Idea berblog hilang?

Artikel ini ditulis oleh : Fazreen

p/s: Baca blog personal Een jugak. Tak rugi woo

Ini masalah juga ni kalau tengah nak update blog tiba-tiba idea hilang begitu saja ibarat ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di waktu petang. Ish ish ish. Aku yakin 275% yang korang mesti pernah alami masalah tak ada idea untuk menulis di blog bukan? Korang jangan tipu lah kalau korang cakap tak penah tak ada idea untuk berblog. Even orang yang minat menulis, yang memang semulajadi kreatif dalam penulisan pun kekeringan idea inikan kita yang menulis entah apa-apa kan..haha

Ini kes orang putih cakap ‘burn out’ – dah tak tau nak tulis apa. Masa ni lah mood untuk berblogging akan hilang dan seterusnya mati begitu saja. Sampaikan blog sendiri pun kena kebumikan. Apa nak jadi? Penat-penat buat blog, belajar itu belajar ini tapi give up separuh jalan. Tak jantan la kan. Sekarang ni berblog biar sampai dapat kumpul duit untuk kahwin baru rock. Kali ni aku nak kongsi sikit cara aku macam mana nak atasi masalah-masalah kekeringan idea untuk menulis. Dalam erti kata lain cara-cara untuk dapatkan idea untuk entri blog.

1) Membaca!

Dulu masa sekolah, before tamat sesi persekolahan cikgu selalu pesan “murid-murid jangan lupa baca buku kat rumah” . Aku memang mengaku yang aku seorang yang malas membaca terutama yang berkaitan dengan study. Malas tahap langit ke 7 dah aku punya kemalasan ni. Tapi semakin meningkat dewasa minat aku terhadap membaca semakin bertambah. Tambah-tambah bila dapat online.

Aku ada list aku sendiri, blog dan website yang memang akan aku baca untuk tambah pengetahuan aku. Membaca ni perlu bila kita melibatkan diri dalam dunia blogging/penulisan atas talian (ayat tak nak skema kan). Dengan membaca saja apa yang kita tak tau akan kita tau. Tapi..ada tapinya..bila korang baca korang jangan la baca macam tu je. Sebab baca sahaja tak akan kemana.

Apa yang aku buat. aku akan buka notepad dan taip tajuk atau pun isi-isi yang aku rasa menarik. Setiap kali aku jumpa tajuk yang best atau isi yang menarik akan aku masukkan dalam notepad dan save. Setiap kali aku nak tulis entri baru aku akan buka balik file tadi dan tengok balik tajuk-tajuk yang dah aku tulis.

Lagi satu..kenapa aku syorkan membaca ialah sebab korang boleh belajar macam mana gaya entri yang boleh dibuat baik dari segi penulisan entri atau pun persembahan entri. Ini baru super cool. tak lah entri blog korang rasa mendatar je.

2) Diri sendiri!

Ini yang paling aku suka la. Kat atas tu aku ada bagitau kan yang aku ni bab baca membaca ni memang malas gila lah. Kalau rajin dah lama aku buat medic. haha. Tips ni memang boleh buatkan pembaca blog merasai apa yang korang rasa. Apa yang korang boleh tulis pasal diri korang ialah tentang pengalaman korang sendiri.

Pembaca suka real story yang dapat bagi dorang motivasi. Pembaca tak suka baca entri yang tak ada jiwa. Pembaca akan rasa seronok dan teruja nak baca kalau entri tu penuh dengan jiwa. Biar pembaca dapat rasai apa yang penulis rasai. Kalau korang happy biarlah pembaca blog korang rasa happy juga.

Amacam? ada bran nak buat entri macam tu? Kalau korang tak ada sangat idea nk berblog cuba tengok diri korang. 10001 cerita ada pada diri korang. Tak percaya? Cubalah try dan test..haha
Itu aku punya style lah. Tapi kalau korang nak lagi banyak tips,  aku syorkan korang baca entri blog ini http://mkakan.com/12-bloggers-reveal-how-and-where-to-get-blog-post-ideas/ . Nah 12 blogger seluruh dunia berkongsi tips macam mana nak dapatkan idea untuk berblog.

Aku rasa sampai sini dulu la entri guest blogging kali ini. Jumpa lagi di lain entri. Wishing you all the best!

Artikel Berkaitan

52 responses to “Idea berblog hilang?

  1. aku rasa mcm da takde mood di alam maya

  2. Bila hilang idea jangan tulis panjang-panjang …just buat je simple entri dan nak best buat entri pertanyaan pasti ramai yg reply dan itu merupakan idea utk menulis.
    .-= denaihati´s last blog ..Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya =-.

  3. memang susah berblog kalau takde idea, tapi blog adalah for fun n our story.. asal kn kita puasa ati..
    .-= kami´s last blog ..Monyet Suka Lepak =-.

  4. sekali sekala kena gak burn out nie tapi cepat2 bukak folder gambo lelama amik apa yang patut then post kat blog. lega sket lah kan
    .-= CikLilyPutih´s last blog ..Live Blogging-Korang Cam Ne Nak Guna Twitter Nie ek =-.

  5. setuju dengan membaca.

    idea tak minta dicari. dia datang sendiri.

    yang kita boleh buat adalah sediakan ‘suasana’ atau ‘situasi’ yang membolehkan idea tu datang kat kita.

    ‘situasi’ yang bagus itu bergantung kepada individu. ada orang masa dalam toilet la idea paling banyak datang. ada orang masa dia layan lagu idea baru datang.

    tu pandangan conteng conteng. =)
    .-= fadhli hamdan´s last blog ..Kejadian di KFC Tesco Ampang =-.

  6. hoho.. hebat si een buat entri.. masuk ni dah berapa blog dia jadi author? gyahahhaahha..

    mmg slalu sgt takde idea nak update, tapi bila dah lepak luar dan release tension, ngadap PC aje dapat idea.. best kan macam tu..

    tips een pon leh pakai, kene rajin la copy paste tajuk2/isu2, takpon subscribe blog yg best2 utk dapatkan idea.. paling senang bookmark 🙂
    .-= syahirul´s last blog ..Terima kasih Cik Rina =-.

    • mmg best si een ni. kirenye, kalau kawan ngan die..mmg xkan rugi ape2.wahahaha! tapi, yg penting die xsolo ar. ngehehehe.

      aku, kalau dah xtau nak update mende..mmg dok diam2 aje. tak ade rase bersalah sangat if xdpt tulis entry time2 gini. xgune nak pakse2 diri update blog tp hasilnye merepek.

      tp,depends lah. if blog tu mmg totally personal shud be ok nk update ape2 pun. tp,cam blog yg ni aku mmg limit kan sket cite personal.bile xder mende nk share, biarkan aje for few days.hehehe

  7. aku tak pandai buat entri personal life story..masih tak yakin nak berkongsi dengan orang ramai. jadi aku mengelak nak tulis diari. better menulis tentang isu semasa, but try making it in an interesting way..tak nak lah sama je..baik tulis paper..hehehe
    .-= Faizal @ FTN´s last blog ..Unfortunately- I Dont Give A Damn About Justin Bieber =-.

    • aku lak, asingkan blog for diari idup aku ngan isu2 semasa neh. bukan sebab tak minat ke ape cume lebih senang macam ni. cume, kadang2 je letak sikit life story here.ngeheheh

  8. nice one! i can totally relate. asyik nak update tp xde idea. so klau skali dtg idea, trs draft on d spot. at least simpan je tajuk tu kat draft, nnt2 boleh guna 😉
    .-= bubbles182´s last blog ..Another well spent weekend in Penang =-.

  9. aku pon same….dh xder iedea nk tulis pe lam belog aku yg sememangnyer mengarut tu hahahhaha…
    .-= eiyda´s last blog ..Bulan Ramadhan Datang lagi =-.

  10. Yeah, tips yang sungguh bagus untuk saya yang memang selalu ‘burnt out’. 🙂
    .-= amirulfaiz´s last blog ..Petai- Seikat RM1 =-.

  11. klau idea untuk berblog hilang .. saya suka berblogwalking and post entri pasal kontest .. haha
    .-= zqah´s last blog ..Lagu Tema OST Duyong Aridinata =-.

  12. waa..betul2…sllu rasa cm blank tetibe..tp kadang2 ckp je tade idea..sedar2 jeda taip bjela…hehe
    .-= miera´s last blog ..saya yang keunguan =-.

  13. menulis utk mengorat seorg gadis (awek blogger) sbnrnye… harap2 dia perasan… huhuhuhuhu :p

  14. aku suka blogwalking, baca feeds blog2 yg aku follow, tengok gelagat org kat dunia nyata, baca surat kabar lama, tengok movie.. dr situ mcm2 boleh dpt idea.. cuma masalah aku ni, bila tgh syok2 taip entri tiba2 jadi blank.. kt draft blog aku dh berlambak entri yg tak habis tulis.. ada yg dh delete sbb lama sgt peram xtau nk sambung ayat ape dah.. hahahaha..

    mcm Jaws ckp, blogger kene berdisiplin.. setkan hari dan masa untuk update blog.. pastikan konsisten.. bile aku fikir2, betol gak.. kene praktikkan.. kalo bleh anggap blog tu sebahagian drpd tugas penting dlm hidup/kerjaya kita.. boss suruh update sekarang.. tak buat, takleh gaji.. ape cer? hehe..
    .-= Anarm´s last blog ..Polis tumpaskan skim cepat kaya =-.

    • bab disiplin tu memang btol. aku now ni, xder disiplin dah!wahahaha. hal2 tak best yang jadi kat alam maya ni sikit sebanyak wat mood nak berblogging kureng tapi xlah teruk sangat. cume, kureng sket.hahahaha!

      draft aku bergune. asal xder tajuk je nak goreng…bukak draft n sambung ikut tajuk yg dah ade.hahahaha!

  15. Fenomena idea berblog hilang memang dah menjadi kebiasaan bagi seorang blogger. Tapi bila da samapai “seru” tuh ada jugak la nanti idea blogging tuh 😉
    .-= hafidz´s last blog ..Album Review – Yuna Decorate =-.

  16. betul2
    kadang2 bila tak tau nak tulis apa, saya letak lirik lagu je
    hehehe
    .-= tehr´s last blog ..Senandung Lagu Durian =-.

  17. ade pnulis jmputan leh la update blog walopon tuan empunya xde idea..huhuuhu.mcm aku..terbiar jerk cmtu..ahaha
    .-= apiih´s last blog ..Belajar Ilmu Pukau Dengan Mudah =-.

    • wahahaha! yang itu betul tapi kalau kat blog aku neh, memang alhamdulilah penulis jemputan yang request nak tulis kat sini..so, ade lah update.ngeghehe

  18. ni amal kan minum teh campur halia ..grenti idea dtg blk..hehe
    .-= kami´s last blog ..Ayam Serama Betina =-.

  19. Kekadang idea tu banyak yang dtang,Msalhnya nak kembangkan idea tu.Tajuk ada tapi isi xder..huhu
    .-= hanif´s last blog ..This Is MyKad =-.

  20. kalau dah masuk katagori pro, memang tiada masalah nak update. bangun tengah malam buta pun boleh jalan. kalau masih nak merangkak, memang selalu blank nak update.
    TQ

  21. ‘burn-out’ … aaa.. kadang2 buntu amat. Di tambah lagi dengan tugas / tanggungjawab yang lain… nak buka internet pun payah… tambahlah bersawang web / blog…

    neway , good tips che Liza ~_^
    .-= budakhutaN´s last blog ..PRAMLEE &amp SALOMA =-.

  22. Wan

    penulis jemputan
    kadang2 tu nak tulis blog tapi buntu,xda idea
    .-= Wan´s last blog ..Perkhidmatan Internet di Malaysia =-.

  23. selalu juga takde idea..great tips..memang fazreen punya penulisan cukup saya kagumi..gaya dia lain dari yang lain..sama macam melz…macam mana dia berfikir ya?hik3..kena berguru lebih ngan fazreen ni….
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kenapa Wanita Suka Membebel =-.

  24. Salam.
    Dah ada idea baharu?
    Saya ada sesuatu untuk dikongsi…
    TQ

  25. saya selalu gak kena masalah ni. Tapi takpe, itu kan asam garam blogging.
    .-= zuls´s last blog ..ChurpChurp Program Buat Duit Twitter Paling Senang =-.

  26. yeah tips terbaik dari liza razak untuk blogger newbie macam aku thanks for share 😀
    .-= ishak´s last blog ..Aksi budak sekolah terlampau =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge