seo

Jangan Pandai Mengkritik Keburukan Orang Lain Saja!

12 Nov

 Banner
  • Sharebar

Artikel ini ditulis oleh : Saudara Abd Halim

Asalamualaikum……,

Allah s.w.t menjadikan manusia ni berbekalkan dua benda iaitu akal dan nafsu. Inilah dua keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada manusia dan bukan kepada makhluk yang lain, tapi kita kena ingat akal yang dikurniakan oleh Allah ini akan rosak jika dipimpin oleh nafsu sebaliknya jika akal memimpin nafsu maka seluruh tubuh kita akan sentiasa sujud dan ingat kepada Allah s.w.t.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah bagaimana akal yang satu diciptakan oleh sang pencipta yang esa ini kepada manusia boleh berlainan dari segi fikiran kemahuan dan kehendak. Cuba bayangkan jika kita seorang ketua, cara berfikir kita tak sama seperti anak buah berfikir dan bertindak, begitu juga berbezanya pandangan antara ahli akademik dengan seorang pekebun.

Persoalan yang timbul adalah adakah kita mahu atau cuba untuk berkongsi dan memahami perbezaan ini. Jika kawan kita sakit, ada atau tidak dari kalangan kita cuba untuk sama merasai kesakitan tersebut, atau seseorang yang ditimpa masalah pernahkah kita cuba untuk menyelami segala masalah yang dihadapi olehnya atau sekadar endah tak endah.

Berlainan posisi, kedudukan dan keadaan mungkin menjadi penghalang kepada sesetengah orang tapi perkara ini tidak boleh dijadikan alasan kerana Allah menjadikan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain.

Kawan-kawan,  kita hanya jangan pandai mengkritik keburukan atau kelalaian orang lain tapi marilah kita cuba merasai kepayahannya dan memberi jalan keluar kepada segala masalah yang dihadapinya. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka atau senasib dengannya tentu kita mahu orang yang berada disekeliling kita memahami apa yang kita alami dan rasai.

Bukan hanya bercakap dengan kesusahan yang kita hadapi malah membantu dengan sedaya upaya mereka, manalah tahu tiba giliran kita suatu hari nanti ada orang yang berbesar hati menghulurkan tangan sebagai tanda kasih dan sayang sebagai seorang insan yang berhati mulia….

wassalam.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

33 Responses to “Jangan Pandai Mengkritik Keburukan Orang Lain Saja!”

  1. fndrocka 12. Nov, 2010 at 1:28 am #

    Sekali-sekala kena pakai kasut orang lain jugak

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sepatutnyer tapi rela hati ke kita nak buat macam tu??huhuhuhu

    [Reply]

    fndrocka Reply:

    Ikut kelembutan hati masing2 lah jugak..tp aki oercaya dlm hati setiap manusia..walau sekejam mana pun tetap ada kemanusiaannya..mesti ble rasa apa org lain rasa.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    amin.mudah-mudahan ada orang rasa simpati sket kat aku.hehehehe!!!

    [Reply]

  2. kami 12. Nov, 2010 at 2:06 am #

    sebelum mengkritik org lain baik kita lihat kekurangan diri kita, melainkan kalau kita menasihatkan org kearah kebaikkan..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hmm, kadang2…kite ni ta perasan silap n kekurangan diri sendiri. kat dalam virtual life ni pun ada. me too lah ;)

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    slm,
    bak kata org bijak pandai….jangan tengok siapa yg bercakap tapi tngk apa yang die ckp….

    [Reply]

    Lizz Reply:

    isi nyer yang lebih penting..iye dak???hehehehehe

    [Reply]

  3. mello 12. Nov, 2010 at 3:14 am #

    rasa simpati tu ttp ada & of coz akn tlg stakat trmampu.. dulu bila tgk org yg de prob ni mesti pk yg prob n kesusahan yg dorang hadapi ni maybe bleh setel gitu je.. tp bila makin brtambah usia ni, so cre pk pn len.. slalu bayangkan diri berada ditempat dorang..mmg terasa sngt susahnya..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    wow!!!! cara kau komen pun dah nampak kau semakin matang ;) i loike!!! btol gak.usia pun kot mainkan peranan. dulu lain, now bila dah boleh fikir lebey sket…”terasa” nak lebih rasional bile tgk kawan2 silap itu ini. mesti diorang ada reason…

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    slm,
    kalau kwn kita ada problem kita dgr problem pun die dh cukup lega….kalau tlg setel kan lg lah die happy

    [Reply]

    Lizz Reply:

    i wish boleh buat both tapi as manusia biasa…kadang2 gagal gak.hmmm

    [Reply]

  4. Izzat Aziz 12. Nov, 2010 at 3:24 am #

    Kadang-kadang perkara yang terbaik kita mampu lakukan adalah mengkritik.

    Tetapi ada caranya, bukan sekadar mengkritik buta, bila seseorang itu mempunyai masalah dalam something, dan dirinya tidak perasan mana salahnya, kita tidak perlulah membetulkan untuknya walaupun kita tahu mana salahnya, nanti dia akan selalu berharap orang akan betulkan kesalah dia.

    Apa yang kita boleh lakukan, kritik, bagitahu “ini yang kamu buat ni salah” bukan kritik untuk menjatuhkan tetapi untuk membantu.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hmm.setuju. pada aku, boleh kritk kalau nak sangat kritik.hahaha! tapi, kena kritiki “berisi” kan? maksudnyer…kritik bila perlu dan beritahu apa die silap dengan harapan nanti die boleh fikir dan perbetulkan. cume, ramai je yang kritik buta. kritik macam dia bagus sangat.alahai…tak baik kot. macam aku, tak suke nak kritik orang sangat unless die kritik aku dulu n kawkaw… time tu, as manusie biasa..hmm…paham2 jelah *ok,sile jangan ikut*

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    slm..

    kritikan membina membantu seseorg untuk membaiki kesilapannya tp ada org yang x nk dikritik sbb die rase die dh perfect sngt kot…(bodoh sombong)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bodoh sombong ni kite tak perlu layan…kalau saya lah.huhuhuhu. yelah, dah sombong, hidup lah dalam dunia sendiri..

    [Reply]

  5. izwan7 12. Nov, 2010 at 8:07 am #

    tapi kadang2 kawan yg berani menegur/kritik kita tu lah kawan yg sebenar.. bukan setuju je ape kite buat sume betul..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    menegur dengan kritik ni macam lain sikit kot definisi die.huhhu.takper,kite tunggu penulis artikel ni komen ok. dah email mintak komen here tapi belum ada masa agaknyer..huhuhu.

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    slm,
    kritikan ni lbh kepada kita mempebetulkan org atasan atau yg ade jwtn samada persatuan atau di tempat kerja ditempat yg sepatutnya mcm mesyuarat or sebagainya tp jgn sampai menjatuhkan maruah die….menegur ialah memperbetulkan kesilapan rakan atau org yg membuat kesalahan secara face to face dan dari hati ke hati. ok x kak liza…? mcm bajet pandaikan? huhu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam, hmm, betol. jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain..rasanya, kritik dan tegur ni sama kot definisinya and both tu akan jadi positif kalau kite buat dengan cara yang betul. tak jatuhkan maruah org dan kalau boleh lakukan dengan cara yg paling baik…agaknyer

    [Reply]

  6. Lizz 12. Nov, 2010 at 1:04 pm #

    still waiting for penulis artikel ni untuk reply komen korang ok.dah email saudara halim dah. nanti dia join here ;) aku saje komen dulu,macam aku lak penulis artikel.wakakakaka!!! -__-

    [Reply]

  7. Abdul Halim 12. Nov, 2010 at 7:31 pm #

    slm,
    kak liza kena ganti perkataan rela tu kena tukar dgn ikhlas….

    [Reply]

    Lizz Reply:

    heheheeheh!!!!

    [Reply]

  8. akubiomed 12. Nov, 2010 at 10:21 pm #

    Boleh kritis tapi biar ia membina. Bagi cadangan macamana hendak menjadikan sesuatu yang lebih baik. Pihak yang kena kritis kena trima hati yang terbuka

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau kritik yang membina, tu boleh diterima…lagi 1, cara nak kritik tu pun perlu bijak rasanya. if depan2 khalayak ramai rasanya boleh jatuhka maruah org kalau org tu jenis xleh terima.

    [Reply]

  9. Syafrizal 13. Nov, 2010 at 3:39 pm #

    dalam kepayahan ada peluang dan hikmah

    [Reply]

    Lizz Reply:

    orang yang kena kritik tu dalam kepayahan ke??huhuhu

    [Reply]

  10. GreenLava 14. Nov, 2010 at 10:10 am #

    Nak kritik atau tegur mestilah dengan bijaksana. Tapi kalau kita fikir kita saja yang betul, susah la kan?
    Setuju dengan fndrocka, mereka perlukan empathy, bukan sympathy.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    orang yang rasa diri dia sentiasa betul tu. silap besar!!!huhuhuhuhu

    [Reply]

  11. eiyda 14. Nov, 2010 at 12:54 pm #

    orang yg suke mengkritik org lain bukn oarang yang baik kot.Aku pun kekadang ade gak kritik org..mulut jek pot pet2 tp hati baik heee..
    org yg suke kutuk org lain ni jenis yang tak boleh tgk org lain lebih atau kurang skit..n die ingt die perfect lah sangt kan. hee

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau aku lak,kritik membabi buta memang boleh bikin panas tapi kalau dia menegur baik2. insyaAllah boleh dipertimbangkan even dalam hati marah. cuz,kite pun tak seperfect n sehebat mana…hehehehe

    [Reply]

  12. meo 15. Nov, 2010 at 3:23 am #

    critics make me stronger

    [Reply]

    Lizz Reply:

    good meo ;)

    [Reply]

Leave a Reply