Spain Dah Jadi Juara World Cup 2010. Nasib Saudara Palestin Kita Macam Mana Ek?

Spain juara World Cup 2010! Sekalung tahniah daripada warga dunia untuk Spain. Pada Belanda, janganlah bersedih sebab korang pun hebat cuma rezeki Spain untuk kali ni yek. Tahniah buat keduanya, Spain dan Belanda! Kami tumpang bersorak saja. Semangan kesukanan. ye tak? Sila iya kan.

Baiklah. Boleh tak kalau saya nak minta korang semua lupakan sekejap hal World Cup? Ya, tahu masih terasa bahangnya. Same goes with me here. Cuma, entahlah. Allah beri saya hidayah pulak pagi-pagi Isnin ni. Bukan nak berlagak, tapi saya cuma rasa perlu untuk share apa yang ada dalam hati kecil ni.

Salah tak? If salah and you all rasa poyo, jangan baca ayat seterusnya. Please. hehehe. Saya ni memang agak poyo terlebih ada masa.

Aman Palestin. Yes, its about saudara-saudara Islam kita di Palestin. Saya tak sengaja menonton wawancara antara Aziz Desa dan wakil Aman Palestin ni pagi tadi di TV9. Ok, saya rasa tersentuh dengan cara wakil Aman Palestin ni memberikan pandangan. Kata-kata dan cara dia bertutur dan dengan semangat menyeru dan pada saya ada masa-masa dia seakan MERAYU dengan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama “alert” dengan rakyat Palestin.

Saya terdiam bila wakil Aman Palestin tersebut seolah “menegur” saya secara tidak langsung. Kita kenalah sedar diri kan? Iya, kadang-kadang kita ni manusia terlalu ralit dengan hal dunia. Hal World Cup 2010, hal Paul si sotong, hal anugerah sana sini tapi hal saudara-saudara Islam kita di Palestin kita terlupa.

Terlupa dengan melupakan ada 2 perkara yang berbeza. Saya akui, saya kategori terlupa. Tidak sengaja kerana terlalu gembira dan rasa selesa berada di dalam zon yang aman damai. Sedangkan, saudara-saudara kita di Palestin entah makan ke tidak. Oh My God, selamatkan mereka semua ya Allah!

Actually, wakil Aman Palestin tersebut cuba menghebahkan hal Program Anak Angkat Palestin dan program untuk memungut sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk diagihkan sendiri oleh pihak Aman Palestin pada 2 October 2010 nanti pada rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa. Al-Aqsa ok. phew. Berganda pahala if buat kebaikan. Ok,sila doakan saya dapat jejak ke sana 🙁

Date ni saya tak berapa ingat, tapi rasanya betul. hohoho. Dah try search dekat google tapi tak ada rezeki lah nak jumpa for now.

Sorry, saya bukan nak mewajibkan semua orang menderma dan mengambil anak-anak Palestin sebagai “virtual” anak angkat yang mana daftar dan pilih di antara anak-anak Palestine untuk jadikan anak angkat tetapi mereka tiada bersama kita. Cuma, apa yang boleh buat adalah dengan “menyara” mereka daipada jauh. Anak angkat di Palestin dan kita di Malaysia. Pelik kan, tapi pendapat peribadi saya mengatakan. Itu lebih mulia dan ikhlas.

Itu terpulanglah pada diri masing-masing. Cuma, betul jugak apa yang wakil Aman Palestin ni katakan. Mana tahu dengan mengambil mereka sebagai anak angkat, kita yang tiada anak or anak perempuan. Allah akan berikan rezeki itu. Pada yang kurang lakukan kebaikan selama ni, mana tahu dengan cara ini ada rezeki Allah tambahkan pahala berlipat kali ganda.

Argh!!! saya dalam emosi sentimental sebenarnya. Sorry. 1 perkataan yang keluar dariapda mulut saya waktu mendengar kata-kata wakil Aman Palestin ni. “Kalaulah aku kaya….”. Itu saja, dan ayat seterusnya, cukuplah antara saya dan Allah saja tahu. Doakan saya kaya kawan-kawan. hehehehe.

Enough. Terpanjang pulak saya. Eh, macam tak biasa pulak entry panjang. Akhir kata (ok,dah macam buat karangan Bahasa Melayu yang wajib ada penutup macam ni. kan?) pada rakyat Malaysia yang berkemampuan, ada rezeki lebih sikit…saya doakan Allah berikan kamu 1 perasaan kasih sayang yang mendalam. Harap-harap, bolehlah kamu yang ada rezeki lebih ni bantu saudara-saudara kita di Palestin. Saya tak mampu lagi. InsyaAllah, 1 day nanti. Kamu mulakan dulu hari ni boleh? huhuhu

p/s: Saya dah puas cari info tentang program anak angkat ni, tapi tak jumpa. Website Aman palestine belum update kot. So, if korang rajin boleh selalu check new info dekat website Aman Palestin ni ek. Sesiapa yang menderma, RM1 pun bermakna pada mereka rasanya. Dekat situ, ada akaun bank 😉

NotaDiriSendiri: Kau sila simpan duit,kalau boleh beli media hiburan,remaja..pastikan ada duit untuk menderma ye cicak.maceh

Artikel Berkaitan

22 responses to “Spain Dah Jadi Juara World Cup 2010. Nasib Saudara Palestin Kita Macam Mana Ek?

  1. i wanted nedtherlands to win =/
    .-= kenwooi´s last blog ..Intriguing Ipoh Cave Temples =-.

  2. satu peringatan yang baik untuk kita semua, ada yang kurang bernasib baik dari kita. kita rasa Malaysia ni cukup tak selamat dengan jenayah semua, tapi ada negara yang lagi tak aman sebab perang.
    .-= Cik Rouge´s last blog ..My condolescence =-.

    • jenayah kat Malaysia ni “org dalam negara” sendiri yg buat,tapi palestine tu israel hawau tu yang kuang ajaq 🙁 so sad bila tengok pics semua.huhuhu

  3. sokong cik lizz…

    world cup dh habis.

    jom layan topik lain.

    jom berjihad!

    boikot ape yang terdaya.

    sedekah ape yang patut.

    doa sedoa doanya…

    sedih sgt2 tgh penderitaan sedara2 kita di sana
    .-= meo minat lizz´s last blog ..Senarai laman web mencari jawatan kosong =-.

    • hahahahaha!!nickname tak bley blah nak gelak 😛 maceh

      a’ah,btol nak boikot semua kadang2 tak mampu cuz tak perasan tibe2 dah teramik tak sengaja.boikot mana yg mampu. sedekah insyaAllah, tgh usahakan utk itu. doa alwayz 🙁

  4. salam..
    suri pun terkadang lupa jugak..sekali terseret dek bola terus masok dlm gol..yealah takala hati tgok entri mrka2 yang ber gambar tu dari bloger2 lain trsa sungguh menitis air mata ni mlhat mrka.

    apa yang mmpu kita lakukan kita buatlah.tak kira bersedekah ke.layarkan doa buat mrka itu pun sudah memadai.smoga bangsa2 islam kita akan sentisa d lindungi Tuhan.

    Allah Hu Akbar selamatkan mereka disana dari pandagan syaitan yang kejam.

    uik lama tul tak kesini..rindu sungguh.. 🙂

    • salam, saya tak kuat sangat bab nak tengok gambar2 kanak2, orang tua kena bunuh.sure nak menangis. kita ni, kadang2 terlupa bukan sengaje melupakan. lalai bila hepi2. huhuhu.

      wish sangat ada org yang kaya raya, sedekah apa yang daya.huhuhu

  5. Lepas ni topic post blog kembali meriah hehehe.
    .-= Khairi´s last blog ..Iniesta mangkuk Pergi cari kerja kat Theater Ku jatuh cinta lagi lagi baik =-.

  6. ingatkan portugal blh mng…
    xpe2..bola dh hbs dh..
    sy setakat doa je lah kat diorang(palestin)
    kalau lah sy pun kaya..

  7. Sangat gembira apabila Sepanyol jadi juara tahun ni.. Hehe..~ Tahun depan, sokong Brazil pulak. Biasalah… Aku. Ekekek.

    Kata ayahandaku, sesiapa jua yang mati di bumi Palestin adalah syahid. 🙂 Ikutkan hati, ingin nak kesana dan berada bersama-sama dengan saudara seIslam di sana dan mati bersama-sama. Itu yang selalu terdetik di dalam hati ini. 🙂

    Semoga mereka, Palestins’, beroleh kerahmatan dan kemuliaan daripada ALLAH kerana Masjid Al-Aqsa terletak di bumi Palestin.

    Celakalah Israel! Selayaknya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah sebagaimana yang diceritakan di dalam Al-Quran.
    .-= Cik Nass´s last blog ..Sotong- Pelbagai jenis masakan sotong- =-.

    • takpe, aku faham sebab aku pun lalang bile Argen aku kalah dah!wakakakaka!!

      oh ye ke?aku tak tahu pulak yg tuh.aku ingatkan sapa yang mati sebab perang aje syahid.giler jahil aku neh.huwaaa!!!

      Israel tu, kalau Tuhan nak bagi balas sekelip mata aje tapi aku rasa ada sebab musabab kenapa Allah belum turunkan bala lagi.huhuhu.

  8. yalah betul lizz

    kalau mampu seringgit, derma dua ringgit…
    sori… konon nak buat lawak, tapi , selalu buat lawak tak jadi.

    apa pun,manusia memang sifatnya pelupa, jadi sekali sekala kena ingatkan semula
    .-= klcitizen´s last blog ..Sesak nafas =-.

  9. tentang kemenangan SPAIN memang hepi boleh jengok blog betapa gembiranya.. ho3

    tentang saudara islam kita di Palestin insyaAllah ada rezeki lebih akan ku banti itu nazar ku.. T__T untuk sekarang doa ku mengiring mu wahai saudara2 ku.. semoga ALLAH melindungi kamu semua.. aminn.. T__T
    .-= yash´s last blog ..GAMBAR Sepanyol JUARA Fifa Worldcup 2010- =-.

  10. ingat palestin
    ingat juga jiran tetangga
    ingat pula diri sendiri
    ingat Allah

    saling kita beringat-ingat
    .-= tehr´s last blog ..Blog- Nuffnang And Earnings =-.

  11. Tahniah la buat SPAIN..hahahahaha
    .-= apiih´s last blog ..Roti Sedap Tapi Ngeri- =-.

  12. aku kesian kat saudara kita kat palestin
    .-= ishak´s last blog ..Idea dan permahaman aku tentang login facebook dapat duit =-.

  13. tentang kemenangan SPAIN memang hepi boleh jengok blog betapa gembiranya.. ho3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge