Lelaki Merajuk Macam Mana Ek?

Salam, sejak akhir-akhir ni entry saya semuanya nak cakap pasal dunia blogging yang dah tak best mana kan? So, kali ini saya nak change lah tajuk. Boleh? Jom sembang pasal macam mana kita nak tahu lelaki tu sedang merajuk. hehehehe.

Kalau orang perempuan merajuk, rasanya dah biasa. Kan? Buat muka masam, bibir boleh tarik panjang-panjang sampai buat riben, mata siap jeling-jeling nak tunjuk dia tengan marah. Perempuan, sila mengaku! Ok, malu tak apa. Senang cerita, saya yang begitu kalau merajuk. hahaha

Itu kalau perempuan. Kalau lelaki pulak merajuk buat gaya macam mana ek? Tetiba curious nak tahu.

Al-maklum, dekat rumah saya ni memang ramai lelaki tapi jarang sangat saya nak nampak muka masing-masing merajuk. Semua berjaya buat muka tak ada perasaan tahap cipan lah. Entah bila masa nak nampak muka diorang merajuk pun saya tak sure. hahaha

Actually, saya memang ramai kawan lelaki. Tapi, entah ek tak perasaan lah bila masa diorang merajuk. Iyelah, kalau perempuan kan..kalau merajuk semacam! Eh,bukan semacam. Tapi beribu macam! Pergh, sorry ek kaum-kaum sejenis ku. Terkutuk kaum sendiri. wakakaka!

Honestly, setakat saya memang tak tahu macam mana lelaki tu tengah merajuk. wakakaka. Serious lampi kan? So, disebabkan rasa ingin tahu. Saya pun carilah info tentang ni and guess what?? Saya jumpa info yang agak membantu saya tau!!! Oklah daripada tak ada. kan?

Sharing is caring. So, saya nak share dengan u all dekat sini. Mungkin benar and mungkin jugak tak kot. So, saya perlukan kaum lelaki untuk menjawabnya. Kalau sudi lah!!! hehehehe. Lets start!!

Tanda-tanda lelaki merajuk:-


1. Diam Seribu Bahasa

Si dia berdiam sehaja sepanjang bersama anda. Walaupun anda bercakap dengannya, dia hanya mengiakan atau mengganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak akan melayan anda seperti sebelumnya. Jika ianya berlaku, memang sahlah yang dia merajuk dengan anda.

2. Buat Tidak Tahu

Si dia akan buat tidak tahu tentang anda. Jika anda meminta pertolongan daripadanya seperti mengemas meja, dia akan lakukan acuh tidak acuh atau peling teruk, buat-buat tidak dengar. Ini adalah tanda protes paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga meletakkan anda seolah-olah tidak wujud di hadapannya.

3. Menolak Untuk Makan Bersama

Orang lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berhadapan atau bertentang mata dengan pasangannya. Jadi, anda akan tahu sekiranya kekasih hati anda menolak untuk makan bersama atas pelbagai alasan.

4. Masam Muka

Ini adalah salah satu tindakan yang paling menggeramkan. Sudahlah tidak bercakap, si dia tarik muka pula. Kononnya, tidak puas hati dengan anda. Jika orang merajuk, memang beginilah sikapnya.

5. Baca Surat Khabar

Antara tabiat orang lelaki ialah gemar membaca surat khabar. tetapi jika satu surat khabar dibaca berulangkali tanpa sebab, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Lebih-lebih lagi jika hari sudah lewat malam pun, dia masih membelek surat khabar tanpa menghiraukan anda.

6. Menonton Televisyen Hingga Larut Malam

Dia akan menonton rancangan TV sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan rancangan kegemarannya. Matanya terus ke televisyen tetapi hatinya ke lain. Anda harus peka jika si dia bersikap begini.

7. Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tidak akan memaklumkan anda ke mana dia pergi. Ingin menunjukkan protes kononnya. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan anda kerana sudah pasti si dia akan buat tidak tahu sahaja.

8. Matikan Telefon Bimbit

Ini juga tabiat lelaki kerana si dia tidak suka diganggu di saat perasaannya sedang marah atau terganggu. Untuk mengelakkan anda mengganggunya, dia akan mematikan telefon bimbit dan memberi alasan kehabisan bateri. Alasannya mudah iaitu tidak mahu mendengar suara anda yang dikhuatiri akan menjadikan dia lebih marah dan juga dia ingin mencari ketenangan.

Sumber: Heartnfeeling

So, kaum lelaki. Boleh confirmkan tak info kat atas ni betul ke tidak? hehehe. If ada yang lain, silalah share if mau ;)

Artikel Popular

  • No Related Posts

40 Comments

  1. huda says:

    1, 2 dan 4 tu macam betul je. bf I selalu buat camtu haha :P
    .-= huda´s last blog ..Ini perempuan ke? =-.

  2. serol says:

    nak gelak je..tak nak jawab pape..boleh?hehehe
    .-= serol´s last blog ..Bateri laptop korang tahan lama ke? =-.

  3. aisya says:

    lagi satu.

    bila meset ada sahaja alasan.
    Nak makan lah,sibuk lah

    hihi :P
    .-= aisya´s last blog ..Selepas sehari =-.

  4. ryenz says:

    nak tau laki merajuk cmne eak? haha..

    ada betulla fakta kt atas tu.. tp kdg2 lebih teruk dr pmpuan..muncung pnjg bole wat ikat guni durian..keh2x
    eh..not me ya..i’m a machoman…hahaha…
    .-= ryenz´s last blog ..Berblog Offline tanpa internet?? =-.

    • Lizz says:

      hahahahaha.depends kan pada orang tu cane. i pernah tengok gak lelaki merajuk buruk gile muke. rasa nak je cakap kat die “u ni lelaki ke perempuan?”.hahahaha

  5. Piston Pecah says:

    orang cakap muka aku macam takda perasaan je..jadi kalau merajuk pon muka sama je..hihi
    .-= Piston Pecah´s last blog ..‘Mereka’ terkenal & kadangkala terlalu Ekslusif ! =-.

  6. andyhowtt says:

    rasanya apa yang dikatakan diatas ini betOl kot..hahaha..tapi kalo aku aku tak buat benda2 atas nie..hehehe…aku just menghilangkan diri buat seketika…hahaha

    • Lizz says:

      wah1 cool lah kau. i loike.hahahaha. aku lai suke lelaki yang merajuk tapi cool. ada yang merajuk kalah gurl. sah2 tak boleh ngam ngan aku punye. weeeeeee

  7. Scromix says:

    ada lagi, kalo dalam kete dia akan psg lagu kuat2 ;)
    .-= Scromix´s last blog ..3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.

  8. Cik Rouge says:

    hahahahahaa. yang part baca surat khabar tu lawak kot! macam dalam drama TV plak. comel gile merajuk macam gini LOL.

    hmm tambah lagi sikit, boleh? tone suara pun lain. selalu cakap lembut2, tetibe kalau ckp mcm cakap ngan member tuh ade lah tuh merajuknya. hihihihii.

    kalau dah kaen, tetiba dia tido kat luar, merajuk jugak la tu kot :P
    .-= Cik Rouge´s last blog ..HIV/AIDS – penghalang cinta kah? =-.

    • Lizz says:

      bila i baca info neh, memang betol kot. baru teringat kadang2 nampak abang i baca paper if gado ke ape. nak wat macam dia sibuk kot.hahahaha

      if my future hubby buat lawak sengal camtu, merajuk kuar bilik..memang hampeh ar. macam budak2.hahahaha

  9. Rara says:

    hihi, jenis syafi yang nombor satu :p diam je tammo cakap tapi kejap je, perempuan kena pandai lah cari something cara yang boleh buat dia rasa terpujuk hehehehe. selalunya i akan cakap “kalau b diam je macam orang bisu, baik orang couple dengan orang yang memang bisu je senang, dah tahu dia memang takkan bercakap” hehehehe nanti dia sendiri gelak :D sounds like jahat gila i kan, tapi lelaki ni mana boleh dibiarkan sangat manja dia tu. :p perempuan je boleh kekekekeke.
    .-= Rara´s last blog ..Pinky silicon casing for Nokia E72 ; baby danny. =-.

    • Lizz says:

      hahahaha. gila kejam u cakap gitu. muahaha. i pulak, jarang lelaki keliling i yang kaki merajuk. tapi, rasanya i yang jenis tak alert kot. kahkahkah.

      cuma, yang i tahu. lelaki kalau tengah merajuk memang tak payah layan sangat. nanti dia menyampah. biarkan sampai dia ok sikit then baru buat macam tak ada sangat. hahaha.

  10. eiyda says:

    owh..cam tu ka??..hehhe
    kirenyer owang laki ni kalo majuk mang xbunyi langsung la ek…leh tgk dr cr die kan..dr segi body language die…ek..hehhe aku xtau la..aku xder bf..kalo tgk bro aku majuk penh arr lawak jek…abh aku pon kalo majuk diamm jek nk tego pon takut eekke
    .-= eiyda´s last blog ..Selamat Hari Bapa & Selamat Hari Jadi Abah!! =-.

    • Lizz says:

      aku rasa, better diam kot. sebab kalau ikutkan lelaki ni sabar lebih skt dari gurl. if gurl, merajuk..orang tak pujuk start nak meroyan.hahaha

      kalau lelaki, diorang lagi suka diam dulu n buat kerja sendiri. bila dah ok sikit, diorang baik sendiri. time dah ok sikit tu, bleylah kite nak say sorry ;)

  11. Anarm says:

    jangan la dedahkan rahsia lelaki.. hilang la macho.. huhu.. :P
    .-= Anarm´s last blog ..Peraduan Copy dan Menang MP3 Player =-.

  12. klcitizen says:

    betul sangat lah tu liza…
    diorang merajuk biasanya suka bawak diri dan masam tak berdecit
    .-= klcitizen´s last blog ..Bafana Bafana =-.

  13. azizan4444 says:

    aku kdg2 majuk jgk..tp dgn dr dri sndiri..sbb klu bt sesuatu x jd mcm kecewa.hahaha…klu diam tanpa kata2 lngsg tu mknye majuk la..hoho

    nk majuk ngn awek ntah bila..hahaha
    .-= azizan4444´s last blog ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang =-.

  14. meo188 says:

    erm… lelaki majuk kejap je…

    lelaki pondan majuk lame….
    .-= meo188´s last blog ..23 tentang Meo188: Ulangtahun merantau di Kuala Lumpur =-.

  15. Thoha says:

    salam
    saya sokong sangat yang last sekali tu matikan telefon bimbit. saya pun selalu gak kalau merajuk dengan seseorang tak mahu balas mesej pastu matikan telefon bimbit..haha

  16. Luth Textile says:

    aku kalau nak merajuk pon diam je. tak pernah nak buat benda2 lain macam kat atas tu. aku jenis tak sampai hati dan berfikir kemudian hari. what goes around comes around. aku nak kena bijak atur langkah supaya tak terkena nanti.

    tapi sekarang walaupun dah terkena, masih lagi guna cara yg hikmah, supaya merajuk tu macam berkesan :D
    .-= Luth Textile´s last blog ..Boleh tak jangan libatkan mak bapak masa bercinta? =-.

  17. wazy says:

    Teringin gak la nak merajuk,hik hik hik
    .-= wazy´s last blog ..Cabaran Copy & Menang =-.

  18. mrj says:

    aku kalau merajuk.. aku akan gi memancing dan offkan hp.. tenanng sikit.. aku kekadang sakit hati gak kalau perempuan merajuk memanjang.. kalaulah perempuan merajuk panjang2 aku akan contact skandal aku. wawawawa.. ok takk?
    .-= mrj´s last blog ..Erotik Cerita , laman web Lucah Bahasa Melayu harus ditutup. =-.

  19. riz says:

    5 dengan 6 tue bukan…itu bukan alasan merajuk…
    .-= riz´s last blog ..dah berapa lama blogging? =-.

  20. Nadri says:

    lelaki yg dah kawin klu merajuk, start kereta terus keluar rumah…lbh kurang mcm no. 7..
    .-= Nadri´s last blog ..SePetang di Pejabat Perhubungan Perusahaan Johor =-.

  21. eyra says:

    laki aku majuk, mntak hantar umah mak dia. HAHAHA

  22. Wan Perlis says:

    huh gila la lelaki merajuk
    nampak tak kuat & hati tisu

  23. ishak says:

    hehehe..malu nak cakap..semuanya confirm betul huhu
    .-= ishak´s last blog ..Persepsi aku mengenai kesucian disebalik ada dara atau tidak =-.

  24. ultimatebot says:

    ahahaha~ mungkin betul, mungkin tidak.. aku susah sikit nak merajuk ni.. erm.. tp mgkn korang ingat aku ego kan? heheh.. terserah ler :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge