Ubah Hidup Jadi Lebih Baik dan Bukan Dengki Sesama Sendiri!

Salam Jumaat dan selamat berpuasa semua! Setuju tak kalau saya katakan yang setiap di antara kita mahukan hidup yang baik dan lebih tepat lagi. Semua manusia mahukan hidup yang terbaik buat diri masing-masing.

Benarkan?

Yes, memang betul tapi percayalah semua kita ni dah ada rezeki masing-masing. Sudah di tetapkan Tuhan apa dan bagaimana suatu perkara akan kita jalani nanti. Baik atau buruk itu bukan urusan kita. Semuanya sudah disusun Tuhan dengan super indah ok.

Jangan nak banyak tanya.hehehe.

Jadi, untuk apa kita nak pertikaikan untung nasib someone. Kalau kawan kita “lebih” sana sini, biarkan saja. Jangan tanam rasa tak puas hati dan dengki sesame sendiri. Set kan dalam kepala kita, “oh,itu rezeki dia!”.

Rasanya, kalau korang boleh fikir macam tu. Tak kan ada kot rasa cemburu itu ini sesame sendiri. Kadang-kadang, dengan ahli keluarga sendiri pun kita boleh cemburu. Kan? Saya mengaku memang ada. Hahahaha!

Saya pun manusia biasa. Hahahaha! Pincang sana sini babe.

Kadang-kadang saya kesian dengan manusia ni. Tak boleh nak tengok kawan-kawan sendiri “lebih” daripada dia. Mula lah nak dengki itu ini, buat cerita merapu sebab tak puas hati, senang cerita semua kerja jahat dia nak buatlah. Yang penting bagi dia, hati dia puas!

Jangan kata kawan, kadang-kadang dengan bekas kekasih sendiri pun ada yang dengki dan tak puas hati bila yang satu ni hidup lebih bahagia daripada dia. Mungkin dalam diri ada rasa sedih, terguris,sedikit cemburu atau apa saja dengan bekas pasangan kita.

Itu perkara biasa. Nama pun manusia. Tapi, untuk apa mahu berdengki dan tunjuk rasa tidak puas hati dengan kebahagian insan yang pernah kita sayang? Iklaskan saja kan lebih baik.

Banyak habiskan masa dekat taman burung biru buat saya lebih hargai hidup sebenarnya. Bukan seronok bila dapat tahu ada kawan-kawan yang ada masalah hidup. Tak sama sekali. Cuma, bila kita tahu ada manusia yang lebih teruk, lebih susah, lebih bermasalah daripada kita dalam hidup. Buat saya lebih bersyukur dengan Tuhan.

Saya kurang sisi sini, ada kawan-kawan lain yang kurang sisi sebelah lain. Saya dapat rasakan keadilan Tuhan di situ. Thanks Allah.

For me, rezeki dan nasib kita sudah molek-molek ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Cuma, apa yang kita boleh buat. berusahalah sedaya boleh menjadi manusia yang baik dan lebih baik dari sehari ke hari dan bukan menjadi lebih teruk.

Kita hidup perlu ada hala tuju. Jangan jadi lalang. Goyah ikut angin. Kan lebih elok kalau tetapkan hati, bersyukur dengan apa yang ada dan berdoa yang baik-baik untuk orang lain. Bukan tanamkan dan bela  rasa busuk hati dalam diri.

Percaya tak, ada sesetengan orang tu. Dek kerana sibuk sangat tak puas hati dengan rezeki orang lain sampai boleh jadi stress!!!! hahaha. Dont worry, saya ada tips baik punya untuk hilangkan stress. Silalah ikut jika mahu lagi stress. wakakak. Ok, enuff  for now. Maceh! Salam Jumaat!

Artikel Popular

47 Thoughts on “Ubah Hidup Jadi Lebih Baik dan Bukan Dengki Sesama Sendiri!

  1. saya pon dengki tapi jangan sampai bermusuhan .. hehe .. setiap orang mempunyai nasib dan rezeki yang berbeza-beza … jadi bersyukurlah dengan apa yang kita dapat ! =)

  2. dengki boleh, tapi kearah kebaikkan, bukan memusnahkan. :)

    dengar citer orang lain buat kite muhasabh diri actually. kadang2 orang tu nmpk happy, but inside, we dont know. :)

  3. hairan bin ajaib
    apasal mahu dengki? kawan yang murah rezeki tu dia tak ambil rezeki siapa2 – itu memang dah rezeki dia

    ~ lain la kalau dia jadi senang kaya raya kerana ambil hak kita, boleh le nak dengki/marah ~

    kan? kan?
    selamat berpuasa semua

    • manusia..memang begitulah. jahil sana sini.huhuhu. dengki tak tentu hala :( tak apa,biarkan and kite tengok sajalah.hehehe. selamat berpuasa jugak

  4. Selamat berpuasa ya~ ;)
    Yup. Kita ni sebenarnya ada hala tuju.
    Kita perlu tahu apa tujuan kita dalam kehidupan.
    Kalau asyik nak mendengki jer nampak sangat la dah hilang arah.

    • memang!!!lalang.hahahaha. kalau ada hala tuju, kita tak perlu risau tentang rezeki org lain.kite jage kite punye sudahlah.kan? selamat berpuasa ye!

  5. Sifat cemburu memang tak leh nk buang dalam hati. Manusai semua ade sikap tu. tp kita sebagai manusia berakal boleh kawal keapda bentuk positif =). Bagus ada sikap cemburu, dan sebab itu manusia berlumba2 nk berjaya. Just jangan sampai ia jadi dengki mendengki je. Kan?

  6. Berfikiran positif tiap masa macam tak boleh jugak kan lizz? Hidup kena seimbang. Negatif kena ada sikit :p Hehehehe

    • entah lah,i dah try both. pengalaman i lebih kepada ajar i supaya jangan jadi negatif. bolehlah sesekali tapi negatif i sikit sangat cuz bile i fikir negatif,tindakan i pun negatif sokmo nanti.huhuhuhu

  7. orang kita mmg ramai camtu dengki tgk org senang skit ntah ape punya perangai.. masalahnya buat pedajal kat kita tu yg tak tahan klu duk diam takpe.. rezeki Allah beri kalau tak ari ni esok lusa akan dapat juge…

    • yeah,setiap menda pasti ada balasannye. im sure yang itu. cemburu biasa tapi bila dah sampai dengki buat itu ini..memang tak baiklah kan…

  8. saya pun selalu gak cemburu ngan kengkawan.. tapi tak naklah smpai dengki mendengki ni.. tak baik.. tak baik.. huhuhu..

  9. Hidup ni ada kekurangan dan ada juga kelebihan. Tak perlulah berdengki sesama kita =)

  10. nak majukan diri sndri kena ad dengki jgk..tp dengki ke arah yg baik la..br ada perangsang kan…klu dengki main bomoh tu melampau la plk.hahha

  11. Salam kenalan dik, abg sini ingin berbicara…

    Dengki tak boleh lari dari kehidupan lebih – lebih lagi orang melayu yang kuat perasaan PHD

    Jemput singgah ke blog abg jika senang2 nanti yee

  12. Abdul Halim on August 14, 2010 at 10:46 am said:

    aslmualaikum…kak liza,

    kadang2 manusia ni cemburu x bertmpt, sori lah nk kate sikit kalau org melayu die cemburu mcm2 die bt sihir lah santau lah…pergh. Tapi bagus utk kite ada perassan iri hati atau cemburu supaya kita jadi lebh baik dari org 2…mmm. Insyallah lah kak liza kalau saya free saya tulis entry ramadhan utk blog kak liza ni blh x? huhu

    • walaikumsalam…cemburu ke arah kebaikan tak ape halim..tapi,bila dah main santau tu parah sangat dengkinyer..huhuhu.

      eh boleh.no problem.nanti hantar dekat email akak ok. thanks sangat ;)

  13. erm, begitulah… tiada dunia yg sempurna. spesis manusia nie mesti ada di mana2…

    dengki boleh membawa denggi

  14. xbaik dengki2 tau..ehehehe ;)

  15. dengki bende yg baik xpe kot kan…tp jgn la keje asek nk dengki2 jek…wat serabut kepala otak sendri…manusia kalo tak berdengki xsah…hidup salu xbersyukur dengan ape yg die ade…yg paling teruk kalo sampai gn kn santau dan bende2 xelok..nauzubillah…

  16. Assalamualaikum
    Salam ukhuwah ukhti
    Selamat berpuasa yer.Mohon maaf lahir bathin

  17. Perasaan hasad dengki ni memang tak boleh lari dari setiap manusia ,sama juga dengan sikap cemburu.Teringat time sekolah dulu asyik kena dengki jer

  18. Mmg tepat entry ni utk aku sekali.apa yg terjadi kat aku leh dijadikan pedoman pd org2 diluar sana,jgn ingat org baik tu baik belaka,bkn nk kata sume jahat tp korang kene hati2 dgn. Sesiapa je,dlm hati org mana kita tahu,mulut ckp lain,bertindak lain hati tu lg la lain.boleh jd kita terlepas pandang juga.kan baik sume org bahagia & aman tnpa ada rasa dengki & x senang duduk.lbh sakit bila dapat pakej dlm kes ni.ditingglkan,difitnah,dicemburui& berdendam.yg lps tu lps la.nape ada rs benci yg membuak2.sama2 kenal tp x leh sama2 dlm bahagia sendiri.open ur mind.x kemana pun nk busuk hati.sendiri seksakan hati sendiri.sesama manusia buang ms nk bermusuh.lama lg ke hidup tu?ye!betul!tuhan sj yg tahu.belajar lah utk menerima hakikat & ketentuan dari-Nya.hentikan seksaan ni.sama2 la kita beringat dunia ni sementara je.sekian.

    • aku memang suke buat entry yg ade kaitan dengan org2 so,keliling.hahaha! tak tahu nak tulis apa cuz semua mu dah terangkan dengan details! thanks and harap bloggers kat sini dapat sikit ikhtibar lah kan. orang dengki2 ni sebenarnye ati dia kotor. penuh negative thinking.susah mau idup gitu.

      tapi, tak apa.dia buat orang..dia pun akan terima balasannya nanti ok.

  19. betul tu..tak baik dok dengki sesama saudara sendiri.

  20. Assalamualaikum.
    Allah dah tetapkan rezeki bagi setiap hambanya.
    Walaubagaimanapun, kenalah berusaha, baru dapat.
    banyak atau sedikit rezeki itu, yang penting bagaimana kita manfaatkannya, agar ia jadi barakah.
    Selamat jalani puasa.
    TQ

  21. Kita lihat kejayaan orang lain spatutnya jadikan perangsang untuk terus brusaha gigih,cemburu cara positif..dosa pn xdapat..

  22. Delacroix on August 15, 2010 at 1:01 pm said:

    Sudah lama rasanya tak meninggalkan sebarang komen dalam blog kamu. Mungkin hari ini terdetik hati saya untuk menjenguk dan membaca entry kamu yang ternyata saya ketinggalan terlalu banyak.

    Bercakap soal dengki, bagi saya itu subjektif. Banyak cabangnya untuk kamu menginterpretasikan dengki itu. Jika ia membawa kebaikan, dengki secara sihat demi untuk memperbaiki kekurangan diri, tak salah bukan.

    Tapi yang salahnya, jika sisi hitam itu tidak terkawal lalu merebak dan memjadi musuh di dalam dada kamu. Bayangkan teman rapat kamu menerima pujian melambung dari bos, atau di naikkan pangkat sedangkan kamu sama-sama bekerja di bawah satu bumbung tanpa ada lebih atau kurang sebelum ini. Walaupun kamu kata..”ah..takapa..bukan rezeki aku utk naik pangkat tahun ini..” sedikit sabanyak, dalam hati kamu pasti terdetik bukan?

    Kita bukan manusia maksum, terpelihara dari segala sifat keji. Bukankah iblis itu pernah bersumpah sebaik sahaja di usir dari syurga..untuk menyesatkan anak cucu adam sehingga ke hari kiamat? Dan bagaimana pula kita hendak meletakkan diri kita di tempat yang paling terpuji jika ada sekelumit hasad dengki dan iri hati walaupun pada orang yang paling kita hampir dengan kita?

    Menyaksikan hasad dengki yang paling berjaya pernah di lakukan..buat saya membuka mata sebesar-besarnya pada sekeliling saya, bahawasanya tiada sesiapa pun yang boleh saya percayai selain dari diri saya sendiri.

    Entah lah beb. Terkadang saya rasa terlalu banyak untuk saya kongsi dengan kamu tentang pengalaman saya. Setiap dari entry kamu seakan berkait dengan apa yang saya lalui dalam hidup saya. Sighh…saya tahu saya tidak perlu menjadi emosi. Setiap yang belaku itu saya redha.

    Dan…saya teruskan hidup saya.

    Bagaimana dengan kamu?

  23. dengki dengan cara mengkhianati tak bagus..baik dengki tetapi mempelajari dari orang yang didengki untuk berjaya

  24. Buangkanlah perasan PHD dalam hati… kebayakannya orang melayu kita yang macam neee

  25. Ubah Hidup Jadi Lebih Baik dan Bukan Dengki Sesama Sendiri!
    LIKELIKELIKELIKE panjang2…dengki tu x kmana kan…ad gak msalah cam ne kat ofis neh,tp i pekakan tlinga aje..miahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation