Bukan Perfect Tapi Berusaha Menjadi Perfect

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Abdul Halim


Assalammualaikum w.r.t……

Alhamdulillah, permulaannya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Liza sbb beri peluang kat saya untuk ulas sedikit sebanyak pasal entry die baru ni yang berkenaan “Tak Payah Nak Hina Orang Sangatlah!“.
Hina-menghina ni sangatlah x bagus, sebab apa? Sebab boleh menjatuhkan maruah orang lain , buat orang lain sakit hati kat kita. Bila kita hina orang ni tentu ada dendam dalam hati, lepas tu mulalah kes bunuh-membunuh n macam-macam lagi sebab sakit hati.

Dalam Islam haram bagi saudara seagama yang mana sebagai saudara seagama n seakidah kita sepatutnya menjaga maruah dan aib orang lain, bukannya membuka aib dan menjatuhkan maruah dia depan orang ramai. Seperti mana sabda Nabi s.a.w  “tiap-tiap muslim itu di atas muslim adalah haram : darahnya, hartanya dan maruahnya”. Dan kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan akal sepatutnya berfikir sebelum berkata atau melakukan sesuatu sebab setiap perkataan serta perbuatan kita mungkin melibatkan perasaan, harga diri dan juga maruah.

Satu perkara yang perlu kita semua faham dan ambik cakna ialah perkara yang jelas suruhannya dalam agama mestilah kita laksanakan samada ihklas atau tidak sebab keikhlasan akan hadir setelah kita berusaha untuk mentaati perintah Allah.

Sebagai contoh, menutup aurat adalah wajib bagi kita sbagai orang Islam keran ia suruhan yang jelas dari Allah dan Rasulullah. Dalam perkara sebegini kita tidak boleh tunggu atau slow-slow dalam menjalankan perintah tersebutnya. Dan bagi mereka yang membuka aurat kita seharusnya memberi peringatan kat diorang bukan kutuk dan mengata je.

Dan sebenarnya kita tak boleh buat hal masing-masing bila Nampak orang lain buat salah sebab ingat kita akan disoal oleh Allah sebab kita tak nasihat orang yang buat dosa sedangkan kita mampu untuk mengubahnya.  Sebab nabi sebut “bukan dari kalangan aku orang yang tidak peduli terhadap saudaranya”. Tapi cara kita tegur kenalah dengan bijaksana dan bukannya dengan bahasa kasar dan perbuatan yang menyakitkan orang tu.

Kalau dalam entry ni ada sebut “jangan judge orang dari sudut luarnya sahaja, tu hak dia nk pakai seksi”. Saya minta maaf, saya terpaksa katakan bahawa kita kena judge orang dari sudut luarnya tapi mengikut keadaan dan situasi.

Contoh, pempuan tu pakai seksi dan sudah semestinya tak bagus dan dia mungkin tak tahu agama atau dia tahu tapi sengaja buat macam tu. Contoh yang lain, orang tu dia pakai serban berjubah tapi belum tentu dia alim atau dia mungkin alim atau buat-buat alim. Tapi tak semestinya orang yang pakai t-shirt dan seluar jeans tu tak tahu agama, mungkin dia lebih alim dari orang yang pakai serban tu tadi. Kena tengok keadaan.

Takde masalah kalau kita dah berusaha untuk buat kebaikan tapi tak boleh buat 100% sbb Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Kalau niat betul insyallah kita boleh berubah dan ingat pintu keampunan Allah masih terbuka bagi kita semua selagi mana nyawa belum sampai ke halkum…..
Akhirnya saya minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terkena, saya bukanlah orang yang perfect tapi berusaha untuk jadi perfect supaya kehidupan saya dan you all semua diberkati Allah. Saya bukan yang paling layak untuk menasihati orang lain tapi sekadar berkongsi ilmu. Wassalam…

Artikel Berkaitan

11 responses to “Bukan Perfect Tapi Berusaha Menjadi Perfect

  1. Contoh mudah –

    Ada dua orang perempuan A dan B (bukan nama sebenar). A ni berpakaian macam orang luar, macam orang bandar, tak lah seksi cuma tidak menutup aurat, tak pakai tudung, pakai tshirt je, tapi dia baik, dari segi sifat dia baik, sembahyang tak tinggal contohnya.

    B pula pakai tudung, penuh lagi, semua tutup, tapi dari segi perangai dia buruk, buruk camne tu tak tahulah tapi salah lah dari segi agama, mengumpat, mengata dan pelbagai lah.

    Jadi antara A dan B mana lagi baik?

    Bagi aku jawapan dia, sama je dua-dua.. dua-dua tidak sempurna.. agama ni kita tak leh amik separuh-separuh, kena amik sempurna.. sebab tu kunci kepada pintu syurga bukan berlaku baik, menjadi manusia yang baik hati ataupun menderma.. tapi pintu syurga ialah kita percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad perseruh Allah.

    Ia bukan sekadar lafaz je, kena ikut dengan perbuatan.. jadi kalau kita tak ambil agama secara penuh, maknanya kita masih tak yakin dengan lafaz tu.

    Pendapat dari yang cetek ilmu 🙂

  2. Abdul Halim

    Aslmualaikum,
    betul 2 izzat kita x leh ambik agama ni separuh2 ke ambik semua. semuanya bergantung pada kita, samada nk pilih yg baik atau buruk sbb kita diberi akal oleh Allah….

  3. Entri ni ditujukan kepada perempuan la ye?…Perempuan ni dari lahir sampai kahwin pun, dosa bukan mereka tanggung, tapi selalunya perempuan ni rezeki dia melimpah-limpah, lelaki ni dari start dia baliqh, dosa adalah tanggungan dia, dan rezeki dia mungkin bertambah lepas berkahwin..Moral of the story, perempuan ni mudah masuk syurga dari lelaki, lebih-lebih lagi wanita solehah yang patuh kepada ibubap dan suami, jadi mungkin tak sempurna tapi boleh cuba untuk jadi yang sempurna..

  4. Pingback: Sedar Kesilapan Diri Sendiri. Tak Susah Mana. | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  5. Pingback: Sham Kamikaze dah Dapat Hidayah Allah. Turn Kita Bila? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  6. Pingback: Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati? | Lizarazak - Blogging Itu Seni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge