Bukan Jual Mahal

“Saya bukan jual mahal, tapi saya tak suka cara awak”.

Ok. Sure korang tertanya kan, ni dialog apa? hahahaha! Sebenarnya, itu dialog saya dengan someone. Of course lah lelaki. Saya bukan lesbian or pengkid nak bercinta dengan perempuan. hahaha! Saja, saya tulis entry “Bukan jual mahal” ni.

Dah lama tak ada entry serious kan? Rindulah pulak.

Rasanya, lelaki sukalah kot entry macam ni. Ada bahan nak mengutuk perempuan. Iye dak?hahahaha! Entry ni, saya tulis dengan 100% cerita dan pengalaman saya sendiri ok. So, tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah out. hehehehe! Ok,dah macam warning dekat drama-drama melayu pulak.

Sambung topik “Bukan jual mahal”.

Macam ni, last month ada someone yang ajak saya “berkawan dengan serious” . Sendiri mahu ingat lah kan. Mulanya, saya memang suka berkawan dengan that guy. Matang. Educated. Kiranya banyak jugaklah kriteria lelaki yang saya suka, ada pada dia ni. Mula-mula layanlah.

Tapi, bila lama-lama. Bila agak close, dia dah mula merepek meraban. Saya malas nak cerita lebih-lebih. Benda tak elok, kita kena simpan. Iya dak? Share sikit-sikit boleh lah. muahahaha!!! Dipendekkan cerita, lelaki ni “agak nakal”. Oh, silap oranglah labu!!!!!

Bila tak diberi apa yang dia nak, mulalah keluar ayat menjengkel tu. “Jangan jual mahal sangatlah. Nanti tak kahwin, baru tahu!”. Heh!!

Ada aku kisah? Opsss.

Konsepnya macam ni. Bila kita berkawan, buat cara berkawan. Bila nak bercinta, buat cara nak bercinta dengan betul sikit. Jangan samakan semua perempuan yang kita pernah kenal. Bukan semua perempuan murah. Bukan semua perempuan senang-senang disentuh. Tolak ke tepi soal dosa pahala, saya bukan alim ulama‘. Still tak tutup aurat dengan sempurna pun. Itu hal saya dengan Allah. tapi yang ini soal pendirian. Hormat sikit boleh??

Oh yes, saya memang sangat pentingkan maruah. Kadang-kadang,saya pelik jugak. Perempuan tu nampak elok sangat. Maksud saya dari segi penjagaan aurat dia. Tapi, bila dia dengan boyfriend…kenapa dia pegang-pegang,peluk-peluk, siap kissing. Oklah, inilah alasan saya LIAT nak pakai tudung dulu. Saya pening dengan manusia yang weird camni. Tegur orang pandai, silap sendiri tak perasan.hmmm.

Mungkin orang nampak, saya macam “senang” sangat nak diajak try buat something tak elok. Eh, tapi alhamdulilah setakat ni terjaga lagi apa yang patut saya jaga. Yang ini pun, saya tak berani nak kata TAK akan buat. Sebab, kita manusia biasa. Syaitan ada dekat mana-mana hokey!!! hahahaha!!!

Just,try the best untuk tak buat lah.huhuhu. *takutttt*

Susahlah, kalau ada lelaki macam ni. Tak tahu nak hormat wanita langsung. Segila-gila saya pun, saya tetap tahu batas berkawan. Sudah-sudahlah dosa yang ada kat saya ni kot.muahahaha!!! Enough wei -..-

Keluar dengan lelaki. Saya ok sangat! Memang membesar dengan lelaki dari kecik. Tarahal. Nak suruh saya berdua je dengan lelaki dalam bilik pun, saya ok je. Saya oklah, tapi lelaki tu tak tahulah. bahahahaha!!! Cara saya senang je. Tak buat salah, tak perlu risau. hehehehe.

Tapi, bila ada lelaki yang nak ambil kesempatan. Memang silaplah kalau dengan saya. Hello, bukan semua perempuan murahan ok! Nak buat perkara tak senonoh, silalah cari mak ayam!!!! Saya bukan jual mahal, tapi saya ada harga saya sendiri. thanks to lelaki sengal itu. bahahaha!!!!

Jodoh saya bukan bergantung pada uolss. Tuhan punya kerja.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

20 responses to “Bukan Jual Mahal

  1. salam,
    wah… gaduh ngan pakwe pun boleh jadi topik citer… okeh.. sebagai perempuan saya sokong sangatlah ngan pendirian liza… ape? …oppss

  2. kalau sebelum ada ‘apa-apa’ lagi dah berani tunjuk belang..hmm..susah la..

    P/s: Gaduh dengan si dia pasal kes macam ni berbaloi!

    • hmmm..yep.maceh sebab faham maksud entry ni.hehehehe!!! actually,depends pada orang tu. me bukan baik sangat pun tapi ntah..tang mende2 ni..xdibiasakan.so..tak reti -..-

  3. pompuan memang diciptakan untuk di bahan..booooooooooo! hahaha

  4. yang nie dinamakan cinta bukan sebab sayang taw…tapi cinta yang berlapiskan nafsu semata-mata…ceh,bil air dah lama tertunggak lah tu…errr,nakal ker?hihi

    • hahahahahaha!!! dia silap orang nak bayar bil air tertunggak -..- . susah kalau orang tak ada asas agama ni. cetek tak apa, tapi if asas out bahaya.doa2 lah diri sendiri tak buat perkara2 terkutuk.manusia ni kan senang kene goda.huwaaa!!!

  5. biar je la pe org nk kata… buat ape yg btol suda..

  6. hai liza, ok. saya respek pendirian awak tu, tapi kan liza lelaki ni memang bahaya. yup, saya bercakap sebagai seorang lelaki. hm.. lelaki ni kalau bab memikat pompuan memang terrer lah walaupon saya ni tak terrer. hehe…yang baik, baguslah kan, tapi yang pura2 baik ni yang bahaya dan sememangnya bahaya.
    dari entry liza ni saya tengok liza ni mungkin jenis yang agak open kan, tak kisah kawan ngan laki mana pon kan. itu cara liza la, tapi liza kan, kena hati2, lelaki ni kalau nampak pompuan yang agak open (tak maksudkan liza k) fikiran dah ketempat lain walaupon girl tu bukan macam tu sebenarnya. “Jual mahal” ada baiknya, sebagai langkah berhati2. terutama lelaki yang baru kenal. yang dah kenal tu oklah kan…. pendapat saya jer k. lelaki jangan marah arrr… hehehehe

    • eh tak kisah pun. bebas nak komen apa2 as long as tak guna bahasa rude 😉 suka baca pendapat orang lain… yes, memang saya jenis open. tapi open minded.hahahaha! open lain2 tu,rasanya tak sangat. huhhuhuh. tapi, itulah lelaki ngan nafsu biasalah. tak salahkan diorang pun. cuma,kite masing2 kene pandai kawal diri n tau jaga maruah. uhuhuhuhuh

  7. betul kan..ada sesetangah lelaki aklao kita tak layan cakap kita jual mahallah ape lah kan..kalo kita cam malas nk layan cakap sombong lah kan.Dia xsedar yang cara dia tu salah…jngn la ingta semua pompuan leh wat memain..br kenal 2,3 hr nk pegang2..nk sapu2 pipi aii..gewli ok! -__-..lg pon eeuuww HARAM wehhhh…

    aku suke ayat ko ni :Jodoh saya bukan bergantung pada uolss. Tuhan punya kerja.

    • itulah..nak ajak hu ha hu haa..tarahal. tapi,bila nak melebey tu silap orang ar.hahahahaha!!! soal haram tu aku malas nak sentuh.tu sendiri mahu ingat ar.hahaha! maceh suke ayat sengal aku tuh -..-

  8. salam..itu makhluk allah kasi luku je pale dia..suka suki je ckp repek..
    muahwahwa..

  9. wah..sgt2 setuju dan suka entry ni..bestnye..pernah mengalami jugak tapi xtau nk cite cmne..tp cite die sebijik ar cmni…suke2 (^_^)

    • Hi liz, My advice is if that man is meant for you he will come and take you from the pedestal.. Just wait because you have your destiny coming soon. Thank you for sharing your story.

  10. Pingback: Dia bukan milik saya Kan? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  11. Pingback: Masa Untuk Berfikir - Apa Yang Perlu, Apa Yang Tidak? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge