Korang tahu tak apa beza manusia yang benar-benar alim dengan yang konon-konon alim?

Korang tahu tak apa beza manusia yang benar-benar alim dengan yang konon-konon alim? Saya nak sangat tahu sebab kadang-kadang saya sendiri terconfused mana satu orang yang betul-betul layak saya nak panggil orang alim. Manusia ni kadang-kadang suka ek dapat pujian murahan sebagai alim ulamak padahal diri sendiri taklah sesuci mana.

Saya tahu entry ni mesti dapat kritikan. Saya tahu orang ramai tak suka dengan entry yang macam ni sebab kononnya tak baik nak suka-suka kutuk orang Islam yang baik-baik. Marah lah if mahu. Itu hak korang kan? Ini negara demokrasi. Suara bebas. Saya tak tujukan  pada kamu atau pun kamu yang seorang lagi tu tapi pada yang “terkena” saja.

Sepanjang hidup saya, saya dapat didikan agama yang cukup. Alhamdulilah. Cuma, ye memang. Saya bukan manusia yang cukup baik. Pakai tudung pun baru-baru ni je pun. Saya tak pernah rasa diri saya macam kotor sangat sebab saya tahu ada manusia lain lagi kotor daripada saya.

Tapi, itu bukan urusan saya. Mereka ada hati sendiri. Mereka ada akal sendiri. Saya tak kata, kita kena tunggu umur dah 26 tahun baru nak berubah dan sedar diri menjadi lebih baik dan baru nak terasa pakai tudung. baru nak rasa beli baju yang labuh sikit, baru nak rasa pakai tudung betul-betul keluar rumah or anythinglah.

Maksud saya berubah masa dah tua bukan semestinya. Ada juga orang yang hanyut sampai ke mati. Tak ada rezeki barangkali. Tapi, janganlah nak pandai-pandai bila mengadap or ziarah jenazah orang tu nanti dok buat dialog macam conpident sangat dia dah ada tiket ekspress masuk syurga “itulah, masa hidup tak nak bertaubat. Mati dah, tak sempat. Rasakan”

Saya boleh maki kalau ada orang alim perasan dia bagus sangat. Pleaselah. Urusan dosa pahala, syurga neraka bukan kerja kita. Even orang alim pun, kalau Allah dah kata tak layak nak masuk syurga pun boleh. Kita ni manusia selalu alpa. Kita selalu rasa diri kita dah cukup sempurna padahal sebaliknya.

Saya sedih bila berjumpa dengan orang yang sekali pandang nampak alim sangat-sangat. Si perempuan nampak anggun dan suci gila dengan tudung labuh mereka dan lelaki berkopiah sentiasa. Sejujurnya, dalam hati terdetik nak jadi macam mereka.

Tapi, ada jugak kawan-kawan yang bila saya katakan macam tu, mereka ketawa besar macam nak terburai usus. Tapi, saya tak kisah sebab saya sedar diri. hahahaha. Cuma, mak saya pernah kata “Hati orang kita tak tahu. Niat sebenar cuma antara dia dengan Allah aja yang tahu”.

Saya percaya yang itu sebab walau saya pernah cakap pada kawan-kawan gonjeng saya dulu-dulu “kau tahu, aku memang tak nak pakai tudung sampai bila-bila” tapi hakikatnya itu cuma kata nak tunjuk macho. Dialog sebenar antara saya dan Allah “Pleaselah, lembutkan hati aku untuk sentiasa menjadi lebih baik “. Oh ye, memang dialog saya campur-campur in English and Malay time berdoa.

Kadang-kadang saya doa main belasah macam konpiden aja wish doa diterima. Orang kata, tawakal even perangai time tu kalah hantu.

Honestly, saya jarang nak close dengan orang yang nampak alim ni. Saya tak suka sebab majoriti yang saya jumpa nampak baik. Mereka jaga aurat kepala tapi aurat suara yang gedik dengan lelaki boleh pulak macam nak halalkan. Saya punya suara lagi macho kot kalau dengan lelaki.

Mereka kata solat wajib tapi ada juga yang solat sebab housemate semua tak pernah pun tinggal solat. Senang cerita, mereka solat sebab nak cover malu. Saya pulak yang naik malu. Time tu, kadang-kadang sampai hangin mulut jahat saya sampai, Saya akan sound direct “baik lagi aku yang tak hipokrit ni”. Ok ok, saya tahu ada yang nak cakap. At least mereka solat. What ever. Saya tetap pandang rendah pada mereka.

Alim lah sangat.

Oh ya. Saya lebih suka dan hormat dengan orang alim tapi sangat menghormati orang lain. Dia tahu kawan dia kurang baik, dia sedar kawan dia perlukan bimbingan, dia tidak tak pulaukan kawan dia yang kononnya buruk perangai, dia berkawan macam biasa even kadang-kadang nampak macam janggal gila.

Iyalah. Ada seorang ustazah jalan-jalan dalam geng gondolisme. Ada yang togel dekat kepala, ada yang pakai baju sarung nangka. Ada pulak yang pakai jeans skinny dan dia sangat comel dan ayu dengan tudung labuh bersama-sama kami. hehehe.

Saya sayangkan orang alim macam ni. Saya boleh jadikan dia idola woo. Eh, boleh tak saya stop now? Tadi just nak tulis main point aje. Kononnya, nak nasihat kat orang-orang yang rasa macam dah alim sangat. Kalau boleh, janganlah pandang serong sangat pada mereka yang kurang nak baik macam diri tu. Jangan jeling-jeling kalau nampak orang yang pakai baju tak cukup kain sangat.

Try senyum. Im sure mereka akan lebih hormat kan kamu! hehehehe. Wassalam, Ops, terlebih sudah.

Artikel Berkaitan

33 responses to “Korang tahu tak apa beza manusia yang benar-benar alim dengan yang konon-konon alim?

  1. sangat bagus sekali…

    mereka2 yang suka memandang rendah kepada orang lain adalah orang yang aq paling x suka.

    bajet macam dah confirm ahli syurga. tengok orang laen sebelah mata.. apa kes? Islam x ajar semua benda2 nih..

    hmm…

    apa lah nak jadi ngan dunia sekarang…

    tepuk dada, tanya iman anda… sudah cukupka? hanya anda dan Dia sahaja.. yang tahu nipis atau tebalnya.
    .-= kaizen´s last blog ..Si PeNJuaL DaDaH WaRGa Tua =-.

  2. Biasalah beb. Masyarakat kita ramai yang ada ‘Hollier than thou’ attitude. Orang alim yang true alim dia, lu duduk dekat dia pun boleh rasa sejuk hati. Dia tak payah nak cakap banyak, orang kat keliling dia semua rasa nak buat baik.
    Tapi dah jarang nak jumpa orang macam ni zaman sekarang, kalau ada pun, hidup diorang ni kita rasa kejap sangat.
    .-= Sylarius´s last blog ..Lu ingat budak metroseksual je yang tau nak bergaya =-.

    • yep. aku pernah jumpe 1 org je manusia cam ko describe tuh. org tu aku kagum n terus terang aku sendiri rase segan. hohohoho. kalau kau jumpe, cakap ngan orang tu, aku nak kenal ye 😉

  3. setuju! kadang kadang kita diperlekehkan bila kita sekdar memberi pandangan.walhal tak salah kalau kit nak menegur.tak semestinya orang alim tak buat salah langsung kan? 😉
    .-= AZIRA´s last blog ..APEK SENGAJA MENCETUSKAN KEMARAHAN =-.

    • in fact, tak ada manusia yang sempurna. mmg betul, orang alim pun ada masa khilaf. cume, problemnyer tak boleh nak hormat n proud dengan orang macam ni. senang cite, tak boleh nak follow. huhuhu

  4. Try senyum. Im sure mereka akan lebih hormat kan kamu! this is absolutely rite..kalau kite snyum,otometik org akn snyum pd kite blk..1 snyuman mybe akn mberi 1000 kegembiraan..ahahhahaha
    .-= apiih´s last blog ..Tape Kaset Potraits!! =-.

    • yang itu memang betul. senyum tu sedekah tapi yang aku maksudkan senyuman yang boleh bawa pada hubungan yang lebih baik. aku sendiri boleh teruja bile ade family2 yang nampak macam warak lepas solat dan sapa aku,cakap beri salam pada aku, tanya asal mana.. oh, aku rasa respect dengan orang macam ni.

      alim dan tak pandang rendah pada orang lain.

  5. AHZY

    Aslmualaikum saudara n saudari,
    First of all kita keana tahu ape maksud “alim” 2.Alim 2 orng yg berilmu samada berilmu dunia atau akhirat tp ingat ilmu dunia blh bwk kite ke akhirat n ilmua akhirat blh bwk kite lekat dgn dunia….Betul kate mak saudari liza 2 kita tak tahu niat orng lain yang tahu niat die ialah die dgn Allah saje n kita x berhak judge org baik atau tidak. N pasal jd baik ni x de istilah hipokrit setiap orng islam wajib berubah dari perkara buruk kpd perkara baik x kira samada tukar azam atau attitude. Yg akhir sekali orng alim or org berilmu agama die x fikir guna nafsu tp guna akal…ok thanks…

    • Salam, thanks beri penerangan tentang “alim” ni. saya sendiri pun kurang faham kot.hehe. tapi, betul apa yang kamu tulis ni. saya rasa orang2 alim yang bajet bagus tu maybe gune nafsu kot bile nampak orang2 yang kurang baik. padahal, dia tak tahu yang bila dia buat macam tu…orang2 lain akan hina dia lebih teruk. cuz nampak macam betopengkan malaikat. hati masih kotor sebenarnya.

      kesian orang macam ni. luaran dah nampak ciri2 islam tapi sayang hati kotor

  6. FTN

    Aku suka baca entri ni!

    bagi akulah, orang yang benar-benar alim dan baik, akan tegur dengan cara paling tidak menyakit hati.

    aku pernah ditegur oleh seorang pakcik dekat surau Jusco tentang cara aku solat. Tapi disebabkan cara dia tegur tu sangatlah sopan, aku lansung tak rasa marah..malah aku siap cakap terima kasih kat pakcik tu dan tersenyum. Sampai hari ini aku ingat lagi pesanan pakcik tu.

    Tapi orang yang konon-konon alim ni ramai sangat. Dia hanya berbekalkan ilmu yang dia “google” saja. Lepas tu nak tarbiah orang lain. Ini yang aku paling tak boleh terima.
    .-= FTN´s last blog ..Minat Animasi Jepun Yang Comel? Cuba tonton Filem Ponyo =-.

    • yes. macam itulah maksud aku. kita akan lebih hormat dan insyaAllah lambat laun terbuka hati jugak nak jadi lebih baik kalau ada orang alim yang guna otak nak berdakwah. ini tak,jauh2 kan diri. kadang2 aku rase macam aku ni binatang yang haram nak dilihat pulak. dulu2 lah. serius!

  7. Saya pun banyak juga jumpa golongan yang nampak macam ada Ilmu tapi sebenarnya takde, Ilmu ada pun sekadar baca-baca kat Internet dan dua tiga bijik buku. Setiap kali diskas apa-apa pasal agama mesti nak debat. Bila berdebat siap quote hadis dan Quran, tapi terjemahan ikut kepala sendiri. Kalau bercakap penuh dengan emosi pulak tu..
    .-= zuls´s last blog ..Hulu Selangor by-election #HS #P94 =-.

    • eh ade ek orang macam tu? debat konpiden guna quote2 hadis n Quran macam tu suke2 ati aje? bukan berdosa ke?huhuhu. i lebih suka orang yang sederhana aja. alim tu cume Allah aja yang tahu is better

  8. Itu lah saya dikelilingi dengan ramai orang-orang “alim”. Tapi suka sangat judge orang lain “jahat” siap tak nak kawan lagi. Saya juga ada kenal ramai orang-orang yang alim dan buat kita sejuk hati je dengan diorang. So sebenarnya hati kita sendiri dah kenal pasti siapa yang ada cahaya keimanan ni kan? Saya selalu ikut rasa hati je, kalau hati rasa tak best je dengan orang tu, ada lah maksudnya tu 🙂
    .-= Cik Rouge´s last blog ..Untuk orang tersayang =-.

    • hehehe. bagus kamu ni. same situation lah kite 😉 sedih jugak cuz mereka ni asik nak anggap diri mereka tu suci sangat and nak tengok kami2 pun macam 1 dosa besar aje 🙁

      tp, now i dunt care lah. dah tak nampak muke masing2 pun dah lagi. betul, saya pun akan ok bile ada dengan mereka2 yang sememangnye “sejuk” mata mandang. hati mereka bersih rasanya kot naa.

  9. ikhlas-ly, i like dis entry sbb ia adalah sama seperti apa yang terbuku dalam hati saya selama ini……wowowowo~~

  10. soal alim ke tak alim ke, kita xleh nk tgk dr wajah atau dr segi pakain jek akn..yang penting hati tu.bukn nak cakap la kan..aku der sorang kwn…yang mmg warak..pakai jubah+baju kurung+tudung labuh..tp…die jenis yg mengajak kite ke jalan yg betul tanpa buat kite terasa…die xder nk perli2 atau nk pulaukan org yang tak bape nak warak cam aku ni.Tapi derg ak yg jenis warak, tapi sombong gegiler..senyum pon ssh..cam pandang hina lah orang cam kiter ni..sebb tak pakai tudung labuh cam dorang agaknyer..dorang hanya berkawan ngan orang2 seangkatan tudung labuh cam die.huhu…aku xsuke org cam tu..so..tepuk dada tanyer lah hati..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Dengki maknenyer tak bersyukur:: =-.

    • yep. itulah yang aku katekan.pandang serong kat orang.macam mereka baik sangat2. sedih cuz luaran dah ok dah tuh. boleh jadi usatazah tapi ati tu macam xbape nak bersih 🙁

  11. zik

    susah nak jumpa orang alim sekarang nie.. golongan2 ini..kita patut muliakan..bukan dihina.. artis2 juga dipuja.. dah terbalik dunia..
    .-= zik´s last blog ..Kenapa manusia berperang?? =-.

    • if boleh nak mulieka jugak tp macam mana yek if diorang tak beri contoh yang baik. konon alim tapi hati mereka tak bersih sangat 🙁

      nak masuk syurga macam nabi tapi nak sampaikan ajaran salah. huhuhu.so far aku tak puja artis, tapi minat adalah cuz memang dah ada jiwe2 hiburan.huhuhu.bkn sala orang lain, tapi salah diri sendiri ni.kehkehkeh.

  12. sekali entry ko nie buat aku khusyuk baca…ko pernah baca paper pasal tok imam yang dah banyak kali pergi haji tapi duit yang dia gunakan tue dari sumber hasil jual bahan larangan (dadah)….hurm..tak tahu ler aku nak kata apa….
    .-= rizputra7´s last blog ..Sejauh manakah nickname menambah glamour anda =-.

  13. AHZY

    aslmualaikum…

    kalau kita nk beza kan org alim dgn x alim ni pada bile pun x habis sbnrnye, cube kita pikir mcm mane nk lahir kan org alim yg betul2 alim…dr mane kite nk mule lahir org alim ni? first skali diri kite second keluarga kita then kawan2 kite n lastly masyrakat kite. sebab nabi s.a.w pernah brsabda ” tidak sempurna iman kamu sehigga kamu mengasihi saudara kamu (saudara islam) lebih dari diri kamu sendiri” contohnye kita x suke org hina kita jd kita jangan hina org lain or tipu org lain sekian….syukran.

  14. Assalamualaikum
    dear sis,

    alim tu maksud dia berilmu. so org alim ni kira perkataan adjektif la kiranya, so siapa yg dipanggil alim ni? —> ulama’ . tp ni just perkataan arab, siapa2 yg ada ilmu agama dan pengetahuan yg cukup serta mempunyai wisdom yg tinggi boleh kata layak disebut sebagai org alim. at least in my definition.

    kamu byk menyentuh mengenai ujub di sini. ujub ni adelah sejenis dari ranting2 riak. Pengertian ujub ialah merasa diri lebih baik dari org sekeliling kerana kelebihan yang die ada sehinggakan die meremeh org yg kelihatan lebih rendah martabat dari dia.
    dlm satu hadith, perlu diingat bahawa mereka yang ujub ni , ibadat mereka disekat dari sampai ke arasyh Allah di peringkat langit lg.Wallahualam.

    kalau kamu jumpa org macam ni, kamu tegur la dia baik2 sebaik dia menegur kamu. semua ade masa naik ada masa jatuh,mungkin dia x sedar atau lupa. positif kan niat =) semua setel.

  15. WJ

    Assalamualaikum. Alhamdulillah masih ada insan yg perihatin ttg apa yg berlaku di sekeliling kita. Mmg tugas kite kat bumi ni bkn shj care pasal diri kite tp care pasal org lain. Bkn bzbody, tp org lain adlh tggjawab kite di mane akhirat nnt kite akan disoal ttg mereka. Justeru, buatlah terbaik utk bawak insan sekeliling sedar ttg Islam. Mereka adlh tggjawab kite. Ape kite nak jwb nnt di hadapan Allah bilamane Allah tnye, “Apa yg kau buat bile melihat si polan ini tdk menutup aurat?” “Kenapa x buat apa2 bile si polan ini minum arak?”
    Indahnya Islam di mana akhlak yg terpuji lahir dr hati yg bersih. oleh itu, walau buruk mane pon perangai seseorg tp kalau luarannya lebih elok berbanding akhlaknye, itu sudah memadai. Mane yg lebih baik? Menutup aurat+perangai x elok @ x tutup aurat+perangai x elok? bg yg x tutup aurat+perangai elok, itu adlh satu kebaikan bgnya krn mgkin die terlepas dr menyakiti hati org lain. Namun, die masih bertggjawab thadap dosa yg bkn mahram melihat auratnya. Berapa banyak mata yg melihat & mdapat dosa bile melihat auratnya? Bandingkan pula dgn menutup aurat+perangai x elok di mane die terlepas dr dosa mata sang pelihat n hanye mendapat dosa sekiranya berurusan dgn org di mane perangai x eloknye hanye akan kelihatan sewaktu berurusan dgn org lain.
    Bukanlah ingin menggalakkan berbuat dosa namun kite kene sentiasa positif dlm menerima org lain seadanya x kisah siapa kita. sama ada kita bertudung pendek, labuh atau hnya berselendang. wallahu’alam…

  16. zam

    asalamualaikum..saudara dan saudari.yang di kasihi..saya rasa kita semua tahu tanggungjawab kita pada yang maha esa..kita tahu baik dan buruknya..suruhan Allah wajib kita patuhi..tanpa kita semua kait dengan orang lain..tanpa kita kaitkan dengan keburukan orang lain..kita bertanggungjawab pada tubuh badan kita..orang lain bergantung pada tanggungjawab mereka disisi Allah yang maha esa..saya saudara islam yang musafir di bumi yang fana ini..banyak kekuranggannya..dan saya tahu kekurangan ini adalah tanggungjawab saya..saya akan berhadapan dengannya di akhirat kelak tanpa dapat berkata-kata seperti di dunia ini.Hanya amalan kita sahaja yang tentukannya..tak perlulah kita kecewa dengan sikap diri orang lain..Inilah kehidupan tak perlu kita sedihkan.. dugaan ada dimana-mana..KIta perlu fikir apakah nasib kita di akhirat kelak..biarlah orang mencaci saya..biarlah orang membenci kita..biarlah …janganlah Allah membenci kita..Umur kita sementara..dunia sementara..namun kita kena yakin pada rahmat Allah..jangan kita sombong didunia seperti mereka mereka..bersangka baiklah pada mereka yang alim..bersangka baiklah pada orang yang menegur kita..kerana teguran itu mungkin berguna untuk kita walaupun keras tegurannya..syurga Allah Mahal harganya..kesabaran dan iman yang kukuh sahaja dapat rahmat Allah untuk syurganya..jaga hati kita untuk selayaknya pada syurga Allah..

  17. zam

    Pergilah ke Majlis Ilmu selalu.. banyak manusia alim yang selayak di panggil alim..mereka ini berada di masjid..dan majlis ilmu..itu tempat mereka..mereka tiada ditempat seperti manusia sering pergi dimana mana yang manusia selalu kunjungi..Masjid adalah tempat mereka…mereka selalunya tak dihiraukan..mereka selalunya bermusafir…mereka selalunya tersenyum…mereka selalunya tak sombong..mereka selalunya berzikir..mereka selalunya menghadap Allah yang maha esa…itulah kenapa saudara dan saudari jarang melihat mereka di mana-mana..pergilah selalu ke Masjid.. ke majlis ilmu..carilah mereka..raikanlh mereka..hormatkanlah mereka..anda akan gembira bila bersama mereka…mereka adalah kekasih Allah yang berbahagia…Bahagialah jua kiranya kita selalu berada disampingnya..

  18. imran

    Assalamualaikum….manusia tiada yang sempurna. Menutup aurat itu wajib bagi muslimah tetapi ia tidak menggambarkan labuh itu adalah alim, singkat itu sederhana dan sebagainya. Sekurang-kurangnya walaupun seorang wanita itu tidak baik tingkah-lakunya, ia masih dapat menjaga aurat kepalanya…bermakna bila dalam dirinya ada kekurangan maka tudungnya telah memberi kelebihan dengan menutup dosanya yang lain. Maka prasangka baiklah kita sesama manusia. Kadang-kadang kita berasa takjub dengan kebaikan kita yang sedikit dan seringkali kita membandingkan diri kita dengan kekurangan orang lain. Bukankah lebih baik jika kita mencari kekurangan diri kita dan memperbaikinya daripada hanya memandang aib orang.

  19. Ahmad

    alim tu maksudnya berilmu. bila org pakai tudung labuh maka gelarannya ialah orang yg bertudung labuh. apabila org itu berkopiah maka gelarannya ialah orang yang berkopiah. hehehe
    lazimnya org alim berpakaian seperti di atas. dan org yang berpakaian di atas tak semestinya org alim.

    jika diturkey ramai org alimnya berpakaian kot dan moden. begitu juga di mesir dan syria. tak alim tapi berpakaian seperti berjubah dan bertudung labuh dan berkopiah pula bagus.

    apapun yg penting perasaan sejahtera dan akal di isi dgn ilmu. heheh..so tengok org hati tader sakit. kalau tengok org hati rasa sakit itu ada penyakit hati. kena cari obat hati. heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge