7 Tips Untuk Selesaikan Masalah Dalam Sebuah Hubungan

Dalam setiap hubungan, mesti akan ada masa-masa yang mana korang dan pasangan berselisih faham. Mana ada pasangan yang tak ada masalah woo. Itulah asam garam dalam setiap hubungan. Mahu atau tidak, korang kenalah jugak hadap. Best ke tidak, bukan soalnya.

Tapi, macam mana korang nak deal dengan situation ni jauh lebih penting. kan?

Saya taklah pakar sangat dalam hal tapi sikit-sikit tu bolehlah. Share lah pengalaman yang ada. Pengalaman kawan-kawan dan saudara mara juga! Sharing is caring kan? Ok, antara tips bila korang ada problem dengan partner ialah:-

1- Tenangkan diri

Tips ni pada saya sangat penting. Jangan cepat sangat melenting tak tentu hala bila ada problem. Tak perlu nak tunjuk hebat siapa yang bersuara dulu akan menang or what. Forget it. Pada saya, kunci utama untuk buat kita dapat berfikir secara bijak adalah dengan tenangkan diri. As orang islam, istigfar banyak-banyak dalam hati. (Jangan pulak korang buat zikir angguk-angguk kepala depan partner.ahaks!)

2- Beralah

Tips ini bukan semua orang boleh buat dan mampu buat. Depends pada orang tu jugak. For me, beralah ni adalah satu cara untuk psiko kan pasangan kita. Kalau kena caranya, boleh buat pasangan kita cair dan mudah-mudahan lembut balik hati dia kalau tengah marah.hohoho. Cuba lah!

3- Dengar luahan hati pasangan dengan penuh minat

Hmm, tips ini memang macam budak-budak sikit. Iya lah, nak kena dengar pulak kang setiap butir menda yang pasangan nak komplen. Ingat, tabahkan hati sebab silap-silap apa yang keluar daripada mulut dia tu boleh buat hati kita macam kena siat-siat. Tapi, cuba bersabar dan biarkan pasangan habiskan kata-kata. Tunjukkan yang korang prihatin juga dengan perasaan dia! Jangan jadi selfish.

4- Kawal diri

Kalau dah kata bergaduh, ada masa pasangan akan hilang pertimbangan. Mulalah nak buat adegan sumo lah, gusti lah. Kalau tak pun, ada masa mulut tak reti diam. Ada saja perkataan yang kurang enak dia nak sebutkan. Nak tunjuk protes. Ops, percayalah. Cara ni hanya buat keadaan jadi makin teruk. Lebih baik korang senyap dan kawal diri daripada buat or tunjukkan rasa marah korang tu! Bahaya woo

5- Belajar maafkan kesalahan

Tips ni siapa tak tahu, memang pasangan sengal lah. Rasanya semua agama ajar perkara yang sama tentang ini kan. Kta ni, bila hidup tak ada yang sempurna. Semua orang akan lakukan silap. Kalau masalah tu datangnya daripada pasangan korang, dan masalah tu hanya hal kecil..belajarlah untuk memaafkan! Itu lebih baik daripada korang terus nak berada dalam keadaan tegang tu. huhuhu. Lainlah kalau masalah tu susah korang nak maafkan sangat-sangat. Itu lain cerita!

6- Jangan merasa hanya kita yang betul dan pasangan yang salah

Awas ek, jangan seesekali buat hal ni. Tak kan ada masalah yang selesai kalau macam ni caranya. Jangan sesekali letakkan kesalahan tu 100% pada pasangan. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi. Pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan kita melakukan kesalahan disebabkan kelemahan kita! Siapa tahu kan????

7- Doa

Ini tips paling tip tip! Come on, setiap hal yang terjadi pasti ada hikmahnya. Berdoalah jika semua korang dah buat tapi masalah tetap ada. Kadang-kadang masalah yang datang tu cuma nak uji kita saja. Bersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan kita. Itu yang saya buat biasanya sebab saya percaya Dia yang berikan masalah, maka pada Dialah saya berserah saja.

Itu saja. Jangan salah anggap. Saya bukanlah hebat tentang hubungan itu ini, cuma berkongsi apa yang ada. Pengalaman yang ada, saya kongsikan. Kalau korang ada tips lain untuk share dengan teman-teman lain, silakan! Saya akan sangat berbesar hati. hehehe

p/s: Selamat berhujung Minggu!

Artikel Berkaitan

41 responses to “7 Tips Untuk Selesaikan Masalah Dalam Sebuah Hubungan

  1. penah alaminya ke? cam ada pengalaman je ni
    .-= x-po´s last blog ..SUSAH KE ORANG MUDA NAK BERCAMPUAR GAUL DENGAN ORANG TUA? =-.

  2. semua tips di atas tu betul ..
    tambah sikit .. jika tak boleh nak setel juga mungkin perlukan org tengah ..

    belajarlah untuk menghargai .. jangan cari kesalahan pasangan tetapi carilah titik2 persamaan .. 🙂
    .-= hydir´s last blog ..Mari belajar kitaran hidup blogger =-.

  3. tip yg bguna walaupun nampak biasa dan biasa dengar tapi jarang di apply dlm hidup
    .-= whitebird´s last blog ..Sape2 yang pakai myvi boleh la tengok.. =-.

    • yes. masa tulis entry ni and fikir tips ni, i pun rase macam mende ni simpe and semua orang tahu cuma masa tengah bergaduh tak ada pun yang nak appy. masing2 mostly amik jala senang, yang penting na menang aje 😛

  4. tp tetap ada yg tak mau selesaikan masalah untuk kepentingan diri sendiri lizz..

    tips kt atas mmg penting untuk mereka yg hargai hubungan & mau hubungan tu kekal. nice tips. =)
    .-= mello´s last blog ..Hatiku pecah kerana drama mu =-.

    • huhuhu.maybe ko cakap berdasarkan pengalaman ko. memang ada spesies ni jugak. biarlah.kalau betul sayangkan hubungan tu,pandai2lah fikir mana yang baik kan?

  5. boleh diprakktikkan pabila berkapel nnti,buat masa sekarang masih belum berpunya..uhuhuhu
    .-= apiih´s last blog ..Twitter Dalam Drama Jepun!! =-.

  6. pendek kata, tepuk sebelah tangan tak berbunyi la..apa pon kena untuk dua-dua pihak..tolerate sket, relax sket ok la..haha
    .-= Azizuan´s last blog ..Kedah Kalah, Negeri Sembilan Juara Final Piala FA =-.

  7. betul tu,tapi tips ini bukan untuk pasangan bercinta sahaja bagus,untuk persahabatan biasa antara lelaki dan perempuan pun boleh jugak

  8. Amboi… sejak dua menjak ni, orang tu punya entri ada banyak “rasa” lah kan…? hi hi hi
    .-= rohaizad´s last blog ..Moppy. =-.

  9. kesimpulannya kena ada persefahaman…kalau sorang je yg berusaha tak guna gak 🙁
    .-= F I T´s last blog ..Wah Geram Gila Dengan Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan! Korang Ni Bikin Kecoh Arr Malam Ni! =-.

  10. memang gaya menulis tu macam daripada pengalaman 🙂
    .-= cik epal´s last blog ..terima kasih kerana menghargai diri ku ini dengan bagi award award abp ini =-.

  11. gaduh2 tu bagus… 🙂
    .-= meo188 (brader luv…huhuhu)´s last blog ..Kisah Citi, Myun dan Ayam =-.

  12. nice entry la… hehe, cam de pgalaman je 🙂
    .-= diden´s last blog ..Jawapan exam paling sengal… =-.

  13. Tips yang baik tuk suami isteri dan kapel di luar sana.
    sis dah brapa kali putus cinta? hehe
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Kritikan Untuk Industri Hiburan Tempatan =-.

  14. Pingback: Tweets that mention 7 Tips Untuk Selesaikan Masalah Dalam Sebuah Hubungan | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com -- Topsy.com

  15. Hai…pengalamankan mengajar kita..hehe, pape pun itu dulu-dulu time hingusan agi kan, tak pandai wat keputusan, ni dah ade pengalaman boleh jadikan rujukan…hehe

  16. tapi bila kita maaf banyak kali…dia kata kita ni main2 plak minta maaf…skit2 nk minta maaf….xde menda lain ke..berubah tak pun..hahaha..
    .-= syinrayafa´s last blog ..Siapakah Amee duet Melly Goeslow ? =-.

  17. Pingback: Guest Blogging Slot? Good Idea For My Cap Ayam Blog! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  18. Pingback: Masalah Dalam Perhubungan, Apa Patut Kita Lakukan? Bertahan atau Berundur | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  19. Point No 5.Belajar maafkan kesalahan
    ini yg sedikit susah bagi sebagian orang… ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge