Pinjamkan Telinga Kita Untuk Dengar Masalah Orang.Susah Ke?

Salam semua! Apa cerita korang semua ek? Ada baik kah? Ok, dah macam India bila bercakap. Tak apa, sesekali apa salahnya. Kita kan 1 Malaysia. Tetiba sangat nak 1 Malaysia saya ni kan? hahaha! Lupakan. Kali ni nak ajak sembang isu apa ek? Hmm. Ok. Got it!

Kali ni, apa kata kita sembang pasak tajuk ala-ala kepochi. Nak tak? Apa pendapat korang berkenaan “Pinjamkan telinga kita untuk dengar masalah orang”. Oh ye, ini tajuknya. Apa kata korang? Korang ada rasa terbeban? Ada rasa memualkan bila jadi tempat mengadu? Ada rasa nak larikan diri tak? Ada?

Ok. Saya tak kesah! hahahaha. Aiman tak kisah.

Betul, sejujurnya saya tak kisah pun kalau korang nak share problem korang dengan saya. Kenapa? Ini bukan soal nak rasa diri saya baik, sempurna dan nak rasa macam kena puji-pujian daripada teman-teman. Baik offline, baik online.

Sorry, tidak sama sekali. Im not that type of person lah.

Pada saya, tidak ada susahnya setakat nak pinjamkan telinga dan dengar masalah kawan-kawan. Senang saja, cuba bayangkan kawan-kawan korang yang tengah ada masalah ni adalah diri korang sendiri. Ok, now bayang yek!

Apa yang korang harapkan? Masalah tu selesai kan? Tapi, masalah tu belum tentu selesai. Maybe perlukan “tempoh” masa. kan? Jadi, sekarang apa yang korang perlukan? Come on guys! Apa lagi, sah-sah lah someone yang boleh jadi pendengar setiap masalah korang!!!! Kan???

Jujur saja, dan buang rasa ego! Hebat mana pun kita, bila masalah datang. Kita perlukan someone jugak untuk “teman” kita. Bukan 100% tapi 1 % pun sudah lebih daripada cukup. Itu pada pandangan sayalah. Saya manusia biasa jugak. Bila waktu suka-suki, saya happy. Bila ada masalah, tiada yang bertanya, sedih datang jugak!

Dalam hati ada taman beb.hahaha!

Oh ya, saya share ni bukan sebab nak bangga diri dah “macam baik” jadi pendengar masalah orang yek. Nope! Tapi, saya share dan harap sangat ada yang “terasa” sendiri, maybe selama ni kita agak selfish barangkali. Bila ada masalah, kita cari teman  untuk luahkan semuanya. Kawan kita dengar dengan tekun. Tapi, bila sampai masa teman kita pulak yang ditimpa musibah. Hmm.

Jangan pelik sangatlah. Dah banyak kes macam ni. Jangan kata orang lain, saya sendiri pun selalu kena. Rasa sakit hati jugak tapi pengalaman mendewasakan kita. kan? Kalau dulu, setiap kali saya “meminjamkan” telinga saya untuk dengar masalah orang, dalah hati, saya selalu berdoa. Minta-minta nanti waktu saya, adalah yang sudi mendengar.

In fact, Tak payah dengar pun tak apa. Cukup sekadar bertanya. Bukan susah pun nak tahu orang tu sedang ada masalah ke tidak. Kan?

Guys, kita ni manusia. Apalah salahnya tolong manusia lain jugak. Macam saya, duit berjuta memang tak adalah. Tapi, kalau setakat nak share masalah korang dengan saya, no problemo. Siapa diri korang, saya tak pernah tanya pun. Saya bukan polis. hahahaha!

Saya happy boleh jadi pendengar sebenarnya. Oh ya, mak saya pernah cakap. Kalau kita ada musuh, jangan kita lawan balik. Tapi kita duduk diam-diam. Bila si musuh ada masalah, kita tanya kenapa dengan dia. Ada rezeki kita, si musuh tu boleh jadi kawan kita! 😉

Ya, saya tak kuasa nak tambah dosa. Dosa lama banyak lagi tunggu turn nak terhapus. So, silakan nak bermusuh dengan saya. Saya tak kisah pun. Saya bukan pendendam, Saya marah pun 2 jam je biasanya. Lepas tidur, saya bukak mata. Kadang-kadang saya boleh tersasul ajak orang yang mengutuk saya tu makan. hahaha!

So, akhir kata. Hidup biar tambahkan kawan, jangan tambahkan musuh. Bila dah ada kawan, jaga kawan sebaik mungkin. Tolerate lah sikit. Bila dia susah, kita tolong. Tak boleh dengan material, cukuplah dengar luahan hati dia. Tapi, tak payah harapkan balasan!!! Jangan, nanti boleh rasa kecewa.hehehehe

p/s: Do contact me if korang nak share problem. I tak kisah! hehehe. email, Direct Message di Twitter or even YM pun ku layan saja. Hav a nice day korang!

p/s/s:Yang ada dah share problem dengan saya tu, thanks sebab trust me and tak payah nak sebut kat sini yek.Simpan between us sudeh wei.hahaha

Artikel Berkaitan

31 responses to “Pinjamkan Telinga Kita Untuk Dengar Masalah Orang.Susah Ke?

  1. pinjamkan telinga tak salah..cuma adakalanya yg nak pinjam telinga tu yg over..meluahkan perasaan/masalah sehingga membebankan tuan punya telinga..baik2 dik!!
    .-= makdara terdiva´s last blog ..hati saya remukjiwa saya sakittapi saya tetap senyum sebab senyum itu tak kena bayar P =-.

    • HAHAHAHA.oh memang ade n pernah jumpe. tapi,rasanya belum tahap bagi saya mental lagi.hehehe.doakan tak jumpa camtulah. cuz org macam ni namanya bukan ada masalah tapi memang die sendiri bermasalah. i called them psiko 🙂

  2. dlm islam mmg digalakkan kite menjadi pendgr yg baek tapi biarlah ade batasnye tak perlu jadi thp ” jaga tepi kain org”…….
    .-= [email protected] last blog ..Tuah manusia tiada siape yg tahu =-.

    • ish,itu kepochi kelas tinggi namenye. hahaha!macam i,dengar n beri ape yang i rase perlu aje. tak ada pulak nak ask2,korek2.biasenye tuan badan yg cite n i just dengar. tapi, bukan dengar kosonglah. tak baik buat macam tu. bile dengar,biar tekun.hehehehe.

      kena pandai2 lah 😉

  3. kiter kawann kanns.. ehehe

  4. Q

    suka menjadi pendengar yang setia. kalau kawan ada masalah dengarkan je. sedikit sebanyak masalah dan tekanan diorang akan reda. dan jangan terkejut kalau satu hari nanti kita dihargai kerana sentiasa menghargai.
    .-= Q´s last blog ..Bilakah kan dapat bertemu kembali =-.

    • hmm, betul. dan honestly kadang2 bile dengar masalah kawan2 tu..buat terfikir “oh, ade lagi manusia yg lagi sengsara dari aku skrg.” insaf n buat diri makin kuat.hehehe

  5. Sharing is caring. Member adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Memberlah ladang hati, yang lizz taburi dengan kasih dan lizz subur dengan penuh rasa terima kasih. Kite saling memerlukan… susah senang same2… 😀
    .-= meo188´s last blog ..Komik- Kartini VS Kartinot =-.

  6. Tak susah tapi tak mudah nak buat sebab kita lebih suka orang bantu kita daripada membantu orang … bukan semua.
    .-= denaihati´s last blog ..Majikan Mantik Hani dihukum gantung sampai mati =-.

    • yes,betul.dulu saya gitu gak.harap org bantu.tapi,disebabkan jarang nak ada. if ada pun, xikhlas.tak payah lah. minta bantuan Allah lagi senang.hehehe.

      tapi, at 1 time..saya rasa bila kite nak bantu orang biar ikhlas.itu yang suke sgt dengar masalah org tu. mana bley bantu, bantu. nak mintak duit, mmg tak dapat ar. kikiki

  7. entah la manusia ni
    kadang2 sukar menghulurkan bantuan
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Forum Pilihan =-.

  8. mendengar kena ada skill
    satunya… jangan jadi batu api, elok2 nak berkongsi perasaan tapi si pendengar menambahkan beban..
    dua…amanah
    tiga…ikhlas mendengar, bukan buat2 dengar

    rasanya, lizz ni ada ciri kaunselor ni..
    .-= klcitizen´s last blog ..Boleh buat menantu =-.

    • baiklah, nak bgtau saja. memang pernah nak jadi kaunselor. i means memang minat dengan psikologi2 ni. tapi, im not psyhco yek.wakakaka!

      memang bley terbakar if kite ade prob n bila mengadu kat kawan, org tu dengar sambil lewa aje. yucks. tak payah lah gitu.hehehe

  9. Best jadi pendengar masalah orang. Aku buat sebagai pengajaran untuk diri agar jangan buat silap yang sama.
    .-= adziim´s last blog ..Lelaki tak teruna-perempuan tak dara Bolehkah anda terima =-.

  10. Lebih baik lagi,kalau kita dapat memberikan idea untuk mencari jlan kluar ssuatu masalah.Alang-alang dak dengar..
    .-= hanif´s last blog ..Ubuntu Yang Membuntukan =-.

  11. Kekadang ramai yang tak mahu memahami / cuba memahami kawan , rakan dan teman atau orang di sekeliling… tapi ramai yang mahu untuk difahami dan didengari… kemudian melatah / marah bila diprovokasi dengan ‘anggapan’ dan tohmahan dari orang yang tak memahami mereka…
    kesimpulannya… kena lah kita mula bersedia untuk mendengar dan membantu..jika kita mahu didengar dan dibantu… eh..panjang plak… ahaks… salam.. aku setuju bangat sih… hehehe

    • salam, maceh sebab kau setuju!hahahaha. yelah, biasanya macam tu lah.selalu sangat aku kena. tapi,lantaklah. now ni, aku lagi sker dengar problem orang sampai problem sendiri aku xingat n tengok2 dah selesai ngan jayenye.hahahaha

  12. aku xkisah..aku jenis yang suka share2 masalah dengan org lain..bkn masalah aku lah…masalah org len..aku tak kisah nk pinjmkn telinga aku ni kt dorang yg ada masalah..bukn telinga jek..mata pon (kawan alam maya) hahahah…bagi aku..bila aku share2 masalah dorang…aku akan bg pendapat dan nasihat yg aku mmpu bagi.pastu dorang nk dengar ke tak ke..terpulang.,.yg penting aku dah pon tolong eheheh
    .-= eiyda´s last blog ..sakit sakit sakit &amp sakit lagi =-.

  13. Tapi pengalaman aku lah, ada jumpa musuh yang aku buat baik pun tak guna sebab memang anggap menjadi musuh ketat selama-lamanya.

    payah kan?
    .-= hafidz´s last blog ..Naik =-.

    • biarkan aje. manusie ni bukan selamanye berada di atas.now, maybe ur fren berangan ade kat puncak dunia kot.so, sker nak musuh2 ngan org…nanti ada masa, dia akan ke bawah jugak 🙂 kau cume perlu beri ngan ikhlas aje.selebihnye,serahkan pada Allah 😉

  14. kalau dengar tu aku sanggup je..tp kalau bab tolong xley janji..bukan semua masalah dorg kite ley tlg..lg2 peribadi..dengar je la..hahaha
    .-= azizan4444´s last blog ..Kebahagiaan Dalam Perpisahan bukan lagu tema piala dunia 2010 =-.

  15. mendengar itu satu seni mempertahankan diri! baik kita semua belajo mendengar…
    .-= abgreds´s last blog ..Alternatif – objektif @ subjektif =-.

  16. ak pnh hrungi msalh cmni, kdang2 nk jd pndgar akn mybakan kta brasa nk tolong.. bla xlh kta jd serba slah.. lbh truk lg, bila dia ple tk mghrgainya. huhu

    ak taktau nk dgr cmne nnti lau ad msalah org huuu
    .-= diden´s last blog ..6 sebab kenapa draf kita lambat dipost kan atau takan dipost kan =-.

  17. tak ada sesiapa pernah mahu dengar tapi nak still tak nak dengar ada banyak 🙁
    .-= ishak´s last blog ..Aksi budak sekolah terlampau =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge