Cerita Tentang Hijrah Dalam Hidup Saya

Ini cerita tentang hijrah ok. Al-maklum. Kita kan baru je sambut 1 Muharram. So,aura hijrah tu tengah sangat kuat ni.hehehe! Im sure, semua orang mesti ada niat nak hijrah. Orang tu baik ke, orang tu mat rempit ke, in fact penagih pun im sure mesti terdetik dalam hati diorang now tentang HIJRAH babe. Cayolah cakap den.

Now, saya tak nak cerita tentang orang lain. Saya nak cerita tentang cerita saya sendiri. Kiranya, ini entry personal tapi ada sangkat sangkut jugak dengan hijrah dalam diri saya. Suka hati korang lah nak take it as serious ke tak. Saya tak kisah pun. Ini entry santai ok.


Hijrah 1: Saya anak manja. Tunggal perempuan dalam adik-beradik. Jadi, faham-fahamlah manjanya macam mana. Tak pernah jauh dengan family. Tapi, lepas SPM. Saya dapat tawaran Matrikulasi Melaka. Adoi, jauhnya rasa waktu tuh. Mula-mula tak nak pergi tapi bila difikirkan balik, saya tak boleh terus duduk bawah ketiak mak kan.hahaha!! Hijrah perlu dilakukan walau tanpa rela. TANPA RELA wei!!!!! Menangis kena tinggal. Tapi, sekali tu jelah saya menangis. Lepas tu ok je. Homesick pun tak pernah. Rasanya, sebab saya yang pilih dah berhijrah daripada jadi anak yang bergantung sangat dengan family to berdikari. Jadi, tak rasa beban sangat pun. Hijrah mental pada saya.hahahaha!!!

Hijrah 2: Ini hijrah hati. For your information, dulu saya someone yang sangat sensitif. Kalau boleh, saya nak semua orang layan saya. Mungkin penangan “manja” dekat rumah, terbawa dengan kawan-kawan. Tapi itu dulu. Lama sangat-sangat. Saya kira beruntung sebab dapat kawan rapat yang mulut laser cap ayam kawkaw. Sangat laser ok. Dia selalu marah saya kalau nampak saya menangis. Habis dia ceramah saya. Dia kata, kalau saya tak berubah. Susah hidup nanti. Jadi, saya fikir-fikir. Oh yes! Saya perlu berhijrah menjadi someone yang “kuat”. Tak lembik. Mula-mula susah tapi bila saya jadi “kuat”, memang betul saya rasa 1 kelainan. New spirit. So, saya rasa tak sia-sialah kan belajar jadi someone yang baru. Saya jarang nak sensitif sangat sekarang ni. Im ok tapi orang keliling selalu panggil saya “orang tak ada perasaan” pulak. muahahaha!!!! Sorry guys -..-

Hijrah 3: Since kecik sampai 25 tahun, saya free hair. Bukan tak pakai tudung langsung. Pakai tapi peratusan bukak tudung dengan sengaja tu memang hampir 95%. jujur saya cakap, saya belum ada “hati” nak tutup kepala 100% waktu tu. Bukan salah parents saya. No. Diorang dah nasihat saya berbuih-buih dah. Abang-abang pun sama. Cuma, saya yang belum terbuka hati. Saya pakai tudung tapi kalau saya panas, dalam lif pun saya boleh bukak tudung. Dalam kereta apatah lagi. Ikut suka hati saya. kwang kwang. Tapi, bila dah pergi umrah. Terfikir nak berubah. Belum cukup sempurna pun. Tapi, pelan-pelan kayuh. Sedang berusaha tapi tersasul bukak dengan tak sengaja tu ada jugak. wooot woot.

Erk. hijrah lain-lain rasanya macam terlalu personal kot saya nak share. Yang atas ni pun personal jugak tapi saya share jugaklah. Mana yang baik, korang boleh follow. Mana yang buruk tu janganlah. Buruk tu semuanya perangai saya sejak azali.hahahaha!!!

Pada saya, hijrah ni soal hati kita dengan Allah. Orang keliling boleh cakap macam-macam tentang kita sepanjang nak berubah tu. Alah, korang ingat soal saya on off tudung ni tak ada orang bising-bising ke? Alahai. Dah lali kot. Tapi, saya persetankan saja. Orang lain tak tahu cerita. Apa ada dalam hati saya, macam mana susahnya saya nak berubah. Mungkin diorang boleh bersyukur sebab dah dibiasakan daripada kecil. Tapi, saya tak berpeluang macam tu. So, i need more time.

Pekak kan saja telinga. Lama-lama, bila diorang dah penat. Pandailah diorang stop. hahahaha! Yang penting, saya tahu apa yang saya tengah buat. Saya tahu apa yang saya cari. Even lambat, tapi sekurang-kurangnya saya tak ada dosa mengata orang macam apa yang orang lain yang dok rasa diri dia sempurna sangat tu buat. Chill lah!

Hijrah lah jadi yang lebih baik daripada semalam. Even setapak, tapi ada usaha ke arah tu pun dah cukup baik. Allah tu tak buta, dia tahu apa yang ada dalam hati kita woo. Kalau kita ada niat nak berubah, InsyaAllah. Adalah jalannya nanti.hehehehe!!! Good luck dan selamat berhijrah semua!!!!

Artikel Berkaitan

27 responses to “Cerita Tentang Hijrah Dalam Hidup Saya

  1. teringat satu phrase, “A thousand miles begins with the first step”

    🙂

  2. Selamat menyambut maal hijrah..
    semoga kita dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya..:)

  3. huhu, banyak gak eh jalan cerita dalam hijrah ni..
    cayalah
    salam maal hijrah~

  4. hy liz, salam maal hijrah dari hakak MDT 🙂

    marilah kita berubah menjadi yg lebih baik walaupun perubahan tu skit..ye tak???

  5. Hijrah bagi diri saya adalah hijrah untuk mengenal Tuhan yang bernama Allah.

  6. Abdul Halim

    salam….
    salam ma’al hijrah kat semua….

    saya nk kongsilah sikit…hijrah ada 2. pertama hijrah dari tempat ke tempat,and kedua hijrah dari perkara buruk kpd perkara baik kerana Allah ta’ala.
    Setiap org mesti ada azam tahun baru sendiri cuma jd x jd je, so kena ada kesedaran and semangat yang tinggi baru blh hijrah…huhu

    • salam halim….

      nice comments 😉 terima kasih… insyaAllah, sama-sama ar kite try jadi yang lebih baik dari yang sebelum ni ok.

      p/s: if nak bagi entry baru…padang golf i tadahkan ni.hahahahaha

  7. mie

    salam maalhijrah!!!
    hijrah itu pengorbanan…

  8. hehe.. goodluck pakai tudung.. kan best kalo semua geng2 pompuan batch aku ade hijrah cam ko.. hehe, once again, goodluck sis!

    • maceh. alah,manusia boleh berubah anytime. so,dunt worry. insyaAllah..sampai masa kawan2 kau pun hijrah gak.aku pun slowly n masih xsempurna lg.kadang2 kantoi gak -..-

  9. sis dah p umrah
    bestlah
    usaha utk bertudung,kawin nnt suami marah x bertudung

  10. penghijrahan yang bagus 🙂
    ada juga orang yg hijrah ke arah yg tak baik huhu

  11. Salam Maal Hijrah, mudah2an hijrah ke arah kebaikan memudahkan diri memperoleh ketenangan dan kebahagiaan.. Barpun sukar untuk berubah, tapi jika ikhlas dan tekad, insyaAllah tercapai =)

  12. moga segala yang diniatkan untuk berhijrah akan tercapai, amin =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge