Allah Yang Selalu Seksa Ke Kita Yang Tak Reti Nak Bersyukur?

Saya rasa, saya dah cukup terseksa selama ni. Dalam umur 19 tahun, Allah dah rampas ayah saya. Hakikatnya, bukan rampas. Tapi, ambil semula ayah saya yang sebenarnya memang milik Dia sejak azali. Saya cume dipinjamkan saja. Tempoh 19 tahun saya tak guna dengan betul bersama ayah.

Sebab itu, kalau ada yang menjadi pembaca setia (ah, izinkan saya perasan yek!) blog cap ayam ni. Mesti ada yang dah rasa mual sebab selang 2 bulan. kadang-kadang selang 3 minggu akan ada entry pasal ayah. Kesian. Tapi, inikan blog saya. Mestilah saya ceritakan pasal ayah saya dan takkan cerita pasal ayah orang lain kan?

Saya tak nak orang lain, yang masih ada ayah menyesal bila sampai masa si tua itu harus ditutup dengan kain kafan. Sakit beb!

Tapi, acapkali sangat saya terlupa. Saya masih beruntung. Cuba lihat anak-anak yatim yang kehilangan ayah sewaktu baru berumur 3 tahun. Ada pulak yang tak dapat nak cam bau badan ayah sebab dah ditinggalkan sewaktu masih bayi. Trend zaman sekarang lagi best. Anak-anak tak tahu pun siapa ayah diorang. Ayah diorang “buat”, biarkan saja membesar dalam perut ibu. Bila lahir, dijadikan sampah sarap.

Damn betul. Jadi, saya patut beryukur untuk tempoh 19tahun itu kan?

Lagi satu, saya selalu rasa macam saya orang susah. Duit dalam bank selalu sangat tinggal RM 2.39. kahkahkah. Bila nak keluar rumah, saya kena mintak duit mak. Itu pun, lepas kena bebel macam-macam. Ayat klise yang menuduh saya tak reti nak berjimat. Hampeh. Nak jimat macam mana, kalau duit kerja part time pun cuma lepas isi minyak, makan, bayar duit kereta.

Tapi, lantaklah. Saya tahu mak boleh faham saya tak ada duit sebab saya masih belajar. Cuma, standard mulut mak-mak. Kena beri nasihat pada anak-anak. Cuma, mak saya agak hebat sikit. Kata-kata dia boleh bikin bernanah dalam hati kalau tak sabar. hahahaha.

Pagi tadi, saya terlupa pow duit mak. Sebab, semalam dah pow RM50 dan tinggal RM22 aja pagi tadi. Saya isi petrol. Saya berikan duit pada mak cik yang jaga counter tu. Bila saya berikan duit, mak cik vogue tu pandang saya pun. Saya sabar sebab dia mak cik. Kalau dia muda, saya start dah.

“mak cik, RM20 yek. kereta saya yang itu”, sambil tunjuk ke arah kereta buatan Malaysia. Tak mahal tapi masih ada kereta. Tak perlu berbasikal. “hah”, mak cik tu jawab dan sekilas aja dia lihat kereta saya. Saya isi dan biarkan minyak tu. Tup-tup, terlebih sampai RM24.39

Ok. Saya dah cakap tadi kan. Saya ada RM22 aja dalam wallet. Tarik nafas, dan saya tahu Allah nak uji saya. Samada saya nak cabut sebab mak cik tu still lagi leka baca newspaper dan memang saya boleh cabut. Saya perlukan RM 2.39 lagi untuk cukupkan.

Serious, saya rasa macam kejadah tiba-tiba jadi miskin ni????

Dipendekkan cerita. Saya masuk dalam kereta dan cari duit syiling. Cukup-cukup RM 24.39 untuk petrol. Saya pergi masuk jumpa mak cik tu. Ikutkan, saya tahu bukan salah saya tapi mak cik tu sebab dia cuai. Tapi, bukan cara saya nak bising-bising hal kecik.

“mak cik, saya bayar RM2O aja tadi. Tapi, dah terlebih tu”, saya mulakan. “Eh, ha’ah lah adik. minta maaf ye. Terima kasih ye adik”, mak cik tu kalah. Muka merah tak ingat. Saya senyum dan berikan duit terakhir saya hari ni. Sepanjang saya nak ke kereta, saya bercakap sorang- sorang dalam hati “nak makan macam mana hari ni? Sesen pun tak ada. Hmm”.

Dalam kereta, saya pejam mata dan teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan tu saya bermonolog aja.

“Aku sepatunya tak ada dalam situation ni. Biasanya aku ada duit sentiasa. Tak pernah terfikir tak dapat makan siang ni. Tuhan ni nak suruh aku rasa apa ni? Aku tak ada duit sesen pun. Ok, now i wish ada orang bagi aku duit lepas ni. Please Allah”.

Tuhan tu sentiasa mahu kita belajar. Elok-elok saya melintasi 1 lorong kecil. Saya ternampak 1 orang pak cik tua. Indian rasanya. Duduk mencangkung sambil menguis-guis tepi jalan raya. Saya perlahankan kereta. Saya lihat pada cermin pandang belakang. Mujur tak ada kereta. Saya signal ke kiri untuk ke tepi jalan. Mahu lihat.

Pak cik tadi masih menguis. Kemudian, dia pergi ke tong sampah hijau. MPJB punya maybe. Saya kurang pasti. Besi pada tangan dia, dia gunakan untuk menguis benda-benda di dalam tong hijau tu. Saya kurang pasti apa yang dia cari. Mungkin tin kosong untuk dijual. Tapi, saya rasa bukan. Wallahualam.

Saya beristighfar dalam hati. Saya rasa, how dare saya merungut itu ini tadi.

Saya tak ada duit hari ini sebab Tuhan nak saya rasa payah. Tuhan nak saya rasa sikit macam mana orang yang memang betul-betul tak ada sesen pun duit untuk makan dan hidup. Tak ada duit sesesn pun nak pergi bayar fee masuk hospital kerajaan yang tak seberapa tu.

Damn. Saya tak ada ayah tapi bila sakit abang-abang masukkan saya ke hospital pakar. Saya tak ada duit, tapi saya ada abang-abang. Hujung bulan, saya tak ada duit nak bayar kereta. Ada orang yang bayarkan. Bila saya cakap pada anak-anak buah, saya teringin nak ke sana sini. ada yang keluarkan duit bawa saya ke tempat tu. Bila saya teringin  nak makan ketam, udang galah, termbikai…ada juga yang nak melayan. Semua perlukan duit. Even saya tak ada, tapi rezeki saya ada manusia yang baik-baik ni.

Tapi, pak cik Indian tadi???? Kalau dia lapar macam mana? Kalau dia sakit how pulak? Phew. Kalaulah saya kaya raya…Oh God, please buat saya kaya. hehehehehe. Baru rasa tak ada duit sesen sehari dah rasa macam nak mati sangat. Hmm, Thanks Allah sebab beri saya rasa pengalaman tak best ni tapi syukur jugak lah. hehehehe. So, siang ni no lunch. Gua tak ada duit. hakhakhak.

p/s: Ini entry personal sebenarnya. Penulis tak ada niat nak cakap diri dia baik dan katakan yang dia orang baik. Penulis tak ada masa nak rasa diri dia baik .  Maceh

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

40 responses to “Allah Yang Selalu Seksa Ke Kita Yang Tak Reti Nak Bersyukur?

  1. belajarlah mule berjimat..ihihihihi..tp dah ade shabat,sedara yg menolong tue,kire bersyukurlah..huhu
    .-= apiih´s last blog ..Contest Review Blog Zon Bebas =-.

  2. bila bc ct ko ni kn..aku teringt satu kes.kwn adek aku..die mmg ssh sangt..anak org ssh..ayag die nelayan..mkn pg kais pagi..cam tu gak ngan petang n mlm.tapi adek aku cakap, kwn die tu walupon ssh, die tk pernah mengeluh mahupon bermuram jek..xmengeluh.Dia berusaha untuk cr duit untuk mkn.sanggup basuh bj member die..sebb nk bl mknn..minum air suam jek hari2 kalo xder duit.Tapi die tetap ceria cam org len..sebb?die bersyukur dan die redha.bagi die rezeki der dimana2.allaha kan membatu org yg bersyukur kan..cam ko gak, aku kalo lah kaya nak jek aku tolong org2 yg ssh tu..huhu..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Remaja 15 tahun mati ditembak =-.

    • hohoho. i wish kite same2 kaye yek.huwaa!! aku sampai now xleh lupe muke pak cik tadi. sian die 🙁 tapi, aku sesen pun xder., huk3!. sure kawan adik ko tu akan jd org yg success 1 day nnti cuz die dah rase susah muda2. kite? hmm..

  3. saya juga selalu merasakan diri saya serba kekurangan, tapi, hakikatnya ada lagi manusia yang lebih malang daripada saya.

    ‘jangan terlalu memandang langit yang tinggi, sesekali lihatlah tanah yang kita pijak’ supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni 😉

    • itulah. me too. sebab tu orang kata, jangan suka nak banding2 kan hidup kite dengan si polan. masing2 ada cerite sendiri 🙁 oh, nak bersyukur je pasni

  4. aku pun kadang2 suka merungut gak. kenapa jadi camni.. kenapa jadi camtu.. tapi last bila pikir balik, ada hikmah gak napa benda tu jadi..
    .-= Ramdzi´s last blog ..3 Sebab Kenapa Aku Suka Twitter =-.

  5. sepatutnya tajuk entry ni tak relevan..sbb sekonpem2nya kita akan jwb kita yg tak reti nk bersyukur. tak kan kita nk cakap tuhan kita yg seksa kita plak kan???
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

  6. no money no talk.hehe
    duit bukanlah segala-galanya
    kasih syg lebih utama
    saudara kita di palestin lg susah
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.

  7. think positively..seriesly ak memang xpenah merungut kalau tak de duit..cool je…kalau merungut sekalipun duit xkan jatuh dari langit…
    .-= Fazreen´s last blog ..Kehidupan Seorang Blogger =-.

  8. hrumm…bila baca n3 ni buatkan sy tersedar….sy pun..selalu rs serba kekurangn..

    bersyukur apa yg kita ad.. 😉
    .-= nabilah_2908´s last blog ..GANGGUAN =-.

  9. hu3 ALLAH x penah seksa kita.. kita nie sebaik baik ciptaan.. Dia cuma menguji kemampuan kita je.. DIA x akn menguji kalo kita tak mampu.. ^__^ semoga kita akan sentiasa besyukur dgn apa yang ada.. T_T aku pown kadang2 merungut gak.. ho3 bese la manusia kan..
    .-= yashygsempoi´s last blog ..Berhati-hati Dengan Kerja Sambilan Di Internet =-.

    • sebelum ni, selalu sangat aku merungut beb sebab standard ar manusia kan. bile susah sikit start rase Alllah tak fair lah itu ini. gila aku ni. cume, bile kena situation macam arini. buat aku insaf even maybe pade orang lain mende simple but not for me.hehehehe

  10. Aduh menyayat hati la entry ni lizz :). tak apa, kadang-kadang saya rasa rezeki dari Allah tu bukan dalam bentuk berapa banyak duit yang kita ada. Kadang-kadang Dia bagi kebahagiaan and cukup serba-serbi je semua. Ada orang selalu tak ada duit tapi sangatlah murah rezeki kan. Kesian kat pakcik India tu, dia tak percaya dekat Tuhan yang pemurah.
    .-= Cik Rouge´s last blog ..Hot ke doctor ni? =-.

    • hahaha. menyayat ke cik rouge 😉
      tak sangatlah sebab i dah pasrah n rasa cool jugak cuz dapat rasa xder duit sesen pun even sekejap je tadi.hehehe.

  11. FTN

    kita semua serba kekurangan.

    yang kaya, tak semestinya kaya budi bahasa.
    yang miskin, pun begitu juga.

    kesimpulannya, bersyukur dengan apa yang ada.
    .-= FTN´s last blog ..Kepada Adik-adik Tak Cukup Umur Yang Merancang Nak Bunuh Diri =-.

  12. meo

    tersentuh hati membaca entri nie…

    hikmah…
    .-= meo´s last blog ..Lim Boon Choong rakan sekelas yang merupakan penyokong hardcore DAP =-.

  13. bukan nak seksa tapi nak menduga kita sejauh mana kita boleh bersabar…itu maknanya tuhan sayangkan kita….
    .-= rizputra7´s last blog ..I’m Not Single Versi DEEPFACE =-.

  14. Manusia yang bersyukur sentiasa murah rezki..
    saya sendiri kekadang mcm rs down gak bile xda duit..
    nk mintak kt parent dah naik segan..asik mntak duit jerk..
    tp tu la..dengan bersyukur jerk kita akan merasakan cukup apa yang ada pd kita..:)
    .-= aleh´s last blog ..Cabaran Final Exam sudah bermula. =-.

  15. aus

    owh lizz .
    em , kadang2 kite tak sedar naa .
    tapi aku selalu ingat aku nk menang ,
    aku cakap , aku adela aku , die adela die .

    situasi aku dan dia beza .

    tapi yg pntg , selalu ingtkan diri sendiri .

  16. AHZY

    Aslmualaikum to pembaca blog ni, saudari lizan cik rouge…

    Firman Allah s.w.t “jika kamu bersyukur maka Allah akan tambah lg nikmat, dan jika kamu kufur (tdk brsyukur) azab Allah amat pedih”. Surah Ibrahim ayt 7

    Sabda nabi s.a.w “apabila mati ank adam maka trputus segala amalan kecuali anak yg sole (sentiasa doa utk ibubapanye, amal jariah n ilmu yg bermanfaat.”

    Ingt Allah tlh megharam kan zalim keatas dirinya n kpd hmbanya. Sy pernah baca dlm buku THE SECRET by rhonda dia kata kite kena grateful dgn giving smthng kite sayang n give money to get money, sntiasa lah bersyukur dgn beribadat kpd Allah….syukran 🙂 I’m sorry…mengarutlah pulak aku ni.

  17. salam..
    oh..19 tahun.muda lagi rupanya…
    entry ko ni memang buat aku touching la sebab kalu bab tak de duit memang selalu berlaku kat family dulu dan kini pun.cuma now je aku ok sikit sbab dapat scholarship jpa. tu pun planning lepas ni nak keja sebab rasa nak tolong family.

    thank for a good and motivational entry….

  18. tulah kita selalu tak tau yang benda semua adalah pinjaman termasuk loan kereta…hak3…xdelah manusia memang akan bersyukur bila dalam keadaan tertentu…

    SAPA KATA LIZARAZK.com cap AYAM?meh saya kasi terbalik rumah dia?
    .-= Bean Moreno´s last blog ..TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA =-.

  19. salam..
    sungguh terkesan dengan kes pembugan bayi..huhu..
    makin moden..lagi makin jalillah mereka2 yang hina ni..

    kasihan pada bayi2 tu semua diperlakuakn sebegitu rupa..moga Tuhan akan mmbls setiap perbuatan kejam tu thdp mereka

  20. Emi

    Bersyukur dengan apa Allah kurniakan pada kita, jd orang yang selalu mengucap terima kasih..Bahawasanya, Allah S.w.t sangat sayang dan kasih pada hamba yang selalu ingat padaNya. Amin..amin..amin..
    .-= Emi´s last blog ..Cuti-cuti Malaysia =-.

  21. aduhai inagt masa kat kolej ari tu…1 minggu makan nasik dengan air susu…sebab duit dalam rhb tinggal singgit jer….semua duit habis buat beli barang untuk projek design….hoho..tapi nasib baik ada kakak..yang memahami tak payah bagi tahu..sebab dia pernah mengalami masaalah kekurangan duit masa dekat universiti..sebab ada projek..jadi habis seminggu makan nasik dengan air susu..akhirnya Rm 300 masuk kat dalam bank..ahha..
    .-= ishak´s last blog ..Antara perkara pelik finas dan cikgu…. =-.

  22. insaf sat..dulu selalu gak tak ada duit..nasib baik ada tabung syiling..lepas la megi sepeket dua..keke
    .-= Azizuan´s last blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.

  23. ayah aku pun baru jer meninggal…aku sedih betol lh…tapi nak buat camne,Allah lebih sayangkn ayah aku…aku redha dengan pemergian ayah aku…

  24. AsmarArafad

    aku pun selalu mengalami kebocoran wang
    Ya Allah jadikanlah Aku Jutawan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge