Hanya Orang Terpilih Saja Dijemput Melihat Kaabah. Betul Ek?

Salam semua! Saya dalam mode insaf. Semua mesti dah tahu pasal si Israel tu kan? Saya tumpang rasa sedih tapi lebih banyak rasa nak maki hamun sejujurnya. Israel makin melampau sekarang. Memang sampai kiamat takkan stop lah diorang nak hentam orang Islam.

Fine. Dah banyak sangat blog yang buat liputan tak rasmi pasal ni kan? Saya malas. Maceh.

Oleh kerana abang sulung saya baru saja pulang dari Tanah suci Mekah, jadi saya dalam mood nak bercerita pasal pengalaman saya waktu nak ke sana jugaklah. Entry ni akan membosankan korang. Serious! hahaha. Sorry awal-awal ye, entry ni sumpah tak ada kena mengena nak berlagak saya dah sampai ke Mekah. Saya tahu siapa diri saya. Jangan nak pandai-pandai buat konklusi sendiri. wallawe!

Lets start. Orang kata, bukan semua orang yang bernasib baik dapat pergi umrah or haji. Ek? Sejujurnya, saya tak tahu yang itu. Saya cuma tahu, kalau dah cukup syarat kena pergi tunaikan. Tapi, sebelum bertolak ke Mekah. Ustaz yang mengajar kursus we all tu cakap “Ingat, kamu semua ni orang-orang terpilih dan Allah yang menjemput kamu semua”.

Erk. Berderau darah waktu tuh. Dalam hati, saya berkata sendiri. “Biar benar. Aku bukan orang alim, bukan orang baik pun. Banyak tuntutan agama aku lalaikan. Takkan lah”. Yes, itu yang saya fikirkan. Wah, rasa rendah diri gila.wahahaha.

Tapi, saya pegang kata-kata ustaz tu. Baiklah. Saya tetamu Allah.

Mungkin dek kerana saya ni agak “gila” sikit. So, agak mental jugaklah bila dengar ayat-ayat yang keluar daripada teman-teman sekeliling. Mental bukan bermaksud saya bencikan mereka. Tak pun sebab dah perangai saya macam ni, so kena terimalah pandangan dan keperlian kawa-kawan tu.hahaha! No hal.

Antaranya. “hahahaha,biar betul kau pergi umrah!”, “pastikan kau samak diri kau betul-betul tau”, “macam tak percaya je kau ada hati nak pergi umrah” dan banyak lagi dan saya malas nak menaip kesemuanya. Buang tenaga ya!

See. Sebab itu saya cakap, mentaliti orang-orang kita ni susah sikit. Mentaliti kelas bawahan tak habis-habis. Kalau orang tu nampa baik, dia kata budak itu memang baik sedangkan hakikatnya dia tak kenal pun siapa orang tu. Kalau dilihatnya orang tu macam “tak siap”, sedaplah mulut cop orang tu budak jahat dan kotor. Hati dia yang kotor tak fikir pulak. phew.

Saya senyum bila kena sindir. Ada aku kesah. hahahaha.

For me, bila berdepan dengan manusia. Tak perlu nak bercakap banyak. In fact, bercakap bila perlu saja. Kenapa? Sebab, dalam dunia sekarang. Manusia sudah makin hilang rasa hormat pada orang lain. Dia akan fikir dia betul dan orang lain salah. Senyum tu ubat paling mujarab pada saya bila layan manusia mulut macam ni. Sumpah ok!

Saya rasa, even memang akan ada manusia yang meluat dengan mulut or perangai saya yang bila bercakap atau bergurau agak kasar. Tapi, saya tak pernah kurang ajar dan pandang rendah bila sentuh bab-bab agama. Isu agama ni baik jangan kepochi sangat.

Contoh paling simple. Artis mahu mengerjakan umrah atau haji. Mulalah ada yang ejek kata duit mereka tu haram. Pergi haji atau umrah tapi tak dapat apa-apa. Senyap boleh tak? Itu kan urusan Allah kan? Hal-hal macam ni tak eloklah nak ejek-ejek. Kalau dah rezeki dia nak ke rumah Allah dengan cara tu, nak buat macam mana? kan?

Siapa dah pernah pergi Umrah or haji sure tahu macam mana rasa bila dapat tengok Kaabah depan mata. Menakjubkan ok! Waktu tu, even hati keras kata tak nak menangis pun memang takkan berjaya punya. Once lihat Kaabah, otomatis yer dosa-dosa lama terpampang depan mata. phew!

Saya rindu nak pergi sana lagi. Im not a good person tapi im a Muslim. Mulut dan bahasa saya mungkin agak kasar tapi itu memang dah cara saya. Saya memang tak suka nak ubah style saya sebab nak jaga hati orang. Sorry for that. huhuhu. Tapi, insyaAllah. Saya masih tahu hal-hal agama. Saya tak akan tunjuk pada semua tapi dalam hati saya memang mahu yang baik-baik saja untuk diri saya.

Mana ada orang nak hidup masuk neraka wei!!!

Akhir kata, (sesekali buat macam karangna BM pun best jugak!) kalau ada kenalan yang nampak perangai dia macam hantu or even dia mat rempit sekalipun, jangan perli or ejek dia ya kalau dia kata nak pergi buat umrah atau haji. Boleh? Saya pernah rasa, memang tak best kena perli ye kawan-kawan. kahkahkah!

Sayangilah hati anda daripada berkulat. Hatiku pun ada kulat jugak ni. hahaha! Wasaalam.

Artikel Berkaitan

38 responses to “Hanya Orang Terpilih Saja Dijemput Melihat Kaabah. Betul Ek?

  1. eh, aku pun tak sangka ko dh penah gi umrah..hehe gurau je..bgs la tu, bila la peluang aku plak ek? bape ribu ek nk gi umrah?
    .-= x-po´s last blog ..APA PANDANGAN TENTANG ORANG MELEPAK DI KEDAI KOPI? =-.

    • hahaha!! baik, aku caye ko gurau.wakaka! ada rezeki kau,nanti ada naa.sabar n sori bukan nak berlagak baik tau ni tp aku mmg boleh kate tiap2 ar b4 tido doa nak gi sane even prangai mcm antu.huhu. niat tu perlu.Tuhan tau 😉 berdoalah 24jam.kahkahkah! hmm, time aku last year, around rm5400 camtulah.. for 2 weeks

  2. teringin juga nak bawa mak ayah ke sana.. tp masih x mampu.. 🙁

  3. semua orang nak jadi Tetamu Allah… tapi bukan semua dapat.

    Saya ada satu cerita kisah penjual air tebu si sebuah universiti awam tempatan(cerita ini masih segar ye). Walaupun hanya menjual air tebu tapi berkat kesabaran dan keikhlasan dia bekerja dapat juga dia mengerjakan haji, walaupun dalam usia yang agak lanjut.

    Tapi adakah kita sedar, terdapat ramai orang berada yang mungkin gajinya membolehkannya pergi menunaikan haji tiap-tiap bulan tapi masih tidak pernah sekali mengerjakan haji?

    Dimana silapnya? Sama-sama kita fikirkan dan selamat beramal :D.
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..Yang berlalu biarlah Pergi =-.

    • hehehe. Belum dapat hidayah barangkali. tak berani nak cakap. ku cetek ilmu agama.huhuhu. teringat dulu, teman my mom masukkan duit tabung haji. tak banyak tapi adalah skit. sekali ada 1 makcik ni tua sangat2. umur maybe dalam 65> nak masukkan duit jugak.

      Sedihnye. nampak duit tu cume kaler merah. RM 10 yang maybe dalam 5 helai agaknya 🙁 bila nak penuh? huhuhu. kalaulah gwe kaya raya..hukhukhuk

  4. mendoakan seseorang lebih baik daripada mencaci.. 😉
    .-= kyo_9´s last blog ..Free Gaza Movement =-.

  5. yups~ sangat terharu bila dapat dok depan Kaabah. ntah bila dapat “dijemput” lagi. tapi serious, baru tahu yang kita ke sana sebab dijemput. huhuhu rezeki masing2. 🙂
    .-= huda´s last blog ..Punca hati tidak tenang =-.

  6. dah pergi umrah tu bila pulak nak pergi haji ? eheheh..aku dah bukak akaun dan tabung haji..entah bila nak penuh dan cukup untuk pergi…
    .-= ishak´s last blog ..Boleh kah suatu jenama itu dijual semula ? =-.

    • insyaAllah. Haji lagi kena banyak sabar compare umrah.huhuhu. so, tak boleh main redah aje 😉 dah bukak tu ok dah tuh. insyaAllah ada rezeki, pergi!hehehe

  7. Alhamudulillah
    dah jejak kaki ke Makkah, tu rezeki namanya. Ah pedulikan cakap2 orang yang tak penah puas dengan org sekeliling. yang penting kita tahu sapa diri kita kan?

    With Love,
    HazzySuperb

  8. ala kak lizard, mungkin kwn kwn tuh cuma nak gurau gurau manje je tuhhh. jgn ambik hati sangat yeaaaa,ahahahah 😛
    .-= blowie´s last blog ..WiFi Percuma Didalam Train KTMB =-.

  9. saya masih lagi tidak mmpu untuk pergi haji atau umrah..heeem
    .-= apiih´s last blog ..~Apiih~ Chat Blog =-.

  10. aku…da banyak kali asek tangguh jek nk wat Umrah…nk g ngan abah, umi n adek2…tp kn cam ms yg xsesuai..yerlah..nk ct lm kn..bkn seng..so agak2 kn tunggu abh n umi pencen dulu…huhu..xpelah..lom der rezeki la tu kn..InsyaAllah..hope akan ke sana jugak..amin….pastu leh wat Haji lak kn..huhu..rs cam xlayak jek diri ni..tp aku tgk artis2 pegi wat umrah cam pg melancong..huhu balik cam tu gak..makin teruk lg adelah..huhu..

    • perkara ni depends pada niat. artis ke bukan.sama aja. lihat contoh paling dekat. ku pergi umrah, tapi beginilah jugak hasilnya.hehehehe!

      betul,bab cuti ni pun 1 hal jugak. macam aku, nasib baik masa kerja part time tu dapat bos baik.tak kisah.if Allah dah kata kite akan pergi ke rumah Dia, im sure akan ada jalan. yang ustaz tu cakaplah bukan aku. hehehe.

  11. waa best nye dah dt g umrah. i tak pernah pergi lagi. takde rezeki lagi tsk tsk tgg kerja pergi pakai duit sendiri la :).

    betul tu, orang-orang mentaliti macam ni mengata bukan main sedap. urusan Tuhan pun nak kepochi. dia pulak nak judge lebih-lebih :).
    .-= Cik Rouge´s last blog ..This is for you, A/Prof S! =-.

    • i tak suke orang macam tu.hehehe!judge orang itu ini, tak baik woo.kan? anyway,if dapat pakai duit sendiri lagi bagus. i tak mampu lagi.kuikuikui

  12. whoaa syok nya dah pegi mekah. 🙂 its a great experience. =)
    .-= Caroline´s last blog ..The day I cherish… =-.

  13. tringin nak lihat kaabah jg
    .-= meo188´s last blog ..Cipan mengutuk tindakan kejam rejim Zionis Israel =-.

  14. Assalamualaikum Liza. Alhamdulillah, kerana dah terpilih dan dijemput melihat kaabah.

    Liza tak boleh lah nak rendah diri sangat. Sekurang-kurangnya liza lebih baik dari saya yang belum langsung lagi nie.

    Coretan yang baik dan mendatangkan kesedaran buat diri ini.
    Terima kasih .
    .-= RasaHatiku´s last blog ..Sekadar Pandangan =-.

    • Waalaikumsalam… thanks for d nice comment here 😉
      tiba-tiba ku tersentuh 😛

      belum pergi ke sana bukan bermaksud u tak baik and ku yang dah pergi belum tentu sempurna.rezeki aje.hehehe

  15. memang betul sapa2 yang pergi ke umrah atau haji adalah yang terpilih.. Allah pilih sebenarnya.. Allah bagi rezeki.. Allah yang jadikan niat kita itu menjadi kenyataan.. tapi kalau niat tak betul untuk pergi ke sana.. jadi tak betul la nanti…

    banyak kisah dah dengar dah… jangan pergi nak nampak benda ke apa ke.. tu kerja Allah.. Dia nak bagi ke tak ke.. kita terima je..
    .-= Syafrizal´s last blog ..Blogger Malaysia menantikan WordPress 3.0 =-.

    • honestly, memang masa nak pergi tu risau bile orang kate Allah akan balas itu ini kat sane. tapi, alhamdulilah tak ada kejadian aneh. yang jadi semua indah2. wah,berdoa depan Kaabah tu sangat luar biase. sujud atas mozek tu pun boleh nak cry 🙁

  16. betullah mcm ko ckp niat tu penting..sebenarnya kedudukan kita di mata Allah ni sama jerk, hamba Dia. Akupun nak mula start doa before tido dpt bawak parent aku kesana..hehehe
    .-= catzer´s last blog ..Jom Kayuh Sekitar Shah Alam =-.

  17. saya dulu pernah berniat nak gi umrah ngan wife, tapi belum kesampaian lg…

    insyaAllah suatu hari nanti akan pergi jua

  18. ya, betul hanya org terpilih sahaja yg akan dijemput…
    .-= julianusginting´s last blog ..My Blog Was Hacked?? =-.

  19. lol tak pernah terfikir lak camtu sebelum ni..

    tapi itulah jemputan Allah tu menjawab soalan saya kenapa dia ni takmau pi mekah walau duit berguni2, kenapa dia ni walau dok kutip duit bertahun2 tak cukup2. reason is simple, Allah belum pilih lagi.

    Bilalah Allah nak pilih saya pulak kan?
    .-= lilacfla´s last blog ..Review Buku Denyut Kasih Medik =-.

  20. harap dpt jejak kaki di hadapan kaabah suatu hari nanti. amin
    .-= liza´s last blog ..Mahalnya Perbelanjaan Perubatan =-.

  21. Pingback: Rahsia Kaabah | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  22. Pingback: Korang Ada Masalah Dengan Roommate? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge