Epilog Syurga Cinta- Slot Akasia TV3
5 Aug
Salam semua! Epilog Syurga Cinta punya kes nak bermula di blog picisan saya pula. Drama Epilog Syurga Cinta, rasanya semua dah tahu sekarang sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3. Kan? Minat tak minat, lain cerita. Tapi, yang pasti saya tengah demam Epilog Syurga Cinta ok kawan-kawan bloggers! hahaha!
Adik Mia Sara punya penangan lah ni. Fine, ada juga yang saya terbaca komen agak negatif tentang drama Epilog Syurga Cinta ni. Katanya, pelakon dalam drama ni nampak kaku. Tak ada chemistry lah dan macam-macam. Tak kesah! Apa-apapun, saya peminat drama ini ya.ngehehehe!
Kenapa saya minat? Ok, macam saya mengaku awal-awal tadi lah kan. Sebab musabab utama is sebab adik Mia Sara yang cute miut itu. Lagi satu, sebab saya memang nak sangat tengok drama yang berunsur kan sedikit ketuhanan daripada pengarah Malaysia. Malaysia really need it sebenarnya.
Memang dah ada pun drama yang berunsurkan ketuhanan nowadays kat Malaysia. Cuma rasanya macam terlalu sikit woo. Tapi, apa yang bestnya. Even sikit jumlahnya tapi hasil drama berunsurkan ketuhanan yang dah ada tak pernah mengecewakan setakat ni. Nur Kasih contohnya. Awesome drama series ever ok. Latest is drama Janji Kekasih. Tak sehebat penangan Nur Kasih tapi for me masih boleh ditonton.
Alhamdulilah, ada lah jugak drama berunsurkan ketuhanan macam ni kan even tak sebanyak drama sampah. hehehehe. Cuma,kalau tak dimulakan sekarang..sampai bila-bila takkan ada drama macam ni. Malu jugak kadang-kadang. Nama saja negara Islam tapi drama islamic seketul dua. Hmm… Fikir-fikirkanlah da selamat beramal.wakakaka!
Malas nak bebel panjang. So, why not saya share kan saja sinopsis drama Epilog Syurga Cinta di bawah ini ok. Dan harap maklum, entry ini akan sentiasa diupdate dengan link download. ngehehehe! Saya sendiri sah-sah akan download jugek from this link. kwang kwang kwang.
Sinopis:
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.
Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.
Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.
Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.
Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.
Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Credit to: Yanmieonline
Download link:
Credit to: torrent.jiwang








Tak nak tengok drama bersiri.. Nanti addicted!
[Reply]
Lizz Reply:
August 5th, 2010 at 12:34 am
tengok!!!!! comel tau mia
hehehe. tapi,memang boleh addicted.
[Reply]
fahmi ibrahim Reply:
August 5th, 2010 at 1:18 am
Huhu… aku tak leh bagi komitmen.. nati tgk sket2 xbest.. tak tahu cite sebenar.
.-= fahmi ibrahim´s last blog ..Blogger Yang Tersepit… =-.
[Reply]
Lizz Reply:
August 5th, 2010 at 10:28 pm
chet.banyak alasan neh.geget kang.hehehehe *kidding
[Reply]
tak best..huhu tak leh nak lawan adamaya..huhu cian mi sara, cam berlakon sorg2 je..hehe
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN =-.
[Reply]
Lizz Reply:
August 5th, 2010 at 1:13 am
adamaya tu sebab ade lisa. wahaha! cite ni,pelakon semue hampeh tapi macam aku sebut..aku tengok sebab adik mia!!!!hehehe
[Reply]
Azuan Reply:
August 9th, 2010 at 11:45 pm
emm, baru panas badan tu.. hehe.
[Reply]
memang kalau tgk pun sebab adik mia sara..comelnyer ler geram betul…
.-= kami´s last blog ..Jalan2 Sunway Pyramid =-.
[Reply]
Lizz Reply:
August 5th, 2010 at 6:41 am
tahu tak ape.honestly,memang sebab mia!!!!hehehe
[Reply]
Download jangan tak download.
Citer best nih!
.-= hafidz´s last blog ..Iphone4 Upgrade! =-.
[Reply]
erm, lagunye best jg.
kalau lizz ckp best, meo nk try tgk lah…
[Reply]
Lizz Reply:
August 5th, 2010 at 10:29 pm
tengoklah wahai meo.ngeh ngeh
[Reply]
ku lg suke cite nih dari adamaya…ahahahaha
.-= apiih´s last blog ..Fakta-Fakta yang Jarang Didengari =-.
[Reply]
aku suka dengan budak comel nama mia tu,mata dia cantik..fida tu memang sesuai pegang watak syuhada..tak boring tengok pelakon yang sama jer kan,
macam rosyam nor..boring aku tengok gaya lakonan dia yang sama jer..
p/s: cerita ni lagi meletop kalau liza razak pegang watak syuhada…hehehe (gurau ajer)
.-= ishak´s last blog ..Aksi budak sekolah terlampau =-.
[Reply]
hero dan heroin dah tukaq
nak tggu filem ombak rindu la
.-= Wan´s last blog ..Through My Window =-.
[Reply]
Macam best je cerita ni
Tapi tak sempat tengok lagi
Hehehe
.-= wazy´s last blog ..Peraduan Copy Dan Paste Raya =-.
[Reply]
walopon aku xberpeluang nk tgk..tp aku tgk jugak secara online..huhuhu…kelemahan citer ni…der adegan peluk yg xbape nk logik sngt..hakhakhak..pastu cam bnyk gunakan adek mia jek…sampai pelakon len agak tenggelam..keh3..*sedapnyer kutuk
.-= eiyda´s last blog ..Mesti Sehat dan Kuat!! =-.
[Reply]
lebih suka movie version..huhuh
[Reply]
boleh gak lah layan drama ni.. tp aku suka tgk adik mia tu.. comel sngtlah dia..
[Reply]
Zizan Nin berlakon? BORINGggggg….
[Reply]