Entry Gampang. Bukan Senang Saya Nak Buat Entry Gampang Ni!
25 May
Hidup taklah sesusah mana kan? Kita saja yang selalu menyusahkan diri. Kan? Saya pun sama. Kadang-kadang hal kecik, kita fikir mati-matian. Inikan pula, hal besar. Sampai ada yang sanggup nak bunuh diri. Macam gampang gila!
Lainlah, kalau lepas bunuh diri. Confirm masuk syurga! Then, i will do the same thing. hehehe.
Saya beri contoh. Putus cinta. Tak fikir panjang, terus telan panadol berbelas-belas biji. Tak berjaya, ambil panadol masuk dalam coke dan teguk. Ok, itu contoh kawab baik saya DAHULU. Kerana lelaki, dia kalah. Kerana lelaki dia jadi perempuan murahan. Macam-macam dia jual. Apa? Fikir sendiri.
Saja cari pasal. Kan elok kalau fikir panjang. Yang sudah tu sudahlah. Bukan boleh patah balik, tapi fikirkan masa depan. Ini tak, merosakkan lagi adalah! Sebab tu saya kata, manusia sendiri yang menyusahkan diri sendiri! Haih.
Contoh seterusnya. Kisah teman saya juga. Ibu bapa bercerai waktu kami masih bersekolah. Dia sedih dan rasa malu dengan kawan-kawan. Dia katakan pada saya “semua orang ada mak bapak. Senang, nak duit minta mak bapak. Aku? Kena kerja sendiri”.
Saya jawab “Mana kau tahu diorang mintak duit, dan diorang dapat?”. Dia diam. Saya tahu, dia kurang mengerti sebab saya memang suka berkias! hahaha. Saya teruskan “Kita jangan tengok luaran sesebuah famili aja. Tak tahu jangan main teka suka-suka. Lain famili, lain masalah.”.
Glad, dia faham. Dia cakap, lepas sekolah nanti dia nak terus kerja. Saya faham, dia dalam situasi tertekan.
Silapnya, saya terlalu mentah waktu tu. Saya tak tahu nak handle masalah sebesar itu. Ketika itu. Sampai sekarang, saya ada sedikit menyesal gara-gara tidak menasihati dia. Waktu itu, dalam hati saya mahu katakan begini “Sambung belajar tinggi-tinggi, then kau boleh tanggung adik-adik kau”.
Tapi, dek kerana masih terlalu mentah time tu. Saya rasa macam poyo nak sebut. Tapi, hari ini. Saya menyesal. Tapi, tak apalah. Sudah nasib dia macam tu. Tak boleh nak kata apa. Dia hanyut dan terus hanyut dengan dunia ciptaan dia sendiri. Mungkin salah saya tapi bukan 100%.
Kerja Tuhan, kita tak boleh nak kata apa sangat. Berdosa.
Cuma, kan ada baiknya kalau dia dapat fikir panjang sikit. Tidak pandang yang cuma hidup dia saja yang selalu ditimpa malang. Sejujurnya, pada saya. Mana-mana keluarga pun ada masalah sendiri. Kalau bukan mak bapak bercerai berai, ada masalah lain. Bapak kawin baru contohnya. Mana ada keluarga yang sempurna. Percayalah cakap saya!
Oklah, stop beri contoh orang lain. Cerita hal sendiri lagi afdal.
Sekarang. Saya berada dalam situasi gampang segampangnya. Masalah 1 hal, tapi 1 more to thing is inner punya problem. Maksud saya macam persoalan macam “kenapa aku tak macam dia?”, “kalaulah dulu aku…”, “menyesallah berkawan dengan dia”, “kenapa balik-balik aku aje yang kena dan bukan dia?”. Faham tak?
Masalah buatan kita sendiri! Fikir yang bukan-bukan. Gampang lah!
Cuma, saya rasa tak perlu saya nak emosi melampau. Mahu maki sana, maki sini. Salahkan orang sana, tunjuk dan katakan si dia yang salah dan patut bertanggungjawab. Saya waras lagi. For me, bila ada problem diri macam ni. Cara terbaik adalah dengan muhasabah diri sendiri. Duduk sorang-sorang dan fikirlah betul-betul.
Saya tak suka nak maki-maki. Zaman saya nak bermaki-maki dah berlalu. Sekarang, bila ada adik-adik yang maki sana-sini dekat twitter ke apa ke. Ku layankan aja. Mungkin mereka dalam situasi yang sama saya lalui 1 masa dulu. Belum matang. Hati cepat panas. Jadi, biarkan. Sampai masa, mereka akan berubah juga.
Alhamdulilahm lately ni Tuhan beri saya kawan-kawan yang sangat nice. Mereka sangat mengambil berat tentang saya dan saya sangat bersyukur untuk itu. Mana yang tak tahu nak appreciate saya dan memperkotak-katikkan saya. Boleh jalan.
Saya tidak perlukan kamu. Bukan membuang, tapi dah alang-alang kena campak jauh. Saya pun tak mahu dah duduk diam. Selamat berbahagia untuk mereka yang mengaku teman tapi gampang habis lah! Oh, happy daku. Buat lagi. Buat lagi ku suka ok!
Macam ni saja. Hidup ini bukan selamanya bersama kita. Sudah ada perjanjian “rahsia” antara kita dan Allah. Mungkin esok, mungkin lusa umur kita Tuhan ambil kembali. Jangan sekat diri untuk dapat bahagia dengan cara kita sendiri. Berusahalah!
Memang bukan mudah, tapi tak mustahil. 1 je tips simple yang saya lakukan. Pilih kawan yang betul. Percayalah, kawan gelak ketawa memang melambak-lambak dekat luar sana. Kawan yang itu, jangan diharapkan lebih daripada dia. Sumpah annoying!
Pilih kawan yang boleh susah senang. Kawan macam ni, ada perasaan dan bukan cuma ada otak tapi kosong.
Bila ada kawan susah senang, insyaAllah. Taklah seteruk manapun life kita. Bila susah, kita ceritakan. Bila buntu, kita luahkan habis-habisan. Percayalah, korang takkan rasa “kosong” kalau jumpa kawan macam ni. Cuma, saya nak beritahu. Tak payah nak cari kawan susah senang ramai sangat. 1 atau 2 orang sudah memadai!
Jangan percaya sangat dengan istilah BFF tu. Lagi ramai korang berkawan, maksud saya ramai BFF. Lagi tunggang langgang hidup korang. Kenapa? Try dulu, nanti korang akan faham. Maceh! Selamat menjalani hidup yang comel ini! Walla!
p/s: Entry ini saya katakan gampang sebab, kalau korang habis baca entri ini. Sah lah korang tahu saya macam orang lain juga. Ada masalah cuma saya try control. Takkan ramai yang tahu saya ada masalah sebab saya hanya berkongsi dengan 1 atau 2 orang saja. Bila saya bergembira di mana-mana social networking, itu adalah cara melupakan masalah. Even ada juga saya terbaca tweet/ message yang tidak baik tentang saya aka perli saya. Tak kisa. I do love all my friends. Kamu teman saya, buruk baik saya terima. Maceh!







fuh, aku bc entry ko ni dgn penuh teliti dan penuh emosi
.-= x-po´s last blog ..KENAPA PERLU JADI MANUSIA YANG BUSY BODY? =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 3:08 pm
lah ye ker? sebab kau pun tengah beremosi ke now?wahaha
amik mana yang betul aje naa, aku pun kadang2 mereng jugak bila manulis ni.hakhakhak
[Reply]
kawan kita yang mencorak siapa diri kita. So memang susah klu nk kena pilih kawan2 ni. Tapi tu mmg lumrah hidup, akan berjumpa mcam3 kawan. yg hitam, yg putih, yg kaler2 pun ada..hehe
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 3:13 pm
hehehe. berkawan for me ok lagi. kawanlah dengan sesiapa pun. jangan pilih bulu.jangan pilih pangkat or what tapi maksud saya untuk cari sahabat susah senang. pergh! 1 dlm 10000 kot.hakhakhak.
[Reply]
Manusia mmg mcm tu fitrahnya akan ada masalah. Ujian Allah .
.-= Adziim´s last blog ..Jagalah hati manusia. =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 3:16 pm
Ujian Allah tak pernah stop. Tapi, my mom selalu pesan bila Allah beri kita ujian, akan ada “hadiahnya” nanti
[Reply]
Dun wori. I am always here … bebeh.
.-= rohaizad´s last blog ..Keluarga bukan satu liabiliti, tapi aset. =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 3:19 pm
thanks bebeh
[Reply]
panjangnye membebel.. hehe..
semua org ade masalah.. dah adat dlm kehidupan.. camne teruk sekalipon, kene gak teruskan.. ‘life must go on’ bak kata omputih.. hehe.. Tuhan dah pon plan takkan bg dugaan/masalah/ujian yg kite takleh tanggung.. kadang2 memang rasa teruuuukkk sgt2.. tp tu sume sebnarnye dapat setel.. kene pandai2 cari jalan.. kalau masalah tu jadi makin teruk mungkin ade sikit silap pada diri kita.. bukan sebab org lain, tp sebab diri sendiri.. hidup kita ni kan kita sendiri yg uruskan, bukan org lain.. kan?
tentang kawan utk luah/kongsi masalah tu, better cukup sekadar sorang je kot.. kalo utk dapatkan nasihat daripada kawan tu plak, mungkin perlukan 2 org.. yg btol2 ikhlas berkawan dgn kita.. sorang lelaki n sorang perempuan (kalau boleh).. sebab pandangan atau nasihat dari perempuan dan lelaki ni kadang2 tak sama pendapat.. kita dengar dari dua pihak, dan buat keputusan ikut apa yg kita rasa btol..
susahnye hidup kat dunia ni.. hmmm~
.-= Anarm´s last blog ..Kenapa manusia suka menzalimi haiwan? =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 3:46 pm
ops, sorry terpanjang
hahaha
yes,memang. Bak kata my mom selagi ada umur kita, selagi tulah ada masalah. hari ni selesai 1 problem esok datang yang baru. Even nampak macam annoying nyer asik2 masalah tapi perkara macam nilah yang banyak beri kita pengalaman n buat kita tahu macam mana nak jalani hidup seterusnya. belajar dr pengalaman.
kawan? betul. sebenarnya 1org dah cukup. biar sorang tap ada kualiti. hehehe. if ramai BFF tapi menyusahkan tak payahlah. huhuhu.
[Reply]
kita ni macam-macam ujian yang diterima..kadngkala..bila pikir yang bukan 2 mesti pningkan ? BFF tu susah nak perkatakan…kadangkala BFF lebih memeningkan…..
.-= ishak´s last blog ..Lonely boleh menyebabkan kita menjadi loser ? =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 3:54 pm
depends on orang jugak. kalau nasib baik, BFF banyak membantu.if kurang nasib baik…wallawe! menangislah ada kawan macam hantu.hahahaha
[Reply]
Setiap kehidupan pasti ade dugaan..xde org dlm dunia nie hidop tnpa masalah..sabar je la..
.-= apiih´s last blog ..tuDiaaa [Apiih mobileweb Twitter Client] =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 4:16 pm
yes,tengah bersabar n terus bersabar.ahaks!
[Reply]
uik..blh tahan gak post kali ni..terus segar mata den dari terus nak tdo ni..huhu
setiap yang tercipta mmpuyai kekuatan dan kelemahamn masig2..
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 9:27 pm
huhuhu.eh janganlah, nak tido pi tido naa.hehehe.
yes, kenapa pandai guna keduanya
[Reply]
betul tu..kawan gelak ketawa memang ramai. bila susah masing2 takde..saya ni kira kawan time susah je..time happy diorang lupa…sebab tu saya malas nak berkawan rapat ni..mengabihkan bogheh je.. kawan biasa2 cukup..
.-= Fitrihadi.com´s last blog ..Ek Eleh.. Jalan Sorang-Sorang Pun Salah ke, Encik Senior? =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 9:33 pm
yes,same with me. bosan jugak. time happy,ajak sana sini. bila kita susah,podachilah. semua nak sembunyi. tapi, bukan semua orang macam tu.so, janganlah sekat diri fit dr cari kawan susah senang tuh
[Reply]
Assalamualaikum…
Huhu sebenarnya dah lama orang follow website liza ni tapi malas nak komen. Hari ni tetiba je rasa nak komen, waaa tak sangka liza ni banyak cerita jugak ek. Dulu masa zaman utm cool jek. Biasa la masalah sentiasa ada, kalo tak ada masalah dan senang memanjang takut jadi macam firaun, sakit pun pernah. Ujian yang kita dapat dairi Allah tu InsyaAllah semua kita mampu hadapi, Allah tak akan bebankan umatnya dengan ujian yang kita tak mampu nak handle. Uits panjang lak komen ek, apa pun kuat mana pun ujian kita dapat, Allah sentiasa bersama kita (^_^).
.-= oda´s last blog ..Exercise =-.
[Reply]
Lizz Reply:
May 25th, 2010 at 9:40 pm
w’salam…
Hye Oda! oh, my classmate! hehehe.
yes, u know me lah kan ngan Fiha. Kami cool aje.tapi, masing2 ada je cite sensasi.hahaha. hmm, memang. Allah takkan uji kita lebih dari apa yang kita mampu. agreed with that. Cuma, kuat tak kuat ajalah. Depends on individu.kadang2 orang tu nampak kuat secara luaran tapi hati tisu. yang tengok macam apa je, tapi dia ada kekuatan dalaman yg kuat. i wish yang kedua .huhuhu
thanks Odah!
[Reply]
Kerana masalah kadang orang hilang pertimbangan, hilang arah, lebih teruk…hilang pedoman…
Perlu selesaikan dengan cara terbaik… mungkin itu pilihan terbaik waktu itu…
.-= BudakhutaN´s last blog ..Keranamu kekasih… =-.
[Reply]
rileks… makan kit kat yer…
.-= meo188´s last blog ..Award for you friendly blogger =-.
[Reply]
nak kata problem ,aku pun ada prob…nak tak nak kena hadapi problemnya..huhu
.-= zik´s last blog ..Jangan berhutang dengan Along! =-.
[Reply]
Aslmualaikum,
sbnrnye bile Allah bagi kite masalah, die nk uji manekah antara hamba die yg baik amalannye. Kalau Allah bagi kite ujian maka kite kena sabar n redha, ade Allah bg ujian sebab nk angkat darjat di sisi Allah n ade Allah bg nikmat sbb nk jauhkan dr Allah. Bile susah pandang org dibwh bkn org diatas.
wasalam.
[Reply]
dekatkan diri anda dengan Allah…
semua masalah itu ujian bagi kita
tapi bab telan panadol tu tak berapa best la
sebab panadol memang mudaratkan kesihatan
.-= Syafrizal´s last blog ..Bekam – Perawatan Sunnah Nabi =-.
[Reply]
biasalah tue..COBAAN!! Manusia tak lari dari COBAAN hidup. Kuatkan semangat erk…
.-= faisalhanim´s last blog ..Mompreneur: Part 1 =-.
[Reply]
aku br terperasan yg ko dah update belog.keh3….sangt gampang ok..kalo dapat kwn cam tu.huhu…BFF sorang pon ssh nk cr pe tah lg reramai..BFF setakat dimulut jek..wat pe…bila der mslh hilang tah kmn..hbs mns sepah dubuang..perggh…huhuhu.pernh kn ngan kes nk bunuh dr bila kekasih ht cureng la kunonnyer..hakiktnyer tk pernh pon jumpe..hohoh..pendek kt..setiap manusia ni ade maslah masing2..xkn semua nk share ngan semua org kn.disebalik kegembiraan tu sebenarnyer banyak keperitan..huhuhu
[Reply]
Untuk aku sepanjang hidup aku, aku cuba sedaya upaya tepikan kawan bab-bab problem ni.
Bukan apa tak nak ah nyusahkan mereka dengan problem aku kan?
Bila aku cari kawan aku cari kawan yang aku boleh buat kawan (eh?) maksudnya kawan yang boleh dipanggil kawan (eeehh?)
Konfius? Baca banyak2..haha
Kawan ni satu je yang penting, ikhlas. Kawan biar ikhlas janga ada udang di sebalik batu dah.
Btw lama tak berkunjung, makin lama makin mantap post. haha
.-= Izzat Aziz´s last blog ..Free tapi berkualiti =-.
[Reply]
Kayaknya si dia, berarti banget di hati.
Jadi iri!
[Reply]
zaman sekarang, kawan senang je nak buat. pegi kat facebook, add kemudian spam wall. atau, spam kat twitter. bila kawan style macam tu, tak sama dengan zaman kecil-kecil dulu..main konda-kondi bersama, gaduh bersama. jadi bond dia lain.
walaupun aku xkenal siapa Lizarazak, tapi aku makin suka baca blog ini. u’re very frank. best!
*fuh geram tak boley read kat ofis!
.-= Faizal @ FTN´s last blog ..Celebrities Who Stink =-.
[Reply]
TERBAIK
[Reply]