Lelaki Kalau Dah Sayang, Awek Buat Palat Pun Tetap Setia ek?

Lelaki kalau dah sayangkan awek, even awek buat palat bagai pun memang akan tetap tunggu dan sabar ek? Saya betul-betul nak tahu jawapan jujur daripada lelaki. Bukan apa, mendengar masalah kawan-kawan buat saya berfikir dan terus berfikir tentang hal ini.

Betul ke? Sejauh mana kebenarannya dan saya nak tahu jugak sebab apa perlu nak setia sangat dengan janji padahal pihak yang satu lagi (girlfriend) tu dah buat macam-macam yang buat hati lelaki ni kecewa dan sakit hati gila. Cuma, belum gila sangatlah.

Oklah, lain orang lain kan cara dia berfikir. Rasanya tak fair kalau saya sendiri tak beri pendapat kali ni. Sudahlah entry sebelum ni yang saya minta pendapat you all semua, saya tak buat entry. Bukan apa, sebenarnya tak bajet pun akan dapat komen-komen bernas dan kaw-kaw. Rasa macam tak payah buat entry pun masing-masing dah boleh dapat something.

So,kali ini. Biarlah saya terus beri pendapat saya aje ok!!

Kalau sebut pasal hubungan antara lelaki dan perempuan ni, sejujurnya kalau saya tak ada apa yang lebih penting daripada soal respect each other. Baik lelaki, mahupun perempuan. Sama-sama kena respect. Kalau tidak, memang tak kemana lah hubungan tu.

Mungkin pada awalnya, nampak ok. Tapi, lama kelamaan salah satu pihak akan terasa “sesuatu” yang tidak kena dengan hubungan tu. Bukan sekali dua ya saya dengar kes macam ni. Maksud saya. Bila sebelah pihak tak ada rasa respect pada pihak yang satu lagi. Tapi, pihak yang “teraniaya” ni macam penuh kesabaran masih lagi tercongok untuk tunggu keajaiban berpihak pada dirinya.

Wah, boleh gitu tunggu keajaiban? Ok,untuk kali ini. Kita amik contoh lelaki ok as orang yang teraniaya tu.

Apa yang lelaki rasa bila pasangan dia buat macam ni? Couple tapi tak ada rasa respect langsung. Susah sangat ke? Respect yang saya maksudkan dekat sini macam, si awek  nak kemana-mana beritahu pada si lelaki ni. Kemana-mana bukan maksudnya nak masuk toilet or nak pergi kedai depan rumah ya kawan-kawan semua. Sila matang sikit bila berfikir. hahaha! Susah sangat ke nak respect pasangan sendiri??

Susah ke? Ok, macam mana pula dengan yang ini. Bila awek nak buat sesuatu dengan lelaki lain macam ada pekerjaan yang memerlukan mereka berdua saja dan ini boleh menimbulkan rasa cemburu kalau pasangan lelaki dia jenis agak cemburu, susah ke nak beritahu pasangan dia awal-awal. Bukan apa, tunjuk rasa respect, tunjuk walau apa-apapun pasangannya akan tetap diutamakan. Susah ke???

Lagi 1 contoh apa yang susah sangat nak respect pasangan sendiri. Ok, si awek ni tahu dia ada pasangan dah. Perlu dijaga hati, secara logiknya. Kalau dia waras. Tapi, bila ada lelaki lain yang cuba “test” nak mengorat dia. Dia tak bersungguh-sungguh menolak pelawaan lelaki lain tu padahal dia tahu perkara ini akan buat teman lelaki dia kecewa. Macam mana?

Lelaki, apa yang korang rasa kalau ada teman wanita tapi tak tahu nak respect korang. Bukan respect yang gila-gila macam korang ni anak raja. Tak, respect yang berpada-pada lah. Tahu korang ni pasangan dia, tahu jaga hati korang dan seboleh-bolehnya tak mahu buat korang kecewa dan sedih.

Bila dah tak ada rasa respect, macam-macam perkara palat boleh jadi and boleh rasa. So, lelaki. Korang akan “simpan” jugak ke teman wanita macam ni? Just give your opinion. Maybe ada yang perlukan opinion korang kat sini 😉

Artikel Berkaitan

65 responses to “Lelaki Kalau Dah Sayang, Awek Buat Palat Pun Tetap Setia ek?

  1. bagi aku palat di situ adalah pasang lain… yang tu aku takleh terima… yg lain2 yg tak melibatkan org ketiga aku maafkan lagi….

    sekian
    .-= paeh´s last blog ..Konklusi Julai 2010 =-.

  2. Bleh thn jgk soalan kau ni.
    Aku rasa isu hal duduk bedua buat kerja bleh trima lagi, isu x tolak laki lain bersungguh2 tu aku accept lgi.

    Slagi x kahwin slagi tu aku x gain control 100% kt dia. Lgipun lumrah manusia mmg mcm tu..suka lau ada orng bg perhatian. Nk2 laki yg try pikat awek aku tu lgi power ke, lgi caring ke. Mau x tergoda ppuan tu.

    Asl dia crita kat aku, x crita pun ok je, tpi jgn r smpai satu kolej tersebar yg awek aku ni bnyk skandal ke, smua laki kejar, nk tackle. Awek aku plak mcm gedik2 mengada-ngada lyn mcm nak tak nak.

    Mau berasap telinga dengar orng mengata mcm2.
    “Eh, aku tengok awek kau kuar ngan laki xx, hari tu nmpk dia kuar ngan lki yy.”

    X ke trasa kecik hati tu? awek kuar ngan laki tu, laki ni.
    Scara teori yup itu hak dia, nk2 aku blum kahwin ngan dia. Ska hati dia nk kuar ngan sape pun…..tpi cm xde ikhlas r bercinta buat gaya cmtu.

    Yg pling tk blh thn lau awek tu pasang lain. Psng mean ada bf lain. Bf yg diiktiraf, bkn skandal r.

    So mybe lau aku btul syng2 aku bgi chance r dlu untk dia brubah. Tpi honestly aku akan ada rasa curiga, pyh nk percay….so better break up trus r.
    .-= adziim´s last blog ..Pesakit- kadang-kala kena kejam dengan mereka 2nd story =-.

    • hmm,masa mula2 baca komen kau ni aku rasa macam kau nak menidakkan apa yang aku tulis, tapi bila dah abis baca komen ni aku rase kau setuju plak ngan aku.hehehe.

      kan?pasti kau menyirap kau? pada aku, bila kita sayang n tau respect orang yg kita sayang..kena show something lah. kalau pada aku, kalau tak buat salah…apa salahnya inform dulu. elakkan daripada boyfie kita rasa tersisih. pada aku lah

    • nazmack

      salam.. aku x tw nk luahkan kt spe lg.. aku hrp, korg sume izinkan aku luahkn kt sni.. for information, skg aku rase sgt tertekan sbb tunang aku curang ngn aku n men blakang aku.. padahal ktorg bru jew lps 3 hari bertunang.. jjr aku ckp, aku mmg syg gile kt tunang aku.. tp x sgke dye sggup lukekan ht aku smpai hancur mcm nie.. dye berhubung ngn laki len syp2 tanpa pengetahuan aku.. ble da kantoi, mcm2 alasan dye bg.. sdgkn bende 2 sume da trg mmg dye curangi aku… tlg la fren.. ape yg perlu aku wt skg.. aku da cube nk lpskn dye.. tp aku x mmpu cz aku terlalu sygkn dye.. pada masa yg same, ht aku tersangatlah hancur n terluka.. plz… help me.. mcm mne aku nk kuar dr sume masalah nie..

      • anoymous x

        entah la aku lak kes begini…

        aku baru ja kapel ngan awek aku ni…
        kenal gitu2 dan 4 tahun..kapel baru ja beberapa bulan..

        aku nak tanya la weh..

        if tiap kali aku date ngan awek aku..even dia bawak adik dia..asal time tgh date ja..hp dia selalu bunyi sms..

        aku xbrani la tnya sat g dia pk aku kongkong dia

        aku ni bodo bab kapel ni..banyak bab2 petua aku kena fahami…

        dan satu g… salah ka aku kalau kat fb aku slalu komen or ucap ayat2 yang bagus la tuk awek aku?

        dan salahkah aku bimbang kehilangan awek aku? semua guys mesti sayang gf kan …

        so ada tips x? or pendapat…

  3. Setia ni ada 3 jenis:

    1. Setia yang ditunjukkan melalui kata-kata.
    2. Setia yang ditunjukkan melalui perbuatan.
    3. Setia yang ditunjukkan dari hati yang jujur.

    Setia yang paling bagus sekali ialah setia yang ketiga-tiganya wujud dalam satu masa… hehe. Wallahu`alam
    .-= rohaizad´s last blog ..Offer LinkInTxt dari Linkworth =-.

  4. hmmmm dah couple semua benda ok, nak layan bola germany…

  5. jgn jadi mcm hang tuah sudahlah setia yg tak sudah2..
    merujuk jwpn sedara rohaizad!

    yg penting kena ukur bdn sendiri..
    .-= [email protected] last blog ..Spain is great =-.

  6. persoalan dalam pasangan ni…aku pernah kena bila bekas awek aku cakap aku kongkong dia bila aku risau kat mana dia pergi

    persoalan…..

    1.pasangan kita tu boleh diukur berapa tahap palat dia
    2.point kesetiaan dalam diri dia,serius dalam bercinta..kalau dia dah memang serius..ajak khawin
    3. strategi cinta berdarah..kalau dia mintak bukan-bukan sebelum berkhawin (dia cakap kalau you sayang i mari kita buat ehem 2 kat bilik/semak/hotel/tandas) itu point yang membukyikan tiada kejujuran disitu

    4. strategi menghormati pasangan..kalau iman kita kuat jangan rasa syak yang bukan pada pasangan kita…..bahaya.,over cemburu agak bahaya

    p/s :tak faham ? aku tak faham gak..hua..hua..hua

    satu trik keyboard berdarah
    .-= ishak´s last blog ..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda =-.

    • ada sikit tak faham tapi bila baca 3 kali dah faham.hahahaha!! over cemburu tu memang lah tak boleh. cuma, respect tu maksudnya berpada-pada. mana yang rasa patut and secara logiknya dia patut buat…why not share ngan bf die. kalau bab semak tu…tu dah kira laki jahanam. maceh. wakakaka!!

  7. akak nak bersuara sikit bole x??

    nasihat hakak pada adik2 yg sedang bercinta2 tu..bila pasangan buat perkara yg kita tak suka..baik berterus-terang jer..tp kalau dia masih buat jugak benda tu..
    baik korang blah awal2..

    sebab bila dah bercinta, mesti nak kawin,takkan nak bercinta sampai seratus tawun plak kan??? pilihlah bakal isteri yg dpt menjadi penyejuk hati suami..renung2kanlah.. 🙂
    .-= makdara terdiva´s last blog ..orang kampung dan fesbuk =-.

  8. Cinta Itu Buta…owh,pedih tak?haha
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Kebaikan minum Teh Panas selepas makan =-.

    • jangan butakan sangat hati kite sebab cinta.wakakaka!! berpada-pada.jangan sampai jadi hamba cinta. jadi hamba Allah tak apa.pedih tak?wakakaka

  9. kalau sama-sama buat palat?
    hahaha.

  10. Kalau dah sayang,racun pun dikatakan madu..hik3..saya pun pernah terkena….ahaks…
    .-= eyriqazz´s last blog ..I Love to Touch My – =-.

  11. kalo dah sayang kentut pon mangi2 jek..wekk walopon muke da hijau tahan busuk..ekekke..lagpon bila ht da syang kan..wat pe jek ok..baik,.,bagus..walhal..bende tu xpatut dibuat pon..xke bo*** nmnyer tu..pergh..hahahaha..neway palat tu curang ke pe? ke wat taik? hahah

    **spain da leh masuk final..hope mng la wc2010 ni ekeke =p
    .-= eiyda´s last blog ..Tips hilangkan mengantuk bekerja- semasa musim Worldcup =-.

    • palat tu lebey kurang macam lalat lah.wakakaka! palat tu wat mende2 yang tak best lah. curang tu salah contoh palat dalam kategori couple.kikiki.

      bab kentut bau wangi ke apa, tak kisah. itu suka hati ar.muahaha. tp, bile dah terang2 partner kite tunjuk /kantoi perkara2 yang agak serius…boleh ke nak duduk diam?huhuhu

  12. Rasanya tak boleh tinggal terus, mungkin ada kekurangan dalam diri kita yang menyebabkan beliau tengok orang lain. Oleh itu, kenalah mengatasi kekurangan itu.. Yang sebenarnya, dua-dua kena percaya mempercayai..

    Lagi satu pasal niat, kalau niat nak berhubungan untuk berkahwin, insya-allah hubungan itu terjaga. Tapi kalau kerana nafsu je, memang berpotensi besar untuk mencari yang lain.. Kerana nafsu tidak pernah puas.. (Pendapat dari saya yang serba tak tahu ini..)
    .-= Jamal Rafaie´s last blog ..KOLEKSI ALBUM NASYID YANG NOSTALGIA =-.

    • Jamal, antara komen yang saya suka 😉 thanks. Betul jugak, kalaua ada niat nak berkahwin tu tapi orang zaman skrg ni memang ada niat nak kawen tapi tetap nak “test” nafsu ntah dari mana2 aje. huhuhu.

      saling mempercayai n respect, for me. if sebelah pihak aja yang respect n percaya..tak kemana jugak.

  13. yup, sayalah lelaki mcm tue.

    dipalatkan atau ditunjuk palat.

    tetap setia… syg sgt2…
    .-= brader luc´s last blog ..Rejected again- Pergi- kamu tak tau melukis- =-.

  14. masa bercintan2 kentut pun wangi. dah kawin kang, pakai perfume ape pun dikata bau bawang je. hehehe.

  15. bagi saya tu petanda awal bila kahwin buat perangai lagi teruk….bila dah kahwin lagi lebar gerakan dan mainannya hehe 😀
    .-= etomyam´s last blog ..Terima Kasih Advertlets Untuk Cashout =-.

  16. nak bagi pendapat gak boleh walaupun bukan lelaki? hehee

    firstly, kita kena define palat tu dulu. ada jenis palat yang sesetengah orang boleh tolerate, tapi orang lain tak boleh tolerate. contohnya ada jenis orang yang tak kisah awek dia social sebab dia pun dua kali lima, tapi orang luar pandang macam tak best sebab orang luar tu takleh nak tolerate perangai macam tu. macam contoh tak cerita bila ada lelaki lain tu, mungkin perempuan tu rasa macam tak ada makna pun, so dia pun tak ambil berat. sebab tu tak bagi tau. tapi kalau memang ada niat nak menggatal tu lain cerita la kan.

    secondly mungkin ada satu tuu perangai busuk dia yang org takleh tolerate, tapi other than that memang terbaik. ini kena compromise la pulak kan.

    and then, its a two-way road jugak. kalau lelaki tu pun buat benda sama, takleh la nak cakap lebih2 kat perempuan tu, kan. dan i agree point bila dah kawen baru la lelaki ada hak sepenuhnya nak control si perempuan ni.

    i tau lelaki banyak yang bila dah sayang, memang sayang betul. baguslah, i lega kalau ada lelaki sayang i macam tu. tapi kadang-kadang lelaki pun kena pandai menilai, perempuan tu layak ke dapat kasih sayang yang lelaki tu curahkan bergantang-gantang tu. kalau perangai macam hampeh, banyak lagi perempuan yang sanggup dan layak menerima kasih sayang macam tu 🙂
    .-= Cik Rouge´s last blog ..Haiyakkkk- =-.

    • boleh tak kalau i say thanks beribut2 lot kat u???wakakaka!!! memang apa yang u tulis semuanya tepat n i setuju! so, pada lelaki yang sayang sangat2 pada ur girl..kena bijak menilai ok 😉

  17. Tatau nak cakap apa. Hahah sebab tak pernah couple pun 😉
    .-= Zida´s last blog ..Budak Malang di Hari Mulia =-.

  18. cinta tu buta
    semua orang dah tau ni…

    bila dah tau cinta tu buta, toksah le ikut sangat
    orang buta pun kita takleh buat panduan untuk laluan kita
    fikir betul2 dan cari jalan lain yang dapat membawa kita ke matlamat kebahagiaan
    .-= tehr´s last blog ..Lagu Rasmi Negeri Pulau Pinang =-.

  19. kalau sy kan..respect diri sndiri dulu..br org respect kita..
    .-= cylia chel´s last blog ..Peringkat Dalam Hubungan =-.

  20. een

    orang macam ni aku ada 1 qoute

    “fuck her, shoot her, feed her”

  21. yang jahat

    Salam…aku nak tegur sikit..

    Penggunaan perkataan palat ini agak tidak sesuai kalau hanya untuk refer kepada perkara buruk yang pasangan buat. Curang/buat ona/menggatal mungkin perkataan yang lebih elok..lagipun tuan punya blog pun perempuan..macam kurang manis..

    perkataan tu sebenarnya merujuk kepada “anu” so …fikirkanlah..

    Ini teguran ikhlas..takde niat apa-apa…

    • salam…hah?serious ke palat tu anu? sorry..im not sure negeri lain but we all cakap anu not palat.mmg bunyi lebey kurang but not palat..palat means benda2 tak elok termasuk curang/buat ona n lain2.huhuhuhu.

  22. klu dah bercinta lama tu yang sayang nak di lepaskan.
    tapi tgok keadaan jugak le..

    rasa2 mana yang baik tuk diri sndri le, baik utk jadikan pasagan so teruskan.tapi klu dah melampau menipu mmg den reject jo..huhu

    yang suri paham maksud palat ni tipu? betul ke salah mintak miss liza betulkan..

    oopss nis skdar pdpt suri jer.jgn ada sapa2 terasa yer hehee

  23. saya selalu jadi mangsa…so what can i do..so stress la bila fikir pasal girl..ermm now nak hidup bahagia je..kalau tanak bahgia biarlah diorang dgn masalah diorang..saya mati sorang2 pun takpe janji bahagia.. sebab satu saat tu amat berharga untuk dilepaskan begitu saja.
    .-= Fitrihadi.com´s last blog ..Inspirasi- Bila Tiada Kaki Dan Tangan- Teruskan Bergembira! =-.

  24. nizam

    aku baru kena semalam. family aku semua berharap kat dia. last2 dia ada pasang lain.
    dia kerja di bukit merah. aku di kuala lumpur. mula2 aku ingat dia kerja macam biasa, rupanya malam semalam kawan dia bagitau kat aku yang dia dalam diam2 ada couple dengan jantan lain kat tempat kerja dia.
    hancur gilerrrrrr hati aku. aku da habis setia kat dia dari jauh, tapi dia wat aku macam ni. ni pun still nangis lagi. sedih sangat2. tergamak dia buat aku macam ni. :'(

    • hmm…..selalu sangat dengar kes macam ni. kesian dengan lelaki if ade gurl yg buat macam ni. lainlah kalau lelaki mmg jahat,so ini boleh dikira as balasan tp kalau lelaki jenis setia n gf buat camni…..haih.bersabar k

  25. mizDinzly

    hmm.. harap sgt2 dpt lelaki yg btul2 hargai,hormati n lindungi sy.. nk cr suami bkn bf lg dh.. huhu =)

  26. nice entry.. aku type taman setia.. keluar blog ni pulak.. deym.. hahahaha…

    semua yang ko buat point tu aku faham.. and aku kena.. tapi dulu mula-mula jela time couple setahun awal tu.. then dah lepas putus urat gaduh je bab2 kecik gini.. semuanya macam ok semula.. dapat pulak jenis girl aku ni lurus je..

    pesanan penaja.. hargailah orang yang anda sayang.. kekeke

    • bahahahaahah!!! thnx to google sebab telah menyesatkan kau masuk ke blog aku.kikikikiki. setiap perkara yg terjadi mesti ade hikmah n pengajarannyer if kite pandai amik ikhtibar 😉

  27. hey

    kalau tak respect sampai macam tu, tak perlu lah.

  28. zam

    bagus jgk entry ni sb sy antara mangsanya..bg pndpt sy lumrah kn lelaki akn twn ati gurl,dlm process twn ati die kita knelah byk brsabar.lg die ego lg kita mng klu kita brsbr..mgkn dlm bru2 lg die xrespct kita tp dlm mse sthun mgkn die akn brubh.lelaki kn ketua apa2 salah gurl die die la yg patot diprtggungjwbkn.xrugi pon kita buat bek..tp sy xsbr jd hncur la..kdg2 pelik jgk pk pangai ex sy 2.mgkn die prnh xjujur dgn sy n back kt bf die pastu bf die curng die back balik kt sy.sy xslhkn die sb kiteorg bru knl n mst die lbh syg laki 2 time 2.tp cinta 2 suci,klu xjujur mang musnah la

    • sorry,simpati jugak saya kat awak zam.. rasanya awak kena kenal hati budi gf awak tuh. cara cerita awak ni macam dia just “gunakan” awak time dia perlu je. ntahlah, susah nak cakap soal hati ni. jus fikir betul2 n jangan ikutkan perasaan sayang tak bertempat. nanti merana jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge