Memilih Kawan. Anda Fikir Anda Sempurna Sangat?

Jangan terlalu memilih kawan. Setiap orang, ada kelebihan dan kekurangan diri. Itu kata-kata mak saya. Iya, saya setuju untuk itu. Korang macam mana? Ada yang setuju tak dengan mak saya or ada jugak yang geleng kepala? Its ok, up to you.

Secara personal, saya setuju sebab saya sudah ada pengalaman dengan apa yang mak saya katakan itu. Pengalaman kan akan mengajar kita tentang itu dan ini. Cuma, baik dan buruknya saja kita tidak tahu. Pengalaman lepas saya, jujurnya banyak yang buruk daripada yang baik.

Tapi , saya sedikit pun tidak ralat. Semua berlaku bersebab.

Silap saya yang dulu, terlalu memilih kawan. Eh, jangan salah faham. Saya bukan memilih kawan yang kaya raya, anak Dato’. Bukan. Siapalah saya untuk memilih kawan sebesar itu. kan? Totally wrong lah kalau orang kata saya memilih kawan sebegitu.

Hakikatnya, kawan “golongan elit” tu lah yang saya jauhkan . Saya sangka, semua orang kaya sombong, gila harta dan suka menghina orang yang serba serbi kurang. Saya ada sedikit pengalaman tapi tak perlu disebut di sini. Jadi, dulu memang saya alergi untuk berkawan dengan “golongan elit”. Itu dulu.

Kawan-kawan saya biasanya terdiri daripada kawan yang “sekepala” dengan saya. Perangai “busuk” sama saya, bukan seorang yang skema dan paling teruk saya sangat elak mahu berkawan dengan “orang baik-baik”. Disebabkan perangai jelik kami, “orang baik-baik” ni selalu sangat menghina kami. Menghina dan menegur 2 perkara yang berbeza. kan?

Perkara itu buat saya alergi dengan “orang baik-baik”. Dulu ya dan stop fikir saya begitu hari ini. Nope.

Gambaran di atas, semuanya berlaku waktu saya di sekolah. Tak berapa nak matang rasanya. Sekarang tak lagi. Saya perasan, semuanya berubah bila saya masuk ke Matrikulasi. Ok, first time saya bercampur dengan kawan-kawan pelbagai negeri, macam-macam dialek saya dengar, perangai tak payah cakaplah.

Di sinilah semuanya bermula. Saya belajar sedikit demi sedikit menerima kawan-kawan daripada “golongan lain”. Maksud saya, yang pelbagai ragam dan bukan daripada kriteria kawan-kawan pilihan saya.

Guess what? Ah, seronok rupanya!!!! Macam-macam ragam. Ala-ala perisan dalam makanan kita.hahahaha!! Mereka semua buat hidup saya “seakan sempurna” banget. Saya tak limitkan dengan siapa saya berkawan. Saya elakkan diri saya daripada memikir hal-hal negatif yang mungkin ada andai saya berkawan dengan mereka.

Syurga!!!! Betul, macam berada dalam syurga. Maksud saya, betapa hidup saya bahagia. Punya kawan yang serious, bila masuk waktu azan saja. Pantang saya tidur, terus “kawan” saya ini akan kejutkan saya minta solat. Berdosa lewatkan solat. Even kaki longlai, tapi saya buat sebab saya kagum dengan “kawan” itu. Kalau dia boleh taat dengan solat, kenapa saya tak cuba.

Ada pulak kawan, yang senget subhanaAllah. Hidup saya tak pernah sunyi bila bersama dia dan famili. Honestly, sepanjang hidup saya boleh dikira dengan jari saja bilangan kali saya merasa tidur di dalam rumah papan. Jangan risau, saya tidak kisah langsung cuma rezeki saya kurang sebab tak ramai saudara yang ada rumah papan. Dengan kawan ini, saya merasa tidur di rumah dia yang comel, beratap zink tapi saya suka!!! Mereka bukan golonga elit, kekurangan itu ini tapi TERBAIK bab melayan tetamu. Rumah kecil, saya rasa macam besar yang amat, lauk ikan masin, telur goreng saya rasa sedap kalah ikan siakap! sumpah wei. Im sure, hidup mereka penuh berkat. kan?

Oh ya, ada seorang kawan saya. Sangat bermasalah. Ponteng kelas, ikut boyfie entah kemana saja, menipu sana sini. Eh, tak kenal maka tak cinta. kan? Saya beranikan diri untuk tanya apa masalah dia dan bla bla bla. Ok, pada saya memang dia yang salah. Terlalu ikutkan sangat nafsu orang bercinta sampai lalai itu ini. Tapi, tak apa. Itu bukan urusan saya. Sesungguhnya, kawan saya ini baik orangnya. Mungkin, 1 sisi dia silap besar. Tapi, 1 sisi yang lain dia masih ada baiknya. Dia yang saya kenali, baik, pemurah, hatinya mudah tersentuh kalau tengok orang susah dan banyak lagi. Entahlah, even ramai kata dia jahat tapi saya sukalah kawan dengan dia! hahahaha.

Sorry, terpanjang macam biasa. Pelajaran harini, based on my previous mistake.hehehe. Sila berfikiran positif selalu terhadap orang keliling anda. Jangan judge orang sebelum anda cuba untuk mengenali diri empunya badan dulu. Jangan fikir buruk tentang orang lain selagi orang itu tidak “burukkan” anda. Jangan dengar-dengar saja daripada mulut orang lain, terus anda cop orang itu jahat. Jangan memilih kawan sangat!!!! Cuma bijak bezakan mana yang elok dengan yang tidak pun mencukupi. Maceh.

p/s: Yang baik itu anda yang membaca, yang tak berapa nak baik tu saya. wakakaka!

Artikel Berkaitan

47 responses to “Memilih Kawan. Anda Fikir Anda Sempurna Sangat?

  1. nice entry…

    btol sangat2 dont judge book by its cover..
    dan tak semua yang jahat itu tak baik.. di sebalik kejahatan dier, pasti ade something yang menarik dalam diri.. =)
    .-= ^lurve_purple^´s last blog ..Aktiviti di Hujung Minggu =-.

    • huhuhu.maceh.entry biasa2 aje

      for me,kita tak boleh nak kata org tu baik/jahat selagi kita tak take our time to try duduk sembang, kenal dengan lebih dekat lagi. huhuhu

  2. aku yg jenis yang suka berangan, jap gi africa, jap gi scotland..ko nak berkawan dengan aku tak? waka waka eh eh

  3. kita kawan kan makcik? gyahahahahah

  4. “Saya sangka, semua orang kaya sombong, gila harta dan suka menghina orang yang serba serbi kurang.”

    i lOIKE. hoii apesal tiap kali aku komen blog ko mesti bawah si x-po tu hahaha

  5. kkdg terpakSe memIlih..huhuhu

    tp so far kwn jer ngan semua owG..yg baik jdkan teladaN..yg xbaik jdkan sempadan…

    sbb manusia mane ade yg perfecTkan… tp bila xmemilIh kkdg slalu berlakU ksilpaN yg xdiinginkaN trjd..tp xbermakna harus sgt memiliH..

    opppsss pjg sudah komen..hik3
    .-= enasan´s last blog ..-pOsto2 nota2tenseN2-menulis sekadar untuk meluahkan rasa jiwa- =-.

    • eh, tak ape pun. bukan komen mengarut pun,bernas!hehehe.

      btol,memilih sikit2 bolehlah tapi mmg ada manusia yg pilih sungguh2 kawan yg layak kawan ngan die.huhuhu. for me, kawan je dgn sape2 tp pendirian diri perlu ada. mana yg baik, ikutlah.otherwise kite kawan tapi jgn follow perkara xbaik tu

  6. bkn nk pilih kwn tp xsume org boleh serasi ngn kite.\
    klu die pon xselesa ngn kite xkn kite nk lepak ngn die rite?
    aku rela bersendirian drpd kwn ngn org yg x sekepala

    • kena tahu, kawan tu ada kawan yg biasa2, kawan rapat.kan?so,jangan limitkan pergaulan kite sangat cuma kena bujak lah pilih mana yg “layak” jd kawan rapat n kawan biasa2. nak dapat yg sekepala mmg susah.tapi if tak try bercampur dengan orang lagi susah.huhuhu

  7. meo

    nice writting.

    ala2 positif gitu2… suke.

    berkwanlah ramai2, baru tak jd katak bwh tempurung

  8. itu lah pentingnya persahabatan @ jaringan link dlm bahasa blog. boleh kasi kita pengalaman 😀
    .-= nazra´s last blog ..Hilal – Maggi Cukup Rasa dan Knorr Pasti Sedap Pun Kalah- =-.

  9. so true, yang penting jangan terus jump into conclusion bila tengok seseorang tu.. apa yang kita nampak tu surface, kenal dulu baru tau baik buruk.. 🙂
    .-= ajjah´s last blog ..flats for wedding =-.

  10. hai , awak kita masih kawan ke? (emosi) HUKHUKHUK
    .-= Liyana L´s last blog ..Kenapa saya suka movie – Penelope 2006 =-.

  11. banyaknya kawan = kawan hang. suka.. aku pun ada ramai kawan tapi sekarang ni dah malas nak dekat ngn dorg. suka dok rumah, online je.

    ermmm kawan ni senang dapat tapi sahabat la yang paling susah. aku dah terkena, macam hang jugak tak pernah nak serik. takapa, buat baik dibalas baik buat jahat akan kena la balasan jahat. tunggu cepat ngn lambat je.

    sahabat aku ada dua tiga kerat tu la yang menceriakan hidup aku sekarang =)
    .-= Luth Textile´s last blog ..Hati terdetik bila sebut Shah Alam =-.

    • hehehehe. aku ramai kawan sebab aku suka berkawan n layan orang. tapi,kawan biasa ajelah.baik laki baik gurl. aku memang susah nak close tahap share semua rahsia aku. close fren boleh tapi nak toooo close aku elakkan sebab kadang2 yg toooo close ni yg menyemakkan otak manusia.hahahaha

  12. berkawan biar beribu kan lizz…
    orang tetua memang bijak menasihat.
    .-= klcitizen´s last blog ..Ayam berkokok- hujan pun turun =-.

    • wakakakaka!!tetua. orang muda pun boleh nasihat jugak if tau amik pengajaran daripada pengalaman lepas. ada yang tua pun, nasihat tak boleh pakai.hahaha

  13. saya dulu suke memilih kawan jugak tapi bila kawan makan kawan trus saya berubah perangai. kini saya menerima kawan saya seadanya. good entry!

    • kan?bila kita pilih kawan sangat, sudahnya kite cume berkawan ngn beberapa org saja n bile beberapa org ni wat “perangai”…kecewa dia lain macam. baik kawan ramai2, sesiapa saja, trime mereka seadanya buruk baik. lagi bahagia

  14. sy pun ada pngalaman cmtu gak..
    wktu tu time nak spm..dia bkn kwn yg sejati lah…
    dia tipu sy dan ambil kesempatan kat sy..
    sampai skrg ni sy xcontact dh dgn dia..
    *trust no one..
    .-= cylia chel´s last blog ..Perangai Manusia part 3 =-.

    • hmm,memang jangan mudah percaya orang cuma pada saya tak salah kawan dengan sesiapa saja cuma kite sendiri kene taulah n pandai tengok gerak geri kawan baru kite tuh.hehehe

  15. ko suke berkawan ngan aku tak..aku tak matang..walopon kiter sebya kah3…
    aku xkisah berkawan ngan sape jek..sebb bg aku..orang nak berkawan ngan aku pon aku da cukup bersyukur liz..sapelah aku (emo skit) huhuhuhu..
    kaya ke sush ke hape ke..aku tak kisah,,,jnji ikhlas..tapi kalo jenis yang aku rs cm aku xleh trm..aku xkwn lah..bukn bermaksud aku xsuke atau benci..mungkin aku xboleh nak trm jek..ekeke
    .-= eiyda´s last blog ..Wold Cup Championship 2010 SPAIN!! =-.

    • wakakaka!! kalau ko perasan, care aku senang aje. aku balun je kawan ngan sape2.budak ke,org dah kawen ke, mak2 orang ke, laki orang ke,ramai2 lagi best.ceria idup aku. sorg wat hati aku sakit, ade lagi beratus2 manusia lain leh wat aku hepi.hehehehe.

      for me,idup ni kene pandai cari solution bile kite ade prob.manusie mana xder prob.aku pun ade. cume,pandai2 ar nk idup.hehehe. bab xleh trime org jd kawan kite tu biase.aku pun ade gak kdg2 tp biasenye lepas org wat “prangai” ngn aku.hahahaha

  16. kawan?
    semua ok je – tak pilih sapa2
    asal saja tak memaksa kita ikut kepala dia
    .-= tehr´s last blog ..Apakah Mungkin =-.

  17. dulu aku membesar pun dalam rumah kayu je.. bangun pagi2 mandi air perigi nak ke sekolah… mmg mbesar dlm suasana kampung la… br skg ni dpt merasa hidup dlm rumah batu. hehe… (mcm lari topik)..
    .-= Amir´s last blog ..Penjenamaan Semula Oh Malaysia =-.

  18. Banyak input saya dapat walaupun berkali-kali baca baru faham cerita sebenar. rasanya nak baca lagi entri ni. saya retweetkan.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Percubaan Mengikut Tutorial Etomyam- Floating Social Bookmark Gaya Mashable =-.

  19. macam ajy tak pilih kawan…aku suka kawan ngan orang suporting ngan gila-gila pastu suka gurau-gurau

    p/s : kalau perempuan yang gila-gila dan suporting dan suka bergurau yang berkawan dengan aku rasa nak jatuh cinta pulak wakakaakkakak
    .-= ishak´s last blog ..Top 20 senarai blog-web berbahasa inggeris paling popular 2010 =-.

    • wakakakakaka. untung sape jd kawan perempuan yg gile2 tu n suke bergurau ngn kau tuh.trus jatuh cinta. ko kene cari kawan yg serious sket, kwn yg matang sket, kwn yg kua agama sket, semua ko kawan.nnti ko akan dapat rasa perbezaannye.hehehe

  20. bg komen lagi… suke kwn dgn penulis blog nie 😀
    .-= meo188´s last blog ..e-Komik- Komik Niaga =-.

  21. Kawan boleh banyak kawan tapi jangan terlalu rapat sehingga bila berlaku sesuatu kita kecewa dan frust..
    perlu ada sempadan juga..

  22. jadi kawan blogger pon best.. kawan maya.. hehe..
    .-= Paksu-IT´s last blog ..Kelajuan Pakej Streamyx Yang Anda Subscribe =-.

  23. Q

    setuju, tiada limitasi dalam berkawan tapi hak, aib dan batas perlu dijaga.

  24. ish. entry ni betul2 mengimbas masa lampau ku. saat aku di pulau kan kerana aku sorang jela yg jahat bagi mereka. hurm. nasib zaman tu dah berlalu. aku redha. hidup dengan berkawan mmg byk mengajar ku. thnks 4 this entry :’)
    .-= eykameow´s last blog ..gambar kahwin =-.

  25. Kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi perlu tahu mana yg perlu rapat, sederhana rapat dan agak jauh sikit kerana pengaruh kawan sangat besar. Kawan dengan orang tok guru mesti hasilnya lain dengan kawan dengan Mat rempet kan….
    .-= denaihati´s last blog ..Imam Muda satu-satunya di dunia ini =-.

  26. Pingback: Dapat Kekasih Pengotor? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  27. Rina

    Sy berkwn mmg x memilih org tapi setelah terjadi kesusahaan dlm diri masa tu sy tahu siapa kwn..rupanya x ramai yg ikhlas utk berkwn…wang ringgit semata2 bgi kwn2…alhamdulillah skg kwn sy skg adalah suami,anak2 n adik beradik..itu lgi memahami kite..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge