Gaya Penulisan Blogger Dan Personaliti In Real Life

Happy Deepavali untuk semua rakyat Malaysia yang menyambutnya ok! Main mercun hati-hati. Jangan masuk hospital pulak nanti. Menyesal tak sudah je nanti.hahaha! Berpada-pada lah kan main mercun tu. Tapi, memang happening lah dekat kawasan rumah saya ni. Bunyi mercun non-stop ok daripada tadi. Yay!!!!!

Cukup cerita Deepavali. Hmm, kali ni saya nak ajak korang fikir-fikir dan share dengan we all semua dekat sini hal topik “betul ke gaya penulisan dalam blog mencerminkan peribadi penulisnya”. Nak tak? Jom jom!!! Iyelah. selalu sangat saya dengar orang cakap, komen sana sini. Katanya, gaya penulisan kita dalam blog ni boleh beritahu pembaca blog kita. Macam mana peribadi kita sebenarnya in real life.

Betul ke? Korang setuju ke kenyataan macam tu?

jujurnya, saya tak setuju. ahahaha! Jujur je ok. Pada saya, kita tak boleh nak ambil jalan mudah untuk “cop” perangai, peribadi dan personaliti penulis sesuatu blog dengan hanya melihat gaya penulisannya saja. Macam mengarut je. Iyelah, bila someone tu menulis, dia hanya menulis tanpa suara kan? Kita as pembaca, bukannya boleh dengar suara si penulis kan? Inikan pulak nak tengok mulut dia bergerak, anak mata dia macam mana, bahasa tubuh dia tu macam mana pulak…kan??

Semua yang saya tulis dekat atas tu, penting ok. For me lah. In real life, kalau kita nak tahu personaliti someone tu macam mana..kita akan lihat dari semua aspek yang saya tuliskan kat atas tuh. Hallo, baca buku mengenali personaliti diri pun ada kot!!!hahahaha.

Sebab itu, saya tak setuju bila orang selalu beri komen pada saya “kalau baca blog, ayat punya skema. Ada ala-ala sastera tapi bila borak dekat tweet lain pulak”. Hmmm, sebenarnya malas nak komen panjang hal ni. Silap sikit boleh meleret nanti.hahaha!

Tapi tak apalah. Jawab pun dekat blog sendiri kan..InsyaAllah, tak ada boleh marah.muahahaha!!!

Macam ni. Masa mula-mula saya berblog di blogspot dulu, memang saya menulis hal peribadi saya. Macam diari saya tapi bila “konon-konon” ramai yang dah tahu blog saya tu. Saya rasa macam tak selesa nak share hal peribadi. Memang, waktu tu saya menulis santai sangat sebab hal personal kan. Tapi, 1 day saya tukar style saya menulis. Sebab saya dah stop tulis hal-hal hidup saya. Tapi, saya banyak menulis hal isu semasa.

Cara saya, bila menulis hal yang agak serious. Saya lebih selesa tulis dengan ayat yang lebih formal. Saya rasa mcam perlu. Dengan harapan, tak adalah orang komen. “Entry kau ni lawaklah!!!” hahahahaah. Hah,sebab selalu jugak dapat macam tu dulu-dulu. Padahal,penat saya buat-buat muka serius masa menulis.hahahaa!!! Ok, joke.

So, ada pembaca blog saya yang awal-awal beri komen. Katanya, dah tak best entry baru sebab gaya penulisan dah tak sama macam dulu. Nampak skema sangat. its ok. Saya belum pernah paksa orang baca blog saya. Sumpah tak pernah woo.hehehehe. Cuma, saya ada cara saya tersendiri untuk sampaikan info di sini.

Bila rasa perlu untuk formal, saya jadilah blogger yang macam skema sikit. Bukan berpura baik or menipu personaliti cara saya yang sebenar in real life ke apa. Nope. Cuma, mak saya pesan buat apa-apa biar sesuaikan keadaan!!! So, saya rasa menulis pun sama konsep lah kot. If blog personal, bantailah buat ayat apa pun. Tapi, kalau blog yang bercerita isu semasa or isu harian.PADA SAYA kalau boleh formal is better. Eh, tengok ye.Saya tulis PADA SAYA bukan korang. thanksssss.hehehehe.

Terpulanglah senang cerita.iye dak???

Jadi, if tanya saya. Memang saya tak setuju kalau orang kata dengan baca entry someone tu, kita boleh tahu perangai or personaliti dia in real life. Mungkin ada benar or kebetulan sama, tapi percentage sangat rendah lah kot.hehehehe. KOTlah!!!!

Apa pendapat korang pulak ek???

Artikel Berkaitan

41 responses to “Gaya Penulisan Blogger Dan Personaliti In Real Life

  1. aku macam blur tiba2 nak komen sebab spam protection tanya 5 + 7 berapa aku tak leh jawab wakakaa

  2. ko sememangnya sengal. tu je aku leh cakap..kuikui

  3. Yup…tak setuju juga. Dunia online dengan realiti memang beza. Kita tend untuk kawal diri bila menulis online…kawal dalam bentuk cuba menampakkan kita baik pada pandangan awam or etc.

    Realiti ada body language lagi..haha. Nmpk personaliti lagi jelas terang.

    • thanks sebab setuju.bahahahaha!!! cara kiter fikir agak sama.maybe depends pada orang jugak. ada yang perlu tgk body language rather than penulisan semata2 untuk kenal org tu camner…yeah,thats me.

  4. blogger yang pernah berjumpa dengan bro dorg tetap merasakan bro sama saja seperti mana yang dorg gambarkan semasa membaca blog bro 🙂

    bila mahu berjumpa nie

    • insyaAllah,ada rezeki berjumpelah kite.hehehe. baguslah camtu.tapi,laki maybe tak ada masalah sangat kot. for me, perempuan ni bile terlebey slumber sangat pun orang kate tak elok.pompuan kan…kalau lelaki tak kisah sgt.itu yg diorang bebas menulis dgn gaya macam2.agaknyer lah.im not sure

  5. kadang2 kita menulis tu bukan nak formal sangat, cuma nak jadi lebih profesional…

    berdasarkan penulisan, mmg kita blh kenal personaliti org tu..tp setiap org, ada lebih dr satu personality sbnrnya.

    mybe dlm real life, dia tak lebih mengeluarkan peribadi diri sebenar, ataupun.. maybe peribadi dia hanya tunjuk pada certain group of people je…

    so, aku setuju la kalau melalui gaya penulisan boleh menunjukkan personaliti seseorang tu… cuma bukan 100% la.. sbb gaya penulisan boleh dibuat2…

    • ok,aku rasa nak setuju dengan komen kau ni. betul jugak.aku pun menulis camni dekat blog,maksudnya try to avoid banyak sangat bahasa pasar sbb nk nampak more proffesional. tapi blog personal tak perlu.hehehehe

  6. Bergantung pada orang tu menulis pakai buah fikiran dia atau pakai personaliti dia.boleh camtu?haha.ada penulisan yg kita boleh bc personaliti penulisnya..ada yg dah dicover..so susah nak bajet.lagipun ayat percakapan dan penulisan pun lain..

    Kalau aku..penulisan aku ada mcm2 pesen..personaliti pun mcm2 pesen.

    • split personality?wahahahaha.joke.hehe!
      susah nak cakap kan sebenarnye.yelah,macam aku.tak pernah lak nak teka2 cakap blogger tu in real life macam tu macam ni based on cara die menulis. maybe sebab aku sendiri bila menulis memang depends on topic jugak.

      if perlu serious, aku akan jadi more skema sikit.tapi dalam blog lah. kalau kat twitter, forum yang bukan education punyer pun aku santai je.depends lah!!!

  7. ada yg sama luar dalam, ada yg tak.

    ada blogger yg gila2 kat luar tapi dalam blog macam skema sebab tak tau macam mana nak ekspresi gila2 dia dlm bentuk penulisan. sama gak vice versa.

    biasalah orang kita suka menilai pada pandangan pertama je huhu

    • aku rasa,bukan tak tahu ekspresikan gila2 dia dalam bentuk penulisan. ok,macam aku. sebebarnya bukan type skema person tapi aku memang suka menulis. hobi. jadi, aku macam tak berapa selesa bila bahasa slumber gila2 aku,aku masukkan dalam entry yang perlu serius. even ada orang komen kata jangan formal sangat ke ape..aku tetap buat jugak.hehehehe *degil*

      tapi bila entry tu santai je..bolehlah aku campur sikit.ikut style blogger gak kot.

      • ada kawan aku yg macam tu. bila jumpa dia ni cakap ntahapahapa tapi dalam blog dia punyalah skema haha. bila aku tanya kenapa, dia cakap entahlah…tak reti nak jadi diri dia dalam blog. maybe sebab dia baru lagi kot buat blog n terikut2 style orang lain.

        yg bestnya kat blog ni kita boleh jadi orang lain hehe

        • hahahaha!!adoi,boleh plak macam tu.jadi orang lain?hehehe.pada aku, bukan tak reti nak cakap merepek.boleh if aku nak.in fact,dalam blog personal aku memang kawkaw bahasa pasar aku gune.tapi,untuk blog yang general camni..lebih selesa guna ayat skema sikit.huhuhuhu

  8. haiyaaaaa, sum of 4+5 kan 9 tapi dikata salah pulak, adess, 2x baru betul heheh

    Terkini : Maut Disengat Tebuan

  9. aku sokong pendapat liza-cthnya : aku ni jahat tp aku cintakan bahasa, so aku mesti tulis guna bhasa baku yang mantap giler..tp kat luar, xde nak skema mcm dlm blog aku tu…tp terserah la..mungkin masing2 ada agenda tersendiri

    • hehehehe.ok thanks sebab faham.awww. suke!lebih kurang macam tulah maksudnyer.tapi aku tak gune baku sangat cuma kalau boleh nak jadikan formal sikit and kurangkan bahasa pasar.tapi, tak 100% lah

  10. ada yang sama ada yang tidak.. yang penting hal personal jgn sampai terlalu expose yg bole disalah gunakan oleh org lain..

  11. aha! aku pun lebih kurang sama dengan kau. kalau tulis dalam blog lain caranya tapi kalau dalam twitter lain pula. twitter bagi aku lebih menjurus kepada ruang sembang maya, macam forum. maka cara penulisan akan lain. tetapi kalau dalam blog aku lebih kepada serius.

  12. Kejap.
    kenapa aku nak kena jawab 2+5 ni?
    hahaha~
    nasib baik jawapan dia nombor yang aku suka, kalau tak….

    LOL!
    apa aku nak komen tadi?
    oh ya, aku tak setuju gak~
    ramai kata tulisan aku cam bisexual~
    mana ada wei!
    aku bantah!

    • laju-laju.
      sebab aku nak selamatkan blog aku.bahahahah!!!

      bisex?tang mane yang bisex nyer?aku first time masuk blog ko tak rase camtu pun. tak terlalu formal and tak santai sangat. fair!hehehe

  13. kalau salah jwb spam protection ni mesti malu wei..haha

    setuju dengan entri ni.jangan sesenang je nak cop orang dengan hanya baca blog. kes terbaik mcm lord zara ckp, dia kena cop bisexsual..apa kes? blog ni tempat writer luahkan pandangan dan perasaan sambil berkongsi ilmu je..

    mcm aku dalam blog tulis ayat dengan tatabahasa yang betul (atau menghampiri betul), tapi dalam tweet main hentam kromo je..mcm aku tulis komen ni.ayat tunggang terbalik..

    So, jgn la judge org lain based on apa yang kita baca~

  14. Saya setuju, to a certain extent. Terutamanya yang melibatkan penulisan personal blog. Pada saya personaliti bukan dilihat dari formal atau santainya sesuatu penulisan tetapi dari cara penyampaian dan interaksi sipenulis dengan pembaca.

  15. meo

    tak pasti…

    tp kalau kite follow blog seseorg tue lame2 akan tau karekter die mcmana kot.

    kebykkan yg follow blog meo ckp meo baik… herannye…

    mcmana diorg tau?

  16. hmmm sebenarnya ada betul ada salah jugak.. mungkin tak boleh dedahkan 100% personaliti tapi secara tak langsung sedikit personaliti kita mungkin akan terpapar dalam setiap hasil penulisan kita secara tak sedar.

    Zaman pertengahan kewujudan topotato.com post yang aku buat semuanya sinis. Kononnya post suka-suka tapi banyak maksud yang tersirat. Ada yang perasan dan terasa ramai jugak yang buat-buat macam tak faham je.

    Tapi sekarang ni bila dah meningkat dewasa akuu semakin tak pandai nak hasilkan post sinikal. Tak main la ayat bunga-bunga, straight to the point je sebab tu la post kat topotato.com semua pendek sekarang ni.

    Hohohoho panjang giler komen aku yeah! 4 perenggan tu beb.. hahaha berdasarkan komen aku je ko rasa personaliti aku mcm mane? hehehe

    • wakakakakakaka!!! jap,komen kau buat aku fikir sejenak nak jawap ape 😛

      ok,masa mula2 jumpa blog kau aku cam rasa kau kejamnyer..ayat semua macam garang btol.jujur cakap,nak tegur pun rasa cuak. dah lah aku blogger baru time tuh.bahahaha!!!

      tapi,lama-lama bila dah kenal sikit..aku dah boleh “masuk” dengan cara kau. aku rasa cam “oh,dia ni memang cara die gini agaknyer..tak suke berlapik.” so,aku no hal!!

      tapi,tak adalah aku nak cakap kat smeue blogger,yang topo ni macam ni kot…topo ni camtu kot…bahaha!!! maksudnyer,sendiri2 aje agak ko camner…

  17. sendiri tau diri sendiri cukup kot, tak perlu judge orang lain. bukan semestinya betul

  18. dalam internet ni kan macam2 ada
    ada plak orang yg boleh ada split personaliti hehe

  19. betul, penulisan dalam blog mencerminkan keperibadian individu kadang-kadang ada yang salah tafsir tuh lumrah manusia. blogger tuh sendiri yang mecorakkan blog dan penulisan dia sebenarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge