Trip to Kota Tinggi Waterfall. Kami Student Tak Sedar Diri Nak Final Exam!

Entri bergambar ni sebenarnya untuk saya simpan kenangan dengan kengkawan masa pergi Kota Tinggi Waterfall last week. Rasanya, last saya pergi waterfall ni masa saya darjah 6 kot. Oh ok. Lebih kurang, umur saya 26 tahun sekarang. So, maksudnya lebih kurang 12 tahun jugak saya tak sampai kat Kota Tinggi Waterfall ni.

Phew, teruja nya Tuhan aje lah tahu. wahahaha. Al-maklum lah orang JB ni ketandusan tempat kalau nak riadah macam ni. Kalau shopping mall tu melambak lah jugak dekat JB ni. Kalau nak jumpa beach ke air terjun, minta maaflah. Silalah drive lebih kurang 2 jam jugak baru nak jumpa Desaru, Air Papan, Batu Layar or at least 1 hour jugak baru dapat tengok Air Terjun. wahahaha.

So, kiranya inilah percutian ke tempat yang ada air, yang boleh berenang dan boleh menikmati keindahan alam dan fauna terdekat dengan bandar Johor Bahru. muahaha. Yehaa, Kota Tinggi Waterfall terbaik ah (Sebenarnya tak pun sangat.kikiki). Kalau rasa teruja tengok gambar we all main air, datang lah lepas ni yek 😛

Oh ya, dah alang-alang ni. Saya kenalkan juga classmates saya. Majoriti memang from Iran. Cuma, disebabkan saya dan seorang teman saja yang ada kereta, ini ajalah yang dapat join. huhu. Lagipun, musim final exam. Ramai yang nak study dan kami ni semua tergolong dengan manusia-manusia yang stud last minute. wakakaka. Hampeh. Jangan ikut.

Davoud, me, Syida, Hosein

Mereka jakun.ahaks!

Me, Robab, Behnaz

Pulang, marilah pulang

Robab, Behnaz, Me, Hosein, Saman, Amin, Davoud

Kami Tak Kenal Siapa Bunga di Belakang itew.ahaks!

Yes, Kami mandi dalam hujan lebat.hehehe

Maklumta lanjut mengenai Kota Tinggi Waterfall, klik di sini. Ada gambar air terjun! Masa we all pergi, ramai orang dah. Tak dapat nak lepak bawah air terjun. So, no gambar lah. hohohoho

p/s: Tak payah pandang lama-lama. Memang mata saya sepet. muahahaha. Satu-satunya anak yang mewarisi mata arwah ayah tersayang. Walla!

Artikel Berkaitan

29 responses to “Trip to Kota Tinggi Waterfall. Kami Student Tak Sedar Diri Nak Final Exam!

  1. dah bertahun2 x mandi manda :'(
    .-= MrRollies´s last blog ..100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia 2010 =-.

  2. dah pernah pegi kt sini..tp da lm..huhu..
    best gak mandi mande..nak2 musim panas ni..try g tasik kenyir lak..tak pon sekayu water park pon best,,hehek =)

  3. wa bestnya
    dah lama x trip ni
    last aritu masa btn

  4. ohooo…cam best jerk tgk pic..ahaha..stadi last minit??same ah…kite pon nk g mandi sungai nih…ahahaha..jom.wakakaka

  5. zik

    wahh…seronok nampak… warrhh exam pun dah dekat gak nie.. satu hamprak tak study.. huhu 🙁
    .-= zik´s last blog ..Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih?? =-.

  6. salam sahabat..
    wah best gak mandi manda dgn kwn2..sure makan pun berselera..

    teringat suri masa mandi pantai PD..hehe

  7. wah best nyer…..time exam nak dekat memang best kalau dapat mandi manda,sebab dapat rehatkan minda…tue..yang mat saleh tu sapa boyfriend ker…? yuhuhuhu

  8. Kirim salam dengan Robab and Behnaz ya!
    Pesan dengan dia:

    من شما را به مکانی جذاب تر در جوهر بهرو به ارمغان بیاورد. من مطمئن هستم شما عشق
    .-= rohaizad´s last blog ..Moppy. =-.

  9. kawan ko semuanya iran ye..ko reti x cakap iran dgn dorang…hehe

  10. dah lama tak kesana..mmg seronok dpt merendam diri dimusim panas begini..

    p/s: rasa mcm familir dgn muka awek baju biru dkt 1st picture tuu..blh tahu, dia asal dr mana??
    .-= Nadri´s last blog ..Anai-Anai & Al-Quran =-.

    • tapi, masa we all pi musim hujan kat johor ni.huhu. tapi, tetap best! mandi dalam hujan lebat. pergh! syok tgk budak2 tu tak tahan sejuk.kikiki

      die asal kl if xsilap

  11. best weh..nak plak ada bakar2 ayam tepi sungai tuh..perghh…
    .-= Azizuan´s last blog ..Kedah Kalah, Negeri Sembilan Juara Final Piala FA =-.

  12. ery

    amboii… meriahnye korang..
    .-= ery´s last blog ..20GB 1980 vs 32GB 2010 =-.

  13. Dah lama tak pergi air terjun kota tinggi.Harap je rumah dekat kat situ.
    Biasanya aku tiap-tiap tahun gi situ tapi bila sejak masuk u, rasanya aku tak pernah pergi situ.
    Singgahlah rumah aku kat situ. Taman Kota Jaya depan masjid tu.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Trend Penggunaan WordPress Mystique Theme di Malaysia =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge