Rahsia Carian Google – Ok,Aku Jakun!

Enjin carian Google.kalau siapa kata tak tahu apa menatang ni. Sila rejam diri sendiri sekarang.hahahaha! Ok. rasanya semua tahu Google kan? Kalau ada jugak yang tak tahu, baiklah. Jangan nangis adik-adik. Meh baca The History of Google kat sini ok. Tarahal lah. Woot woot!

Tadi, saya belek-belek surat khabar Utusan Malaysia yang dah lama. Tak sengaja kiranya ni. Then, orang jakun macam ni lah. Saya terjumpa 1 artikel by saudara Mohamad Nizam berkaitan Rahsia Carian Google. Saya tahu, kalau kita nak cari info di Google ni memang sakit sikit kalau tak tahu cara sebab Google akan beri kita beratus link kot each time kita search apa-apa . Susah kan, sebab bukannnya related pun.

So, try korang baca artikel bawah ni. Ada trick rupanya untuk bantu kita. Jom jom try!!! Goog luck! (Kalau siapa dah pro,dok diam-diam tepi katil aww.hehehehe)

HAMPIR setiap saat setiap individu di negara menggunakan agen carian bagi mencari pelbagai maklumat di laman web. Terdapat pelbagai laman carian di Internet yang biasa digunakan seperti AltaVista, InfoSeek, Google, Yahoo dan Lycos sekadar menyebut beberapa nama.

Bagaimanapun enjin carian yang popular, Google dan Yahoo mendapat tempat di kalangan pengguna Internet.

Bak kata Penganalisis Kanan, CyberSecurity Mohamad Nizam Kassim, agen carian Google mempunyai banyak kelebihan jika kita tahu membongkar ‘rahsianya’.

“Selalunya pengguna mengambil masa yang lama untuk mencari sesuatu maklumat di dalam Internet.

“Misalnya jika kita mahu mencari sesuatu, kita akan menaip kata kunci dan hasilnya pasti berpuluh ribu keputusan tersiar di skrin menyebabkan kita perlu mencarinya satu persatu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas taklimat media mengenai Hari Keselamatan Komputer Dunia yang disampaikan oleh Pengerusi Cybersecurity, Jeneral Datuk Mohd. Azumi Mohamed di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohamad Nizam berkata, pengguna boleh menggunakan enjin carian Google dengan mudah dengan menaip pembuka dan penutup kata “…” bagi mencari satu perkataan.

“Ini dapat mengurangkan masa untuk mencari bahan di dalam Internet,” katanya.

Bagi mencari dua perkara berlainan, pengguna boleh menaip “…” “…” misalnya bagi mencari “mohamad nizam kasim” “cybersecurity” pengguna boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat.

Selain itu pengguna Google juga boleh mendapatkan trend pencarian paling tinggi di google zeitgeist.

Bagi mereka yang masih baru dalam enjin carian, mereka boleh ke Soople yang memudahkan carian.

“Soople dibina oleh seorang anak bagi membolehkan ibunya melayari dan melakukan pencarian dengan lebih mudah.

“Kini Soople boleh digunakan oleh sesiapa saja dengan antara muka yang lebih mudah dan ringkas,” katanya.

Bagaimanapun jelas Nizam, pengguna perlu ‘memecahkan’ rahsia Google untuk mengetahuinya.

“Apa yang penting, kita hanya perlu menaip kata kunci yang betul dalam setiap pencarian,” katanya.

Organisasi atau agensi yang berminat untuk mengetahui rahsia Google boleh mendapatkan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan di laman sesawang www.cybersafe.my

Artikel asal di sini

Artikel Berkaitan

19 responses to “Rahsia Carian Google – Ok,Aku Jakun!

  1. woooooow! mmg tangkap cintan dgn google pasni..hehe

  2. baru tau pasal soople eheh

  3. ooooo aku pon br tahu lah.same jakun ngan ko..ok kiter #gengjakun hahahaha..senang la kn..kalo dah tau cam tu cara nk cari..salu men taip pehhh..berpuluh2 keluar xtau mn satu..eheeeee

  4. nice info..
    thankz sharing..:)

  5. cikgu aku pernah ajar ms kat sekolah… hehe..

  6. aku pun jakun gak rupanya haha

  7. oo , tak sangka masuk paper . last sem lect aku ada ajar , kikikiki, tapi tak pernah guna pun , kah3 , dasar pemalas . hahaha

  8. thanks 4 da tips kak liza ^^

    p/s : bgs pencarian anda .. hehe

  9. kadang2 org gune google jer x try mende lain….cube variasikan ngan skali skala guna yahoo plak……sbb kadang2 kite taktau mende lain ada gak yg sesuai ngan kita..

    cheers..

  10. Pingback: Tips Cari Muka Surat Untuk Setiap Juzuk Dalam Ayat Al-Quran | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge