Jangan Pandang Orang Suku Mata, boleh?

Dulu, masa kecil-kecil. Maksud saya, waktu zaman sekolah rendah. Saya budak baik. Malangnya, bila bermula episod saya perlu melangkah ke darjah 6 semuanya berubah. Saya bukanlah someone yang jahat. Jahat pada saya, membunuh. Selagi tak membunuh, saya tak panggil someone itu orang jahat.

Jadi, saya bukan orang jahat. Cuma, saya agak nakal sikit.

Dalam kelas, saya duduk paling depan. Bukan sebab saya budak baik tapi sebab guru kelas kata saya dan rakan-rakan seperjuangan (SEPERJUANGAN ok) perlu dipisahkan. Bersusah payah guru kelas saya pisahkan tempat duduk kami. Paling tidak adil. Kenapa perlu saya diletakkan di barisan paling depan?

Itu persoalannya. Saya rasa tidak adil sungguh! Setiap kali guru kelas saya bersuara, saya terpaksa cover muka dengan buku teks sebab dia ada masalah semburan air liur yang sangat dahsyat. Saya tak suka tau. Demm.

Semua orang nak kata group kami ni group budak nakal. Kaki ponteng sekolah. Tapi, bab ini saya tak boleh bohong sebab memang pun. Arwah ayah selalu jadi mangsa dulu. Setiap kali tak nak datang sekolah, saya paksa ayah buat surat. Saya baca, ayah akan tulis dengan jujurnya.

“anak perempuan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana mengalami cirit birit dan pening kepala”. Itu contoh ayat dalam surat yang ayah dah guna sebanyak 50 kali agaknya sepanjang menjadi penulis surat ponteng saya. Kesian ayah.

Saya malas nak buka pekung diri sendiri lagi. Kadang-kadang ada jugak rasa malu dalam diri ni. Sila percaya sejujurnya saya sedang malu-malu kucing. hahahaha!

Perangai busuk saya ni, dari kecik sampai lah saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Sama saja. Setiap kali masuk kelas baru, hari pertama dan kedua akan ada scene saya menjadi rajin dan bercita-cita tinggi untuk menjadi murid yang baik. Semua kerja sekolah saya siapkan.

Tapi, manis tidak lama pun. Masuk minggu kedua, buku kemana. Orangnya kemana. Saya pun tak tahu buku apa yang saya bawa masuk ke kelas. Saya cuma bawa buku latihan aja sebab buku tu nipis dan tidak membebankan bahu saya.

Bebanan dibahu tidak elok. Saya tonton berita, orang kata begitu. kan?

Abaikan semua aksi tak berapa bagus saya di sekolah. Cuma, saya nak katakan bahawa janganlah pandang orang sebelah mata saja. Jangan suka buat kesimpulan sendiri. Bila budak itu nakal sikit, mula nak kata budak itu bodoh. Bila nampak budak tu bawa helmet lawa sikit, bisik-bisik cakap budak itu sekolah lagi dah pandai merempit.

Tak elok woo. Saya tak suka orang buat andaian sewenang-wenangnya.

Yes, saya memang cukup mual kalau ada orang yang buat begitu. Seba itu, even saya agak nakal sikit. Belajar pun bila perlu aja. Ye, saya agak kurang sopan sikit kalau nak dibandingkan perempuan lain. Al-maklum bercakap pun kasar. Tapi, itu bukan alasanlah saya nak biarkan orang pandang saya suku mata.

Motto hidup saya senang. Biar orang nak kata kita ni macam mana. Nak kata kita ni nakal, jahat, budak yang tak menjadi, bohsia, chikaro or whatever. Biarkan. Mulut orang selagi kain kapan tak tutup habis dekat muka, selagi tu tak sedar diri.

Biarkan aja. Saya lebih suka diam dan layankan aja tapi dalam masa yang sama. Tunjukkan yang kita taklah teruk manapun. Kurang dari segi ini, kita tunjuk dari segi yang berbeda. Manusia ni takkan ada yang sempurna. Kan? Alhamdulilah, segila-gila saya. Dapat juga saya bikin mak saya happy sebab tengok saya jejak kaki ke menara gading yang tak semenggah mana.

Thanks mom. Sentiasa menjadi someone yang tak pernah pandang rendah diri gue. I love u so much!

To all, mana yang terbaca entry ni. Be positive selalu dalam hidup korang. Jangan terlalu mahukan kesempurnaan. Memang takkkan ada yang sempurna dalam dunia ni. Tapi, cuba sedaya mungkin untuk buat insan-insan yang kita sayang gembira. Bukan dengan sambutan hari jadi besar-besaran, pemberian hadiah yang mahal tapi cukup dengan something yang boleh buat insay itu tersenyum dan menangis gembira di dalam hati.

Kalau korang rasa, semua orang tak sayang pada korang. Semua orang pandang rendah pada korang. Saya thanks to them sebab akan sampai 1 masa, korang akan tersenyum gembira dengan apa yang mereka dah buat pada korang. Sebab kata-kata busuk mereka akan memotivasikan korang woo!

P/s: To those yang memerli dan malu nak berkawan dengan budak nakal macam saya n gang, terima kasih! Jasamu ku kenang. Kahwin nanti jemput ye.hehehe

Artikel Berkaitan

26 responses to “Jangan Pandang Orang Suku Mata, boleh?

  1. bannga saya kawan dengan awak liza. bagus.
    .-= paeh´s last blog ..Konklusi Julai 2010 =-.

  2. haha..naseb baek time sek dlu, geng2 aku xkne pisah…
    aku pun nakal jgk..pengawas yg slalu xwat keje sek..
    pagi2 time perhimpunana rmi2 lepak pintu pagar blkg sek..
    cover jge gate, pdahal wat homework..hahaha
    .-= [email protected] last blog ..Seks Sebelum Sukan Baik atau Tidak =-.

    • kahkahkah!!! ah, suke aku bace komen kau. muahaha. aku dulu, if cikgu suruh jd pengawas mmg sah2 jadi mawas ar 😛 xsyok tau kene pisah ngn geng.sob2

  3. mula2 aku ingtkan jngan pandang belakang tadik..ekeke..
    tu la org cakap dun judge a book by its cover…ke pe? hehheeh..tu ksah dulu..skang ko da jd orang yang berjaya….lantak kan aje pe orang nak cakap..huhu…janji ko xkco hidup orang..manusia kan beselah macam2 ragam..bukn leh tgk org kurang..orang lebih..der jek tak kena…
    .-= eiyda´s last blog ..Online secara bebas 24-7 dengan FREE tak perlu bayarHAHAHA =-.

    • taklah berjaya tapi bolehlah jadi manusie.muahaha! aku tak suke tgk org.kadang2 mak2 sendiri pun same. asal tgk anak lain sket, dah kata macam2. kata itu ini buka beri support. seb baik mak aku tak macam tu.

      bile aku cakap, awatlah aku ni tak pandai, sure die beri kata2 perangsang sampai aku nak study elok2.hehehe

  4. Owh, ni kira kes buruk sangka la ye…memang mentaliti orang kite kebanyakanya begitu, suka buat konklusi yang tak sedap, walaupun perkara itu benar, lebih elok berfikiran positif kan…
    .-= rashid´s last blog ..Jangan Buruk Sangka Tak Pasal-Pasal- Nanti Buruk Padahnya- =-.

    • yes.orang kita kan selalu macam ni.asal orang tu selekeh2 n helmet mabeles sket kate mat rempit. boring tapi kite hidup jangan ikut sangat rentak orang lain. wat mende yg kite suke jnji hepi.kehkehkeh

  5. haha.. aku ingatkan ko nk cari gaduh ngan sape la tadi. hmm… betul tu, orang suka pandang suku mata. sampai sekarang pun orang duk pandang aku suku mata lagi. tapi biar je la, aku tau mana tempat aku. x kisah sgt la ngan mata orang.

    beb, ko byk typo kat atas tu. baiki la kalau rajin. 😀
    .-= Azah´s last blog ..Winter Sonata Actor Park Yong Ha Commits Suicide =-.

    • muke aku cam org suke cari gaduh ngan orang ek?wakakaka! mata orang,akan nampak orang lain xbest aje.tapi, hidup kite…kena pandai2 lah kan.biarkan ar diorang. janji hidup sukses. camne tu, setiap orang lain lain2 😉

  6. wah… kecik2 comel tp ganaz2… mesti ms tue cute gile cik lizzz…. huhuhuhu

    brader suke tul kt dak kecik…
    .-= meo188´s last blog ..Kanben TV- Utamakan Keselamatan =-.

  7. ko nakal ke wei?
    kalo kata2 busuk x memotiwasikan kite cmne pulak???
    Habis la kiteeeee….~!!!!!

  8. aku kawen 32hb 13.

    *lari topik

  9. aku sedang cuba dok praktis pandang org suku mata ni. tapi takleh pun..tak jadi pun..
    aliran mana ni wei pandang suku mata 😛

  10. Ehehe, samalaa kita nakal kak.. ada satu hari tu, feez tak pernah ponteng. then sengaja nk ponteng sbb masa tu kelas bio.. lab plak tuh.. lps tu ada laa sahabat ni pulak pegi calonkan feez jd pengawas..

    tp terkantoi plak dgn guru sbb ponteng kelas dia. terus dia ckp dkt sahabat yg calonkn feez tu tak payah ambil budak tu jd pengawas..takde disiplin..

    see, baru sekali.. dh chop org bukan2.. padahal org yg teruk dan tak buat kerja sekolah langsung dia bangga2 kn..
    at last, tolak terus jawatan pengawas sbb terasa dgn cikgu tuh.huh.

    • hmm,kalau cakap pasal cikgu2 camni memang tak bley blah ar.nyampah kadang2. dah pernah jadi kat myself dulu. Silapnya sekali,tapi dok pandang rendah orang sampai bila-bila. tak suke.hehehe.

  11. besa la tu nakai kat skolah…
    asalkn bila dah besaq jadi orang… kan? 😉

    jangan skolah skema gila bila dah abih skolah
    baru nk buka mata tgk dunia..
    tu yg jadi kejutan smpai ‘sesat’ nak balik tak buleh dh
    .-= zaryl´s last blog ..4 Gaya Pemanduan Yang Tak Sepatutnya Dicontohi Pemandu Di Malaysia =-.

  12. ganaz la akak nih…hehehehe
    .-= apiih´s last blog ..Budak 12 tahun ditahan kerana “Melepaskan Angin” =-.

  13. ganas boleh join gusti bes gak kan..nakal kat sekolah rendah kadangkla boleh dimaafkan berbanding dengan nakal kat sekola menengah
    .-= ishak´s last blog ..Oh marshanda I love you =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge