Jom Share!! Korang Sambut Raya Haji Macam Mana??

Salam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua muslim!!! Alhamdulilah, dapat lagi merasa beraya haji untuk tahun ni kan? Tapi, rasanya ramai tahu, yang kalau dekat Malaysia ni. Bukan semua negeri yang “beriya” sambut hari raya Aidiladha ni.

Kalau hari raya Aidilfitri, tak payah nak cerita lah kan. hahahaha! Meriah woo. Entahlah, tak tahu dekat mana silap. Katanya, negeri-negeri sebelah pantai timur je yang sambut Aidiladha ni lebih sikit daripada negeri-negeri lain dekat Malaysia. Ye ke?

Ok. Kalau saya pulak. Even raya haji Aidiladha saja, tapi kami tetap sambut lebih kurang meriah jugak. Rasanya macam sambut Aidilfitri jugaklah. Petang raya ni, kami 1 famili akan berkumpul dan yang  girl masak-masak untuk esok. Lodeh, nasi himpit, ayam masak merah, kari daging semua mesti ada.

Woi beraya woii!! Mestilah ada food. hahahahaha!!! Yummy! Tak sabar nak masak later.

Sebelah malam pulak, semua berkumpul and layan tv. Al-maklumlah, malam-malam raya ni memang melimbun lah drama dekat tv kan?? Paling hebat si Astro. Cerita yang dah main 30 kali pun, dia tayang lagi. bahahaha!!! woot.

Yang best tu, sambil layan tv. Sambil makan lauk pauk yang dah siap. Awal gilak makan, tak sabar tunggu esok kitaorang ni.muahahahaha! Best bila makan ramai-ramai ni. Kalau ada arwah dad dulu, fuhhh. Mesti lah meriah!!! Aww, i missed him. hehehehe

Ok. Cerita pagi raya pulak. Well, adatlah. Time-time raya ni, we all 1 family memang wajib pergi ziarah kubur insan-insan tersayang dah lama meninggal kami. Even dah berpuluh tahun sekalipun, my mom memang dah didik pergi ziarah kubur since kecil lagi. (sumpah, my mom lah manusia yang banyak ajar tentang hidup dan mati.Shes said, kita hidup lawannya mati. Kalau kita selalu ziarah kubur orang,nanti InsyaAllah bila kita yang berada dalam tanah tu, orang pulak akan ziarah. Thnx mom!!!)

So, pagi-pagi lepas sembahyang raya. We all 1 family pergi ziarah kubur arwah dad, kakak and atok. 3 kubur, maksudnya 3 yasin. Senonoh tak senonoh, saya tetap nak jujur. Penat jugak!!hehehe. Tapi, niat nak bersedekah doa yasin tu, kena gagahkan lah. Kadang-kadang, kesian tengok orang yang datang kubur tapi just bawa bunga je.

Tapi, lets think positif tentang orang. Mungkin dia tak tahu jawi. Mungkin jugak dia dari tempat jauh dan terlupa bawa yasin. Kalau betul yang itu tak apa. Tapi, saya cukup terkedu kalau tengok orang ziarah kubur dengan seluar jeans bagai. Kita boleh bezakan orang yang “terpaksa” dengan “sengaja” buat ni. Segila-gila saya, alhamdulilah. Thanks to my mom yang memang super garang bab agama.

Shes told me dulu-dulu. (Ini time free hair terus. Now, still on off tudung jugak lah. Masih belajar). Adab kena jaga. Tahu bezakan tempat yang kita nak pergi. If selalu tak pakai baju kurung, tudung. Suka hati. Tapi, kalau pergi tempat yang “lebih elok” bertutup. Tutuplah sekadar yang mampu. Comel kan mak saya?? hehehe.

Ok. enuff hal kubur. Next, biasanya lepas habis 3 kubur tu. We all akan pergi beraya ke rumah family kakak ipar. Cool tak, rumah diorang seberang jalan dari kubur tu. hahahaha! Makan time!!! Nasi beriyani biasanya. yummy!!! I cant wait for tomorrow.yeah!!!

Then, balik rumah. Kitaorang ni tak ramai saudara sedarah dekat Malaysia ni. So sadis kan? Itu yang bila raya Aidifitri, masing-masing cabut berayadi Brunei. Dekat sana, memang meriah habis!!!!! Ramai saudara. Tapi, kalau raya haji ni, tak lah ke sana lagi. Biasanya, depends lah. Tapi, tahun ni. InsyaAllah. Esok lepas ziarah kubur we all gerak ke Singapore to meet saudara. Yay!!!! Hope kami tak berebut parking dengan rakyat Singapore.muahahaha!!

Oklah. enuff kot membebel. Korang lak sambut raya haji camner ek? Sama ke tak macam we all? Ke tak sambut at all? Ada masak-masak tak? Lauk apa, please share with us!!!hehehe. Oh ya, tumbang korban berapa ekor kali ni? We all, insyaAllah buat Qiqah untuk adik lelaki saya. Dia je yang belum!! hahahahaha!! So, share ar!!!!hehehehe

Artikel Popular

23 Thoughts on “Jom Share!! Korang Sambut Raya Haji Macam Mana??

  1. lebih kurang same jea macam aktiviti kak liza kat atas tuu .. tp yang lain sikit ialah dah ada org jemput makan esok .. hehehe

    p/s : Selamat Hari Raya Haji Kak Liza ! =)

  2. Tahun ni sambut kat Hulu Selangor, umah mertua.. macam tahun lepas, malam raya pegi takbir rumah ke rumah. Pagi raya macam biasalah semayang raya. Lepas tu kalau nak tengok orang korban pun boleh.

    Tapi tak sama macam di kelantan, raya kat sini sehari dua jer..

    kat kelantan sampai seminggu meriahnya..

    hari ni masih kerja lagi.. memang tak rasa sagat meriah raya.. T_T

    • wow!!! takbir rumah ke rumah???? tak pernah lak dengar.if raya aidilfitri memang dah biasa..itupun, kat area kampung2 je.if kat bandar..jangan harap ada macam ni.huhuhuhu

  3. kalu aku, lps solat raya…
    balik umah…
    sambung tdo…haha

  4. Saya tak sambut raya haji sebab belum naik haji lagi, tapi saya sambut raya kurban, sebab banyak berkurban, tapi tak nak la sampai terkurban, muahahaha.

  5. “makan time” adalah cara sambutan raya yang terbaik, huhu :P

  6. Aku raya 1st time berjauhan dari keluarga. Dan yes..raya pantai timur memang lagi meriah.
    Aku orang Kelantan. Selalu dengar orang luar cakap, Kelantan sambut raya qurban macam raya aidilfitri.

    Esok aku raya di hospital je, on call. Harap-harap ada la beberapa orang tumbang dtg buat x-ray, dapat la aku buat duit raya.
    Siyes jahat..haha~

    • wakakakakakakaka!!!siut nyer lah cara kau berjujuran kat sini!!hahahaha. bagus, jujur sungguh! tak apalah, berkorban gak tu namanyer cume cara korban kau agak kuang asam skit.hahaha

  7. Skang nie jarang la nak beraya ngan family…. sebab slalunya bertugas di hari raya ( raya puasa n raya haji ).so just sambut kat opis jeee… so masing2 bawak lauk potluck dan makanan amat meriah sampai malam pun tak abis….then amik gambar ramai2 ngan member opis yang keje skali….

  8. banyaknya aktiviti raya..
    kami thun ni raya kat umah je,kat KL tkde apa sgt..
    thun dpan nak buat mcm liza le..:)
    slamat hari raya korban..

  9. kami tak kemana-mana pun raya haji ni
    dok rumah je

  10. slm hari raye aidiladha

  11. tak kemana pun…
    cuma berkumpul di rumah kakak dan tidur kat rumah dia
    pastu berkumpul kembali di rumah parents esoknya buat makan2
    siap berbekam lagi hehe

  12. selalu sangat dengar orang cakap hari raya aidil adha negeri sebelah pantai timur lebih meriah tapi rasanya macam biasa je kot hehe. bagi aku aidilfitri lagi meriah :)

  13. hehe, mak yang baik cam mak aku.. tetiap raya pun kena pegi kubur arwah nenek.. pastue baca yasin. hoho tapi aku pakai seluar jeans rr.. hohohohoho!

  14. lama liza menyepi?update2..saya rindu penulisanmu…

  15. macam beselah..umi n abh aku akan korban….thn ni…2 ekor lembu telah tumbang…tp tyahn ni xwat kenduri jus bagih2kan daging jek…n than buat sup m kn ramai2 heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation