Berbeza Pendapat? Eh, Jangan Bertekak!

Berbeza Pendapat? Eh, Jangan Bertekak! Fitrah manusia lah kan?  Masing-masing kalau boleh nak suara dan pendapatnya diterima bulat-bulat. Kalau boleh, bila dia kata, A B C. Macam tu jugaklah yang dia nak semua orang terima. Tidak boleh tertinggal walau 1 pun huruf. Itu sebenarnya lumrah kejadian dan pemikiran manusia.

Manusia mana yang nak kalah kan? Semuanya nak menang, KALAU diberi pilihan samada mahu menang atau kalah!hahahaha. Me too *jujur*

Tapi, kita hidup dalam dunia realiti. Bukan dalam cerita dongeng fantasi kan? Kena sedarlah, manusia ni ada macam-macam perangai. Ada macam-macam “colour” hati. Paling best, ada macam-macam hasad dengki. Opssss! Tapi, betul kan???

Bila sampai 1 masa, kita perlu buat 1 keputusan dan keputusan tu pulak kita kena dapatkan persetujuan majoriti. Heh, Waktu ni, masing-masing nak jadi leader kan? Bertegang urat macam nak rak. Kalau boleh, pendapat dia saja yang orang lain WAJIB terima dan guna pakai. Hampeh!

Serious, jujur saya katakan. Saya cukup tak berkenan dengan orang yang guna kuasa veto ni. Ibarat bangsa Israel tau! hehehe. Excuse me, pandang-pandanglah dekat orang lain. Dengar-dengarlah jugak pendapat orang lain. Orang bawahan sekalipun, kalau pendapat yang dia beri boleh diterima logik akal. Apa salahnya kan?

Mentaliti orang kita memang macam ni. Kebanyakkannya lah, bukan semua ok!

Tapi, saya bukan nak timbulkan isu orang atasan versus orang bawahan ek. Itu bukak topik lain. hahaha! Saya cuma nak ajak borak hal hormat perbezaan pendapat orang lain! Kita perlu set dalam kepala. Lain orang, lain cara dia berfikir!

Sebenarnya, perkara-perkara macam ni hal kecik je. Setuju tak? Kalau korang angguk kepala, kita serumpun. muahahaha!!! Im sure, ada yang tak setuju. Yep! Memang manusia totally berbeza sebenarnya. Saya percaya, menda macam ni depends on individu jugak.

Mungkin, pada saya remeh sebab saya memang jenis tak kisah. Kalau dalam bahasa pasar “lantak kau lah, janji kau happy!”. Ada pros and cons ok kalau perangai macam saya ni. Maybe yang bagusnya, orang akan cakap. Senang nak deal dengan orang macam ni, Boleh bertolak ansur. *puji diri sendiri ni, sila muntah sekarang -_- * Tapi, ada mulut lain akan cakap, orang macam ni tak boleh diajak berdiskusi sebab macam tak ada pegangan, tak ada semangat nak MENANG!

Wei, sedap je eh saya bukak pekung sendiri. Tak apa kot. Korang boleh terima kan? hahahahaha!!!

Saya jenis tak suka bertekak. Saya tak suka bergaduh. Saya tak suka cari musuh semata-mata nak puaskan hati sendiri. Ah, tak kuasa! hehehe. Eh, sila jangan amik saya bekerja dengan korang eh -_- For me, masalah takkan selesai kalau masing-masing nak memang. Macam budak-budak kot.KOT lah!

Yang penting, selagi saya rasa pendapat orang “perasan ada kuasa veto” tu masih waras, still logik even peratusannya tak sampai pun 70%, as long as tak akan menjatuhkan orang lain and paling penting as orang Islam, tidak akan keluar daripada landasan agama kita, Oh silakan!!!! hehehehe

Take it easy lah. Bertekak sesama sendiri bukan menyelesaikan masalah pun. Kan? Why not, kita beri dia peluang. Saya percaya, manusia ni akan lebih menghargai orang dengan pengalaman yang dia sendiri minta untuk jalani dengan keputusan dia sendiri! Biarkan saja. Baik buruk dia tahu lah nanti.hehehehe

Lagi 1, for me kita perlu hormati perbezaan pendapat orang keliling kita sebab mana tahu, pendapat dia tu betul dan pendapat kita yang ditolak mentah-mentah tu salah. Kan? Mana lah tahu kan? Nanti kita pulak yang menyesal.hahaha! Lapangkan dada jelah, senyum jelah pada partner kita tu. Doakan saja mudah-mudahan pendapat dia BETUL!!!!

Last. Apa yang saya nak beritahu dekat sini, silalah jadi manusia baik hati yang boleh bertolak ansur. Apa salahnya berlakon macam korang suka je dengan pendapat orang kuasa veto tu.hahahaha!!! At least, dapat jugak pahala menggembirakan orang.muahahahaha!! *gelak syaitonirrajim*

p/s: Kalau mintak pendapat saya, saya akan berikan. Tapi, kalau rasa terima, silakan. Kalau rasa macam merepek, janganlah jadi rude pulak. Tak baik aww buat orang marah -_-

Artikel Berkaitan

28 responses to “Berbeza Pendapat? Eh, Jangan Bertekak!

  1. Salam liz, apa yang pnting kita kena hormat pandangan org lain, pandang setiap orang tak sama, kalau dah minta pendapat tu kenalah hormat kan, jangan pulak dibalas dengan bertekak..

    sekadar pendapat je, hem..entry nie ada utk ditujukan pada sapa2 ke? ada apa2 yg kakyan xtau ke nie??

    • kehkehkeh. eh lupe. salam too…tak adalah, ni entry umum. rasanya perkara macam ni selalu sangat jadi cuma baru arini rasa nak masukkan dalam blog. so, dunt worry tak ditujukan pada sesiapa pun.hehehe

      for me, hormat tu penting sangat2. at least, jangan biadap. kadang2 tengok kawan dok bersembang2, lepas tu bila orang beri pendapat n tak sama macam dia nak…melenting, paling tak matangnya buat muka tak puas hati. alahai, childish kot. for me lah.huhuhuh

  2. bertekak tak menyelesaikan masalah kan…paling tak suka bila kita beri pendapat, orang akan cakap,”takkk….” or “bukan…”…alahai…ko sorang saje ke yang betul?

    • hahahahaah!!!!memang tak suka. orang macam ni, mentah2 pendapat kita xkan die gune pun.hmm, malang sebenarnye if terpakse deal ngan orang macam ni tapi apekan daya.haih -_-

  3. kalau bertekak buat penat je. baik relax n cool

  4. teringat masa zaman upper 6 tahun lepas .. ramai sangat orang suka baloh .. hehe .. sikit sikit baloh .. pasal benda kecik jea tapi baloh macam benda tuu besor jea .. kita yang tengok nie pon pening ..

    apa2 pon , terimalah pendapat orang lain dengan tenang dan berfikiran matang .. hak hak hak

  5. tak suka ber argue2..tp nak mintak pendapat, saya ok aje.. 🙂

  6. Time single macam sekarang memang boleh cakap lantaklah sama kamu…tapi bila dah berkeluarga, benda ni kena take it serius kalau tak nak keluarga punah…opss, masuk bab kekeluargaan plak..

  7. setiap orang mesti ada pendapat masing2 kan..pendapat yang berbeza2..kalau tak boleh nak terima pendapat orang lain..sila duduk dalam hutan,,,kawan ngan monyeettnyet..hahahhaha..
    bila da hidup bermasyarakat ni..kn la saling tolak ansur dan hormat menghormati..cewah..skema plak..aku…
    kadang2 hal kecik pon boleh jd besar kan..tak suke xpe..jgn ego…

    • hah, ego pun yek jugak kot. kang kalau mengaku kalah or terime je pendapat orang lain,takut orang ejek2 die. jatuh air muke kot. betul gak!!!bagus, skema komen kau tapi aku suke.muahahaha

  8. jangan la bertekak-tekak nih.
    buat sakit tekak jer.
    kadangkala sesuatu pendapat yang dihasilkan, kita tak menyangka itu adalah die yang bernas~ 8)

    • orang yang suka bertekak ni, anak tekak dia banyak kot.kotlah.hehehehe!!! kadang2 pening tengok orang sampai nak gadoh2, if gado time discuss tu je xper lah..ini tak, dah lepas tu pun boleh masam2 muke. so childish -_-

  9. ST

    berlainan pendapat tu memang sepatutnya diraikan, sebab banyak pendapat boleh keluarkan keputusan terbaek. cuma kalo dah salahguna “veto” itu yg jadi masalah tu.

    bila keputusan veto tu menyusahkan aku, memang aku tak buat langsung. wakaka.

    • same ar, orang yang sellau gunelan kuasa veto ni memualkan orang kot.hahahaa!! tak payah discuss pun tak ape kalau dengan orang macam ni. cuz last2, idea je die terime -_-

  10. kadangkala xsemua orang boleh menerima pendapat orang lain..

    xkisah dari atas or dari bawah…

    bila kita berada di atas nanti maybe akan terkena muka sendiri.

    siapa tahu…

  11. ada orang dia berbincang tapi dalam gaya bertekak haha.

    bila sebut pasal ni teringat perangai buruk sy zaman sekolah dulu, asyik nak menang je. pendapat orang tak nak dengar. nasib baik tak hilang kawan je. ada sorang kwn dah kena pulau kwn2 sy yg lain sebab kes macam ni.

    bertukar2 pendapat tu lebih molek 🙂

    • beri chance kat orang lain better for me. kalau asik kite je menang, memang boleh buat orang lain rasa annoying nyer.hahahaha!!!tapi, tak apa. belajar daripada pengalaman -_-

  12. itu baru dialam perkerjaan belumlagi dialam perkahwinan

    atie pun selalu saja gaduh dengan bro, tapi dia pandai mengalah main peranan walaupun kenyataannya dia tetap nk menang

  13. Berbeza pendapat?

    Biasa kalau orang nak berdebat-debat saya buat senyap jer.
    Malas sikit nak layan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge