Jadilah Blogger Yang Beretika

Jadilah blogger yang beretika. Jadilah blogger yang bermoral. Jadilah blogger yang menjaga etika dan bermoral. Hah! Saya sengaja tulis sampai 3 ayat yang maksudnya lebih kurang sama. hahahaha! Motif? Sebab saya tak berapa nak “happy” dengan situation sekarang.

Mana etika semua blogger? Fine, saya pun manusia biasa. Ada masa, saya melalut jugak dalam blog sendiri or even bila beri komen dekat blog orang lain. Tapi, rasanya belum sampai tahap over tak beretika kot. Kot lah!!! If ada, maybe korang boleh tegur ok. Im very open minded person. Just tell me and insyaAllah, akan diperbetulkan.hehehehe

Ok, kenapa saya timbulkan balik hal etika blogger ni? Hmm, macam saya katakan tadi. Saya sedikit kurang “happy” dengan apa yang dah berlaku dalam dunia blogging yang tak lah sebesar mana pun lagi. Saya risau je, bila macam-macam isu merepek ni berlaku dan kalau tak ada orang yang stop it. Boleh hilang je semangat blogger-blogger baru yang tengah nak naik.

Sayangkan? Saya memang baru sangat dalam dunia blogging ni. Baru 3 tahun. Tak cukup ilmu mana pun nak tunjuk ajarku sifu pada orang lain. hahahaha!!! Tapi, saya suka bila ramai dah blogger baru. Bukan soal dia guna blogspot atau guna WordPress. Itu hak masing-masing dan saya pasti mereka ada reason. Salah satunya, belum cukup yakin untuk maintain hosting n domain sendiri yet. Tak ada salahnya pun guna blogspot.

Ai guna blogspot jugak aww dulu!!!hehehe.

Pelan-pelan kayuh maa. So, harap lepas ni janganlah ada isu blogger otai *saya tak pasti kat mana letak otainya 😉 yang pertikaikan blogger yang guna blogspot eh. Tak baik patahkan semangat orang woo. Bukan saya kata, mak saya ah. hahaha! *mak aku gak jadi mangsa*

Another issue yang tengah hot sekarang ni. Tapi, hot pada blogger yang tau cerita jelah. Kes Fida Aishah yang katanya kekasih pada blogger yang popular ok. Ariff Shah . Aww, Ariff memang hebat ok dalam dunia blogging!!! Nak sainnnnn.hehehehe. Honestly,saya baru tahu kes Fida Aishah ni 3 hari lepas. Itu pun, lepas kecoh-kecoh dekat Twitter.

Kononnya Fida ni tak wujud. Ok, saya malas nak cerita panjang hal Fida ni. Its not nice nak buruk-burukkan someone yang kita sendiri tak tahu tentang dia. Suka hatilah dia nak menipu ke apa. Dosa biarkan “dia” tanggung sendiri dan kalau dia berada dipihak yang benar..faham-faham jelah. Tak perlu nak rumitkan keadaan.

Rasanya isu identiti blogger ni, sepatutnya tak perlu nak dipersoalkan. As manusia biasa dan berfikir panjang, masing-masing ada hak untuk rahsiakan identiti diri sebenar. Sebab itu, saya tak kisah hal Fida ni tak tunjuk gambar sebenar.

Cuma if nak rasa menyampah pun. hahahaha! Saya rasa part dia menggunakan hasil kerja orang lain, dan tiada sebarang kredit diberi pada pemilik asal. Yang ini memang saya tak respect

Sesuai dengan tajuk saya kan? Mana etika as blogger? Rasanya, perkara macam ni fikir logik lah kot. Bila dah guna hak orang, pandai-pandailah. Itu saja yang saya nampak kesalahan pada Fida. Tapi,personally. Saya memang minat dan suka banget dengan cara penulisan dia ok!!!!!! Oh, sila jangan stop menulis!!!!hehehehe.

Nak lagi? Ok, hal blogger yang tak abis-abis guna keywords “panas” untuk dapatkan trafik. Alahai. Oklah, memanglah. Mana-mana blogger pun nak kan trafik lebat dalam blog wei. Me too. Tapi, rasanya bila jadi manusia tu biarlah ada rasa prihatin sikit kot. KOT lah. Janganlah sebab nak trafik, sanggup buat entry yang biasa-biasa tapi content dalam tu KOSONG! Cuma, keywords “panas” tu je yang korang sebutkan banyak kali.

Untuk kali ni, saya merujuk pada isu yang tengah hangat dekat twitter ok. Berkenaan hal blogger blog-blog hiburan dengan artis. Pepatah paling sesuai, kerana nila setitik. rosak susu sebelanga. Adoi.

Saya berkawan dengan blogger blog personal, blog umum, blog hiburan, yang tak ada blog pun ada jugak. Artis pun ada sebahagiannya kenalan saya juga. Bila jadi macam ni, rasa tak bestlah jugak. Yang buat “tahi” nya beberapa orang je tapi habis busuk nama blogger. Alahai. Gampang wei! Tak baik woo.

Saya tak boleh nak marahkan sesiapa. Ini bukan soal dia baik dengan artis tu ke bukan. Nope. Tapi, saya faham bila ada peminat yang melenting bila artis favourite dia kena hembuskan. Maybe orang tu kenalan rapat artis tu ke ape. Wallahualam lah. Tapi, secara logik. Kalau kawan saya kena kutuk pun, saya marah. Artis ke bukan itu tolak ke tepi.

Saya tak tuding jari, kata blogger blog hiburan semua betul or salah. Nope. Cuma, saya nampak perbezaan antara diorang dengan blogger yang kena “hentam” dengan artis and geng tu. Blogger hiburan lain yang dah glamour *korang tahu siapa korang kan?hehehe*, beri readers dia info dan cerita yang fresh. Tapi, si blogger kena “hentam” ni dia main dengan keywords “panas” je. Content haprak, sorry to say my dear.huhuhu. Saya berkawan dengan artis, tahu cerita sebenar. Suka-suka je nak putar belitkan cerita janji keywords hebat. Hmmm. Manusia.

Haih. Panjangnya entry ni!!!!! Oklah, ini entry melepaskan lawak di mulut ok.wakakakaka!!!! hope korang enjoy dan kalau bernanah mata, pergi klinik sendiri eh.maceh!!!

p/s: Entry ni pendapat saya sendiri. So, kalau ada yang terasa dan berkecil hati. Im so sorry awal-awal lagi ok. Try to tulis dengan sesopan boleh dah ni, tapi if terkasar juga. minta maaf eh -____-

Artikel Berkaitan

54 responses to “Jadilah Blogger Yang Beretika

  1. meo

    ini ada dikaitan dgn post lizz yg lepas2 tue…

    tujuan & obj seorg blogger to bloggin’ yg tentukan arah tuju blog tue… nk duit, nk popular atau luahan perasaan

  2. yessssssss i like this entry. huhu mmg tgah hot psl fida aisyah kan skrg? tp now dia dh prvt kan blog dia…so pasni takleh lah lg baca sajak2 menyentuh jiwa….

    • itulah masalahnyer…tak dapat nak jiwang kekarat sengsorang.hehehehe!!!!die ok tapi sebab kurang etika sket je…dan org pun bukan bodoh nak nilai mana btol n tak..tak pasal2.die ade keistimewaan sendiri.

  3. (-______-)

    macam-macam hal ! zqah kadang-kadang x puas hati jugak tapi x lah bersuara hanya diam sepi memandang hentaman blogger-blogger .. hehehe .. nak wat cane , dunia blogger semakin dahsyat sekarang =(

    • bab nak bersuara ke tak, memang kena fikir dulu.coz, bila kite buat entry macam ni or komen balik…if nasib xbaik.kite kene balik tp pandai buat, kenalah tanggung risiko.ku redha.hahahaha

  4. macam2 sekarang ni…
    kita kena ingat setiap perkataan kita tulis kat blog
    akan dipersoal di akhirat esok
    jangan sampai menyakitkan atau melalaikan orang lain
    biarlah kita sebarkan kebaikan dan ikhlas kerana Allah

  5. ha…sumpah aku pon xfaham kes si Fida tu..dia awek si ariffshah yg glam tu ek? ke bukan..der bc lam blg si otai ni jugak yg suke buat vid..heheh enty prank die tu..ceh aku xfaham arr mn berul mn salah..adess..make me fening..last2 mls aku nk bc..hohoh mybe geng2 dorang jek la yg faham kot..xD..

    lagi satu hal blog yg artis2 tu kan..heheh..aku bc jek..pastu kalo rajin aku komne..soheh ke tak..aku xder la amek port sangt…sebab artis ni kan..jap cam tu jap cam ni..so kalo dorang salah ke betul ke..xde kene mengena ngan aku hik3..

    pe2 pon aku sokong pendapat ko..blogger2 sekalian perlu la menghormati org lain jugak…jgn penting diri dan membagga diri sangat..masuk bakul angkat sendiri..hohoh

    • kes fida, siyes aku xtau asal usul kejadian,hahaha! aku just bace n saje2.tp, bab die amik hasil kerja org tu mmg aku xrespek ar.huhuhu.

      bab blog artis tu, xleh nk kate ape sgt cuz dunia hiburan ni mcm2. xleh nk salahkan sape2 pun. maybe sbb aku ade knl2 artis so kdg2 bace mende merepek yg sah2 xbtol but blogger wat jd havoc mcm marah gak tp xleh nk kate ape.tu blog diorg n artis pn redha je cuz namepun artis…cume bab budak ni, die main keywords.nyampah gak ar 😛

  6. So, Jadilah Blogger Yang Beretika..

  7. hurm.. setuju.. nk jd blogger, kena ade etika..
    kena pk dulu ape impak yg kite tulis tu pd org len..
    ntah laa..dunia blogging da xbest mcm dulu2..

  8. macam tu lah orang kita..
    tak salah nak tegur,..tapi cara teguran langsung tak berpada-pada.

    bab otai tak otai, kita blogging untuk kepuasan..
    ada yang untuk duit, untuk popular, tapi hak masing-masing kan. tak suka jangan baca.. boleh nak tegur, tapi berhemah laa..

    entah, dulu ngan sekarang, memang berbeza.

    • sangat berbeza. if dulu,semangat nak update blog tiap2 ari tapi now macam nak update pun kureng je. sebab rasanya kite betul tapi rase cam ade je org xsker..kene fikir byk kali before post entry.hmmm

  9. berlaku jujur pada diri & orang lain. mungkin itu lebih baik kot. tapi kalau nak berahsia pun tak perlu lah sampai mengainaya/menipu orang lain. tak gitu.

    pasal keyword panas ni pun, saya langsung tak ambil peduli. hehe

    • berahsia ada bagusnyer cume jangan menipu org lah kan…ish, tak faham lah ape yang dia dapat if menipu kawkaw..huhuhuhu. keyword panas ni,orang yg teror blog ni mesti tahu,kite2 ni tahu sket2 je sudehlah.hehehe

  10. selalu gak ikut blog fida tapi skang dah protected..juz utk invited readers only. tak pernah dengar pulak tang fida ni tak wujud.

    ada tak akta untuk blogger? sape ada kawan peguam, minta tolong jawab 🙂

    • itu hak “fida” nak protected ke ape.cume, kite ni lah yg sker cara penulisan die xdapat nk bace.hahahaha!!! akta? rasenyer xader kot.tapi, maybe tak lame lagi adelah kot if ramai yg request 😛

  11. kau dah taip ape yg aku nak taip so aku malas. hahaha

  12. sy sentiasa beretika…okthnksbai.

  13. hehe spam tu ape? 😛

    Panas! : ENTER

  14. Erm, kenapa ek? Ada yang jeles sama Fida sebab dapat tambaat blogger pujaan Malaya dan Rusia tuh ker lol

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  15. muahahahahah, amek ko, entri paling best aku baca dalam 2 minggu ni, menyayat hati betul

  16. merahsiakan identiti dan memalsukan identiti adalah perkara yg berbeza..

    kalau betul2 bak berahsia. tak payah letak gambar langsung. sekalipun gambar separuh ke gambar belakang ke. tak payah. ramai je bloggers anon yg hanya menulis. tak undang masalah pun. kan? kalau nak berahsia tapi letak gak gambar. bukan ke macam ada motif lain?..

    apapun, benda ni patut jadi pengajaran buat semua.

    • yeah. pengajaran buat tuan blog ni gak.hehehehe! kadang2, silap orang kite nampak.padahal silap kite sendiri..melimbun. so, harap kite leh sesame ingatkan tapi bukan dengan mengutuk lah…

    • Stuju dgn sarah..ni bukan merahsiakan identiti.ni memalsukan identiti…bila identiti dah palsu..banyak perkara lagi yg berkait.ini kalau dianggap benda kecil..akan dtg sure lgi ramai yg yg buat camtu..ini namanya takde etika.kalau org lain buat..bukan gf ariffshah..sure dah kna lg teruk.nasib kabel kuat ye dak?

  17. apa pasal dgn fida tu weh?? aku tak tahu pun..hehe..tak wujud? cmne tu? hehe

  18. kadang2 isi tak de..keyword je lebih..hangin jugak bila bukak entri camtu..sekurang2nya ada lah sikit isi nak sampaikan..hhu

    yg fida ni..nape pulak?ramai yg kata pasal identiti dia..

  19. Boleh naik pening kalau pikir sangat situasi semasa dunia blogging.

  20. permulaan sesuatu benda memang menyeronokkan..bila di pertengahan, mulalah berlaku kesesakan sebab dah ramai dan semakin banyak.. dan last akan ada penyusutan…macam tamadun..

    so blogging pun dah macam tamadun..now is tamadun blogging right…kita berada di fasa pertengahan.. saya pun dah terasa bahangnya.. apa pun blogging tetap diteruskan sebab saya nak habiskan apa yg dah dimulakan..

    memang kengkadang kita tak boleh nak kawal orang lain, tapi kita boleh kawal diri kita supaya tak jadi macam orang lain yg kurang baik..

    P/s: Fida aishah tu best ke?? biasa je.stakat kacukan dan berada di aussie je..huhu i wish i could have something special so that people can recognize me..

  21. Setakat nak melucah..nak tarik traffik skelip mata..sapa2 pun boleh..tapi murahan sangat gitu.ahha

  22. agree sgt2 dngan prnyataan diatas..tp jgn pning sgt ye..bnyak lg bnda dunia ni yg memeningkan.. 🙂

  23. fida aishah tu jantan la bro

  24. ello…

    1) etika? sebut sal etika ni kadang2 mcm abstract or subjective..tapi ade gak base rules yg mmg common sense laa….

    2)mcm part2 amik or copyright org….tue pun ikut cara masing2..ade yg mintak kebenaran n x bg source tue pun boleh klo pemilik asal bg….ada yg curik2 n post claim tulis sendirik…..hmmm….

    3) sal identiti plak…cube laa org tue xfamous n x dikenali, ade org kesah? sbb dia famous jer jdk issue..klo tak org tak heran pun…btul tak? plus klo seseorg tue nk hide identity skalipun mcm (khai, tue jer aku leh terpk) , dia mesti ade reason dia sendirik…..

    4) skalipun seseorg nak brag sal diri sendiri dia cun ke hensem ke, tue blog dia sendirik so why so bother or why so serious? klo x setuju baca jer blog2 lain…bukan tulis entry n kutuk sane sini……

    life is too short utk carik kesalahan org lain , ape yg kite wat cume perbaiki diri sendiri atas kesalahan kite sendirik or kesalahan org lain…tp kadang2 kite xde hak nak judge org tue..unless kite kenal dia personally…

  25. Pingback: Blogger is currently unavailable (Cuak Cuak) | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  26. Pingback: Blogger Copy-Paste Tak Akan Ke Mana | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge