die pilih2 cuz sah2 beratus komen die dapat!! kak red pun same. tapi, kalau yg blog biase je tapi demand nak sombong ni…ish, boleh bikin panas 0__0

  8. Spam protection: Sum of 6 + 8 ? .. jap nak kira pakai kalkulator: 14 kott…

    Okey, berkenaan entry di atas ni:

    Benda yg Daus amalkan skrg ialah balas komen pembaca dan mention dari kengkawan twitter.. Mmg fun.. haha.. Berkenaan balas budi tu, selalu je singgah balik tp secara diam2.. x kecoh r, siap tulis dlm shoutbox..

    P/s: Makcik Liza ni kalau membebel, konpom berasap mata ni baca.. wakakaka.. garang weii..

    • koaja kau daus panggil aku makcik!!! anak ayam!!!

      oklah tu. kau ok jek wei. sebab tu, blog kau till now success.siap masuk majalah remaja lagi wooo.hehehehe. bukan susah pun kan na reply komen2 tu. for me lah -..-

  9. aku sebenarnya seorang yg sangat humble. tapi ramai org cakap aku sombong. nk buat macam mana ni kak?

    πŸ˜€

    • oh,mungkin belum cukup friendly. sombong tu better dari berlagak. as long as kau humble…ok lah tuh.hahahaha!!! sombong ni, kadang2 kite sendiri pun tak perasan. mcm aku, ada gak terkena orang ckp aku sombong tp biasenyer orang tu…type2 yang “too sensitive” -..-

  10. saya sombong saya ok. kah kah!

    #eh kenapa spam protection ni takde soalan mencabar sikit. bahagi ke darab ke punca kuasa ke. kekeke

  11. Terasa ok!
    Tapi takpe memang mengaku, xsempat nak update blog apatah lagi balas komen..
    Tapi siapa ada tweet saya reply thru tweet jer..
    Reply mention always..
    Xpe kann.. Xleh dipanggil kekwat kann!

    PojiePooh; Hanya Satu…

    • wakakakakaka!! sorry pojie.sengaje nak main2 bagi orang terasa.wahaha! alah, actually tak ramai pun blogger yang kekwat.cume, ada yang amik remeh menda2 simple cam ni. biasalah tu.

  12. Respon dua hala blogger dan pembaca mesti diteruskan dan secara tak langsung kita boleh pelajari sesuatu antara satu sama lain

  13. selalu jarang libatkan diri dengan blogger kt luar..ish,sombong jugak taw sy nie..ish…hihi

    • hahahahaha!!!! alah,aku tak pernah join mana2 gathering. 1st, belajar dari silap lepas. aku bukan baru kot ngan dunia maya ni.huhuhuh. banyak palat dari lalat.wakakaka! 2nd, tak ada masa. ada komitmen ngan family n study tapi aku elak beri alasan ni kat orang cuz sounds like poyo 0_0

      buat sekadar yg kite mampu n do something yg kite mmg nak buat πŸ˜‰ chill ok.ko tak sombong woo!!!

  14. wah! luahan hati si lizarazak..

    bytheway..

    bukan senang nk jadi blogger.. Kalau orang komen tak balas mulalah timbul isu sombong..

    Mungkin disebabkan admin tu busy ke πŸ™‚ hehe

    • heh?luahan ke ni?bahahahahaha!

      for me, blogger tak jawab komen..ok lagi. and kite pun boleh tahu blogger tu busy tapi orang pun tak bodoh nak tengok blogger tu btol2 sombong or not. twitter is the best platform kot setakat ni. kalau org tu btol2 femes..xreply kite bley faham. mention masuk banyak.tapi kalau suam-suam je..hmm, hehehehe. sendiri mahu fikir πŸ˜‰

  15. alamak, tadi termakan lada burung lak huhu

  16. setuju sangat dengan konsep balas budi.
    mmg amalkan konsep ni

  17. Sombong ke blogger macam tu? ntah la, benda kita tak nampak, kita buat penilaian pun berdasar apa yang kita rasa dan bukan apa yang sebenarnya berlaku..mungkin seorang blogger tu memang jenis cakap main lepas jek..mungkin masa first berblog dia boleh kawal segala outspoken tu, tapi bila dah selesa, mula la menjadi-jadi..pape pun, wat pe nak melenting, orang bukan nampak pun kita buat salah, IT JUST A BLOG!!!

    • ada logiknya jugak ur comment ni. masih boleh ditimbang paka penimbang.kikikikiki. hope kita sama-sama tak sombong.kadang2 kite sombong tapi tak perasan. unless,ada orang berani tegur πŸ˜‰

  18. sangat sangat sangat sangat setuju apa yang cik liza cakapkan. peramah dan membuatkan pengomen2 selesa bila bertandang ker blog dengan memblasa komen2 mereka adalah salah satu cara untuk menaikkan blog tu. bola pembaca rasa komen mereka dihargai. tak mustahil diorang akan datang lagi next time…itulah apa yang saya amalkan. sebab saya paham bila komen saya tak dibalas. bukan sedih, tapi tawar hati nak berkunjung lagi ke blog tu..Hmm…harap saya tidak menjadi sombong… πŸ™‚

    • eh macam samalah!!!!! sama sangat dengan pendapat saya πŸ˜‰ kan?? kadang-kadang sedey gak ar bile komen2 tapi tak pernah dibalas.. tapi,kalau artis tu..xleh nak kata aper ar..kalau komen melambak,oklah.fine. tapi,kadang2 komen ciput sangat. orang tu cuma reply kkomen kawan2 die je πŸ™

  19. salam…

    1st tym singgah sini. dan yea, im newbie. hahaha

    baru blogging start dari bulan ogos hari tu, da dapat tengok macam2 color blogger p nak wat cam na, blogger pon manusia biasa.

    so ber-blog underground sajalah. πŸ˜€

  20. Nice entry la lizz..hahaha satu entry yang boleh membuka mata mereka yang ingin menjadi blogger. Thanks atas nasihat ini juga πŸ˜‰

    Cheers
    Melz

  21. ikut orng jugak sebenarnya…

    kalau macm awak,yang dah isytihar diri seorng blogger, so, your point up here make sense,

    but for those who blogging for pleasure,or for suka-suka, :dia nak membalas komen ke, dia nak rase diri je macam bagus ke, itu die punyer pasallah..
    lagipun ade je orng yng blog dia mcm haram mencarut-carut, troll sane-troll sini, but in real life, diam je, pemalu pun ade…

    in fact, saya nk org kenal sape saya melalui blog, bkn kenal saya sbgai blogger,.. berbeza tuh

  22. Pingback: DDoS attack. ServerFreak Tetap The Best! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge