Perlu Ke Nak Tahu Sama Ada Orang Keliling Kita Sayang Pada Kita Atau Tak?

Perlu ke kita nak tahu samada orang keliling kita sayang pada kita ke tak? Apa pendapat korang ek? Semua orang, im sure nak and akan happy kalau orang keliling suka, selesa and sayang pada diri mereka. Mesti rasa macam dihargai. Kan? Tapi, kadang-kadang saya fikir, perlu sangat ke nak suruh orang yang kita sayang tu balas sayang kita balik pada kita. Hmm.

Kalau saya perlu jawab isu ini, saya akan jawab -tak perlu.

Itu jawapan saya. Jawapan jujur saya. Kenapa? Tak percaya? Suka hati . Terpulanglah. Cuma, pada saya tak perlu nak harapkan kasih sayang orang sangat. Kecuali, Allah dan kedua ibu bapa. hehehe. Insan-insan lain, bukan saya kata tidak perlukan kasih sayang mereka.

Cuma, kurang perlu sebab sejauh mana sayang mereka tu pun saya tidak tahu. Kalau kasih sayang Allah dan parent tu sah-sahlah kekal kan?

Sebab itu, saya kata. Saya tak perlu tahu samada orang keliling saya ni sayang pada saya ke tidak. Buang masa dan tak kuasa saya nak perasan. Saya pegang 1 prinsip tentang kasih sayang ni. Bila kita sayangkan someone tu seiklhlas hati, sebenarnya kita tak perlu nak harapkan orang itu untuk sayangkan diri kita balik.

Mak saya kata, kasih sayang macam ini baru ada keberkatan. Mak saya katalah tapi yang ini saya pegang dan saya percaya.

Itu pendapat sayalah dan pegangan saya. Lain orang, lain cara. Lain pendapat saya, lain jugalah pendapat korang masing-masing. Kita kan berbeza-beza. kan? Mungkin, antara korang yang tak sependapat dengan saya tentang isu ini. Well, bukan perkara baru pun.hehehehe.

Mungkin, ada antara korang yang cakap gila apa kalau kita sayang orang mati-matian tapi dapat tahu orang tu tak sayang kita pun sebenarnya! Memang gila dan orang gila saja yang tak akan geram kalau jadi macam ni kat diri sendiri. Im sure, semua akan kecewa kan kalau dalam situasi macam ni.

Atas alasan itulah, saya menyarankan korang tak payah nak mengada-ngada mengharapkan sangat kasih sayang orang lain kat diri korang. Boleh saya paksa macam tu tak? wakakaka! Oklah, sebenarnya. Apa yang saya nak cakap is kita ni hidup tak payah nak menyusahkan diri sendiri.

Jalani hidup dengan tenang. Jangan cari masalah. Biar masalah datang sendiri. muahaha!

Ok. Serious balik. For me, the reason why saya tak berminat nak tahu samada orang yang saya sayang tu sayangkan diri saya atau tidak adalah kerana tidak mahu terlalu berharap dengan orang itu. Itu aja alasan saya.Simple. Iya lah, kita fikir secara logik akal.

Memang sakit kalau ada insan yang kita sayang, kita ikhlas dengan dia, kita ada niat nak jaga dia dan bersama-sama dia waktu susah senang, tiba-tiba bila kita tanya face to face pada dia sendiri samada sayang kita atau tidak dan reaksinya NEGATIF. Jangan fikir hati manusia ni semua sama dengan hati kita ye kawan-kawan ;)

Erk. kalau manusia normal, im sure hati macam kena gilis dengan keretapi kan?

Kecewa beb. So, tak payah lah nak ask sangat hal kasih sayang ni. Lagi satu, tak perlu nak buat strategi merepek macam kawan-kawan saya. Sibuk sangat nak tahu sejauh mana pasangan diorang sayang kat diorang, sampai sanggup menyamar jadi orang lain dah try mengurat. Huwaa!

I called them manusia psiko! Serious ar wei.

Tak perlulah nak buat kerja bodoh tu. Eh, sorry ek kalau ada yang terasa. Saya terpaksa guna ayat bodoh neh. Terpaksa sebab tak ada ayat lain yang lebih sesuai. weee. Tapi betul kan? Menyusahkan diri sendiri. If positif, then oklah. Bayangkan kalau negatif, wallawwe! Menangis air mata lumpur jawabnya.

So, tak payahla nak amik tahu sangat kot orang sayang kita ke tidak.

Kalau saya. Cukup saya tahu, siapa insan yang saya sayang. Bila saya kata insan, bukan bermaksud bakal suami saya saja ya. Insan tu manusia-manusia yang saya yakin Tuhan dah berikan dia as “special present” for me dalam dunia neh. Jadi, i will love them seikhlas hati. Soal mereka sayang atau tidak pada saya, bukan urusan saya.

Itu kata saya. Apa kata anda?

Artikel Popular

42 Comments

  1. missizah says:

    ckuplah tahu Allah & family yang sygkan kite..
    kalau org len syg pon, tu hanya satu kelebihan sementara..

    tp sygilah diri sendiri dlulu
    .-= missizah´s last blog ..Orang tanya lain- lain yang ditafsir =-.

    • Lizz says:

      betul. orang lain tu sayang maybe sementara aja :( so, tak payah nak perasan lelebey.hehe. sayangi diri, Allah n parent, family terbaik kot ;)

  2. diden says:

    emm.. biasala kan, hdup kt dunia ni mahu disanyangi dan dikasihi

    tp ak sendiri tak mnghrp sngt ssorang tu mmnyangi aku, itupun klau ak tau dia btul2 mmyangi seiklas hati..

    dan hkhirnya, kwen.. hehe
    .-= diden´s last blog ..Meebo vs Wibiya vs Gigya memasang widget toolbar dalam blog secara percuma =-.

    • Lizz says:

      hehehe. kawen tu 1 hal. itu sayang antara lelaki dan perempuan. tapi, ini umum. malas lah nak amik tau sangat org tu sayang ke tak kat kite. bukan xnak langsung, boleh tp jangan sampai jadikan menda tu 1 kemestian kot. huhuh

      better sayang tu biar ikhlas

  3. Cik Rouge says:

    apa kata i? nak sayang, sayang. tak nak sayang, sudah. hai hai bye bye hahahaa.

    itu lah kadang-kadang takleh tunjuk sangat kita sayang orang obvious sangat. kena ego-ego sikit, main tarik-tarik tali sikit. especially kalau lelaki-perempuan punya relationship la. ingat lelaki suka ke perempuan yang “desper” dan “easy” sangat?? (eh, ni i terkeluar tajuk ke eh? hahaaa. bantai la)
    .-= Cik Rouge´s last blog ..Almost there- =-.

    • Lizz says:

      even terkeluar sket topik tapi i loike komen u.kikiki. betul. i ada ramai geng lelaki n btol ape yang u tulis tu hal desper :P

      samalah, i rasa..if nak sayang orang..sayang je. terpulanglah. if dia sayang kite balik, rezeki. if tak, pandai2 lah Allah kan ada ;)

  4. eiyda says:

    aku setuju ngan ko…
    aku xkisah lah org lain nk sayang aku atau tak..yang aku tau,,aku sayangkan mak ayah, family, adek beradik dan kawan2 aku dengan ikhlas tanpa mengharapkan ape2 balasan pon.Mungkin sebab aku ni jenis penyayang kot..eekek.so, semua org yang aku knal aku sayang…dorang tak sayang aku?lantak dorang la kan..hahaha kos sayang aku tak? ekekek =p
    .-= eiyda´s last blog ..Nak Blue Bear takmeh2 i ajar cam ner =-.

    • Lizz says:

      kos ke ko? wakakaka! aku sayang semua orang yang tak buat hawau dengan aku. slagi tak tikam aku dari belakang, aku kawan n syg je ngan semua orang tuh. aku jaranglah nak dendam2 neh.malas. sayang2 best sket.happy idup aku.muahahaha.

      tp,manusia plg aku sayang Allah, parent, family n close frenz aku.hehehe

  5. Luth Textile says:

    Bila kita sayangkan someone tu seiklhlas hati, sebenarnya kita tak perlu nak harapkan orang itu untuk sayangkan diri kita balik

    i like this.. i like this enty liza!
    .-= Luth Textile´s last blog ..Jauh Perjalanan Luas Permandangan- =-.

    • Lizz says:

      alahai, maceh budak segan goreng telur!!hahahaha.
      better macam tu Luth, bila sayang orang biar ikhlas. selebihnya serahkan pada Allah.

  6. klcitizen says:

    manusia psycho memang ramai.
    tapi setuju ngan liza, bila dah tua-tua ni memang terasa masa zaman muda dulu membazirkan masa dan perasaan je
    .-= klcitizen´s last blog ..Pengadilan yang pasti =-.

    • Lizz says:

      hehehehe. kan? btol.pengalaman mendewasakan kite jugak. tapi, nasib baik memang dr dulu jarang nak harap2 sangat. ada, tapi tak teruk.kehkehkeh. tu pun dah rasa, MEMBAZIR!!!!

  7. dah rase dh perasaan itu lizz! serik tapi nk juga cari huhuhu..
    .-= uruchimaru@kf´s last blog ..Alamat Rasmi Blog Uruchimaru – kf =-.

  8. nyetok says:

    Selalu jadi silent reader jer, kali ni aku komen hahaha..

    Aku rasa tak perlu tau orang keliling syg kita atau tak, cukup dengan kita rasa je. Dapat rasa kan bila orang tu syg kita?

    Dua kumpulan manusia yang seboleh2nya perlu elak dari korek pasal orang tu syg dia atau tak. Orang yg jenis xleh terima rejection macam yang ko sebut dalam post ko ni; dan orang yang perasaan insecure berlebih2an..
    .-= nyetok´s last blog ..Apa yang best lastik sarang tebuan =-.

    • Lizz says:

      alahai, rasa aku nak buat party je ko komen. terharu biru!!hehehehe. betul kata kau. kita boleh rasa orang tu sayang ke tidak ngan kita actually. how? ada caranya. instinct n pandai2 lah. hehehe.

      tapi, orang psiko tak payah laya sangat.nanti kite yang jadi psiko :P

  9. apiih says:

    ye..ye..perlu..sume tue perlu..haha
    .-= apiih´s last blog ..Patung Gergasi Sempena World Cup =-.

  10. Fazreen says:

    aku suka part yg ‘hati pecah’ kalau kita tau sayang tak dibalas..haha..dan aku paling benci perempuan yg suka test2 ni…ngada + gedik.. :)

    jap..ko tgh syok kt someone ke? hahahaha…

    • Lizz says:

      kan? aku perempuan tapi aku cukup geli geleman kalo kawan2 aku wat aksi gedik nak test2 ni. hahaha. serius ar geli.

      syok tu selalu bukan skrg je.tak ada musim.muahahaha

  11. donnyien says:

    Salam,
    Tak perlu kot,tapi aku kompom bini aku sayanggggg sangat hehe.
    .-= donnyien´s last blog ..Monthly Bandwidth Transfer Red alert- =-.

  12. alfablue7 says:

    alah kt akn tau sndri la org suke kite ke x, selesa ngn kite ke x, syg kite ke x tak payah nak meyiasat umpama fbi bagai
    .-= alfablue7´s last blog ..Menyampahness =-.

    • Lizz says:

      tapi, percayalah. memang ada orang macam neh. pengalamn ngan kawan2 lah. psiko. sorry to say tapi macam tak ada maruah pulak bila jadi sampai macam tu.hmm

  13. x-po says:

    hanya dari awek dan parents je yg aku nak tahu syg ke tak kat aku..hikhik
    .-= x-po´s last blog ..PELIKKAH LELAKI TIDAK MINAT TENGOK SUKAN? =-.

    • Lizz says:

      ok, kalau untuk orang yang kau sebut tu..masih boleh diterima pakai.wakaka! tapi, awek tu tak payah sangatlah.unless betol2 dia “layak” dijadikan isteri ;)

  14. eyra says:

    sayang aku tak? hahaha

  15. zuls says:

    Saya rasa perlu tahu orang sayang ke tak, lagi penting perlu tahu orang benci ke tak.

    Kenal mana satu jadi kawan , mana satu jadi lawan. Barulah orang yang benci susah ambil kesempatan dan orang yang sayang mendapat sebaik-baik perhatian.
    .-= zuls´s last blog ..Tips SponsoredTweets CPC =-.

    • Lizz says:

      wow! ada betulnya jugak ur opinion ni.hmm. maybe betul cuma if ask me, memang malas sangat nak amik tahu sapa sayang me ke tidak. biarlah,tak kisah.hehehe

  16. Wan Perlis says:

    kita sayang org, org sayang kita

  17. syahirul says:

    tetiba aku syg ko.. hahahahaaaa
    .-= syahirul´s last blog ..Jom ke gathering GengBlogger =-.

  18. meo188 says:

    xkesah…

    asalkan die tahu, meo syg sgt2 kat die… huhuhuhu
    .-= meo188´s last blog ..Kanben TV- Utamakan Keselamatan =-.

  19. rohaizad says:

    Sayang orang kat sini tak?
    .-= rohaizad´s last blog ..Apabila blogger mendiamkan diri =-.

  20. ishak says:

    aku tak harap sangat orang sayang kat aku yang penting sekali dia jangan musnahkan apa yang penat-penat buat dan lakukan…..
    .-= ishak´s last blog ..Persepsi aku mengenai kesucian disebalik ada dara atau tidak =-.

  21. Ezad says:

    Salam Liza, bunyi macam kecewa..hehe, apa-apa pun kenalilah seseorang itu dan jangan membuat andaian tersendiri, jangan tutup pintu hati itu, kadang-kadang yang hitam itu putih dan putih itu hitam, tidak kenal maka tak CINTA.. :)
    .-= Ezad´s last blog ..Cubaan Suara 1-2-3 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge