seo

Ramadhan Bukan Sekadar Soal Berpuasa dan Terawih Sahaja!

20 Aug

 Banner
  • Sharebar

Artikel ini ditulis oleh : Saudara Abd Halim

Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapankan kepada kak liza kerana sudi beri peluang kat saya untuk mencelah dalam blog ni. Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, syukur kita panjatkan pada Allah s.w.t atas kurnia-Nya kerana kita masih dapat berada dalam bulan Ramadhan kareem yang penuh dengan rahmat, pengampunan, pembebasan dari api neraka dan janji Allah ke atas mereka yang melakukan amal ibadah pasti benar-benar terjadi.

Saya bukannya nak mengajar tapi nak berkongsi ilmu yang ciput ni dengan sahabat semua. Tentu kita semua pernah dengar, bulan puasa ni kena banyakkan amal ibadah, tahan lapar, dahaga, baca Al-Quran and buat sedekah jariah. Tapi sebelum ramadhan takde pun kita buat benda ni semua.

So persoalannya sekarang, setakat mana kita kena buat amal ibadah ni, sampai nak termuntah ke or nak kena baca Al-Quran sampai jadi Amy Search ke or sembahyang sampai pagi ke….?

So yang pertama sekali saya nak beri satu perumpamaan yang boleh kita semua renungkan. Kalau kita tengok air terjun mula-mula taklah sebesar yang ada sekarang tapi ianya bermula dengan alur air yang kecil or sempit…bile datang hujan lebat alur tadi yang kecil jadi besar sikit demi sikit….lama-kelamaan alur tadi jadi luas sampai jadi air terjun…

So kita pun macam tulah bila buat amal bulan puasa ni, tak semestinya kena buat semua amal sampai kita naik bosan or dah tak larat lagi nak buat semua amalan masa bulan puasa ni tapi kita semua kenalah ikut kemampuan dan kelapangan masa masing-masing.

Dan yang paling penting sekali kita semua kena tahu, yang buat amal kebaikan ni tak semestinya sembahyang dan baca Al-Quran saja, amal yang baik atau soleh ni boleh jadi kita bagi duit kat orang miskin, kita buat ibu bapa kita gembira, buang kaca kat tengah jalan, senyum kat kawan and kalau nak cerita banyak lagi benda baik dalam bualan puasa yang boleh kita buat.

Amal semua ni tak boleh jadi ibadat kalau niat kita tak baik or kita saja nak tunjuk kat orang lain, insyallah saya jamin kalau kita buat amalan ikhlas kerana Allah dan mengharap keampunan dari-Nya semua dosa kita yang lalu akan diampunkan. Dan pastikan kalau kita tak mampu buat amalan soleh banyak sekali pun biar lah amal kebaikan yang kita buat sedikit tapi ianya konsisten dan berpanjangan daripada buat amalan baik tapi tak tentu time.

Time rajin kita buat tapi time malas or takde mood kita tinggal gitu je.

Last sekali, kalau entry ni ada salah ke saya mohon kawan-kawan semua betulkan lah sebab saya ni bukan pandai sangat cuma nak kongsi apa yang saya ada and inilah kebaikan yang saya harap merupakan amalan saya dalam bulan puasa ni untuk kawan-kawan. Sekian!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

52 Responses to “Ramadhan Bukan Sekadar Soal Berpuasa dan Terawih Sahaja!”

  1. zqah 20. Aug, 2010 at 12:32 am #

    betul tuu .. klau kita wat banyak-banyak contohnya mengaji sampai rasa macam malas campur boring .. rasa2nya ada perasaan x iklhas terselit .. kan x pasal2 sia-sia jea buat banyak-banyak T____T

    x boh laa jadi gitu .. minta2 dijauhkan (n_____n)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yep.sebab tu ada ayat “biar sedikit tapi ikhlas”.hehehe. rasanya kita tak perlu nak berlumba n menunjuk kat orang ibadah yg kita buat sampai orang rase xselesa dengan kite. berpada2 lah…

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    sbb x ikhlas lah ibadat yg banyak nmpk mulia di sisi manusia tp hina di sisi Allah….

    [Reply]

  2. x-po 20. Aug, 2010 at 12:44 am #

    apa2 pun, marilah kita sama2 kejar ganjaran yang Allah berikan sepanjang bulan ramadan ini.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye.setuju!!!! kejar selagi boleh.kang kubur dah kata meh meh,xdapek dah.gagagaga

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    insyallah setiap perkara sunat yang kita lakukan akan dilipat kali gandakan Allah menyamai perkara fardhu…pastikan ia konsisten dan memberi kesan kpd diri kita….mmm

    [Reply]

  3. mrnamie 20. Aug, 2010 at 12:48 am #

    ha ah, sebenarnya apa-apa amal pun mesti di dahulukan dengan ikhlas yang pentingnya.. tak perlu terus menerus nak buat sesuatu yang besar.. macam pepatah, perjalanan yang jauh pun bermula dengan satu langkah yang kecil.. sekadar pandagan ye.. :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pandangan yang sangat bernas ye!i loike.hehehehe. buatlah apa saja yg kite mahukan dalam hidup ni. tapi,kalau tiada keikhlasan..fuh,payah ;)

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    ye, pandangan yg rasional….kita jadikan Ramadhan sebagai universiti yang menjadi batu loncatan kepada ibadah n amalan dlm hidup kita…

    [Reply]

  4. aidi-safuan 20. Aug, 2010 at 1:53 am #

    tapi okay la kot puasa ngan terawikh. daripada macam kat berita tv3 tadi. dah la x poser, gi minum arak lak tuh. ish2… ape nak jadi la…

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    ye ke? smpai mcm 2 skali…dh x puasa dh dosa besar tmbh lg satu dosa besar sbb minum arak x ke dapat 2 dosa free…aduhai…kt mane 2 ye???

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aidi~kan?mengucap je tengok berita semalam. if tak puase tu,agak2 ar jangan ditambah lagi :(

    halim~kat KL rasanye.if tak silap

    [Reply]

    aidi-safuan Reply:

    huhu… tak silap kat negeri sembilan. ala, tuh yang ditangkap. yang tak ditangkap, lagi la banyak. haihh…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaha!!!! sebenarnya, dekat mana-mana memang ramai kan ;) tapi,yang masuk tv tu terpilih saje.gagagaga! doa kite bukan dikalangan mereka :( pray for them jugak…

    [Reply]

  5. luth textile 20. Aug, 2010 at 2:01 am #

    penghayatan tu penting. sebab semua ada hikmah

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    insyallah penghayatan Ramadhan akan mendekatkan diri kepada Allah dan hikmah itu kasih sayang serta kurniaan Allah….

    [Reply]

    Lizz Reply:

    luth~betul.setuju sangat dengan kau.hikmah tu Tuhan saje yang tahu…

    halim~penghayatan bulan Ramadhan ni lagi berlipat kali ganda hikmahnya..

    [Reply]

  6. kami 20. Aug, 2010 at 5:08 am #

    semoga kita dapat melakukan ibadah2 yang lain dengan baik dan sempurna..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Amin. InsyaAllah lah kan…minta yang terbaik untuk semua ;)

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    Amiin semoga Allah bersama kita sepanjang ramadhan dan menjadi pembimbing terbaik bg kita….subahanallah..

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    Amiin semoga Allah bersama kita sepanjang ramadhan dan menjadi pembimbing terbaik bg kita….subahanallah…

    [Reply]

  7. ChuyRy 20. Aug, 2010 at 6:17 am #

    bulan puasa ni lah satu2 nye peluang nak g jemaah ke masjid..ada ramai orang..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. honestly,aku time2 ni baru nak nampak kat masjid :P awwww~

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    ChuyRy : tu lah rahmat Allah dsamping blh eratkan silaturrahim dgn org ramai (blh penuh kan perut lepas terawih..haha)

    Kak Liza : 2 dh kira oklah kak liza ade org x pernah g langsung, bln puasa ke x puasa pon mcm 2 jgk dh jd mumia br g masjid…kesiankan…nmmm

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kikikiki. awwww. ku suke kamu halim. tak pernah bikin ku terasa cam “jahat” sangat.wahahahaha!!!! insyaAllah, im try my best to improve diri sendiri ;)

    [Reply]

  8. Faarihin 20. Aug, 2010 at 10:21 am #

    betul tu.. biar buat dengan niat hanya kerana Allah..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yep.kalau niat tak betul,sia2 aje kan

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    saya sokong 120%…..

    [Reply]

  9. makdara TERdiva 20. Aug, 2010 at 10:55 am #

    terima kasih kerana ingat-mengingati..semua perkara2 baik tu seharusnya diteruskan pada bulan2 yg lain juga….
    buat secara istiqamah yg penting..sikit2 tapi berterusan..bukan sedebuk tapi sepuluh tahun sekali :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehehe. awww~suke ayat last tuh ;)
    itulah,sikit-sikit,.baca Al-Quran sehelai sehari pun ok daripada bukak 1tahun sekali tapi macam lawak je nak baca sehelai sehari.hehehe.

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    jgn kata baca kak liza tgk pon x pernah..huhu tp kalau kita tngk, jaga n dgr al-quran pon insyallah dapat syafaat (pertolongan) kt akhirat…

    [Reply]

  10. apiih 20. Aug, 2010 at 11:24 am #

    buat skit2 lbh baik dari buat byk terus..kan,.hehe..skit2 lame jadi bukit amalan itu ;)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    komen kau sesuai untuk aku piih.wakaka!

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    tp masalah nya kita tak th amal kita dh jd bukit ke belum…entah ade je jengkaut yang ratakan bukit 2 bt taman perumahan…haha

    [Reply]

  11. hafidz 20. Aug, 2010 at 12:51 pm #

    Yang penting hayati dengan penuh keikhlasan di bulan Ramadhan ni. Baru dapat kemenangan di bulan Ramadhan~ :D

    [Reply]

    Lizz Reply:

    best plak pantung ni.wahaha!! yes, hayati betul2 bukan beri hati kite mati ;)

    [Reply]

  12. boy_bersahaje 20. Aug, 2010 at 3:00 pm #

    Bukan mudah untuk betul2 menghayati erti dan tanguggjawab pada bulan ramdan. semoga sama2 kita menjadi glongan2 yang bertuah :)

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    tetapi kita kena cube sbaik mungkin…..yesss

    [Reply]

  13. meo 20. Aug, 2010 at 8:00 pm #

    erm.. teruskan beramal… :D

    btw, baru2 terjumpe gadis comel jual burung puyuh di bazar ramadahan pandan indah….

    esok nk g lagi…. :D

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    ye teruskan lagi amalan kita pada bulan ni…kalau nk g ajak skali…haha

    [Reply]

  14. yanmie 20. Aug, 2010 at 11:20 pm #

    sedih masih belum berpeluang utk solat terawih di masjid sejak ada anak kecik..huhu

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    la tahzan (jgn besedih), 2 kira ibadah sebb kita buat baik pada ahli kluarga insyallah akan dilipat kalikan kebaikan tu…amin

    [Reply]

    yanmie Reply:

    amin…amin…mudahan :)

    [Reply]

  15. sha-hir@meng 20. Aug, 2010 at 11:29 pm #

    mmg bukan sekadar puasa dan terawikh je..
    sahur, berbuka, g bazar, moreh, sume ade dlm bulan ramadhan..
    hehe..gurau je..pape pun mari berdoa supaya ramadhan kalini kita dpt lakukan byk amal ibadah dan jauhi segala pembuatan yg mungkar..

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    banyak2 kan berdoa semoga kita dapat rahmat, pengampunan dari allah serta pembebasan dari api neraka….subahanallah

    [Reply]

  16. budaKhutaN 21. Aug, 2010 at 5:27 am #

    Yup, setuju dengan Che Liza..
    bukan setakat menahan diri dari lapar dan nafsu serakah…
    atau menunaikan solat ‘SUNAT’ Tarawikh … usaikan dahulu yang ‘WAJIB’ …
    sekecil-kecil amal yang mulia pun tetap satu amalan…
    tapi… sekecil-kecil dosa pun tetap juga berdosa… tak ada diskaun punyer…

    Ahaks… selamat berpuasa semua

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    betulx3, dan kita bnyk2kanlah baca al-quran sbb pada bln puasa ni lah diturunkan al-quran…dan saya sarankan agar sahabat2 yg ada masa kita sama g ke majlis khatam quran sbb kita blh ambik berkat doa die..mmmm

    [Reply]

  17. Mentol Bulat 22. Aug, 2010 at 7:27 am #

    Sememangnya kita mencari pahala tambahan dalam bulan Ramadhan…. buat amal kebajikan keatas diri moga puasa tahun nee lebih baik dari tahun – tahun sebelumnya

    [Reply]

    Abdul Halim Reply:

    semoga dgn amal ibadat yg kita lakukan akan mendekatkan lagi diri kita kepada sang pencipta alam ini….

    [Reply]

  18. ishak 26. Aug, 2010 at 6:56 am #

    kita kena buat semua tu dengan ikhlas..bukan kerana menahan lapar semata-mata

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Hati Anda Belum Mati Kalau Terasa Dengan Entry Ini! | HIDUP SEORANG BLOGGER | Lizarazak.com - 27. Aug, 2010

    [...] bualan berkat ni. First sekali saya ucapankan terima kasih kat kak liza sebab dia postingkan entry pertama ramadhan saya and terima kasih kat sahabat semua yang baca entry saya yang lepas serta komen yang [...]

  2. Program Amal Twtupkaseh Dapat liputan Harian Metro | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 16. Jun, 2011

    [...] Ramadhan pun dah nak sampai. Rasanya bagus program Amal Twtupkaseh ni, sesuai dengan bulan yang mulia ni meh? Daripada sibuk-sibuk pasal Kumpulan Pengodam Anonymous yang katanya Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan tu, ada faedah sikit kita fikirkan something yang macam ni. agagagaga!! [...]

Leave a Reply