seo
Archive | March, 2010

Dunia Hiburan Tidaklah Sekotor Mana. Rasa Nak Setuju Tak?

22 Mar

Jadilah apa saja yang kamu mahu dalam hidup kamu. Mahu jadi doktor? silakan berkhidmat untuk masyarakat. Teringin jadi peguam, biarlah nanti kamu menjadi peguam yang adil dan tidak mudah menerima rasuah. Kalau teringin menjadi artis, terpulanglah pada diri kamu. Jika merasa menjadi tukang kebun itu lebih baik, oh silakan!

Semuanya terletak pada diri kamu.

Dulu, masa kecil. Saya teringin menjadi penyanyi. Sumpah, mana saja saya berada atau apa saja perkara yang saya lakukan. Saya pasti menyanyi. Mulut macam kena daulat tak boleh stop menyanyi. Menginjak umur setahun demi setahun, cita-cita saya bertukar-tukar.

Ada masa, saya mahu menjadi pelakon. Ada masa, saya ingin terbang ke awan menjadi pramugari. Selepas melihat orang membaca berita, bertukar cita-cita lagi. Mahu menjadi pembaca berita! Bila melihat Karam Singh Walia petah bercakap, dan menyampai informasi. Teringin pula menjadi wartawan.

Oh, itulah jiwa saya. Saya sukakan hiburan!

Malangnya. Ada manusia di dalam keluarga saya yang tidak melihat kerjaya di dalam bidang hiburan ini as kerjaya yang “elok”. Dulu, saya memberontak juga. Rasa tidak adil bila ada yang memandang serong dan rendah dengan kerjaya anak seni.

Pada saya, setiap kerjaya ada misinya.

Jiwa saya masih ke arah dunia hiburan.  Jiwa saya sudah biasa dengan dunia hiburan. Saya tak nampak di mana buruknya kerjaya yang berkaitan dengan dunia hiburan sebenarnya.

Pokok pangkalnya, diri kita. Manusia yang memegang kerjaya itu.

Orang kata, dunia artis tu kotor. Dunia artis tu penuh dosa semata-mata. Dunia artis tak boleh nak jamin masa depan. Penuh dengan maksiat itu ini. Kalau dah kata artis, bahu kiri pasti berat dengan dosa. Solat pasti selalu ditinggalkan.

Adoi. Saya cukup benci dengan andaian macam ni.

Macam ni saja. Dosa atau apa saja yang buruk, bukannya datang daripada kerjaya kita. Tetapi, ianya berpunca daripada lemahnya iman kita. Bukan semua artis kotor, bukan 100% daripada mereka buat maksiat, meneguk air setan, berjoget tarian sinchan dalam disko. Bukan semua!

Jadi imam pun boleh berzina, sedangkan pak guard boleh rogol perempuan, jadi orang-orang besar pun boleh “beli” toyboy. Alah, jadilah apa saja pun. Asalkan pandai jaga diri dan maruah, InsyaAllah selamat.

Oh, saya masih terkilan sebab tidak dapat meneruskan impian menjadi wartawan. Jadi, jangan marah kalau rasa mual-mual baca entry di blog ni. Blog ini saya perlukan untuk membuat liputan dengan cara saya sendiri. wahahahaha!

p/s: Jangan suka merendah-rendahkan kerjaya orang even dia bekerja sebagai Pelayan Kelab Malam sekalipun! Jangan judge orang membuta tuli. Tak baik. Kita tak tahu cerita hidup orang woo

Terkini: Yanie Mentor Meninggal Dunia

22 Mar

Al-fatihah buat seluruh keluarga Yanie (Mentor) atas pemergian allahyarhamah pada 21.3.2010. Terkejut saya mendapat tahu berita pemergiannya. Sudah sampai masa untuk pergi, tiada siapa yag boleh menghalang. Sumber ada mengatakan bahawa allahyarhamah meninggal akibat daripada sakit ketumbuhan paru-paru yang dihidapi sejak 4 bulan yang lalu.

Takziah sekali lagi daripada saya buat ahli keluarga allahyarhamah. Moga-moda tabah menerima dugaan Allah ini. Al-fatihah. Maklumat lanjut, boleh dapatkan di dalam blog Zon Artis

My Favourite Surfing Spot

21 Mar

Di mana Favourite Surfing Spot korang? Adakah di tempat kerja korang yang menjadi mangsa untuk korang mulakan adegan melayari maklumat-maklumat menarik di internet? Bukan? Oh, adakah di dalam rumah korang yang saya rasa tempat paling best untuk mendapatkan sedikit privacy bila melayari internet?Atau, korang lebih selesa melayari internet di halaman rumah sambil melayan tiupan angin?

Mana mana mana satu korang punya Favourite Surfing Spot?

Kalau saya yang ditanya, where is your Favourite Surfing Spot. Oh ok, dengan confident saya akan jawab. My Favourite Surfing Spot adalah di dalam rumah! Yes, tempat yang macam saya katakan tadi. Tempat paling best untuk melayari internet dengan sedikit privacy.

Maaf, bukan untuk menyaksikan adegan porno.

Pada saya, rumah tempat yang macam syurga sebenarnya untuk buat apa saja. Bayangkan. Saya duduk didepan laptop. Mata membaca entri-entri teman lain, mencari 1001 macam jenis maklumat di dalam internet, berhubung dengan teman-teman melalui Facebook dan Say Hi dengan artis-artis dengan cool application by Twitter. Sebelah kanan saya, secawan kopi panas. Sebelah kiri saya snack lazat Mister Potato. Di hadapan, terhidang siaran tv Akademi Fantasia Musim ke 8 contohnya

Cool kan? Nikmat woo. Santai habis!

Memang best kalau dapat melayari internet dengan selesa macam di rumah ni. Cuma, yang tak cool nya bila ada emergency atau kita terpaksa outstation. Alamatnya, tak dapat lah kita nak surfing internet di dalam rumah kan? Oh, saya tidak suka. Nanti sunyi.

Oleh itu, 1 benda yang im sure super cool kalau saya dapat miliki sekarang ni adalah P1 Wiggy USB.  Lihat image objek berwarna hitam yang solid molid di bawah ini. Smart dan kecil kan? Tak perlukan dah modem sebesar alam zaman sekarang ni.

Sedikit info berkenaan P1 Wiggy USB. Hanya dengan modal RM199, korang sudah boleh mendapatkan P1 Wiggy USB dan boleh mendapat kebebasan berganda untuk melayari internet. Dengan RM199 ini, korang akan diberikan free 4GB usage, dan dengan kelajuan about 800kbps untuk bersuka ria dengan alam maya! Hebat bukan?

Mungkin lebih hebat jika dibandingkan dengan yang lain-lain dipasaran sekarang. Sendiri guna, sendiri alamai perbezaan dan sendiri merasa nikmat ok. Selamat bergembira dengan P1 Wiggy USB! Hanya yang terbaik daripada pengeluar yang terbaik.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.