Nak Happy Ke Tak Nak Ni?

Nak happy ke tak nak? Ok, soalan memang sengal habis kan? Sebelum saya teruskan membebel merepek ni. Saya nak minta maaf ok kalau-kalau ada antara korang yang terasa hati dengan ayat saya ni. Its general tapi risau jugaklah kalau-kalau ada yang take it as serious habis. Kan? So, minta maaf dulu awal-awal.hehehehe

Persoalannya sekarang. Korang semua nak rasa happy tak dalam hidup korang? Of course semua orang nak happy kan? Kalau kita tanya pada binatang sekalipun, diorang akan jawab benda yang sama jugak. Senang cerita, semua makhluk dalam dunia ni nak happy. Itu kenyataannya!

Ok. Tapi, boleh ke kita semua ni dapat rasa happy tu setiap hari? Possible ke or impossible? Itu yang menjadi soalannya now.

Saya taklah sehebat manapun dalam hal ni. Saya pun manusia biasa jugak. Ada masa saya down, memang sedih sangat dan rasa macam nak mati je. Rasa macam, kalau mati tu lebih senang. Tutup cerita, tak ada masalah. Kononnya. Padahal, kita Muslim. Sah-sah percaya dosa pahala yang perlu ditimbal kelak. Haih. Mintak jauhlah daripada kes bunuh diri ni.

Saya tahu, bila kita hidup memang akan ada hari-hari kita tak boleh nak happy. Jangan kata nak senyum, nak angkat kepala tengok dunia rasa tak bermaya. Eh, jangan kata tak ada orang yang tak alami situasi macam ni ok. Ada. Kawan saya, sebagai contoh. Pernah buat 1 kesilapan besar dalam life dia, terus rasa macam nak bunuh diri and yes dia ada buat “perkara-perkara merepek” itu.

Saya tak pernah nampak dia happy lepas kejadian tu. Muram je die. Bila dia muram, masam mencuka, dia tak sedar yang dia dah tambahkan keadaan menjadi lebih teruk. Sangat teruk. Iyelah, logiknya ada ke orang nak datang berkawan dengan kita kalau muka kita macam tu? Ketawa tak, gelak pun tidak. Diam. Murung. Kawang-kawan tak berani dekat babe! Semua menjauh. Kesian.

Sorry to say. Tapi, terpaksa cakap jugaklah. Kawan saya ni, saya rasa salah seorang contoh manusia yang tak berapa bijak nak kawal life dia. Dia tahu, kalau nak hidup perlu makan tapi dia terlupa untk hidup happy, dia perlu bijak “control” emotions dia jugak. Bukan emotions dia yang kawal dia!!! Perkara lepas, tinggalkan. Memang sukar tapi boleh kalau dia bersikap positif. Kan???

Tapi, itulah. kalau saya cakap lebih. Nanti ramailah yang ulang perkara yang sama pada saya banyak kali. “kau ni memang tak ada perasaan agaknya!”. Huh! Hello, manusia mana yang lahir tak ada perasaan, sayang? Tell me!

Macam ni, ini cara saya untuk happy ok. Tak ada tips apa pun cuma saya adalah manusia yang sangat BERUSAHA untuk nampak happy selalu.hehehe! Kita punya hidup kan? Kita nak happy kan? Kita tak nak nampak tua 1o tahun lebih daripada umur kita kan? Hah, kenalah berusaha wei!!!hahahaha!

Contoh situasi ok. Waktu saya kehilangan ayah. 7 tahun lepas. Saya sedih sangat-sangat. Anak ayah kan?huhuhu. Kalau saya ikutkan perasaan sedih saya, habislah bosan kawan-kawan keliling saya wei. Sikit-sikit nak nangis. Sikit-sikit nak terasa. Orang ajak keluar, mengelak. Alasan lagi bersedih kawkaw! Oh, glad saya tak macam tu.

Saya ada cara saya sendiri waktu tu. Saya bercakap sendiri dalam hati “orang lain ada ayah. Yang tak ada ayah, aku sorang je dalam geng aku ni, so aku tak boleh nak dera diorang to jadi sedih sama-sama dengan aku. Tak boleh and itu tidak adil!”.Thats the way. Sounds stupid but seriously saya buat. Its work!!!

Banyak lah situasi nak tulis tapi malas boleh tak?hahaha! Nanti nampak macam poyo aje. Macam ni jelah, kita ni kalau hidup kalau boleh. Kalau mampu ya, berusahalah jadi sepositif yang boleh. Manusia mana yang tak ada masalah dalam hidup. Ada babe!!! Tapi, janganlah biarkan masalah kita tu, buat kita tak boleh nak happy-happy. Belajar kawal emosi.

Tak ada guna kot jadi manusia yang emo setiap hari. Ya, maybe pada korang macam “suka hatilah, nak emo ke nak apa”. Memang, tapi percayalah. Ramai kawan-kawan lain yang akan jadi tak selesa bila selalu sangat buat macam tu. Sesekali, orang boleh terima. Tapi, if selalu.Hmmmm, if orang tak mengutuk depan. Nasiblah korang jadi bahan kutukan belakang. Tak best kan???

Belajarlah kawal perasaan sedih. Handle masalah dengan tenang dan bukan main lepas kebaboooom terus. Nak tahu tips untk jadi cool sentiasa??? Baca tips di sini . Mana tahu boleh tolong korang yang selalu sedih-sedih, stress sokmo…hehehehe. Enjoy your life ok!!! Chill!

Artikel Berkaitan

27 responses to “Nak Happy Ke Tak Nak Ni?

  1. ala happy je la, pasrah 😛

    Terkini : Pemandu Bas Dirotan

  2. jgn sedih2..be hepi..idop kne hepi bru lah sntiasa hepi…bhahahahaha

  3. kak liza x ade ayah juga ke ?

    jom peluk sedih happy sama2 .. hehehe

  4. yer..happy jek la..walo sebesar mn pon masalah yang menimpa..nak sedih2..boleh..tp jgn over sgt..tak kan selesai gak masalah tu kan…

  5. Rasa gembira n sedih sebenarnya tiada kaitan dgn suasana sekeliling. Ia lahir dr jiwa dalaman. Jika kita faham ni, pasti kita dpt kawal kesedihan kita lalu wujudkan kegembiraan. Namun hal ni memerlukan kekuatan jiwa. Jika jiwa lemah, tu yg asyik sedih memanjang.. Wallahu a’lam.

  6. saya nak hepi2 sebab saya akan tmtkn pelajaran saya 14 hb ni..haha

  7. sirius aku dah sedia nak komen panjang lebar, tapi 1 perkataan ni yg menghalang aku hahahaha. Babel tu binatang ape weh????????

  8. dalam sedih pun happy..
    org mana tahu…
    tgk riak wajah yg happy tp dlm hati ssangat sedih
    org mana tahu..
    jadi biarlah kesedihan itu kita jer yg tahu..
    org mana tahu…

    be happy yek…hehehe

    *lama tak jenguk sini..**

    • hehehe.a’ah..takpe,sesekali jenguk pun tak kisah.huhuhu.sapolah daku -__- bahahaha!

      yeah,rasanya saya macam tu kot.tak suka nak tunjuk kat org muka sedey.huhuhu

  9. dekatkan diri dengan Allah

  10. Wan

    dapatkan buku La Tahzan
    buku ni best seller
    pas baca mesti hepi setiap saat

  11. perasaan sedih ni jangan dilayankan sangat.
    kalau dah jadi parah, boleh hilang pertimbangan.

  12. Pingback: 7 Unexpected things Yang Kita Bersyukur Dengan Kewujudannya | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  13. Pingback: How to Change Your Life After Doing the Same Thing for So Long! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  14. Pingback: 10 Perkara Tentang Tuan Blog Cap Ayam Serama | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge