Perlu Ke Beri Harapan Pada Orang, Kalau Tahu Hubungan Tu Takkan Kemana?

Jangan bagi harapan pada orang yang sayang dan cintakan kita kalau kita sendiri tahu cinta tu tak akan ada kesudahannya. Jangan bagi harapan pada orang yang saying dan cintakan kita kalau dalam hati kita sendiri ada hal sebaliknya.

Jujurlah pada diri sendiri. Jujurlah pada si dia jugak. Kan senang.

Pernah tak korang jumpa dengan kawan-kawan macam ni. Dia tahu yang dia takkan dapat bersatu pun dengan “someone” tu, tapi still nak bercinta, still lagi nak Nampak macam mereka tu pasangan bercinta, suka merajuk sana sini, kongkong “someone” tu dan cemburu tak tentu pasal.

Padahal, dia sendiri tahu. Dia dan “someone” itu tidak akan menjadi pasangan suami isteri pun. Sampai kapan pun.

Alasannya, mungkin depends pada setiap orang. Mungkin dia sayangkan “someone” tu tetapi dia tahu keluarga tidak akan menerima perhubungan mereka. Ada juga, yang sayangkan “someone” tu tapi kerana rasa kasihan pada orang itu. Ada kes lain, dia memang tak sayangkan “someone” tu tapi perlu sekadar suka-suka nak tunjuk pada kawan-kawan yang dia pun ada “kekasih”.

Pada pendapat korang, manusia macam ni bijak ke sengal?

Kalau ditanya pada saya, mereka bukan keduanya. Tidak bijak dan tidak sengal. Mereka Cuma kurang keyakinan diri. Pada saya, setiap masalah ada cara nak selesaikannya. Cuma, ikut nasib.

Kalau rezeki kita agak elok, penyelesaiannya akan Nampak menarik tetapi kalau rezeki kita agak kureng…sendiri mahu ingatlah kan.

Saya beri contoh. Katakan alasan mereka buat macam ni sebab sayangkan “someone” tu tapi keluarga tak mungkin restui dan terima “someone” tu nanti. Kalau saya, sudah-sudah lah. Boleh start putuskan saja hubungan tu cuz susah kalau family tak restu ni. Maybe mula-mula akan ok, tapi BIASANYA ok tu sekejap saja. Kan? Lepaskanlah “someone” tu pada orang lain. Redha kan saja

Kalau masih bercinta dengan “someone” tu atas dasar kesihan pulak, lagi bahaya. SANGAT BAHAYA ni. Kalau saya, tak akan tunggu lama dah. Sesuatu hubungan tu takkan kemana kalau dibina atas dasar kasihan semata-mata tanpa rasa sayang woo. Lebih baik kita terus terang dengan “someone” tu dari sekarang. Si dia akan merana sekarang tapi percayalah BUKAN SELAMANYA! Come on beb….

Untuk kes bercinta dengan “someone” tu sekadar suka-suka tu lagi kronik. Kalau kawan saya, dah lama saya beri penampar. Seriously! Ingatlah, kalau sekarang kita permainkan perasaan orang..1 day nanti kita pun akan terkena balik woo. Nak ke? If tak nak, bawak bertaubat naa. Ahaks!

Sayang dan cinta tu soal hati. Sangat rumit. 2 perkara ni sangat universal. Cinta tu akan nampak menarik kalau kita tahu menilainya dan sebaliknya kalau kita permainkannya. Korang tahu siapa diri korang dan tahu siapa yang korang sayang dan cinta. Jangan main-main woo. Kena geget nanti! Hahahaha.

Artikel Berkaitan

27 responses to “Perlu Ke Beri Harapan Pada Orang, Kalau Tahu Hubungan Tu Takkan Kemana?

  1. pekata ko gi ckp psl ni kt ex aku..cam shit je dia tu, ko bg penampar sbijik baru dia insaf kot

  2. betul2…tapi kan sebenarnya pendapat saya gurls yang selalu kasi harapan…

  3. itu mungkin hanya sayang /kesian…bukan cinta..huhu..
    sayang tu kan lumrah dan cinta itu adalah anugerah…huhu…
    cinta tak boleh nak dipaksa2..kalo da rasa tawar hati, len macam bek berterus terang..tapi mungkin jugak ada yang tak mahu kecewakan seseorang..dari sayang da boleh bertukar menjadi kesian..ades…ssh tu kan…
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Berurusan dengan lelaki buat anemia i hilang:: =-.

  4. tadi baru baca kisah redmummy jumpa dengan reddaddy before kahwin..memang sweet hehe erm memang kalau rasa takleh go on dengan cinta tu, baik lepas kan..kalau tak sampai bila pun tak bahagia. saya pun tengah hadapi benda ni gak sekarang..kitorang berjauhan..tapi still saya berharap kat dia. dia lak ignore saya.. camna a? adoii
    .-= F I T´s last blog ..Jom Menang RM10,000 dari AmBank Dengan Bermain Permainan Kehidupan Yang Mudah! =-.

    • kalau bace kisah RM mmg rase nak kawen cepat aje. hahaha. comel merekat tuh 😉
      saya tak sure ape prob fit actually tp harap bersabar n wat keputusan ikut hati bukan rase marah or nafsu. huhu

  5. jangan bercinta kalu xde perasaan kasih-sayang…
    .-= apiih´s last blog ..Kini Berpindah!! =-.

  6. liza

    kekadang org2 termasuk dalam masalah ni sebab mencari sendiri masalah tu. biasanya lah pompuan cepat sangat memasang harapan. contoh: dah tau laki orang, dah tahu dia spesis suka tabur janji, tapi nak juga berkawan, kerana kononnya berkawan biar seribu… alih2 perasaan sayang hidup dalam hati… mula tuduh lelaki mcm2

    yang lelaki , memang sebahagian mereka bersifat suka-suka, bukan nak serius pun, nak menduga ke’power’an mereka dalam mengayat perempuan, kononnya nak menghilangkan bosan dalam hidup

    semoga liza terjauh dari masalah sebegitu
    .-= klcitizen´s last blog ..bila pulak saya nak dapat surat? =-.

    • hmm, bagus komen ni. rasanya ada yang terkena bila baca komen ni. hehehe. thanks!
      sebenarnya, lelaki atau perempuan bukan soalnya. Tapi, otak yang penting. ada otak, boleh fikir mana yang betul n tidak tapi still tak nak berubah..memang payah…

      insyaAllah, doakan daku tidak terjebak.huhu (tak kompem cuz hati kan??hehehe)

  7. masalah hati lah kan…
    taknak pon masih dicuba…
    pada aku, jangan harap buah tak jatuh, nak jatuh pon kene kasi paksa jugakk…
    paksa bukan cara terbaik….lebih terbaaabooom..!
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Awan Dania Siri 2 – Episod 22 =-.

  8. dah tau x de harapan watpe nak tggu lagi..cau cincaula..bak kata org tua2..bunga bukan sekuntum..kumbang bukan sekor..x de kumbang..berok pon bole gak..kuikuikui..
    .-= makdara terdiva´s last blog ..menduga akal bersama Uncle Lee chong Wei.. =-.

  9. haha,,,,
    mmg x patut lgsung bg harapan palsu pd org lain..jahat n kejam namanya…kesian kalo orang tu pun btol2 ada heart feeling pd kita..bek reject awal2 je..x payah panjang cte kan?

    • sepatutnye macam tu. kalau aku, wat je camtu sebab tu org selalu meluat ngan aku cuz aku bedal aje terus terang. nak melalak ke ape ke..lantak lah. huhuhu.

  10. Uhu.. Serius, rasa mcm terkena je dgn entry ni. Tp, sy bkn org yg mmberi harapan. Tp sy berharap pada sesuatu yg tak pasti. Terbuku je kt dlm hati ni. Kdg2, terasa mcm nk let go je. Tp, bila t’igt rs sayang yg menebal, tak jadi plak. Mungkin hbgn tu xkn ke mana.. Tp mcm mana kalau dia kata “Awk.. Tggu sy yea”. Oh!! Rs beratnya otak nak fikir. Nk tggu ke xnk tggu.. Huhu..
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..KISAH PALING SERAM – GENGBLOGGER.COM =-.

    • hi thiha…fikirkan diri sendiri dulu, lepas tu baru fikirkan tentang orang lain. if dia tunggu tapi thiha dah mula rasa bosan waktu n mahu pergi..biarkan. unless dia betul2 tunjuk yang die pegang janji tu. jangan nanti, dia suruh tunggu tp 1 day bila dia dapat bunga lagi bagus..kamu kena tinggal….merana habis nnti…

    • bercinta atas dasar kasihan..memang agak bahaya……kalau lelaki bercinta dengan perempuan tersebut atas dasar kasihan,yang akan menanggung risiko adalah perempuan,tetapi kalau perempuan pulak yang menerima cinta lelaki atas dasar kasihan,perempuan juga yang kena….kadangkala..ianya membawa kearah yang dot..dot..dot…
      .-= ishak´s last blog ..Video seks melayu-Kenapa berani buat ? =-.

  11. cinta ni complicated act lizz.. mcm aku la,err bukan aku (cover2!) dah bertahun dgn beliau.. mmg aku yakin beliau ikhlas.. tapi muncul org ke-3 yg keparat tuh.. dlm masa sehari beliau brubah.. jd benci kt aku..err, bukan aku (cover2!).. ada sumtin wrong.. keparat tu guna cara kotor.. i know something goes wrong.. skang dlm fikiran aku, aku nak bawak beliau pegi berubat..
    .-= mello´s last blog ..Awak..saya tetap di sini.. =-.

  12. benci ah org wat kita suka kat dye.
    pastu bagi harapan bagi bagi bagi dan bagi.
    dan blah.

    blerghhh.

  13. hmm.. tol tu..
    hmmm
    stop giving hope if u cant afford ..
    .-= p a a n´s last blog ..Seseorang Yang Menjengkelkan =-.

  14. single is the best but not always..so I tend to find a wife not gf..hahaha
    .-= Fazreen´s last blog ..You Only Need 5 Minutes =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge