Betul ke Lelaki Lebih Ego Daripada Perempuan

Betul ke lelaki lebih ego daripada perempuan? Korang setuju? Ke korang rasa macam mana? Lelaki lebih ego daripada perempuan ke atau sebaliknya? Kalau tanya pada saya, jawapan simple je. kurang setuju! For me, memang betul generally lelaki lebih ego daripada perempuan tapi bukan sepanjang masa dan bukan semua lelaki macam tu.

Ada masa, ada ketikanya. Perempuan lebih ego daripada lelaki ok.

Sebab itu saya katakan yang saya kurang setuju dengan statement lelaki lebih ego daripada perempuan. Saya perempuan, so sah-sah saya tahu.hahahaha! Memang, kalau fitrahnya. Orang akan kata lelaki ada level ego yang tinggi kaw-kaw daripada perempuan. Itu memanglah.

Tapi, kalau difikirkan logik akal. Baik lelaki mahupun perempuan. Dua-dua makhluk bernyawa. Ada hati, ada perasaan. Tahu marah, tahu jaga maruah daripada tercalar. hahahaha! Hello, maruah tercalar balar ni boleh bikin marah ok.

So, waktu-waktu kritikal macam ni.. tak kira dah kot. Baik lelaki, baik perempuan. Masing-masing nak tunjuk yang diri tu ada ego. Tak nak mengalah. Tapi, ini bukan all the time lah. Maksud saya, depends pada masalah jugaklah. Tengok situasi.

Kalau personally pulak. Saya mengaku agak ego. Sangat ego pun boleh jugak. hahahaha! Saya beri contoh. Waktu saya bergaduh dengan teman lelaki. Biasanya, saya bukan type yang akan mengalah time-time tu jugak. muahaha! Saya biasanya, akan cakap perkara yang betul (betul bagi saya) dulu and for sure partner pun cakap bagi pihak dia.

Mestilah masing-masing nak menang kan? hahaha! Kiranya, saya tak akan buat ayat macam ni dah lah, awak betul. saya salahOh, tak pernah ok!! Ego kan?? kan??? bahahaha!!! For me, macam nampak lembik gila bila cakap macam tu. For me lah.

Tak tahulah kalau gurl lain selalu buat macam ni and nampak macam baik ke comel dengan teman lelaki. hehehe. Kita kan lain-lain. Sorry, kalau terasa hati eh.

Sambung balik. Ok, biasanya bila ada problem. Saya bincang dengan partner tapi memang tak akan senang lenang lah nak bagi dia menang. muahaha! Memang sounds teruk sikit lah tapi nak buat macam mana ek, dah style saya macam tu. Tak mudah mengalah.

For me, kalau dah kita kat tempat yang betul..nak buat apa mengalah kan? Tak fair lah macam tu. Takkan sebab kita sayang kan partner kita tu, kita sanggup buang ego kita dan mengalah macam tu aje. Oh no!!!! Tak kisahlah nak kata saya ego ke apa. lalalalaalal!

Sebab tu lah kot, partner semua lari.wahahahahaha!!! So, korang macam mana pulak? Setuju ke lelaki lebih ego daripada perempuan atau sama pendapat macam saya? Share cerita korang dengan partner pun boleh!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

27 responses to “Betul ke Lelaki Lebih Ego Daripada Perempuan

  1. setuju gak sikit2..tapi kalau perempuan yg berkerjaya pun leh tahan gak ego ye..ada setengah ok..tak semua..mcm lagi gak hehe..

    kalau dua2 ego mmg habis lah..susah untuk long term..

    • kan?sebenarnya aku faham biler kau sebut “perempuan bekerjaya pun bley tahan ego” tu cuz aku setuju. macam aku, pernah gak kawan ngan laki yg level education bawah dr aku and biler gado …aku ngan perangai ego..sudahnyer die akan gune “orang pandai ni ego tinggi” 0_0

      oh,very complicated!!! cuz for me education n ego tu macam tak ade kaitan kot.

  2. Abdul Halim

    aslmualaikum…
    setuju kot…cuma sy x fhm lah kak liza psl ego ni…kalau perkataan seerti bg ego ni ape ye???

    • w’salam halim…
      setuju yg part mana? so setuju lelaki lagi ego dari gurl?
      kata seerti tu xsure lah tapi ego tu maksudnya dia rasa diri die je betul and tak nak dengar pendapat org lain.dia tetap dengan pendirian die. risa kalau ikut orang, macam hilang maruah die ..lebih kurang macam tu lah

  3. masing-masing ada ego masing2 kot kan..
    perempuan ke lelaki ke.huhuhu…
    kalau dapat yang dua-dua ego hampes lah sampai bila-bila masalah tak akan selesai..tapi aku rase kan, biasanya lelaki akan mebngalah kot.Contoh kalau gaduh dengan gf, pastu gf merajuk lama2..selagi tak pujuk selagi tu tak baik.So lelaki biasa akan pujuk ngalah jek la kang melepas pulak fadammuke..heee xD

    • wahahahahaha. ye ke lelaki biase ngalah???mana ada wei!!!! kahkahkah. hmm,memang pun baik lelaki or gurl ada ego sendiri. pada aku,tetap depends on perangai semulajadi kite gak. aku rase ar….

  4. lelaki ngn pompuan sama ego..and sy setuju tu bila liza kata yg ego tu depend ngn masalah..

  5. betul la tu depend pada keadaan. tapi ler pendapat aku la kan, seego2, sekeras lelaki agak senang untuk dia mengalah, tapi kalau ego perempuan tu….perghhhhh!!!!kalau laki tu dah mintak maaf, syarat 10 kali mintak maaf baru diterima. mak ai…saje nak tunjuk kuasa…mueheheehe

    • hahahahahahahahaha!! betullah tu ape kau tulis ni 😛
      memang pun. lebih ego kadang-kadang cuma tak ramai kot gurl macam ni. tapi,aku mmg ego sket.tapi,xadalah sampai 10kali tu,tu lobih ar.hahaha

  6. lelaki dan perempuan sama ja ego
    yg penting semua bergantung kepada hati
    ego ni bermula dari marah

  7. Rasanya lebih kepada karektor peribadi individu tue…. dan apa yang kita alami…. kebiasaannya kejadian streotaip kita anggap pompuan nie EGO lebih…. tambah2 kalau dia tue LADY BOSS…. huhuhu

  8. Abdul Halim

    setuju laki lbh ego dr pempuan….huhu, ooo mcm 2 eh.

  9. meo

    kini, lelaki dan perempuan same shj

    yang membezakan kita adalah kemaluan kite :p

  10. betol3..
    masing2 ade tahap ego masing2.. (cm plik je ayat ni)..
    kalau time gadoh, paling lame pon 2,3 hari..
    pas2 pujuk sikit cair lah tu….pas2 lpas 3 hari, majuk balik.haih..
    tp skang ni da ptos, berkawan rapat jek..
    konon2 memasing nk fokus stdy..
    dalam ati masih ade perasaan lagi tu…
    ego btol die tu.. cakap je r tros terang..haih~

  11. Maaf dulu Cik LiZa, actually perempuan melayu terakhir je boleh kawal tahap ego die..hehe..anyway, lelaki still no 1 ego la, mungkin Cik Liza kena bercampur ramai lelaki, memang laki ni kalau dia gado ngan perempuan ego dia memang nak menang jek, salah sorang misti kena mengalah..

    • hehehehehe. tak payah maaf ok.tak kisah pun.hehehe! campur ramai lelaki? haiyo. adik bradik saye semue lelaki. 4 orang lelaki dalam adik bradik. campur arwah dad lagi. fuh, dah faham sangat ego diorang.sangat ego -..-

      tapi,itulah.mula2 ingatkan lelaki mmg ego tapi bile masuk uni..eh macam tak boleh gak nak kata gitu. cuz ramai kawan lelaki saya yang lebih ok compare dari gen gurl. depends kot

  12. ST

    Aku rasalah kan, ego nih bergantung pada “darjat” gak sebenarnya… tak kiralah laki ker pompuan. tak caya tanya kat boss korang, tak kesahlah laki ke pompuan boss korang tu…

    p/s: pesal gua tak jumpa button tweet kat blog nih?

    • p/s:baik kau mengucap banyak2.macam pendek umur je dah tuh.bahahahahaha!!!

      hmm, ok yang ni aku tak terfikir pulak.tapi,logik gak. darjat ek??? maybelah. tapi,boss aku aku akak ipar aku.no komen!!!hahahahahahaha

  13. Interesting post! In my opinion, men have more ego than women in general. Men tend to project that they’re strong and can live alone. And girls normally vent out what they feel to their friends which I think lessens their ego.

  14. Jo

    TP ta smua cma,llki akn ego thdp ssmanya tp lmbut pla ngn ppuan.. Tp rasanya lg ego,ngn lki dia ego,lg la ngn ppuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge