Apa Itu Penulis Jemputan

Artikel Ini Hasil Kerja: Fazreen

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. First sekali aku nak ucap terima kasih kepada empunya blog, Cik Lizz kerana sudi benarkan aku mencemar duli blog dia dengan penulisan aku. Terima kasih Cik Lizz atau lebih tepat lagi kakak Lizz. Dia lebih tua dari aku dowh. (Tuan blog boldkan sendiri.hahaha)

Sebenarnya tak ada tajuk khusus untuk entri ini. This idea of mine(guest blogging) just pop out into my head. Seriously, bila dah habis praktikal ni banyak masa yang ada sebelum nak mula sem baru. So daripada membuang masa baik lakukan sesuatu yang berfaedah. Betul tak?

Bukannya tak ada blog yang hendak dijaga, yang hendak diupdate dengan entri. Ada..cuma mencari angin baru dan mencuba sesuatu yang baru. Kalau di luar sana, maksud aku international market, guest blogging atau pun dalam bahasa melayunya ialah penulis jemputan bukan sesuatu yang baru bagi aku. Since aku mula menceburi bidang blogging secara serious, dah banyak kali aku publish artikel di blog orang. Salah satunya ialah di blog Myblog2day dot Com dimana blog tersebut merupakan pemegang ranking pertama bagi keyword ‘Make Money Online’ untuk Google Malaysia.
Sekarang masih menunggu artikel aku untuk keluar di Problogger dot Net dan John Chow. Bukan senang untuk artikel kita diterima oleh blog-blog yang besar. Tapi tak pa yang penting mencuba.

Apa itu penulis jemputan?

Dah banyak aku melalut kat atas tu kan. So sekarang kita cuba fokus dengan apa yang bakal korang baca seterusnya.
Secara ringkasnya penulis jemputan ialah penulis yang dijemput untuk menulis di blog orang lain atau pun seseorang yang mempelawa dirinya kepada blogger lain untuk menulis di blog orang.

Dalam kes aku sekarang, aku meng’offer’ kan diri aku untuk menulis di blog Lizarazak dot Com. Sebenarnya banyak lagi blog lain yang aku dah short listkan untuk buat guest blogging. Cuma tunggu masa saja.

Daripada apa yang aku perhatikan di luar sana (di luar bermaksud english blog/ blog niche) kebanyakkan blogger mencari peluang untuk buat guest blogging. Maksudnya, dorang tak tunggu blogger lain suruh dorang buat guest blogging sebaliknya dorang sendiri yang akan mencari blog-blog yang menawarkan guest blogging dan dorang akan hantar artikel kepada empunya blog.

Free ke kena bayar ek jadi penulis jemputan?

Kebanyakkan guest blogging free. Tadi masa aku bagi idea ni dekat Lizz, aku terkejut juga lah sebab dia tanya aku FOC ke bayar? hehe. Guest blogging ni free je. Asalkan korang ada artikel yang bagus insyaallah blog lain akan publish.

Tapi..ada juga blog yang akan bayar kepada penulis jemputan. Selalunya bila blog itu yang menjemput blogger tersebut dan blogger tersebut bukan sebarang blogger.

Kenapa menjadi penulis jemputan?

Dulu sebelum aku menjebakkan diri dalam dunia guest blogging, aku pun skeptikal juga pasal ni. Kadang-kadang terfikir kenapa perlu menulis artikel di blog orang. Kan baik kalau menulis artikel di blog sendiri. Boleh juga pembaca blog baca.

But once aku dah cuba dia jadi macam sesuatu yang addicted. Bagi aku lah, guest blogging ni merupakan salah satu teknik marketing yang terbaik dan aku yakin ramai lagi diluar sana yang setuju.

Why guest blogging is a great marketing tool?

First, sedar atau pun tak dengan guest blogging korang boleh dapat satu solid backlink. Kalau korang beruntung mungkin dapat dua atau pun tiga solid backlinks. Itu semua bergantung kepada empunya blog. Mesti yang masih blur tentang backlink ni kan. Tak pa if ada peluang lagi aku akan bercerita tentang backlink. So anyone nak offer blog dia untuk aku menulis?

Second, blog korang akan mendapat pembaca baru. Contohnya lah kan, blog aku sekarang pembaca dari india, australia, indonesia, africa, filipines boleh dikatakan 99% dari luar negara. Dengan menjadi penulis jemputan disini aku dapat pembaca baru which is you all. Dan mungkin secara tak langsung korang akan menjadi loyal readers kat blog aku. Secara teorinya lah.

Third, korang dapat tunjukkan siapa korang, apa yang korang ada, apa kemahiran korang ada dan seterusnya menjadikan korang authority dalam bidang/niche korang. Bagi sesiapa yang banyak membaca atau blogwalking korang mesti tau kebanyakkan blog-blog besar yang ada sekarang mereka mengamalkan guest blogging pada awal dorang berblogging.
Itu  sebab aku jadi penulis jemputan

Tadi aku cerita pasal sebab-sebab yang umum. Sekarang aku nak bagitau sebab personal kenapa aku buat guest blogging especially untuk blog-blog melayu.

First, sebab aku nak bantu blogger-blogger lain. Blog aku tak ada artikel-artikel tutorial which means tak ada artikel-artikel yang berilmiah. Mostly semua tentang collection of my thoughts. Aku bukan jenis blogger yang suka buat entri tutorial, atau pun mengulas isu-isu semasa. Which means, hari ini aku tengok blogger ni buat artikel pasal budak umur 15 tahun kena tembak oleh polis and esok aku buat entri pasal benda yang sama. Aku bukan macam tu. Aku lebih suka menaip entri yang light, short tapi ada makna. I’m writing with heart. So bila ada orang tanya aku itu ini, at least dengan buat guest blogging aku boleh bantu dorang setelkan masalah dorang.

Second, I just love the art of blogging. Nothing more than that.

My last two cents

Kalau korang nak buat guest blogging pastikan korang hantar artikel yang berkualiti kepada blog lain. Jangan lah pula bagi entri kisah cintan korang. Ini melibatkan kredibiliti korang. Dan bagi yang berkemahiran dalam bidang grafik seperti photoshop dan illustrator korang boleh jadi guest blogging kat blog-blog berniche kan webdesign. Kebanyakkan blog-blog macam tu memang memerlukan guest blogging untuk tutorial-tutorial grafik. Bukan free ye dorang bayar at least 200USD untuk satu artikel.

Thanks pada korang yang sudi baca artikel ni walaupun panjang tapi aku harap sedikit sebanyak dapat membantu korang. Terima kasih juga pada kak Lizz. Minta maaf kalau bahasa tunggang langgang.  🙂 dan kalau ada yang ingin menjemput aku menebas lalang di blog korang sila contact aku. Jangan malu jangan segan sebab aku pun nak bermesra dengan korang. =D

Artikel Berkaitan

64 responses to “Apa Itu Penulis Jemputan

  1. tak nak upah aku sbg penulis sampingan ke? hoho

  2. dalam dua tiga lepas saya ada fikir gak nak buat guest blogger kat blog saya..erm tiba-tiba entry ni dah bagi idea pasal konsep guest blogger ni..thanks sangat2.. 🙂
    .-= F I T´s last blog ..CONTEST: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 =-.

  3. blog aku jarang update, bagus gak kalau ada guest blogger

    • hehehe.maybe boleh jugak buat macam ni.tapi, mcm aku nak wat 1 week 1 guest aje kot.kang,aku bg orang..aku lak yg ketagih nk mengarut kat blog sendiri.wahahaha

    • @khairil, guest blogger sesuatu yang fun..kalau ko rsa aku layak untuk blog ko sila contact aku…hehhe..aku gian myumbang artikel..haha

  4. nie bro fazreen ke yg menulis??patut pelik jerk mule ucap time kasih kat akak lizz..huhu..

    btw,nice entri..huhuhu

    kalau aku dh lme x update blog,nk ajak penulis jemputan la tlong update blog.ihihhii
    .-= apiih´s last blog ..Movie-Movie Yang Bakal Menggegarkan Pawagam pada 2011 =-.

  5. kalau aku banyak masa, nak jugak cuba bidang guest blogging ni 🙂 , hari tu kononnya nak menulis kat blog twitter holic tu.. siap daftar nama dah.. tapi kena fokus dulu kat kerja yang melambak..
    .-= zuls´s last blog ..zulseffort: RT @MrMoneyTweet: dear friends.. want to follow me in mylikes? you can make some money too.. http://ow.ly/1FcRE =-.

  6. suke yg last2 bile die ckp ttg pembayaran tue…

    wah, leh buat duit jg gitu2…

    tp sy xpandai menulis… sob sob sob
    .-= meo188´s last blog ..Misteri kehilangan baju merah =-.

    • biasanye if obersi punye style,diorang bayar.sbb tu,ask si Een aritu.kene bayar ke x.wahahahaha. seb baik die xdemand 😛

      bolehlah.masing2 ada cara menulis.xsemestinya kene ikut my style yg carca marba ni.ahaks!

    • skill menulis tu boleh diasah..tapi kalau ada bakat dlm bdg grafik lagi masyuk..

  7. wow..jemputan pon dapat duit..ahaks
    aku x penah lg try wat duit online..x berani lg..huhu
    .-= ChuyRy´s last blog ..Tak Tahu Tajuk Ape..hahaha =-.

    • sat ek.konon2 nak advise jap.terime jelah even yg nk advise no pun haprak gak!hahahaha

      -cari pengalaman dulu.belajar n ask pd orang yg dah teror.hehehe.lama2,akan datang rasa yakin tu 😉

    • @ChuRy, berani kan diri…heheh..tada apa yang perlu ditakutkan selagi kita tak join program2 buat duit yang ntah betul ke tidak..ni usaha kita menulis artikel so insyallah ada ganjaran dikemudian hari

  8. sharinginfoz

    bagus gak penulis jemputan boleh bagi pandangan berbeza dan juga at the same time memperkenalkan blog mereka….

    Jom Tengok Afiqah Nyanyi

  9. Good job mister een.. guest blogger slalunya di invite oleh owner blog dari apa yg aku slalu lihat la, tapi kali ni ko offer diri, amat bermakna bagi blog tuh… ehem cik liza, trafik naik mendadak le eh?
    .-= syahirul´s last blog ..Cara mudah menulis komen di blog rakan =-.

  10. konsep tolong menolong menebas lalang di dalam blog..huhu best2.
    .-= Ismail Noh´s last blog ..IN: REG Cik Birder =-.

  11. Kalau aku jemput ko jadi guest writer kat blog aku ko nak ke? kihkih
    .-= PisangPanas´s last blog ..Dapatkan Akaun Google Adsense Sepantas Kilat =-.

  12. salam, wow! jadi penulis jemputan kat blog orang lain atau nak panggil penulis jemputan kat blog kita…boleh ye…
    .-= yangbaik´s last blog ..Selamat hari Buruh aka Pekerja =-.

  13. cik lizz nak kena ngorat dgn een ni.. hahaha..
    btw, tahniah dah ada guest blogger utk blog ko…
    .-= paeh´s last blog ..Dapatkan Kedai Online Percuma =-.

  14. tahniah dah ada penulis jemputan. aku sehingga kini gagal menjemput penulis jemputan…belum rezeki.

  15. penulis jemputan eyh..der gak blog yashygsempoi add aku as a penulis jemputan..tp aku satu pon xtulis lg..sebb idea aku entah pape..n blog die salu bg info& tips..aku no idea..hehe
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Selamat hari Pekerja pada Yang Tak keje:: =-.

  16. aku ni pun sebenarnya tengah cari guest blogger ni..tak tahu siapa yang sesuai…kalau lizz sudi ker…? hehhhe
    .-= ishak´s last blog ..Antara perkara pelik finas dan cikgu…. =-.

  17. cam best je. 🙂
    .-= .SaYa SeDaP.´s last blog ..bosan dengan komen blogger. hello wordpress! =-.

  18. Thanks everyone for reading my rants. By the way, I’m free to be your guest writer. Just hit me back I’ll hit u back with an article.

  19. sepatutnya entry ni perlu dijawab oleh Een, tapi sebab ini adalah entry 1st untuk slot guest blogging..aku terpaksa tumpang sekaki.hehehehe.

    next time, aku kena mintak tlg penulis asal jawab each comments unless diorang busy, then i reply 😉

  20. zik

    wah dah start rupanya guest writer… mantap..
    .-= zik´s last blog ..Selamat hari buruh 2010! =-.

  21. akhirnya hg tulis blog dlm bm
    dapat aku membacanya.hehe
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.

  22. Saya suka menjadi silent reader di fazreen.com… blognya lain dari yang lain dan penulisannya cukup saya kagumi…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Camera, Rolling, and Action3! =-.

  23. hohoho…gandingan mantop ni…hehehe…kalau aku, aku tak suka jemput penulis jemputan untuk blog aku sendiri/personal. sbb aku rasa, hak aku terpaksa di kongsi..hahaha.. lain la blog pengupasjalanan.com tu… nama pun dah jalanan…kira mcm bergerak sendiri je..hahaha…ala-ala freelancer…hahahaha. tak kisah la nk cite apa. hahaha.

    p/s : blog personal aku, aku tak kisah tak update berapa bulan dan tahun pun…hahaha..pasal tu blog aku…hehe;.
    .-= syinrayafa´s last blog ..Rancangan Realiti Tv Islamik =-.

  24. Adakalanya yang FREE itu tidak sia-sia. tq
    .-= Muhd Suhaily´s last blog ..Talk percuma bukan sia-sia =-.

  25. wah nice2…entry cm ni best utk bdk bawu nak blogging nih.xpe nnty kang kalau dh tukar self host..sy ajak semua conteng2 kt blog…hehehehe

  26. salam..
    wah tentu ia akan memberikan ia satu kelainan yer tak.
    .-= suri´s last blog ..Ayat Kursi Menjelang Tidur =-.

  27. Pingback: Blog Berwajah Baru – Lebih Ceria Dan Menarik

  28. Pingback: Blog Berwajah Baru – Lebih Ceria Dan Menarik — Fazreen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge