Masalah Dalam Perhubungan, Apa Patut Kita Lakukan? Bertahan atau Berundur

Bertahan atau berundur. Dalam sesebuah perhubungan tu, baik hubungan suami isteri or even hubungan kekasih. Takkan lepas punya daripada masalah. Kan? Saya rasa korang semua sure setuju dengan apa yang saya katakan tu kan? Perkaran biasa babe. Kalau tak gaduh, tak adalah masam-masam manis hubungan tu!hahaha

Ok fine. Masalah tu something yang normal. Kalau kita pandai handle masalah tu, so InsyaAllah masalah tu bukan 1 masalah pun tapi kita boleh anggap dia as “cabaran” dalam hubungan kita. Kan? Ok apa, sesekali ada cabaran. hehehe.

Tapi, itulah. Itupun kalau kita ni someone yang pandai handle masalah. Tapi, ingat eh. Bukan semua orang ada bakat terserlah merlah macam ni.hahaha! Iyalah, lain orang. Lain cara dia handle masalah. Lain otak, lain cara dia berfikir bila berdepan dengan satu-satu masalah tu. Kita semua berbeza sana sini ok!

So, katakanlah. Kita dan pasangan tengah bahagia. Tiba-tiba saja ada masalah yang entah dari mana datang. Mula-mula masalah tu kecil saja. Masing-masing boleh bersabar. Tapi, makin lama makin teruk. Makin dibiarkan, makin hangat jadinya masalah tuh.

Cam mana tu? Lagi-lagi pulak, bila at one time masing-masing dah perasan yang masalah tu memang tak boleh nak selesai. Or, maybe boleh selesai tapi memerlukan salah satu pihak mengalah. Bila dah kata mengalah, maksudnya akan ada 1 pihak yang kalah tanpa rela. Kan?

Sekarang. Saya nak tanyalah kan pada korang. Kalau korang yang berada dalam situasi macam ni,apa korang akan buat? Ada masalah, cuba selesaikan dan sampai 1 peringkat korang sedar dah tak boleh nak buat apa. Jadi, apa korang nak buat waktu tu?

Bertahan atau berundur daripada perhubungan tu?

Simple question but for me ramai je yang sakit hati dengan soalan ni kan?hahaha! Sebab saya sendiri pernah mengalami situasi macam ni. Kita sayang perhubungan kita. Kita nak yang terbaik. Ada masalah, sebolehnya mahu selesaikan dengan cara baik dengan harapan semuanya ok semula. Tapi, last-last baru sedar yang masalah kita tu takkan selesai. So,sudahnya kita dalam dilema.

“Aku nak bertahan dengan masalah ni demi sayangkan si dia atau lebih baik aku beranikan diri berundur saja?”


Hah! Macam mana tuh? Korang pernah tak alami situasi macam ni? Dilema ok. Saya tak tahu orang lain. Tapi, kalau saya perkara macam ni bukan suatu yang mudah sebab kita bermain dengan perasaan dan hati kan? Tapi, apa-apa pun kena fahamlah.

Kita duduk dalam dunia realiti bukan macam cinta fantasi dalam mimpi. Sebarang keputusan kita buat, tak boleh nak patah balik. Once dah buat keputusan, kena bersedialah terima kesudahannya, Kan? Bak kata bahasa kita. Pandai buat,pandailah tanggung!

Susah jugak kan? So, korang macam mana ek? Macam mana korang deal bila ada problem. Takkan nak mengalah all the time?Hmm.

Artikel Berkaitan

33 responses to “Masalah Dalam Perhubungan, Apa Patut Kita Lakukan? Bertahan atau Berundur

  1. tak pernah alami sebab masih keseorangan .. haha

    kadang-kadang klau kawan cerita pasal masalah pakwe makwe , zqah gelak jea .. lps tuu dorang akan marah sebab dorang kata nanti zqah pon akan kena ..

    kalau kena kat batang hidung , pandai2 lah settle kan kan ? hehe

    • hahahaha!cara style zqah jawab komen pun akak rasa rasa zqah jenis bijak neh handle problem 😉 santai abis.muahaha!
      for me, ada otak, ada hati, fikir sendiri.hehehe. orang boleh nasihat kite macam2. tapi, manusia yang berhak buat keputusan diri kite sendiri.kan ?

  2. Rie

    Aww,, Ratu kodok-ku yang canteekkk..
    You sound soooooo damn wiseee *mwahhh

    Well,, Love is like an earthquake~unpredictable, a little scary but when the hard part is over you realize how lucky you truly are,, *blink* *blush* *ingnore me*

    Maaf nyampah ^^”

    • aww!!! twin kodok-ku ninggalin komentar 😉 makasih!!!! *hugs*

      a little scary??r u sure dear???huhuhuhuu -_-
      sometimes,im scared with love.hehehe.BUT most of the time, gwe suka jatuh cinta.hahahahaha 😛

  3. salam lizz..

    akak dah melalui berfasa2 kehidupan..jatuh bangun, gagal kecewa, bahagia, gagal dan sedang ingin mengecapi bahagia..terlalu byk versi atau cara dah pun guna..dan bg akak, yg terbaik ialah berterus terang..walaupun agak pahit utk menerima kenyataan itu, tp nak atau taknak, kita kena dgr dan hadapi semua itu..bak kata pepatah “berkata benar walaupun pahit” insyaAllah akan dipermudahkan masalah yg membelenggu itu..dan hubngan yg retak mugkin menjadi bertambah erat..tak caya cuba terai test 🙂

    • yay!!! ada jugak orang yang dah kawen sudi share kat sini.maceh!!! berterus terang tu memang penting.agreed tapi tulah berapa kerat je kan yang berani buat macam ni..ramai kawan2 saya macam tu kak.huhuhu.

  4. wiwit…lame gilak kot xmasuk blog k…sebb blog aku mereng maa…der malware binaware tu.huhu…
    kalo boleh dipertahankn, trs pertahankan..tapi kalau rase oe yang dibuat tu cam sia-sia..baik undur diri jrk..kalau ada jodoh adelah..kalo becinta 10 thn pon, kalau da suratan takdir cam tu..kn la trm yer tak? huhhu

    • bahahaha!!!!a’ah,lama tapi tak apa sebab aku pun dah lama cuti merepek kat sini. saja amik cuti.wakaka! 😛

      itulah,tapi kawan-kawan aku ramai tak reti n tak berani buat keputusan.kalau dari pandangan aku, macam tak ada guna nak teruskan tapi diorang tetap stay. tapi,relationship nampak tak best je pun.huhuhu

  5. bagi aku, kalau melibatkan perangai/salah faham, aku rasa better bertahan. sbb tu semua boleh diselesaikan dengan cara yang betul. tapi kalau dah melibatkan bab curang atau berubah hati, baik berundur je..tak perlu nak jadi cam aku dulu

    • bab curang tu,memang sah2 nampak “pincang” ar dalam relationship sebenarnya tapi bila bab hati ni..itulah. susah. ada yang tak cukup kuat nak lepaskan cuz guna alasan sayang sangat2. depends pada individu.

  6. Aku dah ada pengalaman 4 kali. 2 yang pertama aku buat pilih cara bertahan sebab sayangkan dia, tapi in the end masih lagi masalah itu diungkit dan tak settle. Jadi aku beranikan diri untuk berundur.
    Anyway itu zaman aku student, muda mudi lagi.
    Yang 1st, masalah emosi perempuan tak terkawal.
    Yang 2nd, masalah cemburu dan kurang perhatian dari aku?

    Yang ketiga tak perlu cerita la sebab 2 hari je kot.

    Yang keempat dan sekarang. Selepas satu peristiwa ribut taufan yang mana aku tak give up sebab aku rasa macam dah found the one dan betul-betul sayang dia….dan syukur keputusan aku benar, dia kembali dan belajar bertolak ansur dan terima aku seadanya.
    Kira macam aku minta maaf tak dapat beri apa yang dia nak.

    Aku janji something tapi in the end aku tak dapat bagi apa yang dia nak tapi aku buat pilihan itu sebab untuk masa depan kami berdua yang lebih baik.
    Salah di sini sebab aku bagi janji lepas itu tak tunaikan.
    Salah dia maybe dia terlalu harapkan benda itu.

    Anyway keep it short, dia sayang aku lebih dari benda itu.
    Marah seminggu dua juga. Tapi aku sabar lagi, pujuk sedikit, dia tak layan/reply. Still aku sabar dan biar dia cool down.

    N setakat ini syukur, perhubungan kami lagi lovely dari dulu.

    Aku cuma nak cakap,kalau bergaduh dan masih nak teruskan perhubungan.
    Skill nak selesaikan masalah wajib ada. Kena tau bila nak pilih jadi pihak yang memujuk, mengalah, etc.

    • wow!!! sungguh2 aku baca cerita kau.thanks for sharing here.itulah, sebenarnya kene depends on individual jugak. lain orang, lain cara dia handle problem ni. ada yang bila ada masalah, terus nak sembur, terus nak mintak putus. sudahnya menyesal.

      kalau aku, aku lagi suke sabar dulu. tengok tindak tanduk pasangan dulu. masa waktu tu akan jadi manusia yang berpura-pura tapi 4 me if terpaksa tak apa kot.hehehe.

      so, dalam tempoh tu kena pandai2 lah tengok macam mana n fikir keputusan seterusnya

  7. hang tulis kena sebijik kat batang hidung aku ke liza? hahahahaha opss termengaku pulak! apa – apapun bagi aku, prinsip aku senang je. apa yang aku dapat tak mudah aku nak lepas. so bila aku dah mula serius kot mana pon aku tetap akan pertahankan apa yang aku ada. kalau tak boleh aku tetap nak bagi boleh jugak. usaha sampai takat mana yang termampu. itu aku.

    bila dah jadi macam ni, mau tak mau kena la beralah, daripada kita nak tegakkan ego masing – masing yang tak sudah tu baik kita bertolak ansur, kena fikir masa depan sama.

    Sabar tu penting. biar tahap sabar tu dekat paras tengkok sekalipon kalo boleh tahan tu tahanlah. tapi kalau dah tak tahan sangat tu baik lepaskan jee la..

    benda ni amek masa la liza, tak boleh nak terus baiki hubungan tu dlm masa yang singkat. bab hati dengan perasaan susah sangat nak sembang. kena sendiri rasa baru tau macam mana! hahaha

    • masa dah abis tulis ni, baru aku teringat kisah hang wei.bahahaha!aku faham apa yang kau tulis ni. aku hormat gak if ada orang yang berfikir macam kau. cuz for me, hati kita memang lain-lain. semua bergantung pada diri kita sendiri.

      bukan semua orang baik n bukan semua orang jahat. bukan semua orang penyabar n bukan semua orang baran. macam2 lah kalau bab manusia ni kan? terpulanglah.

      itu je pada aku. apa yang kita fikir terbaik untuk diri kita sendiri then usahalah ke arah tu 😉

  8. teruskan bersama selagi masing2 menyangi…. cewah….

    seperti meo jg… tersu bersama blog nie… krn masih sygkan tulisan cik lizz…

    aaaiiiilaaaabbbbbiiiuuuu…..

  9. sy masih singgle,so ,no komen..hahaha

  10. em..bila maasuk soal perhubungan ni ibarat ditelan mati mak diluah mati bapa. Tambahan lak kalo hunungan yang terjalin tu dah lama. Makin berat la hati nak let go even si dia yang byk wat silap. tapi selagi hati masih sayang dan ada potensi untuk si dia berubah boleh nak hold on dulu tapi sendiri kena ingat la sebab ni da kira korbankan diri sendiri lak. Kalo mmg dia x berubah, diri ni gak yang rugi. Apa pun pilihan di tangan kita 🙂

    • yep.setuju.pilihan ditangan kita. dan lagi 1,kena percayalah apa2 pun Tuhan yang gerakkan hati kita untk buat pilihan tu and Dia lebih tahu tentang hidup kita nanti.huhuhu

  11. hi liza.. long time no see..

    erm fix kalo masih ade posibility. kalo takde back off jelah ape tunggu lg.. tp break off pun biarla care elok.. islam pun ajar lepas cerai stil kene bagi nafkah kat anak-anak kn

    • yep.setuju selagi ada ciri2 nak berbaik tu n jadi lebih baik patut sabar lah kot.tapi, if hati dah ada macam perasaan kurang sayang tu tak yah lah.huhuhu

  12. Jika keadaan ini berlaku pada saya.. Saya percaya setiap masalah ada caranya ntok berundur.. Maka saya akan cuba bertahan.. Jika sesuatu perkara yang melibatkan kepercayaan antara saya dan pasangan..

    Saya akan cuba untuk bertahan jika tidak mampu saya akan cuba berundur.. Berundur tidak bermakna kita kalah kan?

  13. topik yang menarik.

    masalah dalam perhubungan dah jadi lumrah cuma beza pada cara nak selesaikannya. saya sendiri pun sama cuma pelik sikit, biasa orang ada masalah waktu tengah bercinta tapi saya waktu bercinta tak pernah ada masalah, waktu dah kawen baru timbul tapi bukan perang hehe.

    masalahnya kecik je tapi sebab tak pernah ada masalah masa bercinta, bila dah kawen ni masalah kecik jadi macam masalah besar.

    cara yang biasa kami amalkan untuk selesaikan masalah selalunya mintak maaf. biasanya masalah berpunca daripada perbuatan, bukan salah cakap atau bercanggah pendapat. jadi bila ada masalah perbuatan tu salah sorang akan jadi diam dan buat hal sendiri. bila dah macam tu fahamlah ada yang tak kena mana-mana la tu hehe. ambik masa kejap lepas tu mintak maaf. lepas tu baru tanya kenapa, bincang elok2. biasanya kami akan gaduh pulak salahkan diri sendiri hehe.

    ini tips untuk orang yang selalu perang mulut. ramai dah tahu sebenarnya tapi selalu lupa. tipsnya bila sorang tengah marah pot pet pot pet, sorang lagi kenalah diam kejap. nanti adalah turn dia pulak nak membebel. lepas tu cuba coolkan keadaan then bincang elok2. sebelum bincang, mintak maaf dulu biarpun kita rasa kita betul. ucapan maaf ni boleh buat pihak 1 lagi jadi lemah.

    sekadar berkongsi pengalaman & pendapat 😉

  14. topik yang menarik.

    masalah dalam perhubungan dah jadi lumrah cuma beza pada cara nak selesaikannya. saya sendiri pun sama cuma pelik sikit, biasa orang ada masalah waktu tengah bercinta tapi saya waktu bercinta tak pernah ada masalah, waktu dah kawen baru timbul tapi bukan perang hehe.

    masalahnya kecik je tapi sebab tak pernah ada masalah masa bercinta, bila dah kawen ni masalah kecik jadi macam masalah besar.

    cara yang biasa kami amalkan untuk selesaikan masalah selalunya mintak maaf. biasanya masalah berpunca daripada perbuatan, bukan salah cakap atau bercanggah pendapat. jadi bila ada masalah perbuatan tu salah sorang akan jadi diam dan buat hal sendiri. bila dah macam tu fahamlah ada yang tak kena mana-mana la tu hehe. ambik masa kejap lepas tu mintak maaf. lepas tu baru tanya kenapa, bincang elok2. biasanya kami akan gaduh pulak salahkan diri sendiri hehe.

    ini tips untuk orang yang selalu perang mulut. ramai dah tahu sebenarnya tapi selalu lupa. tipsnya bila sorang tengah marah pot pet pot pet, sorang lagi kenalah diam kejap. nanti adalah turn dia pulak nak membebel. lepas tu cuba coolkan keadaan then bincang elok2. sebelum bincang, mintak maaf dulu biarpun kita rasa kita betul. ucapan maaf ni boleh buat pihak 1 lagi jadi lemah.

    sekadar berkongsi pengalaman & pendapat 😉

    • wow!!!!!rugi lak cuz terlambat jawab komen ni. the best kot cuz yelah komen ni berdasarkan cerita sebenar.iye dak?wink2.thanks for sharing!!! ada jugak saudara2 yang dah berkahwin beri tips macam ni. bila satu pihak tengah marah, yang satu kene cool down dulu.bila 1 orang tengah bebel2 nak lepas geram,yg 1 kena tahan mulut!!!heheheeh. betul rupanya 😉

      thanks!!!

  15. wei jururawat cinta.. hehe. aku ada kawan macam ni tapi bagi aku la kan kalau belum kawin setakat kapel macam tu je baik berundur. kalu ada ikatan yang sah better pertahankan selagi boleh. kalau tak boleh jugak mungkin bukan jodoh

    • sejujurnya, aku pun berfikiran macam kau wahai Een!!!!HAHAHAHA.memang pun, tapi terpulang kat orang lah kan cuma if aku..maybe macam kau tulis ni lah 😛

  16. Kalau dah tak jumpa jalan penyelesaian,baik mengalah jer.Tapi ntah la aku pun tak pernah merasa lagi hehe..

  17. aku kalau tak tahan..aku akan bersabar dahulu..tapi bila ianya masih gak maka kata putus diambil

  18. Pingback: Isu Perempuan Tanggung Kos Sara Hidup Lelaki | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge