Semua Manusia Buat Silap. Jadi, Saya Nak Minta Maaf!

Kita jadi manusia biasa ni, memang tak pernah lepas buat silap. Baik saya, mahupun sesiapa saja. As long as, kita ni manusia dan bukannya Tuhan. Memang begitulah kisahnya. Jangan nak berangan jadi Tuhan. Berdosa besar nanti. Nak masuk neraka sebelum ditimbal kah?

Sejak akhir-akhir ni, saya sengaja diamkan diri daripada menulis apa-apa isu yang agak “berat” dalam blog picisan cap ayam serama saya ni. Bukan bertaubat pun, bukan kering idea pun cuma saya perlukan masa untuk muhasabah diri sendiri jugak.

Orang banyak dosa, memang kena bua macam ni. hahaha!

Saya banyak habiskan masa dengan borak-borak kosong yang memang kosong betul di ruangan Twitter si burung banyak berjasa tu. Honestly, saya bukan jenis yang suka menjadi “kosong” sangat. Bila saya buat sesuatu, akan ada sebab musababnya.

Saya akan bergelak langsuir, macam slumber badak diajak bergurau atau apa saja yang ada sesetengah you all gelarkan. But, the facts is saya tengah melihat karenah manusia-manusia siber. Scary tak? Tak payah nak scary sangatlah sebab saya bukan boleh buat apa pun.

Setakat melihat telatah korang saja. Bukan nak cari musuh pun. Seronok sebenarnya melayan korang ni semua dekat alam virtual ni. Macam-macam perangai korang ni kan? Ada yang sempoi habis, ada yang sensitif yang amat, ada yang kaki sentap sedunia, ada yang kaki emo, ada yang kaki agama and macam-macam lagilah.

Best ok. Kiranya, kalau korang ni gula.. macam-macam perisa lah korang ni.hehehe

Sebenarnya, tak kisah macam mana pun perangai kita. Baik you all, mahupun saya sendiri. Just show our true color sudahlah. Saya dah tak nak sebut hal plastik kali ni sebab masing-masing dah tahu kes tu. True color means that korang tak perlu nak jadi orang lain semata-mata nak hiburkan dan jaga hati orang lain.

Tak payah babe. Sikit-sikit bolehlah kot. Tapi, kalau dah kena berubah rentak hidup and cara bergaul semata-mata nak dapat ramai kawan or what, tak payahlah. Buang masa kot. Just be yourself.

Tapi,masalahnya sekarang. Bila kita show our own true color..akan ada pulak orang yang tak biasa akan sentap. Kan? Itu pun tak best jugak. Jadi, dah alang-alang saya dalam mode insaf tak semenggah ni. Saya nak minta maaf lah kalau ada antara korang yang sentap dengan saya.

Bukan sengaja pun nak bikin orang sentap. Cuma, itulah. Nama pun manusia. Saya tak reti nak jadi orang lain. Macam mana saya in reality, macam tulah saya dalam dunia virtual ni. Kalau ada yang rasa cara saya kasar, tak dapat nak buat apa ar kan. Saya memang macam tu. Im not tooooooo nice person, im not perfect too, and the most important is im not tooooo ladies lah nak sopan-sopan sangat. Maceh.

Kenapa saya buat entry macam ni? Entah. Dapat hidayah kot lepas tengok cerekarama TV3 tadi. wahahaha! Entah lah, mungkin jugak sebab aura nak berpuasa Ramadhan tak lama lagi kot. Itu yang saya sengaja bikin entry macam ni. So, harap kalau ada yang tersentap or whatever, saya minta maaf ya. Nak bagi duit raya nanti pun cantik jugak!! kehkehkeh

p/s: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat. Selamat bertarawih!!!!

p/s/s: Jangan tunggu orang untuk buat kita gembira, tapi biasakan diri menggembirakan hati orang. Jangan kecewakan hati orang kalau tidak diri kita dikecewakan. Love u guys!!

Artikel Berkaitan

24 responses to “Semua Manusia Buat Silap. Jadi, Saya Nak Minta Maaf!

  1. syg, kita nka bukak pose katne nnt? africa nak?
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN =-.

  2. Memang manusia selalu buat silap. Tapi jangan selalu jadikan itu alasan. Try the best!

    teman a aku di burung biru. aku tak de ramai kawan kt sana. hehe..

    Stay cool! dan selamat berpuasa.
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..Logo Baru IPG =-.

    • wooo. memang pun kite tengah berborak kan time ko tulis komen ni.wahahaha! memang btol,selalu sangat buat silap sengaje n tak.

      until now, aku still keep trying to sabar selagi boleh if ada yang tak best dalam life cuz 1 perkara yang aku tahu..manusia selagi boleh mahu dia saja yang menang. so, the best way now..senyap sudah…ngehngeh

  3. hah, liza nak taubat? tau buat percaya la..
    alah, kot mana pun kita kenalah balik to basic. kenal dan renung diri sendiri balik siapa kita. bila mengata kat orang lain, diri sendiri pun kena tengok jugak.

    kita suruh orang cermin diri diorang tapi kita kena terlebih awal beli cermin besar2 dan renung diri kita dalam tu 😀 hahaha

    nice, selamat menyambut ramadhan cik liza 😀
    .-= Luth Textile´s last blog ..Spoon – Rindu Serindu Rindunya =-.

    • if aku nak taubat,memang xtak mungkin aku bgtau org kot.wahahaha! thanks luth, great comment baik untk aku sendiri and baik untuk orang2 yang sepatutnya.hehehe.

      selamat berpuasa jugak luth!!! peace 😉

  4. Memang biasa manusia buat silap. Kalau buat silap, minta maaf =)
    .-= Blinkky´s last blog ..How To Check Your Blog&8217s SEO Score =-.

  5. aku pun buat silap jugak,aku ni macam 2 perisa ada..kalau kaki sentap orang,memang kena..time kat kolej aku nyaris kena pulau pasal aku terlalu lantang bersuara sampai pengurus hal ehwal pelajar icats (dillag tuah) yang tak guna tu pun anti ngan aku sampai sekarang (kononnya takut tergugat)
    .-= ishak´s last blog ..Bagaimana mendapat google sitelinks =-.

    • hahahahaha!!giler lawak. sama aje kot ngan aku cume aku ngan orang2 HEP ke ape kureng buat hal cuz sah2 diorang nak menang.malas aku.hehehe.

      actually, manusia memang ada perangai dia sendiri. macam aku, memang gini ar. cuma, itulah aku terlupa yg bukan semua orang sama n boleh terime cara aku. cuz sebelum ni kan ade kawan2 reality je. wahahaha.

      so, now kena belajar lah. sesuaikan diri dengan cara org lain jugak cume if aku buat perangai jugak tu maksudnye lawan aku lah yg melampau.haha

  6. oo insaf jap ek..bila tgk citer kt tv3 smlm? hahaha aku pon insaf gak..ekeke..
    aku pon salu wat silap…antara aku sedar atau tak, sebb kekadang aku ni laser skit..tp salu akan fikir dulu sebelum wat pape kan..tp mang der lah yg tersentap bil aku bersuara..huhu..so, maaf jugak pada yg penh terasa…
    .-= eiyda´s last blog ..Mesti Sehat dan Kuat!! =-.

    • wahahaha!! serious ar cite semalam tu bikin aku “terase” something.hahaha! biaselah tu wei.kite kadang2 wat silap xsedar.orang punye je kite perasan. aku pun gitu gak. tu yang now,kurangkan sket borak tak tentu hala.
      hahahaha

  7. ape2 pun yg penting selamat berpuasa.
    .-= encik psychopath´s last blog ..cara berbahagia dengan facebook =-.

  8. naz

    agak seram kan drama smlm. tgk muke bini jalang kne bakar. hohoho. mintak maap gak sebelum pose, selamat berpose 😀
    .-= naz´s last blog ..Mencari Backlink Dan Trafik Seperti Seorang Ninja =-.

  9. meo

    cara penulisan cik lizz ok je…

    tak phm runsing2 sgt apa yg org rase… asalkan benda yg kite buat tue betul. Ikhlas dr hari kerana Allah dan kasih syg sejati…
    .-= meo´s last blog ..Obscure Part 1 =-.

  10. Abdul Halim

    Aslmualaikum kak liza,

    smua manusia mmg selalu bt silap dan dosa tp kita smua kena ingat bile bt salah or dosa trus bertaubat walaupun dosa yg sam akan kita bt…at least kalau kita mati lps kita taubat x lah terbeban dgn azb kan…n kita smua ni biarlah jd manusia yg bermanfaat untuk manusia lain walaupun die x bg manfaat pun kt kita maybe org lain akan bg manfaat kt kite…..wslm..

  11. saya pun pernah kena maki hamun di blog… pada hal citer pasal halal haram makanan je… bersabar la ye

  12. Meminta maaf & memaafkan perlu diamalkan agar kita tidak lupa diri.
    Moga kita semua dijauhkan dari membuat kesilapan, amin 😉

    p/s: Selamat berpuasa ya~

  13. saya maafkan klu tersalah silap ye.

  14. memang pun tiap2 mlm lizzz merapu kat twitter selagi tak tidur kan… byk gak kite baca tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge