Blogger Hebat Takkan Mudah Rasa Diri Mereka Bagus.Setuju?

Kalau dulu, berblog macam satu perkara yang susah gila kan? Mungkin, bila kita tanya pada 50 orang individu. Cuma 10 orang saja yang punya blog. Ah, itu zaman tok kaduk beb. Sekarang ni zaman ekspress. Semua benda nak ekspress. Kahwin ekspress. Dunia blogging pun maju macam ekspress now.

Hari ini, jangan kan kata yang sudah berumur. Budak sekolah rendah pun terhegeh-hegeh nak berblog juga. Punyalah ekspress budak-budak zaman sekarang ni naa? Maju gila! hahaha.

Tanya orang sebelah sini, sudah ada blog. Tanya pula pada orang sebelah sana sudah ada 5 blog. Kalau yang dah otai, siap ada 10 blog. Pergh! Dunia Plastik makin lama makin menarik. Masing-masing berlumba nak dapat title Blogger tegar seantero dunia, kepingan nak masuk senarai antara blogger kelas atasan dan antara aktiviti harian mereka pulak dok check Page Rank dan Alexa masing-masing. Perkara ni bukan omong kosong. Ini kenyataan dunia blogging kita.

Kadang-kadang, saya terfikir. Blogger ni sebenarnya berblog untuk kepuasan diri atau mahukan populariti?

Saya tidak mahu kupas lagi tentang isu kepuasan atau populariti di sini. Saya sudah kupaskan dengan cukup panjang lebar dalam blog Pengupas Jalanan sebagai pengupas jemputan. Klik sini jika ada hati nak baca penulisan saya yang tidak seberapa tu. Sila-sila 😛

Sejujurnya, pendapat peribadi saya sangat positif.  Saya happy sangat bila dunia blogging ni makin lama makin galak.

Tidak kisahlah apa orang nak kata tentang blog kita. Kita tidak boleh nak paksa-paksa orang untuk baca apa yang kita coretkan. Itu bukan hak kita. Sudah-sudah lah dengan cara kurang bijak. You follow i, i follow you. Ya Allah, janganlah buat dekat sini.

Serious, saya tak suka cuma tak cakap aja selama ni. Konon nak jaga hati semua pihak. So, lepas ni if rasa suka nak baca blog cap ayam saya ni. Silakan. Jika tak suka pun saya tak kisah. Saya tak suka nak buat orang lain kecil hati bila saya balas macam-macam tentang isu follow memfollow ni. hehehehe. Faham-fahamlah lepas ni ek 😉

Macam-macam isu dalam dunia blogging ni.

Memang seronok kadang-kadang bila setiap entri yang kita tulis, mendapat respon. Jangan bohonglah kalau kata korang tak happy kan? Cuma, kita perlu tahu satu perkara. Sehebat mana pun kita, kalau mudah sangat lupa diri..agungkan sangat dengan pujian orang…takkan kemana lah kita.

Lambat laun, kita akan jatuh juga nanti. Saya tidak hebat pun. Tapi, saya berpegang pada perkara yang 1 ni. Bila ada yang menghina, kita terima kritikan tu dengan hati yang terbuka. Hati mana yang tak sakit, tapi kalau itu saja daya kita. Macam mana kan? Bila ada yang memuji, kita terima sebagai satu hadiah. Tapi, jangan pula pujian tu buat kita jadi sombong!

Saya tak kata semua. Tapi, ada jugalah segelintir blogger yang pada awalnya saya ikut blog mereka. Cuma, entahlah. Dimana silapnya, bila ramai yang memuji mereka ni..mulalah berlagak sombong. Berlagak otai, ilmu yang dia tahu selama ini dijadikan bahan untuk minta pujian ramai.

Alah, boringlah. Manusia ni memang mudah lupa kan?

Alangkah bestnye dunia blogging kalau semua bloggers ada sikap humble macam Denaihati, Bang Nara, Rohaizad dan blogger lain yang tak mudah lupa diri 😛 Oh, saya sangat kagum dengan mereka ni. Mereka punya sebab untuk berlagak, mendabik dada dan mengaku mereka otai tetapi hakikatnya. Mereka TETAP HUMBLE!!!

Doakan saya untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti. hehehe. Saya memang mahukan yang terbaik di dala dunia blogging ni. Saya mahu jadi mereka sebagai contoh. Berjaya tetapi tidak mudah diri. Pray for me guys. I wish, korang pun sama ok! Love all

p/s:Sorry, memang 3 blog ni akan selalu ada dalam entry blog ni cuz gua memang layan gila blog diorang.wahahaha *jangan mare 😛

Artikel Berkaitan

64 responses to “Blogger Hebat Takkan Mudah Rasa Diri Mereka Bagus.Setuju?

  1. Ikut resmi padi… makin berisi makin tunduk..
    .-= zuls´s last blog ..My New Domain PR not available #SEO =-.

  2. Silap blogger-blogger baru ni cepat nak naik, sebab ape? sebab nak ‘hidupkan’ iklan-iklan mereka tu la. Blog semata-mata nak duit. Tapi caranya kurang tepat dan bijak. Janganlah nak langgar hukum alam, ambil contoh mudah kita perlu merangkak sebelum berlari. So follow the flow, dan teruskan usaha. Aku pun sangat baru dalam dunia blog ni, selama ni duk baca blog orang je, dan sekarang sudah tiba masa untuk sama-sama berkongsi ilmu dan berdiskusi.

    I really love when some one comment on my post! 🙂
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..Yang berlalu biarlah Pergi =-.

    • itulah.tak ada niat nak cakap blogger lain itu ini cara mereka tapi hakikatnya macam ko cakaplah. memanglah semua org nak duit tapi entahlah, bila gelojoh sangat, naik rimas jugak.huhu

      aku selepas 2tahun lebih, baru dapat merasa duit woo. pengalamana tu yang paling penting and best menjilat buku lali.wahahaha. anyway, tunggu!! nanti aku terjah blog ko 😛

  3. oh, mari humblekan diri..
    .-= Jaws´s last blog ..JomHosting.net : Alternatif Hosting Untuk Newbie =-.

  4. ak doakan ko jadi salah sorang dr mereka..aku pn ada jga psl follow2 ni..byk komen aku dpt soh visit back their blog.Ni gara2 selepas ping blog kt gengblogger. Dari pemerhatian aku, blogger luar tak buat kerja2 mcm2 ni. Dorang kalu comment pn sbb nk build reputation or branding bkn sbb nk dpt trafik. Trafik dari blog commenting xkn kekal..

    • hohoho.ini dia budak teror ni bersuara.kikiki. aku tak tahu sangat blogger luar punya cara, tapi blogger kita2 ni..hmm, macam yang aku sebutkan kat atas tu.huwaa!! foloow2 ni aku bukan berlagak (tak ada ape nak berlagak pun.wakakaka) tapi mmg aku tak layan.

  5. aku memang takkan rasa hebat. cuma rasa stylo. hahaha… style beb ada blog. huhuhu…. pasni tambah laa blog aku lagi satu….
    .-= paeh´s last blog ..Knowledge Oriented VS Money Oriented =-.

  6. yash

    aku blog bukan sebab nak popular..
    bohong la kalo aku popular.. ko kenal aku?
    x kenal kan? ha3 T_T

    aku update pown sebulan sekali jadah popular kan?
    dah mcm x layak jadik blogger je kalo update sebulan sekali.. aduh bila nak berubah nie.. T__T

  7. tgh nk tambah blog lagi satu ni..sempena dgn exabytes wat promosi domain rm0.99 pagi esk..hehehe bkn sng nk dpt murah cmtu..babeng btl..ekekeh
    .-= x-po´s last blog ..SUSAH KE ORANG MUDA NAK BERCAMPUAR GAUL DENGAN ORANG TUA? =-.

  8. Penulis blog ni pun tidak kurang hebat juga dan rajin menjenguk blog org lain..

    betullah..blogger hebat selalu humble, tapi blogger yg perasan hebat cepat je sombong..

    Semoga terus sukses dalam sunia blogging yang kian bercambah ni 😀
    .-= fatin´s last blog ..Akibat Asyik BerFACEBOOK =-.

    • huhu. tak hebat pun.biasa2 aje. just teruja sangat dengan blogger2 yang dah sangat hebat n popular tapi mereka tu semua cool aje. yang tak hebat mana pulak macam……hohoho

  9. Ehmmm..
    zaman sekarang persaingan makin byk~
    kadang2 smpi 2x cite yang same kluar..isi pn same~
    memang rase berharga bila ade orang commet..walaupun 1~
    kalau takde lgsg tuh, aku tak salahkan dorang..mybe ade sumthing wrong pada entry tuh yg sebabkan takde org nak komen~
    puas kadang2 bila dapat bt entry dan dpt kongsi dgn orang ramai~
    .-= Nabiel´s last blog ..CONTEST!!HADIAH MENARIK!! ( WAVE X) =-.

    • yes,macam tu lah aku rase. puas gila dapat share apa yang ada dalam kepala ni ngan orang lain. paling best bila masing2 beri pendapat. tak semestinya apa yang kite tulis btul. komen tu membantu jugak..

  10. banyak perkara lagi aku nak kenal perbaiki bila compare dengan blogger2 yang tahap otai
    .-= khairil´s last blog ..Istimewanya Maher Zain =-.

  11. saya doakan ko menjadi blogger yg tegar…ahahaha..dan tak lupa,menghumblekan diri…uhuhuhuhu…
    .-= apiih´s last blog ..Aku.Hacked.Dan 5 Cara Menghindarinya =-.

  12. Alhamdulillah, dalam minggu ni galak kali jugak update blog, sebab ade perkara nak kongsi. Berblog ni dapat melatih dalam bidang penulisan pe, bab nak cari duit sampingan tu kemudian, jadi kita berkongsi apa yang kita rasa, tapi mengikut tatasusila..tak gitu..

    • gitulah.hehehe. memang, blog ni pun asalnya tak ada niat pun nak cari duit ke ape.tapi, rezeki ok pulak.huhuhu. sambil menyelam minum air.hehehe

      bila dah minat menulis, tak dapek orang lain nak halang.huhuhu

  13. FTN

    tak lama lagi, blog ini pun akan diletakkan sebaris dengan 3 blog yang ko selalu senaraikan tu. insyaAllah 🙂
    .-= FTN´s last blog ..OMG! Tempoh Hari Kisah Gatal Nak Kahwin Cepat, Hari Ini Budak Tak Reti Jaga Mulut Pula =-.

  14. btol ckp ko lizz.. aku sokong! aku doakan ko berjaya dlm arena ni..doakan aku jua! hehe.. aku msh baru dlm duniya ni.. siyes,aku mmg nk berjaya dlm ber’blogging.. blog ko slh stu blog yg aku ikut sokmo..kdg2 aku jd silent reader kdg2 aku bg respon..depend kpd masa & kelajuan internet..kakakakaka
    .-= mello´s last blog ..Bila nuffnang bagi nasihat =-.

    • hohoho. susah2 aje buat aku terharu pagi2 ni.*oh, sorok bawah meja.hahaha

      ko ada bakat dalam art tu. gunakan baik2 woo. aku cuma tahu tulis aje, bab seni sangat buta 😛
      good luck untuk ko jugak!

  15. peninglah nak fikir orang tu begini, orang ni begitu
    tulis je apa nak tulis walau kadang2 keluar juga entri ‘tak de pekdah’ tapi tuan blog tu manusia ade feeling.
    .-= Kujie´s last blog ..Selamat Pagi Cinta =-.

    • hehehe.oh, kak kujie datang sini 🙂 thanks!
      ah, tak payah fikirkan sangat orang2 ni. saya tulis ikut suka hati sendiri. kalau rasa perlu serius, saya serius. memang dulu, cara agak lain tapi manusia berubah n macam sis cakap..manusia ada feeling 😉

  16. aku hanya blogger picisan….menyemakkan dunia cyber nie…

    pape pun….sama la perjuangkan kebenaran…

  17. goodluck sis.
    semua blogger nak jadi blogger berjaya
    yang penting usaha dan attitude kita

  18. Alamak… hari tu nama kita jadi yang pertama di hati, tapi hari ni jadi orang ke-3 plak…. sedey…sedey.. laaaa… haha
    .-= rohaizad´s last blog ..Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari =-.

  19. sangat bersetuju dengan entri ini dan nak jadikan 3 blogger itu contoh jugak. hehe. blog ni pon best jugak. 🙂
    .-= cik epal´s last blog ..cek nuffnang yang rm1000 tu dah dapat dah . yayyy! =-.

    • huhu. adik, kamu lagi hebat cuz dah glamour tapi masih tetap humble. im glad ada manusia macam ni lagi.hehehe. gud luck ye! dapat cek nuffnang kan????? hohohohoho

  20. Aku mula2 berblog suke2..men2..wat entry pon sal diri aku..huhu..tapi lepas aklu bnyk baca blog2 otai..termasuk lah blog ko ni..aku mula u8bah sikit2 cara penulisan aku..buat blog bukn nk glamer..xder sape pon kenal aku ni..hehhe….saje kongsi2 pe yg aku tau…dan aku tak kisah ngan kutukn org len..sebb itu wat aku lebih bersemangat..dan kata2 pujian..aku jdikan semangat untuk aku..hehe
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Bila banyak masalah..ape nak buat??arrgghh!!!::: =-.

    • oh, dah alang2 ko sebut.meh aku beritahu.few months dulu, aku baca blog ko jugak tapi mcm ko cakap.ko tulis hal diri ko. at 1 time, aku dah perasan ko tukar sikit.buat tajuk yang orang semua boleh join. bagus! teruskan beb 😉

      mungkin akan ada orang cakap2, eh budak ni tukar style bla bla. tapi, abaikan. lama-lama orang boleh terima n semestinya ko makin hebat now!!! gud luck ya

  21. zik

    erm …moga terus berkarya..kritikan n pandangan yang bernas, insyallah akan diterima selagi ia tidak begitu teruk sangat la…
    .-= zik´s last blog ..Revolusi handphone ku. =-.

  22. sampai bila-bila pun saya takkan rasa bagus sebab blogging ni adalah surviving..so bila dah rasa takde cabaran dan saingan, itu dah bukan surviving namanya..apa pun blogging dah sebati dengan jiwa saya..walaupun shy in reality, but i’m talkative in virtual world hehe dan memang kawan di alam maya lebih ramai dari kawan di dunia realiti hehe 😛
    .-= F I T´s last blog ..(Panas) Normal Ke Lelaki Raba-Raba Lelaki? =-.

    • shy in reality tu biasa pada sesetengah orang.jadi, tak perlu nak rasa teruk sangat.hehehe. if shy kena tempat,tak apa.kadang2 ada orang yang lebih teruk.malu tak bertempat.

      maybe tak pernah kenal fit in reality tapi, rasanya for me tak lah pemalu sangat. selagi boleh email and ask soalan ok lagi tuh.kikiki. gud luck untuk blog baru ye!

  23. aus

    ye lizz , smoga kau jadi cam dorang , hahaa .
    tp kau jgn garang2 dah pasni . hahahak
    .-= aus´s last blog ..Bual Mesra | Anak ku Sudah Pandai Merangkak . =-.

    • insyaAllah.doakan aku yek.hahaha
      if orang sengal, aku boleh jadi lebih dari garang.jadi tok rimau.muahahaha. *sorry, tak boleh nak ubah if itu dah cara aku.i dont think im too garang cuma tegas 😛

  24. hohoh. alamak ada termasuk nama lagi.
    weeeeeeeeee ~~ malunya..
    heheh. jangan lah camnie.
    malu i dibuatnya.
    cuba menjadi humble selama yang boleh.
    .-= abangnara´s last blog ..(GAMBAR)Lisa Surihani Yang Menang Best Dress Untuk ABPBH 2009 =-.

    • hahaha.tak dapat den nak nolong 😛
      teruskan menjadi humble selama boleh. kadang-kadang individu tu nampak hebat tapi sebab cepat sangat tenggelam dengan pujian orang ramai buat dia jatuh 🙁

      gud luck!

  25. BerBLOG ini juga sama seperti kehidupan sebenar mesti ada arah tujuan dan matlamatnya. Kejayaan tidak datang over nite perlu sabar mengharungi sepak terajang kehidupan. Soalnya berapa ramai blogger hari ini akan ada 2-3 tahun dari sekarang kerana sudah ramai blogger 2-3 tahun dulu sudah hilang dalam dunia Maya dan kembali ke dunia nyata. Terima kasih terus memberi sokongan Denaihati yg tak seberapa tu.

    • sama-sama. insyaAllah, bro akan ada dalam dunia blogging dalam masa 5 tahun dari skrg dan maybe waktu dah banyak share rezeki yang ada dengan blogger lain.hehehe

  26. sebab diorang rasa mungkin dengan berlagak orang akan nampak kehebatannya..tapi bila ada masalah, barulah dia sedar yang dia tu banyak lagi tak tahu..so janganlah berlagak sangat..kita ni manusia, banyak mana pun kita tahu, belum sampai 3% lah dari ilmu2 kat dunia ni..
    .-= wanmus´s last blog ..Wahh..Menang Lagi..Thanks isuhangatdotnet =-.

    • huhuhu.alangkah bagusnya kalau orang yang berlagak2 itu baca komen ni 🙂 simple comment tapi boleh buat kami semua berfikir. apa lah bestnya sangat jadi berlagak kan????

  27. bagusnya entri ni, ralit aku membacanya. tu la jangan sombong, ari ni kat atas. esok2 kat bawah plak. aku pun baru je nak merangkak2 slow2..
    .-= Park Air´s last blog ..Kadang-kadang Kita Perlu Berbohong. =-.

    • meh kita sama-sama merangkak meh.hehehe. simple aja. biarkan mereka yang lupa daratan tu dengan dunia sementara mereka. bila dah jatuh terjelepuk, pandai2lah diorang.huhuhu

  28. yep itulah yang rasa setuju sangat,hebat tak semestinya rasa diri mereka bagus….

    hanya orang yang membaca blog mereka sahaja mengangap diri tuan punya blog tu bagus…..
    .-= ishak´s last blog ..seorang blogger terserempak dengan wanita berbogel =-.

  29. Am

    Ibnu Atthoillah tulis dalam kitab Al-hikam, bahawa sesiapa yang merasa dirinya tawadhu’, maka dia sebenarnya adalah orang yang sesungguhnya takbur dengan tuhannya.. Therefore, 🙂 just keep on blogging, spread the truth.. biar Tuhan je yang nilai amal kite.. 🙂 all the best..

  30. blogger yang sombong biasanya tak kekal lama. tengokla nanti. baik jadi humble. orang pun suka.. 😀
    .-= Amir´s last blog ..Populariti Murahan Rafiqin Darwisy =-.

  31. aku berblogging bukan untuk popular..
    pegang itu suda.. rilex2 da blogging..
    nak capai satu benda bukan boleh terus dapat..
    orang pandai takkan mengaku diri dia pandai..
    orang baik takkan mengaku diri dia baik..
    so pikir2kanla kan..
    .-= luth textile´s last blog ..4 Perkara yang perlu dielakkan ketika blogging =-.

  32. Pingback: Buat Duit Dengan Blog Versi Lizarazak. Blogger Picisan Kelas bawahan | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com

  33. 2nd comment utk blog yg best.. saya berbelog cuma untuk kepuasan diri. kdg2 ”glamer” 2 orang yg berikan n bergantung pd individu 2 bagaimana nk menerima sume 2 dengan cara betul. Klau tersilap, sombongla dia jdnya. heh. bkn senang nak jadi yg terbaik tanpa usaha bagaii. saya masih berusaha untuk menjadi sehebat belog ini.. hehe..
    .-= darkbatman´s last blog ..Grill Blackpepper versi Darkbatman =-.

  34. Pingback: Sham Kamikaze dah Dapat Hidayah Allah. Turn Kita Bila? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  35. Dulu berblog sebab duit , sekarang dah berubah. Blogging untuk meluahkan pendapat.

    Suka berkawan dengan blogger2 yg tak otai sebab mereka peramah . Agak berbeza la dengan blogger2 otai. Yang otai kawan dengan otai. Saya yang noobies ni kena lah kawan dengan noobies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge