Korang Rasa, Jadi Penyabar Tu Cool Ke?
12 Apr
Kenapa dalam hidup, kita perlu tahu untuk bersabar? Apa yang kita akan dapat kalau kita sabar sabar dan terus bersabar? Saya salah seorang yang pernah suatu ketika dulu, mempersoalkan tentang perkara ini. Saya tahu dan saya mengaku, saya masih bertatih macam bayi yang kecil tentang agama.
Saya tahu siapa diri saya.
Dulu, bila sesuatu perkara buruk terjadi pada saya. Jiwa saya cepat memberontak. Rasa seakan tidak puas hati dengan dunia. Ada masa, waktu khilaf saya tiba. Saya menyalahkan takdir dan sang Pencipta. Hanya lepas puas memaki saja, baru saya rasa berdosa.
Ya, itu saya yang dulu. Saya bukan hamba yang baik. Jangan contohi saya.
Pengalaman banyak mengajar saya tentang hidup. Kisah-kisah lama yang tidak seberapa saya simpan dan ada masa saya kenang untuk bersihkan semula jiwa kecil yang kotor. Kalau diingatkan semula, pasti saya rasa kerdil sangat di sisi Tuhan. Saya bukan berzina mahupun menogok air haram itu.
Jangan fikir sampai ke situ. Saya tidak terfikir untuk buat itu. Mahu mewarnakan rambut pun saya tidak terfikir, inikan pula mahu ke situ. (tapi yang ini sebab saya tak mahu rosakkan rambut bukan sebab saya warak!)
Kamu tahu, kalau betul pun kamu solat cukup 5 waktu dan solat taubat siang malam sekalipun. Tapi, hakikatnya kamu tak tahu apa yang kamu buat dan untuk apa kamu lakukan itu. Jangan bising-bising nak suruh orang lain solat macam kamu. Soal solat itu antara hamba dengan Pemiliknya.
Jangan melebih bila berdakwah. Saya lebih suka orang yang sederhana. Jangan samakan orang lain dengan diri kita. Mereka adalah mereka dan kita adalah kita. Lain. Kalau solat cukup, tapi soal agama yang lain kamu failed. Maksudnya iman kamu belum sekuat mana.
Ada orang, dia solat cukup semuanya. Tapi, bila ada Tuhan beri dugaan sikit. Hidup dia kacau bilau. Tak habis-habis nak salahkan takdir. Saya tak tahu apa yang dia dapat masa dia bersujud dalam solat tuh. Setahu saya, bila kita bersolat kita serahkan diri kita sepenuhnya pada Tuhan.
Sepatutnya, lebih kuat kita solat. Logiknya, makin kuatlah juga iman kita. Makin tinggilah sifat sabar dalam diri kita ;(
Biarlah. Malas saya nak cakap pasal orang lain. Cerita hal sendiri lebih selamat. Kurang dosa sikit (Inipun dah banyak dosa ni)
Lately, saya rasa macam cool sangat-sangat. Saya rasa tenang. Saya macam orang baru dalam hidup saya. Saya macam sudah tahu menerima apa saja yang terjadi dalah hidup saya hari demi hari. Mula-mula saya confused. Saya sempat bertanya pada diri sendiri.
“Eh, kenapa aku macam tak ada perasaan nak marah ni?”
Agak lama saya bermonolog sendiri. Akhirnya, saya tahu. Al-Quran itu penyembuhnya. Yes, lama sangat sangat sangat sangat saya tak menyelak. Minta maaf, saya tahu ini statement bodoh yang akan buka pekung sendiri. Its ok, mahu mengumpat. Silakan. Saya izinkan. Dosanya zero.
Kita ni, kalau tak diberi masalah memang selalu alpa. Sekarang, saya tahu kenapa Tuhan beri saya bala tempoh hari. Itu namanya teguran. kuikuikui. Im glad, Al-Quran tu dah buat saya rasa tenang. Saya dah jadi manusia yang agak penyabar. Kalau sebelum ni, jangan main-main. ahaks!
Orang kutuk belakang, dan saya dapat tahu. Memang siap saya kutuk balik. Orang herdik saya, saya herdik balik sampai orang tu kalah. Bila duit saya hilang, saya mengamuk. Now, tak dah (bukan 100%, tapi ada bezanya lah). Saya senyum aja orang nak buat apa kat saya. Suka hati kau lah labu.
Seronok rupanya jadi sabar ye. wahahaha.
Tak sia-sia my mom beri nasihat setiap hari. Maaf, entry ni bukan mahu menunjuk. Saya cuma pacar yang hina. huwaa!!! Kalau sudi baca, bacalah dengan positif. Yang baik, ambil. Yang poyo macam berlagak (sebenarnya tidak pun), abaikan. thanks.
p/s: My mom kata, kalau malas kemas rumah tak apa. Jangan malas baca Al- Quran. Nanti buta hati. Hati saya dah lama buta dulu




sabarkan separuh daripada iman.. hehe… aku pun kadang2 xsabar gak.. huhu.. dah try kawal, tapi kadang2 termarah gak.. huhu..
Ramdzi´s last blog ..Kenapa Ramai Tak Suka Manchester United?
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 11:26 am
hehehe.sabar ni kena praktis juga. try sabar even orang buat apa2 pun. lama-lama ok je nanti. orang lain pulak malas nak buat jahat kat kite kot nanti. i wish
ahaks!
[Reply]
sebut pasal solat.. dulu pernah ada seorang sahabat yg solatnya tak pernah cukup 5 waktu, tapi tabiat die suke tegur org suruh pegi solat.. rasa macam berterima kasih jugak la sebab walaupun die pon solat tak pernah cukup, tapi die tolong ingatkan kita supaya solat.. mungkin kadang2 kita terlupa or rasa malas nak solat ke.. bile ade org tegur macam tu, kita jadi terasa skit la, then pegi solat..
ada sesetengah org, bila kene tegur mcm tu terus naik angin pastu marah2 dok bandingkan diri dengan org yg solat tak cukup tu.. kalau macam tu, sampai bila pon tak habis.. better kita pergi solat.. mungkin nanti org tu pulak yg terasa.. then tak mustahil satu ari nanti org yg solat tak cukup tu akan ikut kita pergi solat sama2..
*based on my experience.. sape yg solat tak cukup tu, n sape yg kene tegur tu, dirahsiakan.. renung2kanlah..

Anarm´s last blog ..Jom menang Laptop Acer Aspire One Percuma
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 11:31 am
thanks for sharing.bagus untuk peringatan ni. soal agama ni, orang yang betul2 layak je tahu cara nak ubah someone tu untuk jadi yang lebih baik dengan cara yang betul. semuanya bergantung dengan niat.
macam orang solat sebab malu, nanti orang tahu dia tak solat. so, dia solat. wujud orang macam tu
anyway, saya tak mahu cakap banyak soal solat. saya terlalu tidak layak
p/s: thanks sebab tak mentioned nama.kikiki
[Reply]
Salaam,
Seronok baca entri ni. Tahniah sebab mampu cool, at least almost all the time.
Sekadar berkongsi pengalaman, memang benar jika kita mampu melihat perkara dari sudut yang berbeza..ia akan lebih mempengaruhi tahap kesabaran manusia.
Separuh dari usia, saya dikenali sebagai orang yang ditakuti – mudah baran & suara yang sangat lantang. However, after I changed..my life is much more simple and manageable.
Saya selalu mengingatkan diri bahawa sifat marah, dengki/iri hati dan cemburu hanya milik Allah, kita manusia tidak berhak. Maka, tiap kali kali terasa tersentuh dengan perkara2 yang menguji kesabaran and ketenangan diri, saya cuma mampu tersenyum. Paling2 pun, I will choose to walk away and be alone to calm myself.
Makiko S´s last blog ..Building self-confidence (the recipe)
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 11:34 am
fuh, saya suka baca komen ni! tambah2 tenang jiwa ku.hehehe. thanks sebab share ur exprience ye. tanniah sebab dah keluar dari kepompong baran tuh. saya takut dengan orang baran…huhuhu
ubat paling best untuk diri sendiri is senyum
[Reply]
jangan marah.. nanti kene jual.. hehe..

Anarm´s last blog ..Jom menang Laptop Acer Aspire One Percuma
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 11:39 am
hehehehe. InsyaAllah, semua yang komen kat sini orang yang cool2.hehehe
[Reply]
bila ite bersabar… leh dpt yg terbaik utk kite…
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 11:43 am
yes, betul. cuma, kalau tak start belajar sabar tu yang takkan dapat apa2.
[Reply]
sabar itu separuh dari pada iman…baru separuh je tuh kan dengan hanya sabar…kadang-kadang tahap kesabaran pon ada batasnya..Lumrah lah,kita kan manusia tak lepas daripada melakukan sebarang kesilapan.
Piston Pecah´s last blog ..Saya Perlukan Faktor ‘X’ Untuk Masa Hadapan
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 11:45 am
i wish saya dapat yang separuh dari iman lagi.huhuhu. memang, manusia takkan lepas buat silap. setuju
[Reply]
tekun dan sabar adalah perkara yang disukai oleh nabi kita…huhuhuhu
apiih´s last blog ..Menangi Laptop Acer Aspire One Dengan Mudah!!
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 9:47 pm
yep. tengah try jadi sabar ar ni.hohoho
[Reply]
hohoho…sabar je aku baca entri nihh…hahaha
kadang2 dgn pakcik bilal kat rumah aku, naik angin gak skali skala dgn dia…aku ingat nk sound je depan dia tu….suka buat kepala sendri….
bersabar jelah aku….
syinrayafa´s last blog ..Siapakah Amee duet Melly Goeslow ?
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 10:03 pm
erk. kenapa wei dengan bilal kat rumah kau?die sound ko naa? huhuhu. aku tak boleh nak hormat orang yang sound2 org untuk buat kebaikan. better panggil and cakap elok2 lagi bagus.huhu
[Reply]
kalau kita sabar, sebarang kemungkinan buruk tak akan terjadi. yela, sabar punya pasal.nak gaduh tak jadi gaduh, nak marah tak jadi marah, nak hon orang lain tak jadi hon (selalunya aku hon slamber derk je)
bab dakwah sekarang ni aku tak berapa setuju. orang makin maju kepala otak makin sempit, cara nak kena ringan, tak mcm dulu stret tu the point tapi sekarang kena berhikmah
luth textile´s last blog ..Pentingnya kestabilan politik dalam negara
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 10:09 pm
wakakaka. ko masih kurang sabar tuh.kikiki. aku tak suka hon2 unless terpaksa gaban.sebab aku tak suka orang hon aku.hehehe
dulu, dakwah relax je. budak2 skrg tak boleh salah cakap. makin galak pulak die buat.hohoho
[Reply]
sabar..
tgok pada kedaan dan tempat juga..tapi yang pasti sapa yg ada sifat sabar tu akan di pelihara oleh Allah dari melakukan perkara marah yang amat di benci oleh Allah s.w.t.
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 10:16 pm
huhuhu.tengah belajar terima apa saja yang Tuhan beri now. redha n lama-lama saya belajar sabar.huhu
[Reply]
sabar aku kadang2 ada had juga…kadang2 tue bila dah tak tahan sangat..terus jer aku marah2..hehehe
rizputra7´s last blog ..Mayat bayi dalam timbunan sampah
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 10:19 pm
hehehe. if sesekali tak apa. manusia kan.hahaha.jangan selalu sangat lah
[Reply]
insaf2x… sabar pun ada hadnya…bila dah sampai tahap..meletup habisla.. bagi yang jenis pendiam/suka simpan lama sangat… bahaya tuh
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 10:28 pm
sabar kena caranya.if lobih2 tu namanya lembik plak naa.huhuhu
[Reply]
Adalah susah menjadi seorang penyabar. Adalah lebih susah mejadi seorang yang beriman. Namun semakin kita beriman, semakin besar kesabaran kita.
jawatan kosong´s last blog ..SHELL JOBS VACANCIES ENGINEER 2010
[Reply]
Lizz Reply:
April 12th, 2010 at 10:30 pm
huhuhu. betul and suka kata2 tuh. thanks!nak beriman tu perlukan kesabaran juga…
[Reply]
dulu tak matang cepat je angin
skrg dah boleh fikir jauh
sis serius ni,tuka la gravatar.cam pakai baju tido ja.hehe
Wan Perlis´s last blog ..Kritikan Untuk Industri Hiburan Tempatan
[Reply]
susah untuk menjadi seorang yang penyabar..sampai skang masih belum berjaya…
eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Seks?
[Reply]
Nk kata ak penyabar boleh la..cuma ak akn bertukar jd ganas bila maruah dicabar..hehehe..Kita selalu bca blog (bloghoping) tapi Al-Quran kta jarang baca mungkin tak penah….
Fazreen´s last blog ..Selamat Hari Jadi dan Secara Rasminya Blog Ini Dibuka
[Reply]
duduk kat moscow ni tiap2 hari kena sabar..
memang banyak dugaan
ariff´s last blog ..Poligami Dalam Rumah Tangga
[Reply]
sabar membawa kita ke suatu perkara yang lebih mencabar…manusia sekarang memang macam tu …baru nak solat sedikit nak tegur orang tak solat..sedangkan orang solat tak tinggal
ishak´s last blog ..Buat lawak dengan photoshop
[Reply]
selalunya mengamok tak bagi faedah pon..better let go lagi..buat tak paham ja..lagi fikir lagi serabut..keke
Azizuan´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Perperiksaan
[Reply]
orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan kemarahannya…
dengan erti kata lain…penyabar ^^
shazclan´s last blog ..Lupa
[Reply]