10 Perkara Tentang Tuan Blog Cap Ayam Serama

Hari ini, nak buat entry santai Mak Limah je. Tak ada serius-serius punya. Motif? Sebab dalam mood cuti. Mana boleh stress-stress. Kan? Cuba korang anggukkan saja. Ok, pada yang dah angguk. Korang memang comel. Siapa tak angguk, korang comel sikit je. Baik kan???

Saya nak senaraikan 10 perkara yang korang perlu tahu siapa dan macam mana perangai si Lizarazak poyo ini. Sebelum korang cakap saya poyo, biarlah saya kutuk diri sendiri poyo dulu. Iye dok? Bijak kan saya ni? Malas nak beritahu selalu aje. Ok, mengarut sudah.

Ok, mula-mula saya nak mintak maaf sebab entry ni memang sengaja karang sebab perasan jadi artis sekejap. Artis tak glamour lah. Bukan macam kawan-kawan saya yang tip-top ar.  Ok, sedar diri cepat tu bagus sekali untuk kesihatan, Korang patut tiru saya. Tiru jangan tak tiru.  Jom start mengarut!!!

1. Dulu, masa kecik-kecik. Saya selalu tanya mak “mak, kenapa nama Ija pendek sangat. Ok,jangan gelak. Ija tu nama manja i ok. hehehehe! Mom akan jawab “itupun dah panjang. Ada 7 abjab. Mula-mula nak letak nama Liza je. Bersyukur sikit” . Kejam kan mak and dad saya. heh!

2. Masa kecik, saya gembeng. Korang faham ke tak gembeng tu apa? Gembeng tu gambir. Ok, tipu. Gembeng tu kuat touching lah kiranya. Sikit-sikit nak menangis. Bila teringat, rasa nak lempang diri sendiri je. Now, boleh bayangkan betapa gembengnya saya dulu. Menyampah ok!!

3. Tak pernah ada koleksi barbie doll mak doll ni. Teddy bear dulu masa kecik-kecik tak pernah ada. Tapi, bila dah besar ni. ada pulak yang rajin nak bagi teddy bear. Hah, kasilah tapi saya memang tak peluk sangat pun. Jujur sudah. Peluk badan mak je lagi best.weeeeeee!!!

4. Adik yang manja sangat-sangat dengan abang-abang kot. Mesti akak ipar meluat mula-mula. Tapi,lama-lama semua macam redha jelah. Dah,siapa suruh kahwin dengan lelaki yang ada adik perempuan sorang aje. Iye dak kawan-kawan??? Angguk laju-laju please!!! Maceh.

5. Peminat setia setiut penyanyi no 1 Malaysia ok. Dato’ Siti Nurhaliza lah..sapa lagi.Wohoo!!! Now, dah besar ni ok lah. Dulu, masa zaman sekolah. Amik kau!!! Habis semua poster saya kumpul. Tin Pepsi yang ada signature Siti pun saya simpan lagi ok. Ada depan mata ni. Siapa gelak, putus kawan!!!

6. Tak suka orang yang serious sangat-sangat. Tak suka, bukan benci. Tak suka tu maksudnya, kalau boleh nak jauh dengan orang yang toooooo serious dalam life dia. Motif? Sebab saya bukan type serious punya orang. Dengan mak saya pun, saya boleh buli, berlawak sarkas. Inikan pulak dengan orang lain. So, kalau nak kawan dengan saya…senang je. Jangan jadi serious sangat!!!     *hint orang bajet bagus macam ni lah* -__0

7. Ulat buku or majalah hiburan. Tak suka buku pelajaran. Slumber kan? Now, tolong doakan cikgu-cikgu tak masuk blog ayam saya ni. Heh!

8. Bukan gedik type!!! Oh please, kalau sesiapa rasa saya ada unsur-unsur perempuan gedik.Sila tampar laju-laju. Oh ya, dan saya juga tak akan boleh “masyuk” dengan manusia yang seangkatan dengan gedik. Entah. Alergi kot. Kawan-kawan yang rapat dengan saya semua type Lintang pukang. Maksudnya, tak berapa nak sopan dengan lelaki. Tiada keterangan lanjut untuk fakta ke 8 ini. Maceh!

9. Saya manja dengan mak. Still makan bersuap kadang-kadang. Still mak hantar food kadang-kadang sampai katil. Oh ya, jangan pelik kalau nampak saya jalan berdua dengan mak and kami berpegangan tangan. Oklah kot daripada pegang tangan bukan muhrim. Dosa lama banyak dah if buat macam tu. Tak larat nak hapuskan nanti. Lagipun, saya tak boleh imagine kalau mak saya sesat dalam shopping mall. Eh, mak seorang je ok . Pakwe boleh cari lain.hahahaha! *Demm!! rindu arwah ayah

10. Perangai buruk. Bila kawan-kawan terjatuh depan saya. First thing saya buat is gelak like hell dulu. Dah puas gelak, dah kesat air mata..baru tolong kawan tu. Itu pun, guna sebelah tangan je. Heh. Jangan jatuh depan saya ok.


Boleh stop now tak? Ke korang nak lagi? If permintaan ada..saya sambung part 2.Tapi, sedar diri…so memang takkan ada kot part 2. bahahahaha!!!!

Artikel Berkaitan

14 responses to “10 Perkara Tentang Tuan Blog Cap Ayam Serama

  1. Alamak. Macam mana aku boleh ada dalam belog?! Aku LUPAA..!

  2. Aku pon x suka org yg serius sgt..hu3

    moga2 ada cikgu masuk baca entri ni..hahaha 😛

  3. wahaah ko memang sempoi lah lizard! heee…aku same lah cam ko g memane mesti ngan mak,..xder mak ssh aku nk jalan heee..ngegade ke, manje ke gedik nmnyer tu>? ahhaha..
    paling kejam ko gelak dulu puas2 br tolong? bhahahha memang kejam tahap cipan lah ko heee xD

    • muahahahahahaha!!! pernah gak aku try nak tolong dulu baru gelak tapi macam tak puas hati lak.hahaha! tapi,ngan kawan2 lah.ngan orang tua…tak wei. hehehe

  4. meo

    erm, cutenye tulisan lizz kali nie… cair…

  5. aku tak suka orang yang serius dalam hidup tapi aku tak suka orang yang tak serius dalam melaksanakan sesuatu. ah apa kau cakap ni..janji ko paham..

    lama tak singgah sini. Maklum la baru hidup dengan komputer balik..hehehe.

    • aku faham!!!! rasanya aku ikut kot cam yang kau cakap tuh.hahaha1 perasan. aku pun sama. even aku tak serius sangat dalam life tapi bila perlu..aku boleh jadi serius abis,depends 😉

  6. Pingback: Kita adalah guru terbaik untuk diri kita sendiri | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  7. Pingback: Silakan Baca Kalau Mahu. Saya Ada Diari! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge