Terima Kasih Tapi Aku Dah Serik Sekali Lagi

Perhatian. Entry ini berbaur peribadi dan akan buat korang menyesal kalau baca sampai habis. In fact, baca suku pun mungkin boleh buat korang muntah darah sebab menyampah. Entry ini hanyir sebab semuanya macam kisah aku semata-mata. Ok, take note. Bila kata ganti nama “aku” dah digunakan, maksudnya memang entry ini akan jadi macam diari paksa rela.

Kenapa paksa rela? Sebab aku tak ada diari bertulis macam pelakon indon selalu tunjuk dalam sinetron. Bila ada masalah, cari diari then tulis sambil menangis teresak-esak. Aku pun tak tahu kenapa orang suka sangat menangis. Air mata aku mahal. Jadi, memang jarang nangis. If gatal nak nangis pun, aku pastikan bukan sebab kawan-kawan.

Buang masa menangis hal kawan-kawan. Aku selalu menangis dulu depan kawan, tapi diorang buat lawak. Jadi, tak payah. Simpan air mata masa sakit nak beranak je nanti lagi bagus.

(Garu kepala) Lupa nak tulis apa. Ok, dah ingat semula. Kau nak tahu tak menda apa yang aku dapat dengan berblogging ni? Tak lama pun, cuma 3 tahun je aku dalam dunia maya yang tak berapa nak maya lah.

Aku dapat mengasah bakat menulis aku. Wakakaka! Macam baguslah bunyi. Ok, aku melawak dalam serious. Sampai sekarang ni, aku akan rajin baca balik entry-entry sengal aka bodolisme yang aku buat masa 3 tahun lepas. Lepas baca, aku hentak-hentak kaki sebab rasa geli-geleman. Serious tak best! hahaha. Tak apa, aku belajar sikit-sikit.

Then, sampai 1 tahap. Aku belajar macam mana nak buat duit dengan blog. Alah, time tu aku bodoh-bodoh tanya si Ynn pasal buffered earnings Nuffnang. Sampai sekarang, aku tak pernah lupa jasa baik Ynn yang tanpa jemu menerangkan kat aku camna nak dapat BN tuh. kahkahkah! Tak senonoh aku pun, tapi aku reti kenal jasa orang. Maceh. bolehlah, dapatlah aku beratus jugak dengan Nuffnang tu. Beribu je belum.

Waktu tu, aku memang dah set dekat kepala otak. Ok, aku nak berblogging tanpa fikirkan bloggers lain. Maksudnya, aku tak nak close dengan sesiapa. Rasanya dah 1001 kali kot aku cakap yang aku memang ada alergi bab berkawan neh. kan? Tapi, aku fikir-fikir balik dengan saki baki otak waras yang aku ada neh. Why not aku beri peluang pada kawan bloggers pulak. Mana tahu mereka ni tak hantu macam kawan reality. Jadi, aku try.

Rasanya, first blogger yang aku agak close is Melz. Sumpah, aku banyak belajar tentang blog ni daripada dia. Ok, kawan-kawan. Aku nak promote dekat sini. Si Melz ada forum baru. So, jomlah meriahkan! Aku suka gila dengan colour forum neh sebab colour dia tak macam forum lain yang colour macam orang mati pasangan. Kelam aja. Forum Melz meriah! Red colour. hehehe!

Mula dengan melz, aku kembangkan sayap (rasa macam angel tapi tak lawa). Aku lepaskan sedikit demi sedikit rasa tak suka nak close dengan orang. Aku beri peluang. Alhamdulilah, ceria hidup aku untuk tempoh yang tak berapa nak lama. wakakaka!

Apa tidaknya. Baru kenal, aku ingat ikhlas tapi rupa-rupanya nak ajak berbisnes. Ajak aku tolong klik sana sini. Ok, aku tak bodoh untuk itu. Ada pulak yang email aku nak ask tips itu ini. Aku berikan tapi lepas tu kau hilang dibawa angin. Dahlah email pun guna nickname merepek. Fine. Halal dah ilmu tu.

Memang aku dapat ramai kawan. Kawan aku ada macam-macam perangai. Ada yang berbudi bahasa terlampau tinggi. Ini aku dapat lihat bila diorang beri komen. Kawan macam ni, style diorang beri komen super sopan. Macam hati-hati sangat sebab takut aku tak suka komen dia. Aku suka tapi memang susah nak close sebab aku jenis tak jaga bahasa sangat. Bukan tak reti bahasa, cuma tak jaga. hahaha.

Ada jugak kawan yang komen macam blog ni bapak dia yang punya. Guna bahasa kurang ajar. Biasanya, bila time aku approve komen macam ni. Kompem aku dapat dosa free sebab aku akan maki dulu sampai puas hati baru klik butang “approve” tu. Coolkan? Kan aku dah kata, aku akan approve semua komen  tak kira nak kondem aku ke tidak selagi tak ada ayat melucah. Cuma kena cukup syarat, kena maki dulu. maceh

Lately ni, aku jumpa gaya kawan baru pulak. Bergelak sakan dengan aku macam nak rak. Aku melucah main-main, dia panjang-panjangkan. Entah ayat laki bini keluar. Dalam hati nak sound tapi sebab sedar diri aku sendiri pun join, jadi tak payahlah. Aku gelak, dia gelak. Jadi, dalam hati aku cakap “bagus, ada juga manusia yang faham cara nak berlawak bodoh.”

Rupanya. Tak lama. Aku ingat diorang jujur dengan diri sendiri. Terima aku seadanya. Memang happy go lucky punya type. Boleh diajak bergurau bodoh. Sedih bila tiba-tiba bertukar topeng. Tiba-tiba menjadi serious, tiba-tiba menasihat macam selama ni diorang tak buat salah, tiba macam nak kata semua yang dah buat sesama itu tak elok. Ok, memang aku terguris macam kena gilis.hahahaha

Ok. Jujur, aku tak suka cara itu. Aku hilang respect dekat orang macam ini. Aku rela orang sound awal-awal. So, aku tahu dia tak suka. Jadi, tak adalah aku cuba berlawak macam nak mati dengan dia. Mulai sekarang, sejak semalam sampai saat ini aku dah jadi Liza yang dulu kembali. No more close friends. ahaks!

Im happy with myself. InsyaAllah, God  always with me. Dia yang jadikan aku, Dia yang tahu isi hati aku, Dia yang tahu niat aku, busuk-busuk aku pun..Dia tetap dengan aku bukan macam yang lain.

p/s: Wow! Best jugak buat diari paksa rela ni. Ilang stress. wakakaka. Selamat stress kan diri if korang terbaca! muahahaha

Artikel Popular

30 Thoughts on “Terima Kasih Tapi Aku Dah Serik Sekali Lagi

  1. huhu.. aku nk komen pun rs takut. jgn maki2 aku sebelum approve tu.. :p

    anyway, apa citer lak kali ni? pasal ko melucah malam tu ke? huhu.. ade org tegur ek? aku x perasan. x join sampai habis pun.

    btw, making friends is wut i do from this. but close friends, emmm.. gotta think twice.
    .-= Azah´s last blog ..(Tutorial) Style Your Facebook Fan Page With Greeting Message =-.

    • hahahaha. takpayah takut sebab jarang sangat2 aku maki komen unless memang melampau. hahaha. nisbah masih 1:100000 wakakaka!

      mana yang ikut kes meluc tu tau lah.hehehe. tak marah just keciwe cuz tot bile diorang melayan..maksudnye mereka ok berlawk but the facts is….. so, dissappointed lah sket. but, its oklah.

      start form now on, gotta think 100x before close dengan sesiapa. hehehe

  2. sama. perangai aku pon busuk. camne nk ilangkan? pakai sabon boleh huhu

  3. Bilalah ayang abang ni nak cool ya?
    Nampak banyak sangat stress`nya lately.

    p/S: menunggu entri yang lebih “sejuk” pula selepas ini…. :D
    .-= rohaizad´s last blog ..Ibu ‘terbang’ dari Sarawak terkilan dihalau anak – anak derhaka part 2. =-.

  4. oh yeah? macam tu ek? Bagi aku, kawan yang baik boleh gelak sama – sama, sedih sama – sama dan boleh terima apabila ditegur.

    apa cerita kalau kita menggunakan emosi dalam setiap perbualan / perhubungan, kalau ada benda yang tak setuju sikit mula la nak tarik muka, mulalah nak muncung mulut dan mulalah nak jauhkan diri daripada orang lain.

    come on, jangan senang senang tuduh orang lain hipokrit. nilai diri sendiri dulu sama ada diri boleh terima pelbagai ragam orang ataupun tidak.
    .-= Luth Textile´s last blog ..Apa yang penting? Kerjasama!! =-.

    • hye Luth, i do love u as my friend. adik pun yek. thats y bila kau sedih, i ask u samada kau nak share problem dengan aku or not. thats my way. i do luv to dengar masalah orang.

      i just shocked bila tiba2 kena tegur by someone yang mula-mula melayan. eyra n me was like terkejut aja bukan benci apa pun. boleh nak tegur, boleh nak nasihat tapi it will be nice sangat if beri senyap2. shud be enuff. bukan malukan ngan cara macam tu.

      neway, im sorry n yes insyaAllah nanti aku nilai balik diri aku. thanks nasihat me ;)

      • ntahla.. bukan pasal tu. cuma tak suka cara terima korang. tahla mungkin cara orang pompuan macam tu.
        aku tak kesah sebenarnya tapi bila dah besar – besarkan camni, siap buat posting lagi aku jadi kisah.

        come on setakat benda kecik macam ni tak payah dok kecoh.
        .-= Luth Textile´s last blog ..Apa yang penting? Kerjasama!! =-.

        • aku pun rase gitu.maybe sebab we all gurl kot. beza. hehehe. kau tak kisah tapi kau xtau aku ngan eyra sedih malam tu ;) tapi, tak adelah aku benci ke ape.alah, tak ada apelah. nama pun aku xsebut dlm ni. tp, i like u cuz bukan macam yg lain nak komen antu. thanks tau!

          sama-sama salah rasanya n for that im sorry again.

    • aku xtau nak kate ape,tapi aku sokong ngan luth…uhuhuhu
      .-= apiih´s last blog ..Patung Gergasi Sempena World Cup =-.

  5. susah nak komen bab kawan online sebab tak ada kawan rapat online, mugkin faktor ‘rakan sebaya’ yang tak ade..hehe
    .-= Kujie´s last blog ..Jangan keluh kesah walau engkau lelah, hidup ini tetap indah =-.

    • kehkehkeh. comei kak kujie neh! alah, nak ajak kak kujie joj we all pun, tak leh gak. ku ni sewel dos agak tinggi. weee~~~~ thanks comment lagi ;) suke suke :P

  6. alamak. aku nak terkencing jap sebelum komen.

    eh eh ter melucah.

    nak komen apa eh?

    malas lah komen.

    hahaahahah

    *aku gila

  7. still miang2 lagi tak? keh3.. best plak baca entri ni.. ilang stress aku.. maceh.. maceh.. :P
    .-= Anarm´s last blog ..Peraduan Copy dan Menang MP3 Player =-.

  8. Salam hari Jumaat.

    Wah, luahan hati di HarI Jumaat. Tak pe lah, apa-apa pun Rizal ucap Selamat hari yang baik setiap hari (sebenarnya tak tahu nak selit kat isu mana), tapi sebab ternampak tweet entri ni, tuu yang datang singgah : )

    p/s : ehhh lizarazak.com ni dulu bukan berbahasa enggeris ka entri nya?
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Mindless Ramblings, Rattan Furniture Sketches & Doodlings =-.

    • eh? in english? salah blog kot. kehkehkeh. luah kat blog sendiri aja yang boleh. nak tulis dalam diari pun buat apa sebab tak ada isu pun sebenanrnya. its normal kan dalam our life menda2 macam ni. just be positive lah. dunt worry.

  9. Salam,
    meriah tul blog awak ni…hik..hik
    .-= donnyien´s last blog ..Italy,hero to zero =-.

  10. erm… meo tinggal trus je kwn2 online yg sakitkan ati meo. bg komen2 mcm bagus. Tuhan je bleh balas segala kutuk maki die.

    kite online nk release stress bukan nk peluk cium stress..

    kite org online bukan utk cari musuh …

    tp cik lizz best! sporting… :D

    suke gurau2 scr onlline dan offline… yes! :D
    .-= meo188´s last blog ..Cabaran Kurus Sebelum Raya =-.

  11. mak aih..terketar-ketar lak nak tulis komen ni…aku sendiri setakat hari ni takde betul2 rapat dengan mana2 blogger, melainkan blogger tu memg kawan aku di dunia realiti.blogging utk fun je…setakat ni pun takde sapa nak tegur2 atau kritik cara aku berlawak ke apa..pengalaman aku tak byk la kiranya…mcm blogger skema lak aku ni.kui3

    Terbaru : Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar
    .-= fndrocka´s last blog ..Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar =-.

  12. bagi ko la kan, ko percaya ke dgn kwn2 di alam maya?
    .-= x-po´s last blog ..PELIKKAH LELAKI TIDAK MINAT TENGOK SUKAN? =-.

  13. buat ape yg bisa kamoo lakukan lizz..

    kamoo jujur lizz jrg org mahu buat begitu emm..
    .-= uruchimaru@kf´s last blog ..Alamat Rasmi Blog Uruchimaru – kf =-.

  14. Jangan stress sgt.. kurangkan stress dengan amalkan minum madu. Ini mesti kurang minum air kosong ni.
    .-= Syafrizal´s last blog ..Pameran produk halal tapi yang dipamerkan haram =-.

  15. stress…aku kadangkala layan lagu rock hohoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation