Hati Anda Belum Mati Kalau Terasa Dengan Entry Ini!

Artikel ini ditulis oleh : Saudara Abd Halim

Alhamdulillah pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita panjatkan setinggi rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t sebab dengan kuasa dan kemahuan-Nya kita still lagi berada dalam bulan ramadhan bualan berkat ni. First sekali saya ucapankan terima kasih kat kak liza sebab dia postingkan entry pertama ramadhan saya and terima kasih kat sahabat semua yang baca entry saya yang lepas serta komen yang membina.

Kalau kita tengok dalam bulan puasa ni ya Allah banyak betul nikmat yang kita dapat. Bile buka puasa pergh…nikmat dia, hilang lapar and dahaga, kadang-kadang tu boleh makan free dahlah sedap pulak tu ,dahlah sedap boleh tambah pulak. Dahlah boleh tambah, boleh bungkus pulak. Saya rasa kalau kita buat macam ni kat bulan lain dah tentu kena halau dengan penyapu takpun parang kontot…mmm. Beside that, malam pulak kita boleh terawih…lepas terawih boleh makan pulak.

Tapi yang bestnya dekat nak buka puasalah, dapat meronda-ronda kat bazaar ramadhan. Rambang mata jadinya nak buat pilihan….makanan macam-macam ade….nasi minyak, nasi kerabu, apam balik, murtabak, roti john, tepung pelita, puteri mandi and kalau air…air tebu, air cincau, air tembikai, ABC special, air soya nasib baik takde air sembahyang hajat kalau tak mesti sold out…wawa.

Tibalah time buka puasa, semua yang kat atas tu kita beli and yang kita makan nasi minyak and air tebu jee, mak tanye sebab apa tak makan semua…die jawab “dah full tank lah mak, sikit lagi nak meletup”…huhu. Kalau masa terawih sebab dah terlalu kenyang mulalah kita semua jadi “drunker master”, kejap ke depan and kejap ke belakang sebab apa sebab ngantuk…makan banyak sangat.
Actually saya bukan nak citer pasal makan kat bulan puasa ni tapi sikap kita yang suka membazir tak tentu tempat, ni baru bulan puasa belum lagi raya. Orang miskin kat kampong or kawasan kita entah ape yang diorang makan time buka puasa and sahur sedangkan kita makan semuanya sedap-sedap. Tak ingat kat orang susah satu hal lepas tu buang pulak sebab tak habis or sebab basi…aduhai… kesian, bukan kat orang tu tapi dekat makan tu malang betul jadi hidangan orang macam ni…haha (jgn terasa).

Saya bukan apa, maaf lah sebab baru-baru ni syeikh kat tempat saya gi belajar ada sebut bahawa setiap nikmat yang Allah beri kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak and nikmat Allah yang tiap hari kita dapat bukan main susah nak sampai kat kita, nikmat tu melalui beribu or bahkan berjuta tangan untuk sampai kat kita tapi kita pulak buat macam tu. And syeikh cakap kalau nasi tu boleh bercakap dah tentu die maki kita sebab kita tak hargai die.

Sekali lagi saya minta maaflah kalau sahabat terasa and baguslah kalau ada yang terasa sebab still ada iman dalam hati dan hati sahabat belum mati lagi…wallahuta’alla ‘alam

p/s : harap dapat ambil iktibar sebagai pedoman kita bersama…selamat berpuasa dan menjalankan ibadah dengan jayanya.

Artikel Berkaitan

41 responses to “Hati Anda Belum Mati Kalau Terasa Dengan Entry Ini!

  1. ha’ah, betul tu, rezeki jangan membazir…beli ckit2 sudah ler.. 🙂

  2. salam..tazkirah yg menginsafkan..
    tiba2 rase nak makan plak.. 🙂

    tp air semayang hajat tu kalau jual mmg kaya la tokey air tu.. =P

  3. setakat dah tak berpuasa di perantaun tahun ni, tak penah lagi gi bazar ramadan..hehe makan masakan ibu lagi sodap

  4. oh saya sangat terasa part membazir tu 🙁

  5. Semua tu nafsu.. Syaitan dah kena ikat. So. Ikut kekuatan diri masing-masing la untuk kawal.

    Ambil dan beli yang perlu sahaja… Kalau nak makan banyak2… Jangan minum air sewaktu berbuka. Cukup dengan kurma je.. Hehe

  6. aku p bazar senang ke.
    beli nasi ayam, air..
    klu time tersa hendak lebih sikit, beli kuih seringgit, kalau tak pun keropok lekor seringgit.:)

    misi: nk kurus..ha3

  7. sebab tu tak berapa suka nak ke bazar or pasar malam. sebab mesti nak beli banyak benda. tambang mata.. 😀

  8. awl2 posa je cam tamak sket..tp skng da mula tak lalu mkn bebyk…jamah sket2 je

  9. susah gak nak mengwal nafsu ni walaupun setan2 suma dah kna ikat huhu..time macam ni la mnunjukkan sikap diri kita sendiri..

  10. sepanjang bulan ramdhan, penh bl kuih jek kt bazar.makknn len mak yg masak..sebb kalo kt umh mask skit, xmembazir kan.kali dah g bazr sume nakkkkkkk huhuhu

  11. Alhamdulillah tahun ni pernah pegi bazar sekali je. ntah. minum air je da kenyang. hahha

  12. meo

    yup… mari kite same2 berjimat cermat demi masa depan yang lebih indah…

    ailabbieeuuuu….

  13. muka abgred pulak dah kena mark kot ngan peniaga. tengok2 tanya2 macam nak beli borong, sekali beli ciput jer…memang tak baik membazir tu.

  14. kita plu bsyukur setiap ap yg ada

  15. makan biar bersederhana..sepatutnya bulan puasa ni tak ada orang membazir sebab kebiasaan nya kalau macam dulu orang bersedekah itu banyak..contoh bertukar-tukar hidangan..rumah sebelah bagi kat rumah sebelah
    tapi sekarang semua tunjuk dia ada duit

  16. macam dah terkena dekat batang hidung sendiri je artikel ni, sebelum berbuka semua nampak sedap tapi bila dah berbuka semuanya rasa mcm tak sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge