Perginya Pelawak Negara, Allahyarham Din Beramboi

Al-Fatihah buat allahyarham Din Beramboi. Perginya 1 lagi nama besar di dalam dunia hiburan tanah air kita. Hilang sudah 1 pelawak negara yang cukup hebat dengan humornya. Hidup lawannya mati. Itulah hakikat sbenar kehidupan. Al-fatihah sekali lagi buat allahyarham Din Beramboi dan takziah buat ahli keluarga allahyarham.

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ihsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini .

Sumber: Mstar

Seluruh umat islam yang mana sudah maklum tentang berita yang menyedihkan ini, harap dapat terus mendoakan untuk allahyarham. Perginya Allahyarham pada hari Jumaat  dan sememangnya kita semua tahu ianya 1 hari yang sangat mulia dan insyaAllah sebagai tanda cukup baik atas pemergiaannya pada hari ini. Jumaat, penghulu segala hari. Amin. Al-fatihah

p/s: Tiada sebarang gambar untuk tatapan semua. Saya macam sedih nak lihat selalu 🙁

Artikel Berkaitan

26 responses to “Perginya Pelawak Negara, Allahyarham Din Beramboi

  1. al-fatihah buat arwah…pelawak yg susah nak cari tuh.. T__T
    .-= apiih´s last blog ..Origami Yang Super Cool!! =-.

  2. terasa mcm mimpi..

    alfatihah..
    .-= makdara terdiva´s last blog ..bila dia sudah tiada.. =-.

  3. tak sangka, bru je aritu tamat raja lawak

  4. pagi saya sunyi tanpa lawak jenaka arwah.. 🙁

    http://belogbagus.blogspot.com/
    .-= shafiq08´s last blog ..Video Parody Justin Bieber ‘Baby’ =-.

  5. Alfathiah buat Bro Mior aka Din Beramboi…
    .-= Cik Rouge´s last blog ..Break after week 13 =-.

  6. FTN

    masih terngiang-ngiang lagu Ah Long Bukit Beruntung. Itu memang menjadi modal lawak bila melepak dengan kawan-kawan dulu..

    sedih sangat..tiada lagi riuh lawaknya.. 🙁
    .-= FTN´s last blog ..(TERKINI) Din Beramboi Meninggal Dunia Jam 12.30 malam, Al-Fatihah =-.

  7. takziah buat keluarga arwah Din Beramboi..
    marilah bersama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi..bersama kita doakan agar arwah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman.
    .-= Piston Pecah´s last blog ..12 Laman Web Rangkaian Sosial Paling Popular =-.

  8. Salam kak Lizz,
    Dua tinggi minggu sebelum Din meninggal… Daus mengidam nak dengar dia buat lawak kat radio, x pernah dgr dia wat lawak kat Radio… tp x kesampaian nak dengar dia buat lawak coz selalu bangun lewat… kalau bangun awal pun, daus terlupa lak…

    Tup…tup… dgr kabar Din dah meninggal… Takziah buat keluarga Allahyarham…
    Ingat Hijau : Ingat Daus
    .-= Dauspozi´s last blog ..Tips Mencipta Identiti Tersendiri Di Dunia Blogging =-.

  9. memang saya akan terasa dan pagi takkan ceria macam dulu
    .-= Bean Moreno´s last blog ..MATAHARI TAK KAN SAMPAI KE MALAM – ENTRI 3 IN 1 =-.

  10. al-fatihah…
    .-= meo188 (brader luv…huhuhu)´s last blog ..Aku Syok Kat Hang (Part 2 of 4) =-.

  11. Ajal maut ditangan Tuhan kan..kejap jek kalo Tuhan nk ambik nyawa kiter..Alfatihah buat arwah..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Bila banyak masalah..ape nak buat??arrgghh!!!::: =-.

  12. Pingback: Jom Share!! Korang Sambut Raya Haji Macam Mana?? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  13. Pingback: Jangan Main Futsal Kalau? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  14. Pingback: Page Tribute To Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge