seo

Perasan Tak Dunia Blogging Tak Macam Dulu Dah?

9 Jun

 Banner
  • Sharebar

Salam and hi semua! Wah, lama tak update blog sendiri. Tak payahlah tanya kenapa. Semuanya sebab si Streamyx yang lemau hangit tu. Dah 2 weeks ok dok layan tenet guna hp. Tak tahulah kabel mana yang terputus lagi. Sengal. But now, macam ok pulak. Try update blog ni secepat mungkin! hahaha.

Kali ni, saya nak sembang pasal dunia blogging. Perasan tak, lately ni dunia blogging dah tak macam dulu? Saya tak tahu dulu-dulu-dulu sebab saya pun baru sangat dalam dunia blogging ni. Emm, about 3 years aja. Dulu, saya rasa macam indah sokmo dunia blogging ni.

Boleh dapat ramai kawan. Boleh bincang macam-macam topik. Best!

Cuma, saya tak pastilah kenapa. Kepala-kepala dalam dunia ni macam suka nak menjatuhkan orang lain. huhuhu. Sedih! Entry ini bukan fakta ok. Ianya cuma 1 pendapat peribadi saya yang tak sehebat mana dan in fact, saya terlalu kecil dalam dunia blogging ni! Mak saya kata, hidup kena selalu rasa rendah diri. Tapi, dalam case saya. Bukan saya rendah diri tapi saya sedar diri. muahahaha!

Ok. Pandangan peribadi saya tentang dunia blogging hari ini. Sudah tak best!

Mungkin saya silap. Tapi, saya rasa maybe ada yang sependapat dengan saya tentang yang 1 ni. Betul ke tidak, kalau saya katakan yang bloggers Malaysia sekarang dah tak ada rasa respect langsung each other? Setuju tak? If setuju, maceh. If ada yang geleng kepala, pun terima kasih.

Masing-masing ada pendapat sendiri. Bebas bersuara. Silakan menulis komen selepas entry ini. Kalau sudilah. Saya tak pernah paksa orang menulis komen. kehkehkeh.

Saya ambil 1 situasi. Cerita perang jari dekat Twitter. Serious, saya dah muak sebab dah berapa kali saya menulis isu Twitter ni. Tapi, gagahkan juga menulis isu ini. Sebelum ni, saya senyap. Kalau ada pun, saya akan tulis rasa tak puas hati saya tu dalam entry. Boleh baca di sini

Perasan tak, sekarang Twitter dah jadi tempat mengutuk. For me, if nak mengutuk biar berani sikit. Jangan tweet perli-perli, macam nak apa kutuk sesama geng tapi at last bila 1 pihak yang terkena bertanya elok-elok..masing-masing jadi plastic people.

Come on lah. Sudah-sudahlah. Biar saya jujur saja. Saya bukan nak talam 2 muka or bermuka-muka tapi sejujurnya saya tahu cerita-cerita segelintir bloggers. Its memalukan kalau pihak itu tahu. Cuba kamu berada ditempat saya, dan kamu tahu semua cerita si A, si B dan si C tapi ABC ni tak tahu yang kamu tahu perihal mereka. If nak buat jahat, yes boleh. Tapi, saya tak mahu nak malukan sesiapa. Buang masa and tambah dosa sedia ada woo.wahahaha!

Cuma, kadang-kadang bila masing-masing dah melampau…tak dapek den nak nolong! hahaha. Alangkah baiknya, kalau semua tahu jaga hati semua pihak. I wish and pray for that.

Situasi lain. Ok, kes paling dekat now is kes JustKhai. Sebelum korang cakap saya nak tumpang populariti isu hangat ni, baik saya mengaku awal-awal. Saya bukanlah supporter yang 100% menyokong Khai dalam dunia blogging. Kenapa? Sebab, setiap kali Khai post entry baru..akan ada masa saya setuju and ada masa saya kutuk.wakakaka!

Khai, aku buat pengakuan jujur ni ok. hehehehe

Saya kasihankan Khai dan sedih bila ada yang hentam Khai teruk sangat. For me, perkara macam ni kalau boleh patut dielakkan. Tak baik nak jatuhkan semangat bloggers lain. Cuba orang yang mengutuk tu berada di tempat Khai. Kalau seorang, maybe ok. Tapi, tak mungkinlah Kita boleh tahan kalau yang mengutuk tu ramai.

Saya tak kata Khai tak salah. Ada memang ada. Silapnya is Khai seorang yang berani bersuara. Kalau Khai seorang wartawan, saya boleh samakan dia macam Mazidul. Benda yang orang lain tak berani nak sebut, dia akan huraikan dari perspektif dia.

Nak menegur boleh, tapi jangan sampai menjatuhkan air muka orang. Itu pesan my mom. Saya pegang 1 perkara. Sampai hari kiamat pun, kita takkan dapat nak puaskan hati semua orang. Kita takkan boleh paksa orang lain suka or sayangkan kita. Tapi, itu tak penting. Yang penting is kita sedaya upaya buat the best untuk buat orang lain gembira dengan kita.

Orang nak benci kita, lantaklah labu!

Macam-macam lagi situasi dunia blogging now. Contohnya, kes menipu sesama bloggers. Ada pula kes kawan makan kawan, Kes berebut nak couple dengan bloggers pun wujud jugak. Pokoknya, dunia blogging now tak seceria dulu tapi glad masih wujud lagi istilah blogging itu sendiri.hahahahaa!

p/s: Im not sure, tapi kalau ada yang tak selesa dengan saya lepas baca entry ni. Saya tak kisah kalau nak unfollow ke nak block FB sekalipun. hehehe. Kalau itu boleh korang happy, why not.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

117 Responses to “Perasan Tak Dunia Blogging Tak Macam Dulu Dah?”

  1. topo 09. Jun, 2010 at 12:32 am #

    biasa la tu beb.. dunia blogging berubah mengikut peredaran zaman.. generasi bloggers pon da silih berganti.. hohoho
    .-= topo´s last blog ..Ayah, saya nak berhenti belajar sebab boleh dapat RM5000 sebulan kat internet =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    generasi abad sekarang hebat2 tapi banyak buat silap mentah2.termasuk aku.wakakaka! pergh, sumpah aku terharu biru topo komen!!! wah, suke suke.hehehe

    [Reply]

  2. serol 09. Jun, 2010 at 12:39 am #

    orang kata bila masa berubah, byk benda akan turut berubah..tp, bukan blogging tu yg berubah, org2 nya..
    .-= serol´s last blog ..Lagenda budak setan itu =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul.orang2 yang terlibat tuh.termasuk tuan blog ni. kehkehkeh!

    [Reply]

    serol Reply:

    hehe..camne la agaknya tuan blog ni 3 tahun dulu..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tuan blog ni berblog macam sengal gile!!!!hahahahahahahaha

    [Reply]

  3. MSR 09. Jun, 2010 at 12:40 am #

    Salam…

    Aku no komen sebab baru berblogging setahun lebih je.. so tak tahu ‘dulu’ tu camne…huhu

    Tapi aku setuju dengan pendapat ko, budaya kutuk mengutuk sesama blogger patut dihentikan. Buang perasaan hasad dengki, masing-masing ada hak bersuara, asalkan tidak melanggar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan.
    .-= MSR´s last blog ..Photoscape Filter: Teknik Pictorialization Colored Pencil =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam, huhuhu.itulah, sebenarnya aku pun main nekad aja nak publish entry ni.sure akan ada pihak yang terkena tak suke but tak ada pilihan. better tulis and kene cemuh dari aku mental tengok aksi masing2 yang makin menjadi2. at the same time, ingatkan diri sendiri.

    wakakaka!

    [Reply]

  4. Adziim 09. Jun, 2010 at 12:40 am #

    Aku perasan sangat-sangat.
    Terima kasih buat entri ini.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    really?huhuhu. sedih kan?
    rindu masa mula2 blogging dulu.now :(

    [Reply]

  5. Rara 09. Jun, 2010 at 12:45 am #

    orang nak benci, nak buat macamana. biasanya, orang yang benci itulah yang menjadi loyal reader :) hihi.
    .-= Rara´s last blog ..(Gambar) Akibat tak basuh berak dengan betul =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    serious ke beb?hahaha. i jarang benci orang, cume if tak selesa dah memang i takkan bukak blog dia sebab nanti i kutuk dari awal till the end.malas..hehehe

    [Reply]

  6. Taufik Dato Mansor 09. Jun, 2010 at 12:52 am #

    wow…. haha… mention pasal khai … :D
    .-= Taufik Dato Mansor´s last blog ..Lirik lagu Ahli Fiqir – Derita Merindu =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    why?hehehehe. simpati aja and terasa nak sentuh kes dia.

    [Reply]

  7. azizan4444 09. Jun, 2010 at 12:59 am #

    ad jugak ek perang jari?1st time dgr..hehe..lps ni nak perang dada la..lg besh kot;p

    bab beloging ni mmg kalu nak bercerita pjg sgt..x habes nak hurai.bab2 jatuhkn sesame sndri tu da jd trend..bkn shja kt blog..motif dorang berbuat bgtu masih dlm siasatan..hehehe

    x suke amik port klu ad entri berunsurkan kutuk sesama beloger..psl rebut awek tu mungkin bdk2 bawah umur kot..hehee

    konklusi, dunia beloging masih relevan dan seronok..lg seronok kalau streamyx x bt hal..kkekee
    .-= azizan4444´s last blog ..Sehijau Warna Daun (destinasi cuti sekolah) =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    perang dada?melampau tuh.hahaha.

    betul jugak.rasanya bloggers yang dah berumur 30tahun ke atas diorang cool. kami2 ni je yang cepat melatah (ok, ngaku lebih afdal.wakakaka).

    tak payahla sebut pasal stimix ayam ni!!!!benci.wakakaka

    [Reply]

    klcitizen Reply:

    patutlah saya tak perasan bab jatuh menjatuh ni dalam dunia blog ni…
    betullah agaknya

    bila dah umur 40 ke atas, cara dah lain sikit….
    .-= klcitizen´s last blog ..Pandangan Saya…. =-.

    [Reply]

  8. Adam 09. Jun, 2010 at 1:06 am #

    Mungkin sebab Akta dunia siber ni tak di perluaskan lagi. kita cuma ade akta cyber crime 1997 je.

    cuba parlimen bersidang bincang pasal blogger. mau hangat dunia blogging. hahaha

    pendapat aku satu je. tujuan dan halatuju masing-masing. mungkin dulu semua tujuan blogging hampir sama. tapi sekarang semua dah berbeza dan berubah mengikut peredaran zaman ibarat kata en. topo
    .-= Adam´s last blog ..Belajar Mengira =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kikiki.parlimen bersidang isu blogger?aku rasa 1 day nanti maybe akan ada juga apa kau cakap ni.kehkehkeh.

    now ni, dengan stimix yang macam haru biru, tambah dengan perangai bloggers termask aku sekali lah…jadi nak update blog pun kena fikir 300 kali. hahahahaha

    [Reply]

  9. Meow 09. Jun, 2010 at 1:16 am #

    entah la…tak tahu nak cakap apa…

    semua dah berani kot…

    ye la semua bersemangat nak berblog
    .-= Meow´s last blog ..Spontan Musim 2 Kembali Lagi =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    semangat nak berblog tu shud be ok.bagus.tapi,bila nak jatuhkan and nak tunjuk siapa yg lebih berani n hebat tu buat rasa macam……hilang semangat cuz pening tengok gaduh2 ni.hehehe

    [Reply]

  10. isza 09. Jun, 2010 at 1:28 am #

    bila hak bersuara dipegang.. masing2 lupa hitungan di ‘sana’..
    .-= isza´s last blog ..Ada ujian PTK esok – Doakan saya =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    oh thanks sebab ingatkan hal “disana” tu. hampir terlupa :(
    thanks!!!

    [Reply]

  11. Fitrihadi.com 09. Jun, 2010 at 1:31 am #

    kesimpulannya mudah..macam manusia gak..orang dulu2 sopan santun, nak kahwin pun ibubapa pilihkan..tapi bila peredaran zaman berlaku manusia pun berubah lah.. lebih open-minded, lebih berani…

    sama macam blog..tak mustahil satu hari nanti blog akan kurang sambutan sepertimana punk, skinhead, rempit dan apa2 je yg sewaktu dengannya.

    khai? erm saya ada sikit kisah peribadi dgn ex dia..sbb tu kureng suka skit..memang ada bc blog dia..blog dia boleh tahan tapi jarang ar nk terjah..kalau bleh tanak baca langsung haha..certain perkara dia ok je.. tapi kengkadang tu dia cross the line ar..tak tahan..adesss harap2 dia dapat cari kematangan hidup ni..

    nice entry by the way :)
    .-= Fitrihadi.com´s last blog ..(Tips Lengkap) Citarasa Blog Pilihan Majoriti Blogger =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    good.bagus.terus terang aje.hahahaha! biasalah tu, cuma macam ku sebut before ni lah.kita takkan boleh buat semua orang happy and sukekan kite..try buat yg terbaiklah.

    if ada problem dengan khai. jangan kate khai lah, maksudnyer semue orang,bila nak bertindak tu..fikir 1000kali apa yang kite akan dapat dengan benda yg kite nak buat tuh.huhuhu.

    darah muda kan?semua nak tunjuk hebat. at last, tak ada sape yang dapat benefit nyerpun. huhuhu

    [Reply]

  12. fahmi ibrahim 09. Jun, 2010 at 1:50 am #

    Aku baru je berblogging… tapi kalau jadi blog reader tu sejak dari lepas SPM kot.. Hehe.. Tak banyak yang boleh aku cakap tapi sekarang ni mungkin lebih kepada orang tamakkan duit. Niat blogging tu dah lari. Terlalu sangat nak duit, nak populariti sampai segala apa yang tak baik dibuat.

    Dulu baca blog santai je rasa. Sekarang lain macam sikit. Tapi kita masih ada masa lagi… Dunia belum berakhir. Baik buruk jadikan panduan.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul.aku pun sama. yang baik, aku amiklah.yang buruk tu aku sabar tapi bila tak sabar gatal tangan juga nak buat entry. hehehehe. teruk aku ni :(

    dulu, blog macam fun sangat2. ramai kawan2 aku suke. look like macam diorang ikhlas sangat2 tapi sedih bile manusie2 ni sendiri yang mengata n perli kite balik. haih.

    takpelah..

    [Reply]

    fahmi ibrahim Reply:

    Tak salah nak bagi nasihat… mungkin cara dan laras bahasa kena jaga. Tulisan ni ibarat lebih tajam dari mata pedang… Jadi pandai-pandai la menggunakannya jangan terluka diri dan melukakan yang lain. Peace!

    [Reply]

    Lizz Reply:

    wah, ngeri. hopefully, entry ni tak melukakan ati sesiapa :(

    [Reply]

  13. uruchimaru@kf 09. Jun, 2010 at 1:53 am #

    salam lizz!

    setuju dgn kamu..terase sgt, mungkin jga sbb terlalu byk laman sosial yg berkembang biak umpama cendawan lps hujan,kita dpti fb n twitter lebih ke hdpn sjk akhir2 nie..!

    *ini pndgn kita……
    .-= uruchimaru@kf´s last blog ..Catatan diwaktu dinihari =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam,
    thanks sebab setuju dengan entyr merepek ni.hahahaha. twitter n FB ade pros n cons nyer.ilang dah privacy kite2 semua kat situ.wakakaka

    [Reply]

  14. neodmarco 09. Jun, 2010 at 2:40 am #

    kes berebut nak couple pun ade ke? nak kena siasat ni pasal x pernah tau sebelum ni..huhu
    .-= neodmarco´s last blog ..Kursus Mini Percuma Untuk Blogger. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    siasat2.selamat menjadi ahli CSI.hahahaha

    [Reply]

  15. HyperPlasma 09. Jun, 2010 at 3:00 am #

    Walaupun tak pandai dalam berblogging ni..saya boleh nampak perangai sesetengah blogger yang ade sekarang ni..tak puas hati..siap buat blog khas lagi..tapi satu je..baling batu..sembunyi tangan..camne nak maju?
    .-= HyperPlasma´s last blog ..Itulah Dia Bangsa Melayu… =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yep. thanks sebab faham apa yg ku maksudkan. love u!hahahaha.

    tak baik macam tu.saya tak kata saya betul.nope, saya ada salah saya sendiri tapi entry ni pun bukan nak tuding siapa.peringatan kat diri sendiri. huhuhu

    [Reply]

  16. encik luth 09. Jun, 2010 at 3:22 am #

    ye.. memang tak best kalau ada masam muka sama2 blogger. mungkin masing2 nak kejar matlamat sendiri sampai dah lupa nak rasai kemanisan berblogging (cit, ayat macam utk org dah kawin je)

    hormat menghormati. hidup kena ada undang – undang, blogging pon macam tu la jugak!
    .-= encik luth´s last blog ..Keghairahan mencari wang : Adakah orang kita mudah terpedaya? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kahkahkah!no, best ayat ko. tunjuk ko matang ;)

    yes, agreed.hidup kene hormat menghormati.susah if terus macam ni. macam isu khai, aku tak kata khai betul n aku tak kata yang mengutuk tu 100% salah. nope.kite semua ada salah masing2.

    aku pun kutuk khai kadang2 bile entry die terkene selepek kat muke aku. wahahaha!

    [Reply]

  17. aizuddin 09. Jun, 2010 at 8:08 am #

    setiap orang ada pandangan masing2..bila semua orang ad blog sendiri..time tu lah diorang nak luahkan perasaan diorang kat blog sendiri..dulu blogger sikit je..sekarang dah berlambak-lambak dah
    .-= aizuddin´s last blog ..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Waktu Siaran Rtm =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    now, budak2 pun dah ada blog, twitter, fb.hehehe. bahaya kalau tak jaga etika. huhuhu.

    [Reply]

  18. yangbaik 09. Jun, 2010 at 8:32 am #

    salam,
    walaupun aye antara orang baru dalam dunia bloging ni… memang dapat dirasakan jugalah apa yang U tulis tu… yelah manusia kan berbeza ada buat blog macam tulis diari.. peribadi plak tuh, bila di komen mula melenting… ada juga jadikan blog tu tempat untuk lepas geram kat orang lain… lebih kurang macam dah baling batu pura2 sembunyikan tangan… hehehe… BTW itulah dunia…
    .-= yangbaik´s last blog ..I Love U Contest =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    salam,dulu2 tak macam ni sangat kot.or maybe i yang terlepas pandang n baru sangat2 time tuh.huhuhu. dulu aman damai. now, aman tapi goyah sikit.wakakaka. *joke

    [Reply]

  19. Azfarul 09. Jun, 2010 at 8:50 am #

    Aku rindu zaman kegemilangan Negaraku.net !! time tu bloggers sume best!! =)
    .-= Azfarul´s last blog ..Jom Cuba Mangga Ads! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    best dan tolong each other bukan menjatuhkan :(

    [Reply]

  20. Wan Perlis 09. Jun, 2010 at 9:19 am #

    sesama blogger bergaduh
    hhmmmm
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hmm,sedih jugak tapi sebab tak tahu sangat cerita.better bukak mulut sikit2 aje.huhu

    [Reply]

  21. fina fento 09. Jun, 2010 at 9:29 am #

    lain padang lain belalang, pastu bila pegi padang lain nak buat cara padang dia..eh?
    .-= fina fento´s last blog ..Minta maaf, mak abah saya dah ada calon lain.. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. padang kat dunia ni semue die punye kot ;)

    [Reply]

  22. Jamal Rafaie 09. Jun, 2010 at 9:38 am #

    Salam..

    Ada satu lagi fenomena yang menyebabkan dunia blogging dah kurang best.. Iaitu berblogging hanya niat untuk dapat earning Nuffnang..

    Bagi saya tak salah nak buat duit sambil berblogging. Jadikanlah earning tu sebagai timbal balas dari apa yang cuba kita utarakan melalui penulisan blog..
    .-= Jamal Rafaie´s last blog ..AYAM OH AYAM ! =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe.buat duit dengan blog ni pun lawak sebenarnye tapi entahlah. sebab i sendiri pun lepas 3years ye berblogging baru dapar earning from my blog. now?hmm

    [Reply]

  23. fndrocka 09. Jun, 2010 at 9:48 am #

    persetankan semua tu..nak having fun je.huhu.
    .-= fndrocka´s last blog ..Shahir Si Pencuri =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    boleh.selalu nya memang persetankan jugak tapi at time bile masing dah tunjuk ketidakpandaian masing2..diorang xmalu, ku yang malu :(

    [Reply]

  24. azuan 09. Jun, 2010 at 10:01 am #

    Semoga dunia blogging lebih best~
    tapi mmemang nampak sangat terutama kes khai tue huhuu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sebab khai tu glemer.huhuhu

    [Reply]

  25. Azah 09. Jun, 2010 at 10:11 am #

    wowowo… isu ape ni? awat aku ketinggalan x tahu pape ni?
    o0o… patutla si khai wat post yg x kan update dah tu..
    errr.. tah la beb, aku sniri pun da x de mood blogging..
    jarang je update.. skrg pun salu duk update photo blog aku je.. dunia dah berubah beb.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe. aku pun kurangkan update. 1 memang sebab tenet of coz. tapi, reason lain sebab bila nak update terfikir kes2 gampang ni..alahai,bosan.terus tak jadi update.wahahaha

    [Reply]

  26. Syafrizal 09. Jun, 2010 at 10:54 am #

    sepatutnya nak buat blog kene ada etika dalam Islam..
    tak perlu kepada hiburan yang melalaikan
    yang menjerumus kepada maksiat
    biar jadi blog yang memberi manfaat kepada semua orang
    tak ramai yang fikir semua itu..
    bila ditegur siap maki hamun
    contoh yang lain pasal kes kutuk yahudi
    bila ditegur napa sokong produk yahudi
    saya dimaki hamun dan siap buat entri blog pasal teguran saya
    begitu teruknya umat Islam sekarang ini..
    oleh itu perlulah ada akhlak seorang muslim bila berblogging..
    apa tujuan buat blog? gosip semata2? istighfarlah
    .-= Syafrizal´s last blog ..Comment Luv ada fungsi baru =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    alamak. blog ni ada gosip.hehehe. betul apa yang kamu tulis ni. tak ada salahnya. thanks sebab ingatkan kami semua ni. kami insan2 kerdil.gegegege.

    pasal kena maki hamun tu melampau lah. perlu ada etika and adab even kita cuma menulis dalam alam maya je. huhuhu

    [Reply]

    Syafrizal Reply:

    boleh sahaja menulis
    saya tak halang pun sapa2 nak menulis
    tapi kita kene ingat kelak disoal di akhirat esok
    jari-jari akan berkata
    saya pun selalu ingatkan diri saya
    saya perlu jadikan blog saya bermanfaat
    kalau orang tak setuju dengan artikel saya yang ingin mengajak orang ke arah kebaikan..
    nak buat macam mana kan
    Rasulullah pun kena maki hamun, baling najis dan sebagainya
    apa lagi kita ni..
    tapi adakah nabi kita berhenti berdakwah?
    tidak sama sekali
    macam tu la saya
    saya akan berblog selagi saya masih hidup dan ajak manusia ke arah kebaikan..
    makanlah produk halal lagi baik..
    itu perjuangan saya sekarang ini
    membebaskan umat Islam dari benda2 meragukan
    dan kecaman ekonomi Yahudi
    Insya Allah
    .-= Syafrizal´s last blog ..Comment Luv ada fungsi baru =-.

    [Reply]

  27. Fitrihadi.com 09. Jun, 2010 at 11:21 am #

    pasal blogger yang berebut blogger tu, saya rasa mcam tahu ar siapa..haha hari tu kat twitter ada sorang tu majuk dgn sorang blogger cantik tu..tup tup sehari dua lepas tu ok balik…adess ntah apa2 ar…erkk bergosip lak kat sini :p
    .-= Fitrihadi.com´s last blog ..Kenapa Yahudi Bijak? Selain Tak Hisap Rokok Yang Dicipta Diorang… =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaha. orang lain kot. biarkan lah.cuma, apa yang nak disampaikan kat sini is hormatlah orang lain jugak even kite tak pernah jumpa or what. kan?huhu

    [Reply]

  28. Piston Pecah 09. Jun, 2010 at 11:32 am #

    rasanya kalau dah memang sifat orang tu dekat dunia realiti seorang yang jahat dan suke mendengki tak heranlah bila dekat alam maya/blog pon dia suka buat begitu..manusia memang gitulah sifatnya..lagi-lagi yang dalam hatinya ada banyak perasaan iri hati dan dengki
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Posisi Ketika Tidur Dan Maksud Disebaliknya =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    iri hati n dengki tu tersangatlah setuju. huhuhu.mungkin 2 mende tulah kot yang bawa semue2 ni.haih.

    [Reply]

  29. aini 09. Jun, 2010 at 11:59 am #

    Macam-macam hal. Ade juge perasan. Tapi blogger baru setahun jagung macam saye cuma mampu melihat dan memerhati je la.. Takut jugak kalau akibat kesalahan tak disengajakan, diri sendirik pun terkena nanti.
    .-= aini´s last blog ..Chocolate Blog Itu Minuman, Bukan Nama Blog =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    baru ke lama sama aje. for me, yang penting kene pandai kawal perasaan. if marah sekalipun, try sabar n cakap or tegur elok2. huhuhu.

    [Reply]

  30. aman 09. Jun, 2010 at 12:03 pm #

    erm. mungkin sebab 3-5 tahun dulu, semua penulis blog ikhlas menulis, dan sekarang nie ramai yang menulis kerna mengejar duit. hoho. :)
    .-= aman´s last blog ..Caffeine Di Perkenalkan Kepada Semua =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    boringlah pasal duit tuh. if nak cari duit tapi show some efforts tu lain citelah. ini, nak kaya tapi main kotor. huhuhu

    [Reply]

  31. ChuyRy 09. Jun, 2010 at 12:21 pm #

    kerek je yg nak jatuhkan org lain..aku pon baru je jd blogger tgk dah mcm2 jadi..twitter pon..mcm2..kene la hormat menghormati..ye x kak liz?huhu
    .-= ChuyRy´s last blog ..Selective Tweet vs SupaSync =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    paling ketara pada aku kat twitter sebab aku kan dok lepak twitter aje. warung kopi yang buang masa.tak senonoh aku ni.wakakaka! tp,tak suke lah bile bloggers yg kite hormat n die ok dulu..then tibe2 dok perli2. sedey :(

    [Reply]

  32. eiyda 09. Jun, 2010 at 12:33 pm #

    sekarang da makin ramai kot blogger yang tumbuh cam cendawan…n cepat sangt wat sesuatu tu tanpa selidik betul2.cam kes Khai..aku pon bukn setuju 100% ngan atikerl2 die..tp bukn dengan mengutuk wat entry cam tu kan.nak2 newbie..yg br knl..tp da berani buat cam tu..ish2..enth lah..aku skang pon update belog bila da betul;2 der idea…twitter, fb aku layan lg skang,..tp da mls nk latynkn sgt..huhu xcam dulu lah..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Israel laknatullah & isu boikot memboikot :: =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku bukak blog khai sebab aku suke tgk die nyer design2.hahaha. dia berbakat.bukan macam aku.buta seni. wahahaha! entry2 dia pedas.ada betul n tak. biasalah tuh tapi ntahlah, just kesian bila ramai sangat hentam die.hakikatnye, orang ramai lupe. tak ramai yg berani buat macam apa khai buat. masing2 hipokrit.hmm

    [Reply]

  33. Amir 09. Jun, 2010 at 2:09 pm #

    kena kuat dgn cabaran2 macam ni.. biasalah, hidup ni tak selalunya indah. kita pun x boleh expect dunia blogging skg akan tetap sama macam 2,3 tahun lepas…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah. aku baru nampak true color dunia blogging ni lately.ramai yang plastik punye orang.huhuhu

    [Reply]

  34. FTN 09. Jun, 2010 at 3:19 pm #

    semuanya kerana duit. duit dan duit. bila dah dikaburi duit..yang lain semua dia tak peduli. tulis blog pun ikut sedap je.

    aku ada perasan gak yang blog-blog yang popular gila dan banyak bikin panas ini rupanya ditulis oleh budak-budak yang jauh lebih muda dari aku…hahaha kecik-kecik dah kaya-raya dengan blogging..hebat!

    kesimpulannya janganlah gaduh-gaduh..nanti pegi gathering jumpa muka sama gak.. :)
    .-= FTN´s last blog ..FTN Ingin Memohon Maaf Secara Terbuka =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku sampai now tak terbukak lagi hati nk gi gathering mana2.1st becuz dulu memang dah terkena ngn bloggers. hentam2 sesama sendiri. so, serik. maybe 1 day, oklah aku akan join tapi for now malas dulu.hehehe.

    budak2 ni ada yg berbakat n cerdik. tapi, ada yg xpandai tapi wat bisnes cara kotor. huhuhu

    [Reply]

  35. Khairi 09. Jun, 2010 at 4:13 pm #

    Salam,

    Masing-masing ada stail, dan kita bersyukur dengan kepelbagaian yang ada. Tapi kalau yg menjatuhkan orang lain tu, memang kebiasaan perangai manusia khianat.

    Bukan dlm hal blogging saja, dalam hal lain pun. Kan?

    Yang penting kita tahu apa yang kita buat, dan at least kita buleh buat orang gembira dengan apa yang kita tulis.
    .-= Khairi´s last blog ..TIPS: 10 perkara yang tak boleh anda lakukan ketika laki (suami) anda sedang layan world cup. =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau boleh memang nak buat org hepi dengan kita tapi tak mungkin boleh puaskan ati semua orang.huhuhu.

    khianat tu bahaya. busuk ati n tak boleh nak tengok orang berjaya memang penyakit ar. adoi. seb baiklah aku tak hebat.wakakaka.tak hebat2 pun, blog dah brape kali kene hacked.hampeh

    [Reply]

  36. x-po 09. Jun, 2010 at 6:13 pm #

    selagi aku mampu blogging, aku akan blogging..lantaklah bila ada macam2 jenis blogger pun..
    .-= x-po´s last blog ..MAKIN BERUMUR, LELAKI ATAU PEREMPUAN MAKIN MATANG KE? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bagus! chaiyok2 ko. aku blog jugak selagi orang tak hack blog aku macam selalu.wakakaka

    [Reply]

  37. joegrimjow 09. Jun, 2010 at 8:09 pm #

    saya sangat perasan!!

    dlu tak payah buat spam protection untuk komen
    kekeke

    dunia ni tak sentiasa indah
    bg yg baru, skrg ni indah
    yg lama, dulu lagi indah

    yg pentg jangan kite tertinggal dan bagi peluang yg ‘tak betol’ ni merajai
    ;)
    .-= joegrimjow´s last blog ..Siapa inspirasiku berblog? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehehe. ku suke baca komen ni. tak jadilah nak malas2 berblog.wakakaka. spam protection sangat diperlukan woo.

    [Reply]

  38. farysa 09. Jun, 2010 at 8:34 pm #

    nak buat mcmana lg kn?manusia sume ad pendapat sendiri.tmbh2 skrg bebas sgt bersuara.=)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    terlalu bebas.tak lama lagi, silap2 berblog akan ada polis n mahkamah khas.wakakaka

    [Reply]

  39. alfablue7 09. Jun, 2010 at 10:49 pm #

    tak paham ngan sume ni.maseh baru menyebokskan diri dlm xtvt blogging.sje sje nak jadikan hobi. xpeduli orang nak baca atau tak. tapi ade pulak orang baca. tu yang beshhhh heheh

    [Reply]

    Lizz Reply:

    if blog baru, tapi isinya bagus..orang akan baca. so, tak perlu rasa rendah diri sangat ;)

    [Reply]

    alfablue7 Reply:

    4+8=12..hehehe

    tak bgos pon.meraban je..

    [Reply]

  40. eyra 10. Jun, 2010 at 2:46 am #

    sayang kau ketat-ketat sebab akhirnya kau ikut jugak cakap aku buat entry ni. hakhakhakhak. TERBAIK wok!

    aku malas nak cakap banyak. sbb aku rasa sengih mcm kerang wangi baca entry yang kau gelarkan gampang gilak ni. hahahaha ishhhh takpe nanti kita upkan dosa kita kat handphone je berdua,

    btw, betul ckp kau. dah 3 tahun aku blogging, tahun ni aku rasa dunia blogging da berubah 360 darjah. bukan blogging je tapi social network lain juga.

    malas nak komen banyak. apa2 pun aku sokong kata-kata kau di atas. perghhhh terbaik. *clap hands*

    [Reply]

    Lizz Reply:

    muahaha. giler comel sayang aku ketat-ketat.wakaka. aku tak suke nk wat entry camni cuz sah2 yang terlibat terasa kan. tapi,terpaksa. tapi, aku pun terlibat sama gak.muahahaha.

    3tahun lepas fun giler berblog dowh. tak ada cakap belit2, semua baik2. tapi now, aku rase yang dah 3tahun berblogging tuh mungkin dah rase die hebat dah kot. so, macam otai padahal..adoi.

    social networking?lagilah,kan aku cakap aku muak dah. now, siap privatekan itu ini. langkah berjaga2.hahahaha

    [Reply]

    eyra Reply:

    waakakkakakakak ketat-ketat la sbb aku kan tgh melucah ngan hang ni.. ishhhh faiz ngan blowie join sesama, :P

    hang mmg private segala bagai. pastu request follower riban2 hang tak approve. tapis2. cewahhh pemesss

    [Reply]

    Lizz Reply:

    private kan adelah lebih afdal buat masa now. wakaka! menyusahkan otak buat ape.hahaha! harook ar pemes,aku blogger dipinggiran je.tak de class. cap ayam! kahkahkah

    [Reply]

    eyra Reply:

    cap ayam? bukan hang itik ka? HAHA

    [Reply]

  41. ishak 10. Jun, 2010 at 3:54 am #

    blogging akhir zaman list..tapi aku kasihan jugak ngan si khai tu..kena hentam…
    .-= ishak´s last blog ..Kapal israel masuk ke malaysia..? ye ker..? =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul, kesian ngan khai.sebenarnya kesian dengan org yg terkena dengan entry2 khai jugak tp tak mampu nak tulis panjang2.ni pun dah panjang!hahaha

    [Reply]

  42. rohaizad 10. Jun, 2010 at 1:10 pm #

    Nasib baik Twitter tak aktif… ada akaun tapi tak pernah guna… huhu
    .-= rohaizad´s last blog ..Menghargai hubungan dalam perniagaan – berbaloi untuk jangka masa panjang =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    macam susah nak caye bro xder twitter.hmm, tapi, kene caye gak lah ni.hehehe

    [Reply]

  43. marki 10. Jun, 2010 at 4:05 pm #

    dia ibarat mcm pasang surut air laut ..adakalanya best adakalanya suram..

    p/s: haku xpernah baca kisah blogger kutuk blogger lain..tp tau arr isu tu..huhuu
    .-= marki´s last blog ..Sepetang di Lebuh Pantai, Pulau Pinang =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku baca, aku geleng tapi at the same time selak balik entry2 lame kat blog sendiri. cuz kite ni kadang2 gelengkan org, diri sendiri wat salah xperasan.heheh

    [Reply]

  44. riz 10. Jun, 2010 at 10:23 pm #

    Twitter = BURUNG MURAI hehehehe…tak pernah guna benda alah nie…tak pernah kisah kalu ada orang kutuk cara aku tulis dalam blog sebab aku akui yg aku nie tak ada seni penulisan…

    P/s : blog ko memang terbaik…aku selalu baca tapi jarang komen hehehe…
    .-= riz´s last blog ..Apa perasaan korang?… =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    serious ko xpernah gune?wah, kuat iman ko ni!hahaha. memang murai2 je dalam tu termasuk aku.giler xder keje we all ni. tp,dulu ok now macam merepek giler.hahaha

    erk,malu.hahaha

    [Reply]

  45. meo188 10. Jun, 2010 at 11:44 pm #

    blogging itu best!
    .-= meo188´s last blog ..KomiX Lesap: Bebaskan Gaza, Glosari Masa dan banyak lagi… =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kalau betul caranya!hahaha

    [Reply]

  46. catzer 11. Jun, 2010 at 2:44 am #

    Biasalah tu pandangan masing2kan bukan boleh bercanggah skit sume nak melenting jerk. Honestly, even aku tak seintim mana dengan Khai tp aku tau mamat tu bukan blogger hingusan dia akan teruskan hidup dia mcm biasa jerk. apa peduli dengan pandangan org lain bukan depa yg byr duit domain dan hosting.

    Pada aku blogging skang dah jadi trend cuma itulah etika blogger tu mmg ramai yg takde.
    .-= catzer´s last blog ..Yang Samar Sukar Dibaca =-.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    etika kureng sangat.aku pun seram lately nak menulis isu apa2.tapi, kang tak nulis tangan gatal sendiri.wahahaha.

    khai tu proffesional. tengoklah, now dah buat macam biasa. hehehe.

    [Reply]

  47. Incik RestNrilekS 11. Jun, 2010 at 11:59 am #

    1+7 = lapan.. whoaho!!(jawab spam protection ni)

    Salam empunya blog aka Liza

    selamat Hari Jumaat dan selamat hari yang baik2

    Incik RestNrilekS pun ada perasan juga yang komuniti blogging ni dah macam lain. Banyak sangat angin pus-pus yang suka dikeluarkan.

    La ni, malas la nak ambil tahu sangat, sebab kalau fikirkan apa pun memang isu depa tak habis. Lagi satu, Rizal kalau boleh suka elak baca isu2 kontroversi sesebuah blog, sebab tu selalunya penuh dengan sifat2 marah ke apa.. kira zalim kat diri sendiri jer mendekatkan diri dengan menda alah macam tu sebam mencuri aura positif diri. ahaks

    Tak pa Liza, jadi diri sendiri je.. maintain ajer cara liza dan yang penting amik jer yang positif.

    Orait udah panjang lebar dah komen ni sepanjang orang yang mengomen di blog dia

    Selamat Hari Minggu .. WHOAHO!!

    Incik RestNrilekS selalu gembira bila tiba hari jumaat.
    teeheeee
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Mindless Ramblings, Rattan Furniture Sketches & Doodlings =-.

    [Reply]

  48. sha-hir@meng 11. Jun, 2010 at 12:11 pm #

    puhhh..lame x update, sekali update pjg 2..
    mst dh lame sgt simpan ni..
    hehehe..
    .-= sha-hir@meng´s last blog ..My Water Moments!!! Sony TX5 =-.

    [Reply]

  49. Hafidz 12. Jun, 2010 at 12:43 am #

    Yup, sebab itu blogger2 yang benar2 sebagai seorang BLOGGER berhenti berblogs.

    [Reply]

  50. Izzat Aziz 12. Jun, 2010 at 1:20 am #

    Biasalah tu, macam satu negara lah sikit rakyatnya sikit lah negatif nya, bila negara menjadi makin maju, rakyat makin ramai, yang jahat-jahat pun bertambah.

    Dunia blogger dulu time aku mula-mula join, masing-masing hal masing-masing, tak de nak kesah hal orang. Baca pun seronok, mungkin sebab dulu orang sikit je yang berblogger.
    Tapi sekarang makin lama makin ramai orang berblogger.

    Dan bila dah ramai, ramai juga lah yang hangit. Lagi besar periuk nasi lagi banyak keraknya orang tua-tua kata.

    Dalam hal ni, selagi orang tu tak mengata aku, aku ignore je. Walaupun sepanjang aku berblogging sentiasa ada something yang aku tak puas hati, tapi bagi aku baik aku simpan je buat jadi sempadan. Mengutuk-gutuk blogger lain mungkin cara diorang nak kejar populariti murahan dan mungkin kerana mereka pun nak speak their mind.

    Pape pun sebab, kurangkan sifat bising tu bagus.,
    .-= Izzat Aziz´s last blog ..akuizzat: Ke seremban hari ni – [POST Baru] Semester Berakhir – http://bit.ly/cgrMep =-.

    [Reply]

  51. nazra 12. Jun, 2010 at 10:41 am #

    blogger beranggapan dunia blog ini mereka yg punya jd mereka ingat segala apa yg mereka taip dan ayat yg mereka kasi, main ikut sedap campak ja. kalau lukisan cat splash takpe lah..

    [Reply]

  52. rashid 14. Jun, 2010 at 6:28 am #

    Tak heran kalau suatu hari nanti kerajaan akan buat satu kursus khas untuk jadi blogger, kalau orang kampung dengar blog, mesti perspektif buruk yang dorang pandang, sebab banyak cerita buruk pasal blog kan??
    .-= rashid´s last blog ..SMS GAZA ke 32928!!! =-.

    [Reply]

  53. Fazreen 14. Jun, 2010 at 8:25 pm #

    salam liz..lama gila xdtg..biasa la..local blogger berperang baik aku lari ke international market..hehe..drpd nk berperang sesama blogger baik bt something yg menguntungkan..

    [Reply]

  54. Dila 20. Jun, 2010 at 9:54 pm #

    Salam.. blog walking temukan saya dengan lizarazak.com :)

    pengalaman blogging saya tak banyak. tak sampai setengah tahun lagi kot. tapi tak sangka jugaklah berlaku perkara hentam-menghentam ni dalam circle blogger.. saya pegang pada “freedom of speech” especially bila seseorang tu dah jadi owner blog mereka sendiri tapi budaya jatuh-menjatuh, malu-memalu tak patut ade. be a man and do it face to face je lah. baru gentleman :)
    .-= Dila´s last blog ..5 Tips Untuk Blog Submission =-.

    [Reply]

  55. ejardkethot 29. Jul, 2010 at 2:23 am #

    yeah…i think im in luv dgn blog anda ;)
    ahaks…well saya setuju 100% dgn anda
    [^.^] yeah…although im not bloggers but i do love to read blogs..huhu..tp certain blog je la…yg jenis diari 100% harian mereka it wont be my faveret blog!! wakaka..[^.^]..siyesly smpai bila pon kta mmg x dpt nk puaskan ati smua org! nice blog! ;)

    [Reply]

  56. sabree hussin 20. Sep, 2010 at 4:45 pm #

    Lagi kontroversi akan jadi lagi sensasi lah satu2 cerita tu
    .
    .
    .
    kalau lah semua blogger pandai main search engine optimization, insya allah diorang tak akan tulis yang pelik-pelik dalam blog masing2

    attention seeker makhluk yang macam ni

    [Reply]

  57. Ir. Cacing Kerawit 16. Oct, 2010 at 1:41 pm #

    biasa ar tu….orang sekarang mmg xreti nak tengok org lain senang….nanti mesti tanduk setan muncul kat atas kepala

    Setan Facebook

    [Reply]

  58. mrnamie 27. Oct, 2010 at 7:47 pm #

    Semua ni sebenarnya menunjukkan peribadi kita,. kalau macam aku, lagi suka duduk diam-diam sambil memantau keadaan sekeliling… hehe

    [Reply]

  59. apaajanews 24. Feb, 2011 at 8:02 pm #

    saya pilih untuk memberi komen membina diamana saya singgah

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Entry Gampang Lagi! Terakhir Barangkali Tapi Tak Janji | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 14. Jun, 2010

    [...] muka blog picisan ini. Glad, ramai lagi yang sudi nak berteman dan bermesra dengan saya. Al-maklum. Saya tidak sehebat Khai. Tak glamour macam si cantik manis Hanis Zalikha. Serious, Hanis bloggers yang sangat cantik, [...]

  2. HIDUP SEORANG BLOGGER II | HIDUP SEORANG BLOGGER | Lizarazak.com - 01. Sep, 2010

    [...] sebelum ni saya tak tahu pun asal-usul macam mana bloggers lain ni “terjebak” dalam dunia blogging ni. Tapi, dengan adanya contest HIDUP SEORANG BLOGGER ni, yehaa!!! i knew everything about them [...]

Leave a Reply