Entry Gampang Lagi! Terakhir Barangkali Tapi Tak Janji

Aman sekarang ni. Dunia Twitter saya dah mulai kembali pulih sikit. Tak haru biru macam dulu. Ada orang bilang, mungkin mereka yang “terkena” sudah insaf dan malu. Tapi, pada saya. Tidak. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan mulut-mulut mereka itu.

Mereka popular dengan cara mereka. Saya? Oh, saya cuma pemilik blog picisan. Mujur picisan, bukan blog sampah masyarakat. hahaha! Abaikan dunia Twitter dan dunia virtual yang lain. Tak untung apa-apa pun kalau bersembang tetang itu. Kalau salah sebut, ada lagi yang melenting. Jadi, persetankan saja.

Saya baca di shoutbox. Di sisi sebelah kanan muka blog picisan ini. Glad, ramai lagi yang sudi nak berteman dan bermesra dengan saya. Al-maklum. Saya tidak sehebat Khai. Tak glamour macam si cantik manis Hanis Zalikha. Serious, Hanis bloggers yang sangat cantik, cerdik, popular tapi tidak sombong.

Hanis, bak 20 sen. Saya memujimu tak percuma. hahaha!

Ok, berbalik hal shoutbox. Ya, saya gembira sebab ada jugak yang nak tinggalkan jejak kaki virtual dekat blog ni. Hope jangan harapkan sangat sumber trafik ke blog korang. Bukan saya perasan bagus, tapi saya cuma beritahu yang blog ni tak pernah dapat trafik beribu riban dalam sehari. Tak payah bergantung harap dengan blog picisan saya ni tau.

Korang pasti rugi.hahahaha!

Last 2 weeks. Mungkin, saya sudah tidak ingat. Tapi, yang pasti ada yang meninggalkan jejak di shoutbox saya. Annoying jugalah ayat. “macam bagus kau ni. demand.tak bagi langsung iklan dekat sini”. See. Betapa biadap bloggers sekarang. Bukan korang, tapi yang menulis ayat tak semenggah ni.

Come on guys. Ini kan blog saya. Even blog ni tahap blog picisan, tapi sumpah saya sayang ok. Kalau dah kata sayang, tak mungkin saya nak biarkan “lalang-lalang” iklan percuma dekat sini. Bukan demand pun. If nak nak demand, dah lama saya private kan blog ni. hahaha!

Cuma, korang pun kenalah faham. Blog orang, buatlah macam blog orang kan? Janganlah buat macam blog keturunan generasi korang pulak. If nak, buat dekat blog korang. Tak adalah saya naik bosan nak layan shoutbox tuh. Ingat saya ada masa sangat ke nak delete message “sampah” tu?

Saya perlukan masa lebih untuk bergosip tau! hahahaha.

Oh ya, baru terbaca 1 lagi message dekat shoutbox. Ada yang cakap dah jarang saya ni update blog. Tapi di Twitter ada pula. Why not, say hi je dekat Twitter dan cakap “eh, cepatlah update blog kau”. Saya lagi suka macam tu daripada macam ni. hehehe.

Bukan apa, lately. Saya nak update blog. Banyak idea tapi macam saya cakap. Bosan dengan karenah some bloggers yang tak habis-habis nak hentam sesama sendiri. So, dah banyak entry yang saya buat terpaksa di draftkan saja till now. wakakaka.

Lagi 1, saya perasan. Sekarang ni ada beberapa blog yang saya suka baca. Telah diprivasikan oleh tuannya. Why? Im not sure. Tapi, apa yang saya boleh katakan sekarang ni. Ada mulut jaga. Ada jari, kawal. Kadang-kadang dengan sindiran kita di dunia maya ni..boleh buat bloggers lain terasa hati.

Saya bukan nak kata mereka ni hati tisu. Tapi, maksud saya. Bloggers ni manusia dan bukan haiwan ternakan. Cuma, betul juga manusia ni haiwan sosial macam Zahiril Adzim bilang dalam blog beliau. Bila orang itu berkarya, kita hormat dia. Mungkin ada masa-masa kita tak suka entry dia tapi kita tetap perlu hormat dia. Kalau ada yang tidak suka, tanya baik-baik dan bukan dengan memerli.

Orang itu punya followers ramai even tak glamour mana pun nak dipersoalkan. Orang itu tak cantik tapi blog dapat komen banyak pun ada yang tak puas hati. Orang itu berkarya dengan bahasa sarkastik pun dia boleh maki semula. Eh, jangan kacau hidup orang boleh?

Dan sekarang, saya perasan manusia yang tidak habis-habis memaki dan memerli orang itu sudah terumbang-ambing. Kenapa? Suruh dia jawab sendiri. Yay! Bestnya siapkan entry gampang lagi! wakakakaka

p/s: Saya dalam mode bersastera sekarang. Penyakit dulu datang semula. Saya punya blog untuk itu tetapi tiada siapa yang tahu. Kalau bijak, carilah. Tapi, saya tidak perasan. Jadi, tak payah cari!

Artikel Berkaitan

31 responses to “Entry Gampang Lagi! Terakhir Barangkali Tapi Tak Janji

  1. sapa hentam mu liza. meh sini aku tegur dia balik. cesss. marah niiii.

    nampak sgt blog dia murahan sgt nak letak iklan kat blog mu yg lawa niii…

    haaaa. kan dah kena maki dgn aku…

    tata~
    .-= paeh´s last blog ..Tukar Background Google Korang =-.

    • tak tahu cuz tak tulis nick pun ntah apa2 aje aritu. penakut memang camtu. hohoho. ko marah?wah, teruje aku.wahahaha.

      hmm, aku terharu birulah bile ko ckp blog aku lawa. padahal aku tau tak lawa! demm ko.kahkahkah

  2. ape hal pulak kali ni?
    ramai yang tak puas hati dengan u ke beb?
    i jeles la.. even u kata u tak popular trafik takde smpai beribu riban, tapi ada jugak yang nak kutuk2 kat shoutbox u..
    i ni kalau pasang shoutbox pun kosong je, takde orang nak kutuk.nak puji lagi la takde.. heheh… gurau je..
    ilek la beb.. biase la tu manusia..
    u tak yah la layan depa yang tak puas hati,
    u update je ur blog..
    demi i.. boleh kan?
    haha… geli dak baca?
    .-= Azah´s last undefined ..Response cached until Sun 13 @ 18:23 GMT (Refreshes in 49 Minutes) =-.

    • tak ramai cuz ku sendiri tak amik tau sape manusia2 tu pun.hahaha. cume, adalah sket2. alah, in fact dari awal2 lagi pun dah ada set2 tegur tapi tegur kat shoutbox xder link. pleaselah. for me, if nak tegur buat cara beradab sket.muahahaha.

      baiklah, i update till korang bute baca entry merepek.wakakaka! wha, thanks 4 d great comment 😉

  3. kalau aku tak kisah pun org dtg nk iklan2 pe2 kat shoutbox aku..hehe sbb apa yg penting? trafik maa, biar pun kedatangan diorg cam tak selesa..ekekeh so kesimpulannya, aku tak kisah, dan setakat ni aku masih blm lg delete msg diorg kt shoutbox aku
    .-= x-po´s last blog ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS? =-.

  4. izinkan aku lontarkan sedikit pertanyaan yang berada di benakku tika ni.

    bisikan tiupan angin sangka kala dari dila raden atau fynn kah ini? maaf jika diri ku yang kerdil dan penuh khilaf ini salah bertanya. ya, aku juga manusia. manusia yang penuh kesilapan dalam penjara hidupnya.

    coppppp! CUT!

    aku nak gelak guling2. HAHAHAHAHHA apesal aku switch on mode sastera zahiril ni? bengong mu buat entry begini HAHAHAHAHAHA aku dah agak sbb kau baru lepas layan blog fynn kan? aku plak sebuk layan zine2 aku.

    tapi…..entry ni mmg gampang doe.

    terussssssssssssssss tujuuuuuuuuu dush! kau shoot baik punya, paham2 je la. HA HA HA

    • rumah ini cuma tempat aku bermadah dan bukan tempat aku bermain dengan kata-kata dusta.

      Bukan dila raden atau fynnjamal yang menjadi persoalannya kini. kerana apa? kerana kata-kata aku tidak mungkin sama dengan mereka.

      siapalah aku. cuma pemilik sebuah teratak picisan.

      DAH! aku tak boleh start.wakakakaka! ko kan suke aku wat entry gampang.aku buat demi ko! muahahaha.

      • sesungguhnya betapa insan khilaf ini tersentuh hati membaca coretan kekanda di atas. *apesal mcm bahasa istana?*

        tidak mengapa, kerana ku hanya pengemmar setia nukilan zahiril, fragranfrantik, fared ayam dan penulis jalanan yang lain.

        fine. aku takde idea nak taip memalam.

        bengong lu. aku suka. kau tulis lagi entry cmni. kau semakin jahat bersamaku hahaha

  5. hihihi macam2 ada..hahahaha abaikan ja mereka2 ini..
    .-= timhar´s last blog ..Kasih sayang..cinta? tanpa batasan.. =-.

  6. aku baru dapat komen maki ..pasal entri boikot israel itu huhuhu….tapi aku tapis

    ye ker blog liza razak ni tak sepopular mereka ? ehem 2…cuba taip lizarazak atau lizarazak.com kat google..siap dapat priority google lagi…ehem 2..hanya blog popular ngan blog yang dapat traffic tinggi jer dapat priority google tau eheheh
    .-= ishak´s last blog ..Saiful apek ditahan kerana ganja ? =-.

    • oh, aku jarang sgt x approve komen2 even yg maki aku.cume, komen yg maki org lain je aku tapis.hehehehe. aku tak kisah if org tegur,tapi biar betul sket carenye lah kan. adoi.

      hahahaha! if type lizarazak mmglah kuar name aku yg 1st.huhu. unique domain name kan.try search lain2..tak ade maknenyer.wakakaka! ntah,aku tak pandai sangat trafik2 neh.tp,mmg xprnh dpt riban lah. senang cite. komen xpernah aku kire brapa byk. aku tau nulis aje. wakakaka

    • a’ah saya pun dapat komen tahap ceramah pasal israel tu..nak boikot israel pun salah.. semua benda kita buat salah..dia je betul..adess

      nasib baik tak layan sangat..kalau tak, dah tutup blog tu haha
      .-= Fitrihadi.com´s last blog ..Susulan Kes Jardness a.k.a. Owner Ignorantbrat.blogspot.com Di Kecam Hebat! =-.

  7. lagi sekali…dalam dunia maya nih siapa saja bebas mengentam tanpa rasa takut akan gentar…iyelah kan,tambahan lagi kalau menggunakan nama samaran atau identiti yang dirahsiakan…mestilah berani buat apa sahaja…ish,biarkan lah mereka dengan sikap mereka itu…syuhh,jauh2..
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Gangguan Atau Sekadar Ilusi? =-.

  8. sy mahu bercuti juga!!! =)
    .-= sitie bum bum´s last blog ..macam mana nak kurus kalo asyik makan? =-.

  9. pedulikan mereka semua…ahahahaha
    .-= apiih´s last blog ..Aku Penggila Twitter Client =-.

  10. buang je la shoutbox tu..macam takde guna je.. dah ar kena sound..adess buat sakit hati je..

    saya pun ada gak dpt spam iklan dlm shoutmix tu..apa pun, dah banned url macam dapatwang, bit.ly dan sewaktu dengannya sebab tanak nnti penuh iklan je..adess
    .-= Fitrihadi.com´s last blog ..Penambahbaikan Page Exchange Link! Sekarang Dengan Live Update! =-.

  11. dunia maya ni tempat aku melepak dan menimba ilmu.sapa yang kacau aku…aku ‘delete’ ‘remove’ ‘ignore’ atau ‘spam’..dah nama pun maya.bukan maya karin.kalau dunia realiti lain lah takleh buat gitu, iye dak?
    .-= fndrocka´s last blog ..Belog ni menyokong pasukan England sepenuhnya dalam kempen Piala Dunia 2010 =-.

  12. dunia maya ni tempat aku melepak dan menimba ilmu.sapa yang kacau aku…aku ‘delete’ ‘remove’ ‘ignore’ atau ‘spam’..dah nama pun maya.bukan maya karin.kalau dunia realiti lain lah takleh buat gitu, iye dak?

    Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

  13. boleh plak buat statement mcm tu kat blog kamu ekk lizz!
    sabor ajelah

    betul kata anda..
    “persetanakan..”
    .-= [email protected] last blog ..Wondergirls is best performance =-.

  14. byk point gwa nk talk kt sini
    tp, xpe la.
    avrybody had their own opinion
    gyahahahahaahah~

    btw,
    HI! gyahahahhaahha~
    .-= hellioz´s last blog ..TERJAH VERSION MITSUBISHI EVO 10 : MAHIRA MORRISON =-.

  15. hahahaha… dah lame tak laya entri cik lizz yg emo2… huhuhuhu :p
    .-= meo188´s last blog ..Drift Jiwang: Madah Cinta Bumble Bee dan Cik Kelisa =-.

  16. Assalamualaikum Liza.
    Tak nak komen le kalau Liza marah. tapi sepatutnya kalau kita bertandag ke rumah orang kita ikutlah kata tuan rumah kan..

    Salut ngan Liza kerana dapat luahkan perasaan dengan bersahaja. Moga tenang selepas nie.

    TQ

  17. Entry gampang kau ini tak berapa gampang….
    eh apa maksud gampang?

    Cepat update! Aku suka baca entry kau.
    [Dengan muka serious]
    .-= Adziim´s last blog ..Review Novel : Versus by Hlovate =-.

  18. haipp..sape yg ada bran nate ko ni ek…cepuk lelaju kang..heheh..
    bese lah..dunia blogging skang da macam2 hal..
    lantak kan aje lah..huhuhu
    .-= eiyda´s last blog ..Holiday sakan (Gambar) =-.

  19. saya agak lambat jugak nak update blog.. lagi2 bila mood takde.. kadang2 malas nak tengok blog2 ni hehe
    tapi bila ada mood barulah update blog
    .-= Syafrizal´s last blog ..Perkara yang membuatkan hilangnya mood berblogging =-.

  20. entah la kadang2 dunia blogger dah tercemar
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Ohtidak vs Cisdel =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge