Lelaki Ni Tak Sensitif ??? Eh, Betul Ke?

Lelaki tak sensitif ??? Eh, betul ke? So, lets talk about this topic nak!!!hehehe. Lelaki, biasanya orang akan “cop” as kaum yang sentiasa cool, sabar, macho kan? Ada ramai jugak yang cakap lelaki ni jarang sangat nak emosi bagai ni. Dengan kata lain, lelaki bukanlah kaum yang sensitif.

Kononnya, kaum perempuan aje yang dikatakan as kaum “air mata” dan penuh emosi. So sensitif katanya. Ewah-wah, sesedap rasa aww cakap gitu. hahaha!!! *jom gaduh -_-*

Saya sebenarnya tak percaya 100% pun kononnya lelaki ni kaum yang tak sensitif. Kenapa? Sebab ramai je kawan-kawan lelaki saya yang hidup penuh dengan emosi dan sensitif bagai!!!!! Ouch, sorry kawan-kawan lelaki ku. Share cerita tak apa kan???? Harap dihalalkan.hehehe

Sempat jugak saya tanyak hal ni dekat formspring So far, jawapan memang ramai setuju yang lelaki ni tak sensitif macam perempuan. Ada yang kata lelaki tak sensitif tapi ego. Korang rasa macam mana??

Tapi, yes saya setuju jugaklah. Saya boleh katakan yang tahap parah dan level sensitif lelaki ni tak adalah seteruk dan separah kaum perempuan. Lelaki ni, setahu saya ada beberapa perkara je yang boleh buat dia sensitif. Kiranya, tak lah macam perempuan yang hal kecil pun nak emosi bagai. Nope.

Kalau setakat hal orang lain mengutuk hasil kerja dia, tak mungkin kaum lelaki ni nak sensitif. Belum pernah pulak saya dengar kes macam ni. hahaha!! Kes lelaki sensitif sebab tak dapat jemputan pergi mana-mana kerja kahwin kawan dia pun, saya belum pernah dengar. hahaha!

Perempuan? Hmm. Sah-sah ramai yang dok fikir dan sensitif. Kononnya dia dah dipulaukan -_- betul tak???

Tapi, sepanjang saya membesar dengan 4 adik beradik lelaki dalam rumah. Saya tahulah sikit-sikit hal yang boleh buat lelaki ni jadi sensitif sangat-sangat. Mungkin tak semuanya betul sebab ini dari pemerhatian saya pada adik-beradik saya je. Maybe korang ada pengalaman yang lain kan??? Jom baca!!!

– Lelaki pantang dan boleh jadi soooo sensitif sangat-sangat kalau perempuan memperkecilkan or mengata hal ibu dia -_-

– Lelaki yang sudah berumahtangga sensitif kalau isteri dia bercerita hal keburukan or kekurangan diri dia pada keluarga

– Tidak menghargai pengorbanannya mentah-mentah

– Mengutuk atau menghina orang yang dia sayang atau ahli keluarganya

Rasanya, ini jelah kot yang saya perasan dalam adik -beradik saya. Kalau you all ada nak tambah, mehlah share!!!hehehe. Tapi, kalau difikir-fikirkan. Baik lelaki ke perempuan sama saja.  Semuanya bergantunglah pada diri masing-masing. Situasi pun perlu jugak kita tengok kan?

Ada orang. hal remeh macam hama pun , kalau dah memang diri tu jenis sensitif…adoi, sensitiflah jugak. Siapa terasa, sorry tapi kalau boleh try belajar or baca buku-buku motivasi banyak sikit. Kadang-kadang, orang yang sensitif sangat-sangat ni, bukan apa. Diri dia sempurna cuma dia tak boleh nak appreciate diri sendiri dan tak boleh nak terima kekurangan yang ada pada diri dia bila kena kritik sikit. huhuhu. Peace no war -__-

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

29 responses to “Lelaki Ni Tak Sensitif ??? Eh, Betul Ke?

  1. semua orang sensitif .. x kira lelaki atau perempuan .. jika ada perkara-perkara yang dia kurang suka , dia akan menjadi sensitif .. sensitif bagi zqah macam take care pada sesuatu perkara , klau dia tak take care cane dia nak jadi sensitif .. hak hak

    • hehehehe. sensitif maksudnyer die tak care?ok, 1st time ni dengar. good!ade ilmu tahu baru tahu arini.hehehe. sebenarnye both laki n gurl same je cume maybe gurl fitrahntyer lembut hati daripada lelaki 😉

  2. komen dari lelaki – pada pendapat den sbnarnya makhluk yg bernama manusia tu x kira la bebal cm ne pon mesti ada perasaan sentitif, sbb ape? itu la fitrah hidup. x kira la perempuan atau lelaki 😛

  3. lelaki ni sensitif jgk sebenarnya cuma kadang2 dorang xnak tunjuk depan perempuan… 🙂

  4. ha kn..memnag lelaki kurang sensitif..bkn tak sensitif langsung kan??..macam my dad..xleh la nk cakap buruk sal adek beradik dia..mmg leh lah muke die..hhuuh…adek aku lak..jgn dikutuk ape yg dia paka,.,HAHAH dan kutuk2 awek die..mang sensitif arr…

    p/s aku sangt sensentap..pantang org tinggi suara aku nk sob sob hahah

  5. sensitifkah aku? wakakaka

  6. lelaki sensitif bila ada perempuan kutuk laptop buruk dia haha 😛

  7. haha aku baru je jawap pertanyaan ko kat formspring.. jadi tak payah la nak komen kat sini ye.. hahah

    • aku tolong copy paste jawapan ko tadi ok.hahahaha!!!

      “define sensitif.. adakah sensitif tu bermaksud susah nak beremosi, susah nak mengeluarkan air mata la bagai semua? hohoho

      aku percaya pada konsep api tak boleh lawan dengan api.. ye la kalau lelaki pon sama sensitif macam perempuan, macam mana nak jadi tempat mengadu.. macam mana nak jadi shoulder to cry.. hahaha

      dan sebab tu la lelaki selalu nampak macam cool + macho + tak sensitif.. ”

      thankss sebab aku suke jawapan kau 😉

  8. perempuan ada yang sensitif, ada yang ego, ada yang kedua2nya sekali..adik paling benci yang EGO..rase nak tumbuk je..hak3..laki pon ada jgk..tp lain org, lain dia punya sifat..

    lelaki pon ada sensitif..lagi2 budak2 kecik..senang je nangis..kah3..adik pon sensitif jgk..ada lah org tu jenis pandai sikit..nak marah adik je T__T

    • awwww.so cute lah kau!!!comel je komen kau.hehehehe. takpelah, nanti bile dah makin besar makin matang…sure kau jadi manusia yang lagi kuat.tak sensitif lagi. its about time and macam mana kau “bawa” diri hari demi hari 😉

  9. Lelaki ni selalunya sensitif bertempat. Sebab mereka malas nak pk hal remeh temeh. Tapi ada juga perkara xleh dipandan remeh oelh mereka..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  10. kita mampu mengubahnya..hoho

  11. erm sensitip lelaki neh bertempat kot…
    coz aku tgk rakan2 lelaki, adik beradik lelaki dan bapak aku…

    baru2 aku terkutuk gf adek aku…terus dia marah2 kat aku…adeh

    aku penah panggey rakan lelaki aku gay sbb dia org asik berkepit sesama dia org…terus xmo ckp dgn aku seminggu…

    so aku ase lelaki neh sensitif jugak tp tidak separah perempuan

  12. ehehehe
    kalau sensitif kena pada situasinya ok kot

  13. bukan lelaki sensitif kot… lelaki emo tue…

  14. benda ni lah hang tanya kat FS aq tempoh ari tuh?

    lelaki sensitifnya tak tunjuk. selalunya diintegrasikan dengan kemarahan. kengkadang kalau diorang bengang tu, sensitif la tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge