Ramadhan Bukan Sekadar Soal Berpuasa dan Terawih Sahaja!

Artikel ini ditulis oleh : Saudara Abd Halim

Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapankan kepada kak liza kerana sudi beri peluang kat saya untuk mencelah dalam blog ni. Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, syukur kita panjatkan pada Allah s.w.t atas kurnia-Nya kerana kita masih dapat berada dalam bulan Ramadhan kareem yang penuh dengan rahmat, pengampunan, pembebasan dari api neraka dan janji Allah ke atas mereka yang melakukan amal ibadah pasti benar-benar terjadi.

Saya bukannya nak mengajar tapi nak berkongsi ilmu yang ciput ni dengan sahabat semua. Tentu kita semua pernah dengar, bulan puasa ni kena banyakkan amal ibadah, tahan lapar, dahaga, baca Al-Quran and buat sedekah jariah. Tapi sebelum ramadhan takde pun kita buat benda ni semua.

So persoalannya sekarang, setakat mana kita kena buat amal ibadah ni, sampai nak termuntah ke or nak kena baca Al-Quran sampai jadi Amy Search ke or sembahyang sampai pagi ke….?

So yang pertama sekali saya nak beri satu perumpamaan yang boleh kita semua renungkan. Kalau kita tengok air terjun mula-mula taklah sebesar yang ada sekarang tapi ianya bermula dengan alur air yang kecil or sempit…bile datang hujan lebat alur tadi yang kecil jadi besar sikit demi sikit….lama-kelamaan alur tadi jadi luas sampai jadi air terjun…

So kita pun macam tulah bila buat amal bulan puasa ni, tak semestinya kena buat semua amal sampai kita naik bosan or dah tak larat lagi nak buat semua amalan masa bulan puasa ni tapi kita semua kenalah ikut kemampuan dan kelapangan masa masing-masing.

Dan yang paling penting sekali kita semua kena tahu, yang buat amal kebaikan ni tak semestinya sembahyang dan baca Al-Quran saja, amal yang baik atau soleh ni boleh jadi kita bagi duit kat orang miskin, kita buat ibu bapa kita gembira, buang kaca kat tengah jalan, senyum kat kawan and kalau nak cerita banyak lagi benda baik dalam bualan puasa yang boleh kita buat.

Amal semua ni tak boleh jadi ibadat kalau niat kita tak baik or kita saja nak tunjuk kat orang lain, insyallah saya jamin kalau kita buat amalan ikhlas kerana Allah dan mengharap keampunan dari-Nya semua dosa kita yang lalu akan diampunkan. Dan pastikan kalau kita tak mampu buat amalan soleh banyak sekali pun biar lah amal kebaikan yang kita buat sedikit tapi ianya konsisten dan berpanjangan daripada buat amalan baik tapi tak tentu time.

Time rajin kita buat tapi time malas or takde mood kita tinggal gitu je.

Last sekali, kalau entry ni ada salah ke saya mohon kawan-kawan semua betulkan lah sebab saya ni bukan pandai sangat cuma nak kongsi apa yang saya ada and inilah kebaikan yang saya harap merupakan amalan saya dalam bulan puasa ni untuk kawan-kawan. Sekian!

Artikel Berkaitan

52 responses to “Ramadhan Bukan Sekadar Soal Berpuasa dan Terawih Sahaja!

  1. betul tuu .. klau kita wat banyak-banyak contohnya mengaji sampai rasa macam malas campur boring .. rasa2nya ada perasaan x iklhas terselit .. kan x pasal2 sia-sia jea buat banyak-banyak T____T

    x boh laa jadi gitu .. minta2 dijauhkan (n_____n)

  2. apa2 pun, marilah kita sama2 kejar ganjaran yang Allah berikan sepanjang bulan ramadan ini.

  3. ha ah, sebenarnya apa-apa amal pun mesti di dahulukan dengan ikhlas yang pentingnya.. tak perlu terus menerus nak buat sesuatu yang besar.. macam pepatah, perjalanan yang jauh pun bermula dengan satu langkah yang kecil.. sekadar pandagan ye.. πŸ™‚

  4. tapi okay la kot puasa ngan terawikh. daripada macam kat berita tv3 tadi. dah la x poser, gi minum arak lak tuh. ish2… ape nak jadi la…

  5. penghayatan tu penting. sebab semua ada hikmah

  6. semoga kita dapat melakukan ibadah2 yang lain dengan baik dan sempurna..

  7. bulan puasa ni lah satu2 nye peluang nak g jemaah ke masjid..ada ramai orang..

    • hehehe. honestly,aku time2 ni baru nak nampak kat masjid πŸ˜› awwww~

    • Abdul Halim

      ChuyRy : tu lah rahmat Allah dsamping blh eratkan silaturrahim dgn org ramai (blh penuh kan perut lepas terawih..haha)

      Kak Liza : 2 dh kira oklah kak liza ade org x pernah g langsung, bln puasa ke x puasa pon mcm 2 jgk dh jd mumia br g masjid…kesiankan…nmmm

      • kikikiki. awwww. ku suke kamu halim. tak pernah bikin ku terasa cam “jahat” sangat.wahahahaha!!!! insyaAllah, im try my best to improve diri sendiri πŸ˜‰

  8. betul tu.. biar buat dengan niat hanya kerana Allah..

  9. terima kasih kerana ingat-mengingati..semua perkara2 baik tu seharusnya diteruskan pada bulan2 yg lain juga….
    buat secara istiqamah yg penting..sikit2 tapi berterusan..bukan sedebuk tapi sepuluh tahun sekali πŸ™‚

    • hehehehe. awww~suke ayat last tuh πŸ˜‰
      itulah,sikit-sikit,.baca Al-Quran sehelai sehari pun ok daripada bukak 1tahun sekali tapi macam lawak je nak baca sehelai sehari.hehehe.

    • Abdul Halim

      jgn kata baca kak liza tgk pon x pernah..huhu tp kalau kita tngk, jaga n dgr al-quran pon insyallah dapat syafaat (pertolongan) kt akhirat…

  10. buat skit2 lbh baik dari buat byk terus..kan,.hehe..skit2 lame jadi bukit amalan itu πŸ˜‰

  11. Yang penting hayati dengan penuh keikhlasan di bulan Ramadhan ni. Baru dapat kemenangan di bulan Ramadhan~ πŸ˜€

  12. Bukan mudah untuk betul2 menghayati erti dan tanguggjawab pada bulan ramdan. semoga sama2 kita menjadi glongan2 yang bertuah πŸ™‚

  13. meo

    erm.. teruskan beramal… πŸ˜€

    btw, baru2 terjumpe gadis comel jual burung puyuh di bazar ramadahan pandan indah….

    esok nk g lagi…. πŸ˜€

  14. sedih masih belum berpeluang utk solat terawih di masjid sejak ada anak kecik..huhu

  15. Yup, setuju dengan Che Liza..
    bukan setakat menahan diri dari lapar dan nafsu serakah…
    atau menunaikan solat ‘SUNAT’ Tarawikh … usaikan dahulu yang ‘WAJIB’ …
    sekecil-kecil amal yang mulia pun tetap satu amalan…
    tapi… sekecil-kecil dosa pun tetap juga berdosa… tak ada diskaun punyer…

    Ahaks… selamat berpuasa semua

    • Abdul Halim

      betulx3, dan kita bnyk2kanlah baca al-quran sbb pada bln puasa ni lah diturunkan al-quran…dan saya sarankan agar sahabat2 yg ada masa kita sama g ke majlis khatam quran sbb kita blh ambik berkat doa die..mmmm

  16. Sememangnya kita mencari pahala tambahan dalam bulan Ramadhan…. buat amal kebajikan keatas diri moga puasa tahun nee lebih baik dari tahun – tahun sebelumnya

  17. kita kena buat semua tu dengan ikhlas..bukan kerana menahan lapar semata-mata

  18. Pingback: Hati Anda Belum Mati Kalau Terasa Dengan Entry Ini! | HIDUP SEORANG BLOGGER | Lizarazak.com

  19. Pingback: Program Amal Twtupkaseh Dapat liputan Harian Metro | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge